KERAJAAN DAPAT JIMAT 2 BILLION KALAU RUNDINGAN TERUS INI TIDAK DITERUSKAN KERANA SYARAT DAN TERMA YANG TERTENTU


 

CUBA DATUK SRI TANYA KENAI KA DAK BUDAK NAMA FAIZAL AZUMU- DIA PUN HERO JUGA PEE ISRAEL SANA. PERANG TAK TAU LA..TAPI MENGAKU PEE SAMPAI SANA

Menerima panggilan telefon daripada TYT Mahmoud Abbas, Presiden Palestin bagi merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.

Di bawah pentadbiran saya, Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.

 

0:00 / 6:32

STOKIN MURAH PM



 

KESIAN SUNGGUH ...ZAMAN NI ORANG DAH TAK BUAT GINI DAH.....NEGERI CINA DAP PUN RAKYAT TAK DIKERAH ATAU RAKYAT TAK BUAT DAH KERJA MACAM NI.WAKIL RAKYAT KERJA KUAT


 

MP PAS IKTIRAF ISRAEL ??


 

DALAM DEWAN JADI PASU BUNGA


 

PANDAN JAWAB PUTRAJAYA : DIA TANYA KEMUDIAN DIA KENA BALIK KEH..KEH


 

HANGPA NAK APA SEBENAQNYA ?





KAKITANGAN AWAM MENDAPAT LABA





 

TERKINI- JADILAH DEWAN INI SEBAGAI DEWAN YANG TIDAK KALUT- MEMILIH UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN KERANA MELIBATKAN MORAL SEBAGAI PM


 

TERKINI- ADA KONTRAK DILULUSKAN KEPADA SYARIKAT ANAK MENANTU-SUMBANGAN DAN KHIDMAT AHLI PAS SEJAK DULU MENYOKONG-KONVENSYEN AHLI PARLIMEN- KITA MOVE ON


 

TERKINI- KEABSAHAN ITU ADALAH UNTUK MELIHAT DARI SEGI PERLEMBAGAAN TETAPI DARI SEGI MORAL DAN KEBSAHAN UNTUK MENJANA EKONOMI YANG LEBIH MENYAKINKAN

 


TERKINI- KETUA PEMBANGKANG SELAMA 25 TAHUN TERKAIT DENGAN KERJA KOTOR DAN FITNAH -SEMUA AHLI YANG BERHORMAT DIUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG PM -SOALNYA MORAL UNTUK MEMERINTAH-PASIR MAS CAKAP PANDAI.-UNTUK EKONOMI YANG LEBIH MEYAKINKAN


 

TERKINI- BANTUAN KEWANGAN DAN KEINAIKAN GAJI 100 BAGI KAKITANGAN 56 KE BAWAH DILULUSKANTERMASUK BONUS


 

TERKINI - TIDAK MEMOHON PENGAMPUNAN- PERISTIWA BERLAKU DI BANGGUNAN YANG BELUM ADA-KETUA PEMBANGKANG YANG BERSEKONGKOL - MARANG MENULIS TENTANG QAZAF- MENGUCAPKAN TERIMA KASIH


 

TERKINI-WAJIB DENGAR -PENGAMPUNAN DARI SULTAN KELANTAN. YB DARI KELANTAN BOLEH MOHON MENGADAP TUANKU.KONSPIRASI MELIBATKAN LARUT.MENGHARGAI PAS KRTIKA ITU.


 

TERKINI DSAI JELASKAN KES LIWAT DALAM DEWAN - BANGGUNAN TAK SIAP- YDPA AMBIL TINDAKAN PENGAMPUNAN


 

Bantuan tunai diterus, dikredit mulai Januari, kata PM


Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai dilaksanakan kerajaan sebelum ini diteruskan dalam pentadbirannya, dengan bantuan fasa 1 akan dikreditkan kepada penerima pada Januari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran perbelanjaan pembangunan sementara 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar (PH-Tambun) berkata, bantuan fasa 1 itu memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

“Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan disalurkan awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac pada tahun ini. Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya.

Antara bantuan lain turut diumumkan bagi 2023 adalah:

·         Bantuan awal persekolah RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan isi rumah yang akan disalurkan pada Januari.

·         Tawaran 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak melalui program MySTEP

·         Bantuan musim tengkujuh pada November dan Disember berjumlah RM600 kepada pekebun kecil getah. Kerajaan juga bercadang salur bantuan tambahan RM200 juta kepada pekebun kecil getah bagi Januari.

·         Kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56.

·         Bantuan khas kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan pesara RM350.

·         RM400 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sebagai kesiapsiagaan banjir.

Terdahulu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan menteri kewangan.

Bajet mini itu melibatkan tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107.7 bilion.

 


MOU MENGHALANG PENGKHIANATAN


 

TAK SANGKA DAPAT 147 UNDI- TERBAIK LAH KERAJAAN PERPADUAN- WAN SAYFOOL..ORANG YANG KELUAR PERKATAAN INI LETAK JAWATAN.


 

ORANG KATA YB PASU BUNGA- BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU. SYED SADIQ MUAR YANG MINTA SIDANG KHAS....


 

LIVE KESETIAAN- DIA KELUAR DARI UMNO-KATA BERJUANG ISLAM DAN MELAYU-BERMARUAH SANGATKAH UMNO


 

DIA SUKA BANGGA. DIA ADA BROKER DARI DALAM UMNO. MUHYIDDIN DAN HISHAMUDDIN ADA PAKAT


 

KOYAK SAMPAI LEBAM MATA


 

SELEPAS DILANTIK KETUA PEMBANGKANG, HAMZAH AKAN LEBIH BERWIBAWA JIKA TURUT PEGANG PENGERUSI PN

 

Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin kini sah dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat.

Melihat penampilan pertamanya berucap membahaskan usul percaya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim petang semalam, beliau sekurang-kurangnya ternampak lebih baik jika dibandingkan dengan Mahiaddin Md Yasin atau Hadi Awang untuk memegang jawatan tersebut.

Walau penampilan pertamanya semalam dicacatkan dengan serangan peribadi yang terselit niat jahat terhadap Perdana Menteri, selain laman web yang dipetiknya bukanlah sumber berintergriti, Hamzah diharap menjadikannya sebagai pengajaran untuk menonjol lebih baik lagi di masa hadapan.

Memegang jawatan Ketua Pembangkang atau mengetuai blok pembangkang di Parlimen, tambahan lagi jawatan tersebut kini bertaraf menteri, beliau bagaimanapun tidak mengetuai blok pembangkang di luar Parlimen atau daripada segi kedudukan parti yang menaunginya iaitu PN.

PN sebagai blok pembangkang di luar Parlimen sebaliknya diketuai oleh Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi gabungan tersebut merangkap Presiden Bersatu.

Meskipun bukan sesuatu yang wajib seorang Ketua Pembangkang mesti merupakan ketua parti dalam blok pembangkang, tetapi adalah lebih baik jika pemimpin yang sama memegang kedua-dua jawatan itu.

Ia tentunya akan menjadikan peranan Ketua Pembangkang itu lebih berkesan kerana peranan mengetuai pembangkang dapat dijalankan serentak di dalam dan di luar Parlimen.

Jika kedua-dua jawatan itu dipegang oleh pemimpin yang berbeza, maka tidak semua suara ketua parti pembangkang dapat diangkat ke Parlimen, terutama jika ketua parti pembangkang itu sendiri bukan jenis yang rajin datang ke Parlimen.

Lebih daripada itu, ia seolah-olah menjadikan ada dua watak ketua pembangkang dalam negara.

Untuk itu, sesuai dengan Hamzah kini menjadi Ketua Pembangkang, adalah wajar sebenarnya untuk beliau diberi peranan mengetuai gabungan PN mengambil alih tempat Mahiaddin.

Lagi pun, era Mahiaddin boleh dikira sudah berlalu dan kerajaan gagal yang dipimpinnya selama 17 bulan sebelum ini banyak menyukarkan peluangnya untuk kembali semula sebagai Perdana Menteri.

Ditambah dengan undi percaya yang dimenangi dengan cemerlang oleh Anwar petang semalam, sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang, kerajaan perpaduan ini tidak lagi mudah untuk digugat dan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang perlu berperanan dengan lebih berkesan lagi.

Maka, Mahiaddin harus berjiwa besar dan sedia melepaskan jawatan Pengerusi PN itu kepada Hamzah.

Tiada lagi peluang untuk menukar kerajaan di tengah jalan dan cubaan seterusnya untuk PN menjadi kerajaan hanyalah dalam PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Pada ketika itu, Mahiaddin barangkali sudah tidak sesuai lagi untuk terus bercita-cita mengejar jawatan Perdana Menteri, sebaliknya harus berfikir untuk menghabiskan sisa usianya yang tersisa bersama keluarga dan anak cucunya saja.

Namun, terus bersaing pada PRU16 adalah masih relevan bagi Hamzah kerana ketika ini usianya baru mencecah 65 tahun dan lima tahun akan datang masih dalam lingkungan 70 tahun.

Selain itu, trend kebelakangan ini memperlihatkan kerusi Ketua Pembangkang adalah batu loncatan yang terbaik untuk seseorang itu menjadi Perdana Menteri.

Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin pertama yang pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang, kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.

Anwar pula merupakan pemimpin pertama daripada jawatan Ketua Pembangkang yang berjaya mencipta sejarah melompat terus ke kerusi Perdana Menteri.

Maknanya, kerusi Ketua Pembangkang di era moden ini adalah persinggahan mustajab dalam pengejaran cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Mana tahu, dengan memegang jawatan Ketua Pembangkang, sama seperti Ismail Sabri dan Anwar sebelum ini, kerusi Perdana Menteri dapat menjadi rezeki Hamzah selepas PRU16 nanti.

Laluan itu, bagaimanapun tentulah lebih terbuka jika jawatan Pengerusi PN juga dalam genggamannya.

Satu soalan kepada Hamzah – ada cita-cita atau tidak untuk jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 20/12/2022.



Pernah tengok mangkuk yang pandai berkata-kata?

 



Pernah tengok mangkuk yang pandai berkata-kata?


Peraturan parlimen hanya memerlukan undi suara untuk usul seperti ini diluluskan. Melainkan jika ada pihak (biasanya pembangkang) seramai 15 orang yang meminta dibuat undi belah bahagi.


Tapi semalam, itu tidak berlaku. Pembangkang buat keputusan untuk berkecuali, tidak mahu meminta diadakan undi belah bahagi. Jadi Tuan Speaker pun teruskan dengan undian suara.


Lepas persidangan, Taki nak pertikai lagi sokongan buat PM. Katanya jumlah sebenar tak diketahui. Dah kenapa? Kalau nak sangat tahu berapa jumlah yang sokong PM, mintalah undi belah bahagi 


Tapi tak. Kalau buat semalam, rakyat akan nampak 148 orang ahli parlimen menyokong DS Anwar. PN tak mampu melihat itu kerana mereka sebenarnya mahu cipta persepsi yang PM tak dapat sokongan.


Kerana mereka mahu bermain dengan sentimen rakyat. Kenapa? Mungkin, aku kata mungkin, masih ada niat mereka untuk mencuri kerajaan melalui SD.


Sentimen yang PM tak dapat sokongan majoriti MP penting supaya nanti jika mereka lakukan rampasan kuasa nanti, rakyat akan sokong tindakan mereka dan mereka tak dipersalahkan. 


Taki kata pembangkang memilih untuk berkecuali kerana mereka berpendapat tidak perlu untuk PM buktikan sokongan setelah YDP Agong perkenan melantik DS Anwar sebagai PM.


Tapi yang beriya suruh DS Anwar buktikan bahawa beliau dapat sokongan adalah ketua Taki sendiri iaitu Mahiaddin. Lupa? Mahiaddin cabar DS Anwar mungkin sebab Mahiaddin sangka semua orang pengecut seperti dia. Isytihar darurat untuk elakkan berdepan undi tak percaya.


Bila DS Anwar sambut cabaran Mahiddin, mereka pula jadi tak keruan. Sebab mereka tahun yang DS Anwar mampu dapatkan sokongan, bukan setakat simple majority, bahkan ⅔ dewan.


Sebab itu mereka marah sangat dengan MoU yang ditandatangani antara gabungan-gabungan parti dalam kerajaan perpaduan ini. Sebab PN dah kena check mate dengan MoU itu. Tak boleh nak tawar scheme of things dah untuk runtuhkan kerajaan.


Rakyat sepatutnya boleh lihat sekarang bagaimana jahatnya PN bermain dengan sentimen, dan cubaan mereka untuk perbodohkan rakyat. Mujurlah MP kerajaan ada ramai yang cerdik.


Kerajaan pimpinan DS Anwar ini sudah mulakan tugas untuk baik pulih negara selepas rosak teruk akibat kegagalan Mahiaddin. Tapi PN masih lagi sibuk main politik penting diri.


Di saat pemimpin PH seperti Rafizi, Fahmi Fadzil, Hannah, Abg. Mad serta DS Anwar sendiri sudah mula bercakap soal kepentingan rakyat, pemimpin PN masih lagi pertikaikan istilah.


Zahid pun dah mula cakap soal banjir, dah cerita rancangan kerajaan untuk hadapi banjir. Tapi yang pemimpin PN sibukkan masa ini masih lagi soal kuasa. Nampaknya jauh lebih bagus Zahid daripada pemimpin PN. Nampak tak siapa yang gila kuasa?


Politik sentimen, politik fitnah, politik penting diri seperti yang diamalkan oleh PN ini amat merugikan rakyat. Oleh itu rakyat mesti tolak PN secara total. Jangan layan cakap mereka walau satu huruf. Baru Malaysia boleh aman dan terus maju. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

[LANGSUNG] Sidang Dewan Rakyat 20 Dis 2022 | Sesi Pagi

[[LIVE]]19.12.22 #KerajaanYDPA menang. Satu ulasan menarik dari Azalina ...

NAMPAKNYA MAHIADDIN DAN BLOGGER KALAH TERUK DALAM DEWAN RAKYAT - MAKNA KATA NAK MEMILIH SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER PUN MEREKA KALAH.


 

KISAH NAK HARAMKAN UMNO - MAMAT NI BUAT PENERANGAN


 

KAH..KAH....YDP AGONG SOH MASUK JOIN- TAPI PN TOLAK- JADI ADA LA PEMBANGKANG...


 

INI KISAH DALAM DEWAN - PERTAMA KALI INI DALAM KERAJAAN PERPADUAN-DAH KENA KAW KAW-HANG SAJA BOLEH KOMEN- HABIH ORANG TAK BOLEH NAK CAKAP


 

ANWAR MENANG 3 - 0




ANWAR MENANG 3 - 0

Mandat rakyat, PRU15, Anwar menang kerana gabungan PH dpt kerusi paling banyak.

Proses di Istana, Agong dan Majlis Raja2 setuju Anwar. Anwar menang lagi.

Di Parlimen, Anwar dapat sokongan 2/3 MP untuk jadi PM.

Anwar menang 3-0.

Kalau tanya lebai, kompom tak puas hati. Tentu Hadi akan terus meratib sehingga mengigau " Sudah cukup..lebih dari cukup jumlohhhh' dan Hadi akan mohon undian dibuat di Padang Mahsyar nanti.

Tahniah Azalina, menteri undang2 yang telah menyekolahkan Takiyuddin tadi.

WFAUZDIN NS

 

PN KEPANASAN : USUL PERCAYA DAH LULUS

Hentikan kemelut politik negara, tumpu perkembangan ekonomi


Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata, kemelut politik negara tidak sewajarnya dibiar berterusan untuk penggal ini, memandangkan kesan langsungnya adalah kepada pertumbuhan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat. "Jika undi percaya ini dapat sokongan, peristiwa menukar Perdana Menteri tiga, empat kali sepenggal tidak akan berlaku lagi. "Kalau kita berterusan bergaduh soal Perdana Menteri dan bergaduh soal isu yang tidak melihat isu rakyat, maka akhirnya empat setengah tahun sebelum ini (akan berulang dengan) kita membazir masa melihat negara jiran membangun dengan begitu pesat, tapi Malaysia tinggal kebelakang dan terus kebelakang," katanya ketika membahaskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, sejak 2018 hingga 2021, Malaysia mempunyai keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita yang tidak berkembang dalam tempoh empat tahun. "Pertumbuhan kita -0.1 peratus jika dibandingkan Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Saya ambil contoh Indonesia, pada 2018 hingga 2021, KDNK perkapita mereka berkembang 11.8 peratus, Vietnam berkembang 24.2 peratus, Thailand, 9.7 peratus dan Filipina, 19.3 peratus, semua positif tapi Malaysia 0.1 peratus," katanya.




JALAN TERUS SAJA...PEDULIKAN BERAPA - MEREKA TAKUT UNTUK MENGUNDI ATAS ALASA TAKUT DI COP DERHAKA. UNDI SUARA BILA DITANYA DIAM. BERMAKNA ANWAR PUNYA 2/3 MAJORITI UNTUK DILULUAKAN


FAHMI FADZIL

Semalam mula lah siri serangan mereka yang sering pertikai usaha Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas Ermieyati.

Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap Memorandum Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Tapi pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.

Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila Pakatan Harapan menandatangani MOU dengan Kerajaan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a MOU berkata Pakatan Harapan mesti sokong Bajet 2022 - bermaksud Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan tiada pilihan dalam bab ini. Itu tak diktator?

Kami dalam Pakatan Harapan memahami keperluan kestabilan Kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MOU itu.

Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?

Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.

Sebenarnya MOU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak yang menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan untuk mewujudkan kestabilan.

Oleh itu, berbeza kali ini, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah - GRS, Parti Warisan Sabah, dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat.

Inilah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan Kerajaan pasca Parlimen tergantung, supaya kita boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.

Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau.

Kita move on, ketepikan politik, fokus khidmat bakti dalam apa jua jawatan yang dipegang, demi masa depan Malaysia.

#DemiPertiwi

#KerajaanPerpaduan

 

TELUR IMPORT MAHAL SIKIT TAPI KEKAL


 

MASA BINCANG HANG LA KEPALA NAK KATA NANTI TAKUT DIKATAKAN DERHAKA. AKHIRNYA KENA KAW KAW DENGAN AZALINA.TAK BAWA HANGPA KATA KERAJAAN INI TAK SAH. SEBENARNYA HANGPA PENAKUT DULUNYA NAK BUAT SAMPAI ISTIHAR DARURAT



INI JAWAPAN DIA MASA DALAM DEWAN. HANG SAJA KA BOLEH KRITIK KERAJAAN DAN KERAJAAN TAK BOLEH NAK JAWAB. PATUT KIOK LA KAU.KEH..KEH. INI ADALAH DALAM KERAJAAN PERPADUAN.INI BIARLAH PULA KERAJAAN JAWAB.





MEDIA KERAJAAN BERTAGGUNGJAWAB KEKANG FAHAM EKSTREMIS AGAMA


DIKTATOR: ZAMAN MUHYIDDIN ISYTIHAR DARURAT, TUTUP PARLIMEN


(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI KERAJAAN PERPADUAN TERLALU PERFORM

Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan. Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini. Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat ...