FAHMI FADZIL
Semalam mula lah siri serangan mereka yang sering pertikai usaha
Kerajaan Perpaduan Malaysia.
Serangan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Mas
Ermieyati.
Kedua-duanya menabur hujah ‘diktator’ atau ‘tak sah’ terhadap
Memorandum Persefahaman yang ditandatangani parti-parti yang membentuk Kerajaan
Perpaduan Malaysia.
Tapi pertikaian mereka ini adalah kemunafikan politik.
Di mana laungan ‘diktator’ Mas Ermieyati bila Pakatan Harapan
menandatangani MOU dengan Kerajaan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob? Klausa 3a
MOU berkata Pakatan Harapan mesti sokong Bajet 2022 - bermaksud Ahli-Ahli
Parlimen Pakatan Harapan tiada pilihan dalam bab ini. Itu tak diktator?
Kami dalam Pakatan Harapan memahami keperluan kestabilan
Kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MOU
itu.
Waktu Mas Ermieyati jadi timbalan menteri, bab ini tak pula kamu
pertikai? Atau kamu tak pertikai sebab kamu timbalan menteri waktu itu?
Samalah juga dengan Tan Sri Muhyiddin.
Sebenarnya MOU Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ditandatangani
pada 16 Disember 2022 adalah langkah yang tepat lagi bijak yang menunjukkan
pimpinan faham apa yang mesti diusahakan untuk mewujudkan kestabilan.
Oleh itu, berbeza kali ini, Pakatan Harapan,
Barisan Nasional,
Gabungan Parti Sarawak,
Gabungan Rakyat Sabah -
GRS, Parti Warisan Sabah,
dan parti-parti yang menjunjung kasih ke atas titah nasihat DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia mahu
perjanjian ini dibuat secara terbuka, dengan suci hati, dan di mana segala isi
kandungannya boleh dibaca dan difahami rakyat.
Inilah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan Kerajaan pasca
Parlimen tergantung, supaya kita boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama
isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.
Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau.
Kita move on, ketepikan politik, fokus khidmat bakti dalam apa
jua jawatan yang dipegang, demi masa depan Malaysia.