BIAR PUCUK BERUBAH ASAL AKAR JANGAN MATI.

BIAR PUCUK BERUBAH ASAL AKAR JANGAN MATI.

Umno/bn begitu gembira menerima beberapa kerat pimpinan pakatan yang melompat ke kem mereka. Peristiwa melompat ini berlaku sejak lama adanya sistem politik dimana masing-masing kalau pun tidak dengan prinsip perjuangan atau pun kerena bertentangan dengan prinsip perjuangan, ianya melibatkan pembahagian sejumlah wang yang di agihkan demi mendapat sokongan dan menyokong pihak tertentu . Peristiwa melompat ini berlaku di mana Dato Hussein Onn yang menubuhkan perjuangan melayu bersatu dan kerana merasakan perlunya penyatuan semua kaum dalam satu gagasan dengan menubuhkan Parti Negera, dilihat sebagai satu perjuangan untuk melakukan satu perubahan dan bukan nya kerana duit atau pangkat. Namun yang berlaku baru-baru ini pula bukan kerana kewangan atau pun di beli , namun ianya membabitkan kepentingan peribadi dakwa yang keluar dari parti.Hakikatnya ramai yang beranggapan setiap kali adanya perkara lompat melompat ini, ianya juga ada kaitannya dengan kewangan dan imbuhan.

Peristiwa melompat ini tidak pula di ikuti dengan pengikut yang berbondong-bondong mengikut beramai-ramai tau pun kawasan parlimen tersebut menjadi kucar-kacir kerana tok ketua yang melompat tadi punya akar umbi yang begitu ramai sehingga memenangkan mereka dalam pilihanraya dahulu. Namun mereka ini meninggalkan perjuangan dan melompat ke parti lain kerana merasakan mereka juga tidak melakukan sesuatu perubahan dan mungkin juga punya agenda peribadi. Apa pun peristiwa memlompat ini di lihat lebih baik dari bercakaran sesama sendiri dari dalam. Itulah yang berlaku di pihak yang satu lagi yang mengaku menguasai segalanya sebagai pemerintah.

Hakikatnya kekuatan sesuatu parti itu bukan bergantung kepada ketuanya. Jika ketuanya lari meniggalkan perjuangan , ketua yang lain akan di cari dan akhir mendapat ketua yang baru. Jika ini berlaku, sudah tentulah ini bukan sahaja akan menjadikan parti tersebut lebih kukuh, maka akar umbi tadi akan dapat menilai ketua yang baru itu lebih baik atau sebaliknya. Misalnya Umno, Pas, dua buah parti ini seringkali bertukar pucuk pimpinan. Berlainan dengan Umno, setiap kali bertukar pucuk pimpinan akan bertukar juga para kroni di puncak kuasa. Inilah yang membezakan antara Pakatan Rakyat dan Bn.

Kejayaan melompat seperti yang di gembar gemburkan oleh pihak yang di katakana kuat itu akhirnya tidak kemana juga,. Ianya tidak menyebelahi Umno pun atau membawa ribuan penyokong menyertai Umno . Kerana jika di lihat Bn sendiri masih lagi menghadapi pemberontakan dari dalam oleh komponen parti mereka. Malah TPM sendiri merasakan bahawa jangan sesekali membocorkan rahsia kelam kabut Mca dan juga kelemahan parti Mic kepada dunia luar . Biar isu tersebut di bincang di dalam Bn sendiri sahaja. Hakikatnya Bn sendiri menghadapi banyak masalah dalaman dan juga betapa berpecahnya Mca dan juga betapa sokongan terhadap Mic masih lagi kelam kabut dan menjejaskan persediaaan Bn menghadapi pilihanraya akan datang. Oleh kerana kedua parti sekutu ini di lihat sudah tidak boleh lagi menjamin kekuatan Umno dalam Bn untuk mentadbir. Maka kerana itulah Najib dan Bn kini menumpukan perhatian di Sarawak dan Sabah sebagai galang ganti bagi menggantikan sokongan kaum cina kepada MCa dan Gerakan , manakala mencari pihak lain di Sarawak bagi menggantikan sokongan kaum india terhadap Mic .

Kini, keadaan menjadi reda dan PKR yang menerima asakan bertubi-tubi hanya kerana kerajaan berperang dengan pemimpinnya Anwar Ibrahim , maka PKR di serang bertubi-tubi. Anwar di serang bagai beliau umpama sebuah parti yang begitu besar, Anwar di serang seolah-olah beliau seorang diri melawan jentera kerajaan, Maka kerana sebab itulah beliau memang selayaknya menjadi ketua Pembangkang kerana yang di serang kini adalah Anwar, yang kerajaan lawan hari ini adalah Anwar. Takutnya kerajaan terhadap anwar umpama melawan sebuah negara lain yang akan menyerang.Ini bukan sekadar jentera kerajaan menyerang, pecacai,petugas,hamba abdi umno turut sekali menyerang Anwar.Hebatnya Anwar.

Usaha ini tidak akan Berjaya kerana selagi akar umbi masih melihat sebagai satu cabaran buat mereka kerana taktik pemerintah, dan kerana masyarakat telah mencapai tahap kematangan politik yang juga semakin maju melalui membaca, mendengar dan melihat, maka usaha Bn dilihat sebagai cuba mengacau rumahtangga Pakatan Rakyat.Usaha ini pula tidak Berjaya menarik sokongan kepada Umno pun, malah seperti kata Dr Khir Toyo politik kebencian itu sebenarnya membuatkan orang ramai menyokong Pakatan Rakyat dan menjadikan simpatisme terhadap PKR bertambah. Menurut Yb Saifuddin selaku Setiusaha Agong PKR yang baru, beliau menyatakan bahawa dalam masa 3 bulan ini sahaja PKR mendaftar 50, 000 keahlian baru termasuk berhampiran dengan kawasan Sg Burung ,iaitu kawasan yang berdekatan dengan Khir Toyo. Menurut Saifuddin lagi kerana sikap politik kebencianlah yang menjayakan egenda reformasi rakyat, dan kerana sikap politik kebencian Umno jugalah PKR dan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari apa yang di sebarkan. Percayalah, selagi Umno/Bn cuba memperbodohkan rakyat dan menananm semangar kebencian, maka selagi itulah sokoangan terhadap Bn akan semakin menipis dan PKR semakin matang dalam memutuskan dasar-dasar dan pengurusannya.

Umum mengetahui selagi akar umbi merasa yakin bahawa sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat adalah masih kukuh, maka kerana itu jugalah kita mengharapkan agar perpindahan ini akan dapat memastikan kawasan tersebut akan dapat dikekalkan kemenangan. Kerana selama 2 tahun rakyat telah mengenalpasti Yb-Yb yang melompat ini buat kerja atau tidak? Tanya juga di Bayan Baru pernahkah mereka bertemu wakil mereka di pasar, atau tanya juga di Bagan Serai, adakah program yang di anjurkan bersama rakyat? Sudah tentu anda akan tahu jawapannya. Maka kerana itu, jangan di kesal dengan pemergian mereka ini, kerana kemungkinan kawasan tersebut akan mendapat calon baru yang lebih baik dan dapat bekhidmat kepada rakyat.Apa pun akar harus di bajai dan disirami agar pucuk baru tumbuh dan menjadi subur semula.

Amiruddin Ahmad adalah Exco ALIRAN

Aliran Kesedaran Negara,

Penulis bebas untuk akhbar Konsep Era Pakatan.