Jumlah baki hutang sebenar 1MDB RM 39.3b


Sembang Bersama HANIPA MAIDIN / November 1, 2021

Tak lucu ke?

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, jom kita lihat angka-angka ini:

– hutang terkumpul 1MDB setakat akhir Jun 2021 = RM32 bilion.

– setakat ini kerajaan ( guna wang rakyatlah) dah bayaq hutang tu RM12.8 bilion.

– Bagaimana cara gomen bayaq? Guna pinjaman (maknanya kena hutang untuk bayaq hutang), guna wang pendahuluan (yang dah cecah RM 10bilio ) dan guna wang Tabung AMANAH!

– Wang Tabung AMANAH dah tinggal berapa? Jawabnya dah tinggal RM 15.2 bilion (punyalah hina… hutang makhluk yang nama 1MDB itu RM 32 bilion lebih banyak dari wang dalam Tabung AMANAH).

Tabung AMANAH diguna untuk bayaq hutang syarikat yang pi KHIANAT AMANAH wang RAKYAT!!! Lejen tu!

– Yang saya habaq hutang 1MDB RM 32 bilion itu, itu baru hutang pokok /prinsipal ya (jumlah yang tepat RM 32.2 bilion). Gomen juga kena bayar interest/ bunga / RIBA iaitu RM 7.1b ).

–  Jadi jumlah baki hutang sebenar 1MDB adalah RM 39.3b ).

Hebat ‘kan? Kita semua (rakyat yang tidak terlibat pun dalam hutang makhluk bernama 1MDB tu) dipaksa kena bayaq hutang makhluk 1MDB tu sedangkan ada orang yang memang dah sah terlibat dengan makhluk 1MDB tu (dah disabitkan bersalah oleh mahkamah bagi satu dari kes jenayah beliau) masih boleh diberi jawatan lagi oleh Gomen Tebuk Atap 2.0 dan dapat kemudahan seperti seorang Menteri (ada kereta rasmi, driver, kenderaan pengiring polis).

– Yang terbaru dia dapat pulak balik pasport antarabangsa (AG tidak bantah) untuk ke Singapura hampir 1 bulan (walaupun dia habaq hanya 15hari sebab kena kuarantin di sana, rakyat yang hutang PTPTN pula dilarang gi luar negara) dan selepas itu masih boleh minta pula ubah tarikh nak pergi Singapura tu sebab nak turun kempen PRN Melaka bagi pihak BN)

Lucu dan dalam masa yang sama hina sungguh, ‘kan?
والله اعلم


No comments: