Siapa dia? Dia BUKAN ROH ROH ROH..NEH..NEH NEH.....hanya pandai mengutuk tapi satu HASIL tak buat pun untuk NEGERI sekecil Kelantan.
🧑💼 Siapa dia?
• Nama penuh: Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
• Tarikh lahir: 13 April 1967, Pulau Pinang 
• Keturunan keluarga korporat: Anak kepada Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, bekas Presiden & CEO PETRONAS 
⸻
🎓 Pendidikan
• Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan, khususnya Kewangan & Ekonomi) – Universiti Syracuse, New York 
• Program Eksekutif Stanford, Universiti Stanford
• Program Kewangan Korporat (Petang), London Business School 
⸻
📈 Kerjaya Korporat
1. Shell Group – 10 tahun dalam peranan kewangan di Malaysia, Singapura dan UK 
2. MISC Berhad (2000–2009): Naik pangkat hingga CEO 
3. AET Tanker Holdings – Presiden & CEO (2005) 
4. Petronas Dagangan Berhad – MD & CEO (2010–2012) 
5. Petronas Lubricants International – Group MD & CEO + VP Downstream 
6. Icon Offshore & Khazanah (TARH) – CEO (2016–2019) 
7. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Presiden & CEO (April 2019–Feb 2021) 
8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) – CEO (Mac 2021–Disember 2023) 
⸻
🏛️ Kerjaya Politik & Kerajaan
• Menteri Kewangan II – Dilantik pada 12 Disember 2023, mewakili kerajaan sebagai Senator 
• Menteri Ekonomi (Acting) – Sejak 27 Jun 2025, mengambil alih semula tugas Menteri Ekonomi selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli. Tugas utamanya adalah menyemak dan mengemaskini Rancangan Malaysia ke-13 sebelum dibentangkan pada 31 Julai 2025 
⸻
🌐 Peranan Tambahan
• Pengerusi / Ahli Lembaga: MISC Agencies, MRCB, Sime Darby Plantation & Oils, UK P&I, dan banyak organisasi lain 
⸻
📌 Perwatakan & Fokus
• Dilihat sebagai teknokrat, bukan politikus, menekankan pendekatan berasaskan data & korporat dalam pentadbiran kerajaan 
• Komited memacu ekonomi di bawah agenda “MADANI” dan strategik pembangunan negara 
⸻
✅ Kesimpulan
Amir Hamzah Azizan merupakan tokoh korporat cemerlang yang membawakan pengalaman menyeluruh di syarikat multinasional dan kerajaan ke dalam portfolio fiskal negara. Pelantikan beliau di kementerian kewangan II dan tugas ekonomi menunjukkan keterampilan beliau di persimpangan sektor swasta dan kerajaan dalam pengurusan negara.
KALAU YA PUN NAK KUTUK RR.....
Najib Bakar
Aku terbaca kritikan Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul mengenai idea-idea YB Rafizi Ramli. Aku tertarik dengan kritikan beliau pada poin 3 tentang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Innovathon.
*Tulisan ini hanya akan memberi ulasan tentang poin no 3 sahaja. Awas, tulisan panjang. 😅
1. Kritikan tentang IPR (khusus di Sabah) sebagai 80% tidak sustainable. Alasannya limitasi isu-isu demografi dan geografi yang kurang difahami.
2. Kritikan tentang program Innovathon sebagai ada "silap besar", ayat yang digunakan beliau kerana tidak mewujudkan kategori khas inovasi akar umbi.
.
Izinkan aku menjawab kritikan no 2 dahulu, sebab itu lebih straight to the point.
Program Innovathon adalah satu usaha sama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains dan Teknologi.
Idea itu muncul seawal bulan-bulan pertama YB Rafizi dilantik menjadi Menteri. Siarannya adalah dalam tempoh tahun pertama (2023) pemerintahan Kerajaan Madani.
Takdak nak honeymoon lepas jadi Menteri, terus plan, execute, boom.
Ya, tentunya ada lompong-lompong yang boleh diperbaiki, tapi nak kata sampai "silap besar" itu bagi aku, agak kasar bunyinya.
Jadi apa objektif Innovathon ni?
Di waktu stesen televisyen penuh dengan rancangan realiti nyanyian dan komedi, Innovathon diwujudkan untuk menyemai rasa minat dengan inovasi.
Rancangan realiti tentunya membentuk budaya.
Dulu anak muda gemar menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak, ramai yang tiba-tiba bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelawak, walaupun tone deaf dan lawak tak sampai.
Jadi, negara harus wujudkan budaya supaya anak muda ni kembali minat dengan STEM, dan ia perlu datang dari pelbagai sudut.
Salah satunya adalah program Innovathon. Bukan matlamat untuk menang pertandingan semata-mata, tapi untuk menyemai minat dan budaya inovasi.
Jabatan Pendidikan juga boleh menyambut budaya ini dengan mengadakan pertandingan di peringkat seawal sekolah rendah.
Dan sebenarnya Innovathon musim ke 2 ada Anugerah Khas Juri untuk peserta dari peringkat sekolah.
Innovathon akan diteruskan dengan musim ketiga, insya Allah.
.
Okey, kemudian mengenai topik yang popular, IPR. Betul ke 80% tidak sustainable di Sabah?
Disember 2024, aku dan rombongan kementerian melawat tapak IPR, penanaman nenas MD2 di Kg. Gana, daerah Kota Marudu.
Bila berborak dengan penyelaras di situ, depa pun cakap ramai orang Sabah sendiri tak pernah sampai ke Kg. Gana.
Jauh jaraknya ke pedalaman, even dari pekan Kota Marudu. Coverage handphone pun takdak.
Tau tak berapa luas penanaman nenas MD2 tersebut?
500 ekar jumlah keseluruhan.
Waktu kami melawat tu, fasa pertama 200 ekar telah ditanam. Dan kami tiba pada musim menuai.
Seramai 180 orang peserta terlibat pada fasa pertama ni, datang daripada 18 kampung berhampiran.
Semuanya golongan miskin tegar dan B40. Bila kita tanya depa berapa jumlah pendapatan, riak muka depa sangat happy, dalam keadaan sangat bersyukur.
Tak pernah terbayang depa akan dapat sekitar RM2,000 sebulan dengan tinggal di Gana, jumlah tu bagi depa adalah sangat-sangat lumayan.
Bayangkan sebelum tu kerja yang ada cuma masuk hutan, tangkap burung, kutip kayu, dan sebagainya. Pendapatan mereka cuma ratusan ringgit sebulan.
Aku sertakan beberapa gambar semasa kami melawat tapak IPR tersebut.
Di Sabah, jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 770 orang, dan sedang dalam pertimbangan kementerian untuk menempatkan lagi 810 orang.
Kat mana 770 orang tu?
Kota Marudu, Kinabatangan, Matunggong, Kudat, Tambunan, Merotai.
Apa tanamannya?
Ada nenas MD2, cili fertigasi, jagung bijirin, halia.
Semua tanaman dipilih mengikut kesesuaian dari segi geografi, tanah, cuaca, dan pelbagai faktor lain.
Yang lagi 810 peserta sedang dalam pertimbangan itu melibatkan projek jagung bijirin, salad, tomato, cili, halia, nenas MD2, bawang, serta cendawan.
Program design IPR ni merupakan serampang beberapa mata.
- Bantu golongan miskin tegar dan B40 dengan peluang pekerjaan
- Bantu SSR(Kadar Sara Diri) makanan di Malaysia
- Mewujudkan budaya modern farming dengan lebih meluas.
- Penggunaan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar yang tidak mendatangkan apa-apa hasil ekonomi.
Apa yang menarik serta ironinya, Sabah adalah negeri yang paling ramai peserta IPR.
Jadi, hujah mengatakan IPR Sabah 80% tak sustainable tu mungkin cuma teori di bilik kuliah semata-mata, tidak bersandarkan realiti.
Yang pasti, program design IPR tu sentiasa dikemas kini untuk menjadikan success rate tanaman serta peserta berada di paras optimum.
Model IPR bagi aku berjaya mencapai matlamatnya, dan perlu didokong serta diteruskan oleh mana-mana pimpinan dari mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan di masa hadapan.
Najib Bakar
27 Jun 2025
WALAU NAMPAK GAGAH.... MENGHENTAM KERAJAAN., TAPI RCI PERLU KENAPA KALAH DAN HILANG XEPOSIT SEMUA KERUSI
Sebuah badan atau suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan dengan segera bagi menangani krisis kepercayaan terhadap Pejabat Peguam Negara (AGC).
Ini susulan kenyataan bercanggah di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pendakwaan.
Jurucakap Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid berkata, kenyataan yang dikeluarkan dalam tempoh 24 jam kedua-dua pemimpin itu mengelirukan dan mencerminkan kegagalan memahami kedudukan sebenar institusi pendakwaan.
#AGC #Pejuang
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
PM ANWAR TIBA DI JAKARTA.
Saya telah tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi bertemu sahabat dan juga Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto tengah hari tadi.
Kunjungan ini merupakan susulan kepada kunjungan Presiden Prabowo ke Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu sempena acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#ASEAN
𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯
𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯
Saya sedia maklum satu kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tugas untuk “mengolah dan merombak semula” intipati naskhah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ekoran kenyataan itu, saya dihubungi oleh pihak media mengenai pandangan saya kerana ia memberi gambaran draf asal RMK13 yang telah dibangunkan sejak September 2024 akan diubah secara besar-besaran.
Rancangan Lima Tahun Malaysia (kini RMK13) adalah dokumen dasar yang penting dan menjadi gam yang mengikat dasar, program dan sasaran negara bagi tempoh lima tahun. Kerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.
Sebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik.
Proses penyediaan RMK13 bermula dengan Persidangan Permulaan RMK13 pada 5 September 2024. Seterusnya, proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” (mendapat maklum balas dan dapatan dari semua pemegang taruh) bermula melalui tiga kaedah:
1. IAPG (𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – setiap kementerian dan agensi mempunyai perancang (selalunya dari bahagian dasar) yang mewakili kementerian/agensi dalam merangka dasar dan program yang ingin diketengahkan;
2. TWG (𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – ada kumpulan dalam bidang khusus yang melibatkan pakar-pakar yang membangunkan dasar dan program. Contoh-contoh TWG khusus termasuklah Govtech, Penskalaan Industri Mikro, Kecil Sederhana (PMKS), Reformasi Fiskal, Reformasi Pendidikan, Reformasi Kesihatan, RDICE dan lain-lain;
3. Sesi Libat Urus (SLU) – ada proses khusus di antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan ahli Parlimen (yang berlangsung dari September hingga Disember 2024).
Kesemua maklumat mengenai proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” ini boleh didapati dari laman Kementerian Ekonomi mengenai RMK13 iaitu https://rmk13.ekonomi.gov.my/
Pada masa yang sama, proses “𝘵𝘰𝘱 𝘥𝘰𝘸𝘯” iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal (𝗯𝗼𝗹𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝗿𝗮𝗱𝗶𝗰𝗮𝗹) berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar. Dasar-dasar ini (yang dikategorikan mengikut bidang) dikenal pasti sebagai pemacu utama reformasi struktur bagi bidang-bidang tersebut.
Cadangan dasar yang berani dan radikal tidak semestinya diterima oleh kementerian-kementerian. Sebab itu, saya telah membentangkan beberapa kali kepada Perdana Menteri terlebih dahulu (antara Februari hingga April 2025) dan dibentangkan sebanyak dua kali kepada Jemaah Menteri Khas, untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.
Semua bukti pembentangan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada di laman Facebook Perdana Menteri sendiri, yang sering melaporkan perbincangan mengenai RMK13 dengan Kementerian Ekonomi.
Jadual penyediaan dan pembentangan RMK13 adalah ketat. RMK13 bakal mencatat sejarah sebagai penyediaan RMK yang terpantas iaitu kurang dari setahun (dari persidangan permulaan hingga pembentangan). Sebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun.
Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar. Pandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam.
Proses seterusnya ialah percetakan yang memerlukan di antara dua ke tiga minggu. Jika ada rombakan semula, bab-bab penting (termasuk analisis data, angka dan sebagainya) perlu ditulis semula, dalam keadaan Kementerian Ekonomi hanya ada dua minggu sebelum dokumen itu perlu dihantar untuk percetakan akhir (mengambil kira RMK13 dirancang untuk dibentangkan dalam minggu pertama atau kedua Ogos 2025).
Oleh itu, kenyataan untuk “merombak semula dan mengolah” RMK13 sudah tentu mengundang kebimbangan (di kalangan penjawat awam, penganalisis pasaran yang memantau dasar negara dan rakyat keseluruhannya).
Adakah ini bermakna rombakan semula ini akan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada IAPG, TWG dan pakar-pakar? Kenapa isu “merombak semula draf RMK13” ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu “rombakan semula” yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan intipati RMK13 sebelum ini?
Saya bimbang kerajaan mengambil sikap 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘳𝘺 (bersikap reaktif) hanya kerana ada beberapa ciapan balas kepada YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengenai RMK13 beberapa hari kebelakangan ini.
Ada netizen yang membincangkan mengenai RMK13 dan membalas ulasan beliau yang dilihat cuba memadamkan terus penglibatan saya dalam penyediaan RMK13.
RMK13 adalah dokumen penting untuk negara dan rakyat yang dibangunkan oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Jika tidak berhati-hati, mengheret RMK13 menjadi polemik politik akan melunturkan keyakinan rakyat kepada dokumen akhir RMK13.
Jika ini berlaku, ia satu ketidakadilan besar kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja berbelas jam sehari sejak setahun lepas.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
27 Jun 2025
AIIIKKKKK......TAKUT ?
Megat Roslan
Geng lantikan politik serang RR & HIRUK?
Bro, takut hilang jawatan ke tu? 🤣
#RR #RafiziRamli
𝗗𝗢𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗔𝗙𝗜𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗦𝗦𝗔𝗜𝗡
Rafizi Ramli
Saya dimaklumkan oleh ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales) bahawa Tan Sri Hanafiah Hussain tidak berapa sihat.
Anak kepada Tan Sri Hanafiah ada menyebut yang beliau sebut nama saya. Kali terakhir kami berjumpa, kami tidak sempat berbual panjang.
Tan Sri Hanafiah adalah nama besar tanahair dan sumbangan beliau kepada negara tidak boleh dibandingkan dengan kita yang masih muda ini.
Dilahirkan dalam tahun 1927, beliau adalah anak Melayu pertama yang menjadi akauntan bertauliah (chartered accountant) dengan ICAEW.
Dalam tahun 1962, beliau menubuhkan Hanafiah, Raslan & Mohamad (HRM), iaitu antara firma audit milik Bumiputra yang paling awal di negara ini. HRM kemudiannya menjadi Arthur Andersen (AA) dan seterusnya bergabung menjadi Ernst & Young (EY).
Firma HRM melahirkan banyak pakar ekonomi dan kewangan negara, termasuklah Tan Sri Hassan Marican (bekas Presiden/CEO Petronas dan juga anggota ICAEW di Malaysia).
Selain sumbangan dalam bidang kewangan, Tan Sri Hanafiah juga pernah menjadi ahli politik.
Beliau adalah bekas bendahari Umno dalam tahun 60an dan ahli parlimen Jerai selama 2 penggal. Di Parlimen, beliau pernah menjadi pengerusi JK Kira-kira Awam (PAC).
Senarai sumbangan Tan Sri sangat panjang untuk disenaraikan.
Mungkin yang paling dekat dengan rakyat ialah peranan beliau sebagai Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji dalam tahun 60an, sebelum ia dikenali sebagai LTH.
Beliau juga adalah pengurus besar Felda yang pertama dan memainkan peranan penting dalam menubuhkan rancangan tanah Felda di seluruh negara. Tan Sri Hanafiah juga ada adalah pengasa FAMA.
Beliau adalah wakil kerajaan ke Taiwan dalam tahun 1980an untuk meyakinkan pelabur Taiwan membuka kilang dan pelaburan di Malaysia. Di awal 90an, beliau ada pengerusi eksekutif Bank Bumiputra.
Kali terakhir saya berjumpa Tan Sri ialah semasa sama-sama menghadiri majlis tahunan ICAEW Malaysia tahun lepas. Kedua-dua kami adalah felo ICAEW (dari dua generasi berlainan).
Walaupun sudah berusia, Tan Sri tetap hadir ke majlis tahunan ICAEW sebagai sokongan kepada akauntan muda.
Orang seperti saya mendapat inspirasi untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dari ICAEW hasil teladan yang baik dari tokoh seperti Tan Sri Hanafiah dan Tan Sri Hassan.
Sebagai anak kampung, saya tidak pernah mendapat pendedahan mengenai kerjaya sebagai akauntan bertauliah (CA). Di universiti, saya diberitahu ia sesuatu yang sukar - perlu mendapat kerja di firma di UK dan perlu lulus peperiksaan (yang hanya 30% lulus zaman itu).
Sebab itu, saya memberi dorongan kepada Yayasan Peneraju untuk memudahkan anak Bumiputra menceburi bidang ini.
Insya-Allah, sasarannya untuk melahirkan 20,000 akauntan bertauliah Bumiputra yang baru menjelang 2030.
Insya-Allah, ada dari kalangan anak-anak ini yang akan memberi sumbangan besar seperti Tan Sri Hanafiah.
Saya sedang menyediakan video-video celoteh Tan Sri Hanafiah bercerita bagaimana institusi-institusi seperti Tabung Haji, Felda dan FAMA mula-mula ditubuhkan, supaya menjadi inspirasi dan pedoman kepada generasi muda.
Marilah kita semua mendoakan supaya Tan Sri Hanafiah diberikan kesihatan, umur yang panjang, dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah atas semua kebaikan yang beliau sumbangkan kepada negara dan masyarakat.
DEKAT PEMILIHAN AYAM KUAT MENCAKAR NAK CARI MAKAN.
Ambo taksir komen tanggapan yang mengatakan suatu hari nanti bukan mustahil PM ke 50 Dari bangsa Cina sebab admin dah maklum gambar hanya hiasan.
Cuma ambo terkilan di segi kewajaran andaian tahun 2058 PM ke 50 anak kelahiran cina??
Sekarang tahun 2025, kita ada PM ke 10 @ PMX.... Maknanya menjelang tahun 2058, iaitu kira kira dalam masa 33 tahun, Malaysia akan bertukar PM seramai 40 orang untuk menjadi PM ke 50, maknanya kita ada seorang PM pada tempoh tidak sampai setahun seorang???
TAK SEMUA KENA.
Che Ibrahim
Cukai 8% yang akan dikenakan oleh bank bank perdagangan mulai 1 Julai 2025 hanya bagi perkhidmatan tertentu sahaja, bukan ke atas semua urusan di bank.
Isnyaallah orang miskin serupa ambo tidak terkena caj atau cukai tersebut.
CAP AYAM
Che Ibrahim
Din... Malaysia membuka pintu masuk kepada orang luar semenjak belum merdeka lagi, sehingga hari ini, walaupun dah lebih 400 Tanah Melayu wujud sehingga tukar nama kepada Malaysia, namun negara masih tetap dikuasai oleh melayu.
KISAH GURU PIKUL TANGGUNGJAWAB MEMBAWA MURID KELUAR SEKOLAH.
Abdul Muez.
Tak sangka cerita bawak budak guna kereta cikgu tu meletop pula. Pada asalnya, saya nak ambil gambar anak saya saja. Alang-alang karanglah cerita sikit.
Ada yang bergaduh pula dekat ruang komen.
Meh saya kongsikan realitinya. Apa yang cikgu-cikgu hadap.
Kokurikulum di sekolah ada 3.
1. Badan beruniform - Kadet Polis, Pengakap, Kadet Pertahanan Awam dan lain-lain.
2. Sukan dan permainan - Bola Tampar, Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton dan lain-lain.
3. Kelab dan Persatuan - Kelab Kerjaya, Kelab Pengguna, Persatuan Bahasa Melayu dan lain-lain.
Setiap badan dalam kokurikulum ini ada aktiviti di peringkat daerah, negeri seterusnya kebangsaan.
Bayangkan kalau semua badan kokurikulum ni hantar penyertaan.
Contohnya Bola Tampar. Hantar penyertaan peringkat MSSD.
Katakan peserta ada 10 orang. Campur 'budak Milo' dua orang. Dah jadi 12 orang. Kalau hantar penyertaan lelaki dan perempuan, jumlahnya dah 24 orang.
Nak naik bas?
Bayaran penyertaan pun cikgu dahulukan duit sendiri. Lepastu baru claim. Mana datangnya duit nak naik bas?
Solusinya?
5 orang guru akan keluar, hantar murid naik kereta sendiri.
Tu baru bola tampar. Belum sukan-sukan lain. Semua sukan akan hantar penyertaan. Hoki, badminton, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola baling dan lain-lain.
Bola sepak lagilah. Kalau satu team 15-20 orang. Masuk pula dua kategori. Bawah 15 dan 18. Dah dekat 30-40 orang.
Naik bas?
Duit minum budak, air 100 Plus, ubat-ubatan dan lain-lain pun minta sponsor dengan YB.
Main pula sampai 3 4 hari. Kalau bas sehari RM600, tak ke RM2400 saja kat situ.
Mana duitnya?
Solusinya, 6 7 kereta kena keluar runtuk bawa budak.
Sekarang ni musim MSSD. Sekolah saya hantar ramai peserta. Puluh-puluh juga. Program 4 hari.
Kalau sewa 2 bas untuk 4 hari, 6 7 ribu tak lari.
Mana nak cari duit?
Solusinya, cikgulah yang menghantar.
Macam saya tempoh hari. Kena hantar 5 orang murid ke program peringkat negeri di Kalumpang. Murid berkumpul di Kuala Selangor.
Nak suruh siapa bawa?
Siapa lagi, sayalah bawa sendiri. Sejam perjalanan sehala. Pergi balik 2 jam.
Lepastu nanti lepas 3 hari, ambil semula. Tambah 2 jam lagi pergi balik.
Semalam bawa budak ke Shah Alam. Perjalanan sehala kurang lebih 2 jam. Pergi balik dah 4 jam. Suka atau tak, kenderaan sendirilah yang akan keluar.
Ada duit minyak?
Syukuuuuuuuuuuuuuuurrrrr sangat kalau dapat.
"Kalau takda kenderaan jangan hantar."
Hepppp. Kalau tak hantar, mana budak ni nak dapat markah PAJSK? Mana nak cari markah kokurikulum peringkat daerah, negeri dan seterusnya ke kebangsaan.
Macam mana dengan nasib budak yang berbakat kalau kami tak hantar?
Kami guru-guru ni memang tersepit. Suka atau tidak, kena jugalah guna kenderaan sendiri untuk bawa murid-murid.
Apa yang diharapkan, berdoalah semoga tiada apa-apa yang berlaku. Selamat pergi dan selamat sampai ke pangkuan keluarga.
Mudah saja kalau tak mahu tanggunjawab...tak payah LA kerja..sebab semua TAKUT JADI apa apa dalam perjalanan. Bukan SEMUA guru tak mahu pikul masaalah membawa budak...sebab ...sebab TAKUT JADI apa apa dalam perjalanan. Cikgu juga bersalah.
Beginilah...pertama buat kerja lillahitaala ...selain nak Sara DIRI anak anak bagai ....kerja membawa anak didik ni lah ganti seminit dua terlewat masuk kelas , ada kerja lain lain itu INI...insya Allah...anak anak tuan puan Tuhan beri hadiah yang terbaik buat anak anak sendiri..anak anak cikgu..sebab cikgu bantu anak orang lain bukan sahaja berjaya dalam akademik ,malahan dalam Koko juga...
*Ini bukan cerita 'terpaling' guna kereta sendiri atau 'terpaling' berkorban. Tapi ini cerita tentang apa lagi pilihan yang ada. Suka atau tidak, hadap sajalah.
AMIR HAMZAH MENTERI EKONOMI
| 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 |
𝗬𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗜𝗥 𝗛𝗔𝗠𝗭𝗔𝗛 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜
Ayuh, 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔!
#MADANIBekerja
#Reformasisatukemestian
#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#TSA
©️𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
TANDAS 70K BILA YB NAK MASUK CHECK. KONTRAKTOR TIPU KERAJAAN PATUT DI EKUP
Ambo ajak AJk PIBG dan Guru2 pergi spot check semua tandas sekolah yang murid2 gunakan. Nak muntah ambo masuk tandas tu.
Termasuk lah yang bernilai RM70,000 dan RM50,000 yang dibuat kontraktor cap ayam.
Minggu depan “berasap” ambo tegur pic kebersihan dan staf kebersihan sekolah.
Lepas ni kita juga akan buat program macam di sekolah Jepun, murid pun kena basuh tandas sebagai satu cara nak ajar dari kecil jaga kebersihan.
Rezeki kami dapat jadi Sekolah Angkat Madani, kami akan upgrade SEMUA tandas sekolah kami.
Kontraktor nak masuk kena mari ngadap ambo dulu, lepas ambo “basuh” dan ikut spec ambo nak baru boleh buat kerja lepas ni.
Jika tidak follow, ambo tak sign surat siap kerja dan lapor ke SPRM.
Mcm lah kita tak tahu geng kutip komisyen 10% di JPN, PPD dan Pjbt Tanah.
Kesan dari ucapan Din Ayam.
Alif Kamil
Tak pasal² komunis dgn Felestin jadi mangsa keadaan.
Siap dgn Rohingnya pon dia petik sekali.
Tunggu laa sikit hari lagi bila Long Tiger dah keluar , kompom kena kutip walaun sekor ni 😏
JANGAN DENGAR CAKAP PEMBANGKANG KALAU NAK LIHAT RESULT YG BAIK
Norman Radzuan
Penghujung 2026 rakyat dapat lihat impak besar ekonomi negara
JANGAN DENGAR CAKAP PEMBANGKANG KALAU NAK LIHAT RESULT YANG BAIK
Sebelum penerangan pendek ini utk dibaca… mereka yg atas pagar itu mindset kena positif. Ingat PMX dpt negara ini hutang RM 1.5 trillion.
Hutang 1MDB sahaja lebih RM 40billion. Pendek kata PMX dpt jadi ketua negara ketika negara kita sdg tenat. PMX hanya ingin perbaiki kerosakan dilakukan pemimpim sebelum ini.
Perlu diingatkan juga apa yang PMX lakukan bukan beliau mahu curi duit rakyat, malah dia melawan rasuah habis habisan. Niatnya satu, bagaimana nak selamatkan negara ini.
Menjelang penghujung 2026 nanti, percayalah anda yg selama hari ini terpengaruh dgn dakyah pembangkang akan akui apa yg dilakukan PMX ini demi kebaikan negara dan rakyat terutama golongan miskin.
Saya beri penerangan pendek dan mudah difahami. Mungkin anda berserabut bila pembangkang mainkan naratif kononnya kerajaan ini kerajaan yg hanya tahu mengenakan cukai kpd rakyat.
Tidak cukai hanya SST sahaja dan ia bukan kpd rakyat keseluruhannya. Adalah sgt lekeh bila kita mudah dibodohkan pembangkang, kononnya jolok mesin ATM kena cukai SST 8%… aduhai please la jadi biar otak kita diperhambakan.
Ingat mereka yg bising hingga anda termakan hasutan mereka ialah mereka yg mula takut apabila LHDN mula ganggu (selama hari ini guna org politik elak bayar cukai), SPRM cari mereka sebab selama hari ini org politik ganggu tugasan SPRM.
Mereka yg kecewa bila kartel sudah terputus dan tak boleh melobi lagi. Mereka yg tidak dapat tender kerajaan, yg tiada jawatan politik dan sebagainya.
Matematiknya mudah jika benarlah mereka lebih baik dari PMX, tidak lah hutang negara sehingga RM 1.5 trillion. Anda bayangkan jika wang sebanyak itu tidak disalah gunakan….setiap negeri akan ada bandar sehebat Putrajaya, setiap daerah akan ada hospital, gaji doktor kerajaan tentulah lebih RM 5k dan bermacam mcm lagi dpt dinikmati rakyat.
————————————————————————-
Subsidi bersasar petrol & gas, SST, bil TNB… setakat ini yg saya baca sgt positif. Ia bukan setakat kenakan cukai dan bersasar tetapi sasarannya juga siapa yg akn dpt menikmati dari cukai dan subsidi bersasar tersebut.
Konsepnya ala zakat dan atau cara tidak menghalalkan cara seperti Robin Hood. Ambil dari org kaya utk diberikan kpd org miskin.
Contoh sebelum ini berpuluh billion subsidi petrol dan gas dinikmati org kaya sdgkan hanya sedikit dinikmati org miskin. Satu keluarga org kaya dpt subsidi petrol RM 2k sebulan, sdgkan org miskin hanya dpt RM 100 sebulan.
Begitu juga bil elektrik. Org kaya pakai 5 aircond setiap bilik sampai pagi sdgkan org miskin hanya pakai kipas tapi tarif penggunaan org kaya bayar sama sahaja. Bagi org kaya murah walaupun bil RM 1k.
Daripada TNB tanggung subsidi tersebut kpd org kaya adalah lebih baik diletakkan kpd bajet CSR utk membantu golongan miskin dgn menghulurkan pelbagai bentuk bantuan. Lebih menguntungkan tarif baru ini, org miskin bayar kurang dari sebelumnya.
SST seperti saya katakan ia hanya terkena kpd org2 kaya atau syarikat2 besar. Jika dulu nak beli nasi lemak pun kena GST, skg tidak lagi. Org miskin tidak terbeban dgn GST yg dikenakan kpd pengilang, pemborong dan pembeli.
Kenapa SST dilakukan? Sepertimana GST diberikan kembali kpd rakyat menerusi BRIM… SST juga dikembalikan kpd masyarakat miskin.
Petani, pesawah, penoreh semua dpt bantuan kerajaan. Malah jutaan kakitangan awam yg rata2 org Melayu dpt nikmat kenaikkan gaji yg sudah lebih 10 tahun kerajaan tidak melakukannya.
Penghujung 2026 rakyat akn dapat lihat impak ekonomi negara hasil penyusunan semula MOF. Yakinlah kata2 saya..
Jika 2 tahun kerajaan Perpaduan ini yg diketuai PMX mendapat pujian pakar ekonomi dunia, pemimpin dunia dan media asing mengkagumi ekonomi negara yg semakin pulih, anda tunggu setahun lagi… bukan lagi org asing, org temptan yg akan memuji Malaysia.
BAIK BAIK SAHAJA
Khairul
Ayah kepada pempengaruh terkenal, Mek Yun merupakan antara pegawai tentera yang menjawat pangkat yang agak tinggi.
Khidmat bakti beliau sebagai seorang tentera tidak berbelah bahagi dalam menjaga kedaulatan negara.
Saya pernah menonton salah satu video konten Mek Yun yang menceritakan perihal ayahnya, yang mendapat gelaran Dato’ atas jasanya sebagai seorang tentera, berpangkat Briged General.
Namun,
Ayahnya, seorang berjiwa Malaysia, yang memiliki jiwa budaya ketimuran, yang sangat dekat dengan orang melayu dan adab negara kita, tidak membenarkan dirinya dipanggil Dato’, tapi disuruh panggil ‘Pok’, tanda kerendahan diri yang penuh dengan adab nusantara dan ketimuran, sesuai dengan tugasan beliau sebagai seorang pemimpin sebuah badan beruniform penting negara, yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai kumpulan yang perlu dijaga.
Apa yang penting yang saya nak cerita,
Beliau bukanlah orang melayu.
Dan ramai lagi orang bukan melayu yang berjiwa tanah melayu kerana tugasnya menjaga rakyat Malaysia, yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keunikan pelbagai budaya dan agama.
Maka,
Para tentera, polis, dan siapa juga pasukan barisan hadapan kita, perlu kita hargai tugasan dan pengorbanan mereka, dalam masa yang sama, kita juga turut bersama menjaga sesama kita, apatah lagi orang melayu dan Islam.
InsyaAllah semua akan jadi baik-baik sahaja 💪🏻💪🏻
ORANG ATAS ORANG BAWAH
Ayah kepada pempengaruh terkenal, Mek Yun merupakan antara pegawai tentera yang menjawat pangkat yang agak tinggi.
Khidmat bakti beliau sebagai seorang tentera tidak berbelah bahagi dalam menjaga kedaulatan negara.
Saya pernah menonton salah satu video konten Mek Yun yang menceritakan perihal ayahnya, yang mendapat gelaran Dato’ atas jasanya sebagai seorang tentera, berpangkat Briged General.
Namun,
Ayahnya, seorang berjiwa Malaysia, yang memiliki jiwa budaya ketimuran, yang sangat dekat dengan orang melayu dan adab negara kita, tidak membenarkan dirinya dipanggil Dato’, tapi disuruh panggil ‘Pok’, tanda kerendahan diri yang penuh dengan adab nusantara dan ketimuran, sesuai dengan tugasan beliau sebagai seorang pemimpin sebuah badan beruniform penting negara, yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai kumpulan yang perlu dijaga.
Apa yang penting yang saya nak cerita,
Beliau bukanlah orang melayu.
Dan ramai lagi orang bukan melayu yang berjiwa tanah melayu kerana tugasnya menjaga rakyat Malaysia, yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keunikan pelbagai budaya dan agama.
Maka,
Para tentera, polis, dan siapa juga pasukan barisan hadapan kita, perlu kita hargai tugasan dan pengorbanan mereka, dalam masa yang sama, kita juga turut bersama menjaga sesama kita, apatah lagi orang melayu dan Islam.
InsyaAllah semua akan jadi baik-baik sahaja 💪🏻💪🏻
DIA INGAT ZAMAN DULU...
Sham Ghaz
“Perlantikan Ketua Polis Negara: Zaman Lobi dan Samseng Sudah Tamat. Ini Era Integriti, Reformasi Institusi dan Ke Arah Negara Berdaya Saing!”
Terbaca posting Pakcik Halimi Jaguar mungkin masih bermimpi di zaman gelap — zaman Ketua Polis Negara boleh ‘naik’ sebab pandai lobi, pandai bodek, ‘budak kita’ atau sebab ada geng pukul mata sampai lebam boleh jadi IGP kot!
Maaf pakcik, zaman sudah berubah.
Kerajaan Madani hari ini, di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Saifuddin Nasution, tidak tunduk kepada tekanan dalaman, budaya lobi, atau permainan samseng dalam PDRM
Sekarang, semua pelantikan utama negara berpaksikan prinsip tegas:
✅ Prestasi & Integriti
✅ Bebas dari skandal & rasuah
✅ Keberanian untuk REFORM
PMX Dato Seri Anwar Ibrahim sebut dengan jelas teras MADANI dalam memacu perubahan dalam Negara, dan perkara ini dipraktikkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di KDN.
InsyaAllah saya yakin Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mampu galas tugas berat ini. Demi Negara tercinta.
Cuba lihat sendiri perlantikan;
• Ketua Setiausaha Negara – bukan orang politik, tapi seorang yang sangat perform di semua agenda beliau ketuai. Ptd tulen yang ada Integriti dan berani buat Reformasi Institusi.
• Datuk Bandar Kuala Lumpur – dilantik atas kredibiliti profesional perancang bandar di Malaysia.
• Peguam Negara – bebas, lantang, tidak tunduk arahan politik dan kini terbukti tiada campurtangan politik dalam Istana Kehakiman
• Ketua Pengarah Kesihatan – terbukti cemerlang semasa krisis dan Ketua Jabatan ED di HKL
• Panglima Tentera Darat, Laut & Udara – semua atas asas merit dan patut naik lama dah tapi dinafikan.
Lihat sekarang, setiap KSU diberi KPI. Tak perform? Tukar. Ketua Pengarah lembap? Tukar. Takde istilah “comfort zone” untuk penjawat awam gred JUSA ke atas.
Nak jadi Ketua Polis Negara? Bukan sebab kau pandai jaga kroni, bela penjenayah ataupun kartel dalam polis, tapi sebab kau terbukti boleh jaga Keselamatan Negara dan mampu REFORM habis habisan PDRM.
Tan Sri Ayub Khan? Jangan risau. Orang hebat macam beliau pasti diposisikan di tempat sewajarnya.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) masih kosong, itu pun jawatan bertaraf nasional – setanding Ketua Polis Negara dari segi pengaruh dan Jawatan Utama Negara. Fungsi AKPS sangat penting kepada Negara.
Tahniah PMX. Tahniah Dato’ Seri Saifuddin.
Berani melawan budaya lapuk.
Berani pilih jalan yang betul.
Berani pecahkan kartel dalam PDRM.
Inilah Malaysia Madani. Inilah REFORMASI sebenar.
Yang teriak kecewa sekarang tu mungkin geng yang dah hilang peluang lobi.
Tak dapat jawatan.
Tak dapat tender.
Tak boleh campur tangan.
Tiada polis nak lindungi penjenayah.
Sebab apa?
Sebab sekarang semua ikut merit, bukan mulut.
Syam Ghaz









































