SKETSA..NAJIB KEJAR ROSMAH-ROSMAH KEJAR KEMBALI AKIBAT SINGGANG


 

ZAFRUL LANTIK PENJENAYAH INDIA JADI CEO DNB


 

VIDEO PENDEK: TMJ KATA SEE YOU SEMPENA PEANCARAN BUKU RACIST ATOK SAKA


 

CERAMAH ANWAR IBRAHIM & GRAND FINALE - PRU DUN SARAWAK - 16HB DISEMBER 2021

RENTASAN 1029 | GEMPAR!!! ISU 5G: MISTERI SKANDAL PROJEK MEGA BAHARU BN-...






MENARIK DALAM RENTASAN 1029
1. BERHENTI MEMBODOHKAN RAKYAT DENGAN 5G 2. PASANGAN GUNA COVID-19 UNTUK LENGAHKAN PERBICARAAN? 3. HILANGNYA NILAI BUDAYA MELAYU ANGKARA PEMIMPIN 4. SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH



Anwar Ibrahim, Mat Sabu & Lim Guan Eng: Kerajaan Melanjutkan Sidang Memb...



Sidang Media Pakatan Harapan bersama Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng terkait pengumuman kerajaan untuk melanjutkan sidang Dewan Rakyat bagi membincang dan membahaskan Pindaan #Akta342 16/12/2021 Dewan Rakyat





NEGARA LUAR DAN JIRAN DAH LAMA BUAT DUIT. SEMUA BIDANG NEGARA KITA KETINGGALAN....

 

Benar kajian ganja, ketum untuk perubatan, Zahidi beritahu kerajaan





Zahidi Zainul Abidin berkata, kajian bagi membuktikan manfaat kanabis, hem dan ketum serta meyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempatan, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM). (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa membenarkan penyelidik tempatan mengkaji manfaat kanabis, hem dan ketum untuk kegunaan perubatan.

Gesaan itu dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin yang bersama beberapa Ahli Parlimen lain menghimpunkan hasil kajian sedia ada oleh universiti dan syarikat untuk dihantar kepada KKM dan KDN.

“Kita berusaha untuk dapatkan laporan mengenai ketum dan hem untuk dihantar kepada KKM dan KDN.

“Ada NGO bersama kita untuk kerajaan mempertimbangkan ketum dan hem,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Awam: Masa Depan Mampan Industri Perubatan Kanabis, Hem dan Ketum di Malaysia.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, kajian itu bagi membuktikan manfaat kanabis, hem dan ketum serta meyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempatan, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau berkata, kajian industri itu memerlukan kelulusan khas kedua-dua kementerian berkenaan kerana membabitkan penanaman hem dalam jumlah besar yang bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kerajaan perlu melihat peluang penanaman ketum dan hem untuk pasaran negara dan pendapatan kepada rakyat.

“Hem bakal mencecah RM250 bilion pasaran seluruh dunia. Tiga negara sahaja yang keluarkan hem, iaitu China, Perancis dan Chile. Malaysia mempunyai peluang terbaik kerana kajian antarabangsa dedahkan tanah kita terbaik untuk penanaman ketum dan hem,” katanya.

Zahidi berkata, jika KKM dan KDN enggan memberikan kelulusan, beliau dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas akan mengusulkan rang undang-undang persendirian bagi mendesak kelulusan penggunaan kanabis, hem dan ketum untuk perubatan serta industri.

“Kita nak memperjuangkan hem dan ketum kerana ia ada peluang cerah di peringkat antarabangsa,” katanya.

DBKL terima 9 ribu permohonan rumah, lulus hanya 1,500 - P Prabakaran




Perumahan bagi menempatkan rakyat dalam kategori B40 agak kronik apabila pemintaan melebihi penawaran pada julat yang agak besar.


Ahli Parlimen P Prabakaran (PH - Batu) bertanya kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai keupayaan agensi di bawah kementerian berkenaan menyediakan rumah bagi rakyat yang tidak mampu membeli rumah yang dibangunkan oleh sektor swasta.


"Dengan kadar inflasi harga barang naik, kadar ekonomi merosot, peluang pekerjaan rendah saya rasa semakin hari kita dapati (semakin banyak) rakyat Malaysia memohon rumah PPR dengan kerajaan


"Saya ada satu fakta, DBKL telah menerima 9,948 permohonan untuk menyewa unit perumahan awam dan perumahan rakyat pada 2019 hingga Ogos lalu.


"Dalam 1 setengah tahun ada 9,000 permohonan di Kuala Lumpur sahaja dan sebanyak 1,547 diluluskan, bakinya tidak tahu apa statusnya. Adakah mereka ada rumah atau tidak kita tidak tahu?


"Apakah tindakan KPKT untuk membantu pemohon seperti ini supaya mereka dapat rumah dari kerajaan?" tanya Praba.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Mutalib bagaimanapun berkata, di Malaysia ada 15 agensi yang terlibat membina rumah, termasuk Kementerian Wilayah, Kerajaan Negeri dan pihak swasta. Beliau beranggapan permohonan di Wilayah itu khusus untuk rumah PPR.


Jelasnya, pada 5 tahun ke hadapan KPKT telah merancang membina 500,000 rumah mampu milik untuk seluruh rakyat.

PH nyatakan kebimbangan Akta 342 cadang tambah hukuman langgar SOP



 



Cadangan menambahkan hukuman dalam Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 kepada sesiapa yang melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) diutarakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin di Parlimen, hari ini.


Menurut Anwar, bantahan dari PH itu disampaikan secara lisan dalam pertemuan bersama Menteri Kesihatan tersebut.


"Saya baru menerima kunjungan dari Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di pejabat saya tengahari tadi.

"Ini adalah selepas kami Ahli-ahli Parlimen menyatakan bantahan pada rencana kerajaan dalam mengekang wabak menerusi pindaan Akta 342.


"Dalam pertemuan tersebut, saya telah menyatakan kebimbangan dan keluhan rakyat berhubung langkah ini," katanya.


Sejak semalam, PH telah menyatakan penolakan mereka untuk menyokong RUU Pindaan Akta 342 dan tidak akan mengikuti Ahli Parlimen Kerajaan dalam meluluskannya pada bacaan kali pertama, dijangka petang ini


Sementara itu dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil dalam hantaran twitternya turut menyatakan satu mesyuarat khas diadakan oleh Pengerusi PH mengenai langkah kerajaan mahu meminda Akta 342 itu tanpa libat urus PH


"Pertemuan tergempar untuk bincang cadangan Menteri Kesihatan buat pindaan tambahan kepada RUU pindaan Akta 342.


"Kami belum putuskan sokong atau tidak, bergantung kpd pindaan terkini," kata Fahmi sambil mengepilkan gambar pertemuan berkenaan.




Anwar memanggil mesyuarat tergempar berhubung Akta 342


PARTI MUDA BERPENGARUH ?

 

Parti MUDA menang di mahkamah. ROS diminta daftarkan MUDA dalam tempoh 14 hari. Ok fine.

Aku cuma gelak tengok pemimpin PH terutama DAP yang berebut ucap tahniah kepada parti MUDA ini. Nampak sangat mereka ini naif berpolitik.
MUDA akan jadi parti yang rosakkan rancangan dan usaha untuk bentuk Malaysia baru. MUDA akan jauhkan orang muda terus daripada PH.
Yang paling teruk terjejas nanti adalah DAP juga. Sebab dalam Keadilan, ramai anak muda yang tahu MUDA ini hanya hamba abdi Mahathir. Tapi dalam DAP, masih ramai yang terpejam matanya.
Sedangkan Mahathir yang cukup jelas menghina kaum Cina pun DAP masih tergila nak sokong, apa lagi MUDA yang pandai sembunyikan operasinya.
Cuma fikirkan secara mudah dan tersurat saja. Tak perlu nak tersirat sangat. Kenapa secara tiba-tiba MUDA boleh diberikan kemenangan pula?
Kerana Pejuang dah tak nampak arah. Peluang Pejuang nak bedek rakyat dak semakin kabur. Pejuang main isu rasis pun masih tak laku.
Jadi terpaksa lepaskan MUDA dari rantainya (leash) supaya usaha merosakkan PH, dengan kerjasama Warisan, satu lagi proksi Mahathir dapat diteruskan.
22 bulan jadi kerajaan, habis pemimpin PH jadi bodoh beramai-ramai. Hahaha... Itu baru 22 bulan. Kalau Mahathir pegang satu penggal terus, agaknya ramai yang sanggup jilat kasut Mahathir. Bodoh.

SENARAI FITNAH YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH

 *YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH (perhatikan No.3a dan No.3b)*


mudah faham


*Contoh kes FITNAH yg diputuskan mahkamah* 


1. *Hadi Awang (PAS)* vs calon PKR

RM2 juta

2. *Papagomo (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM951,260.30

3a. *Ismail Sabri (UMNO)* vs Nurul Izzah RM450,000

3b. *Ismail Sabri (UMNO)* vs Ngeh Koo Ham RM80,000

4. *Hj Razman* vs Nizar Jamaluddin RM200,000

5. *Wan Zawawi Ismail (PAS)* vs Husam Musa *RM256,000*

6. *Nasir Desa (UMPAS)* vs Khalid Samad RM100,000

7. *Hamidah Osman ( ~Putra~ UMNO)* vs Khalid Samad RM200,000 

8. *Hassan Ali (PAS)* vs Khalid Samad RM200,000

9. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Nizar Jamaluddin RM280,000

10. *Khalid Abu Bakar (IGP-Umno)* vs Nurul Izzah RM400,000

11. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Guan Eng RM400,000

12. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Karpal Singh RM50,000 

13. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM45,000

14. *NST (UMNO)* vs LGE RM130,000

15. *TV3 (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 

16. *NST (UMNO)* vs Husam Musa RM350,000

17. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Kit Siang RM250,000

18. *Azwandin* vs Liew Chin Tong RM40,000

19. *Azwandin* vs Teresa Kok RM30 juta 

20. *Jamal Tongkol* vs Yeo Bee Yin RM5 juta

21. *Nasrudin Tantawi (PAS)* vs LGE RM10,000

2. *Raja Petra (PAS)* vs LGE 

RM600,000


*KUAT SUNGGUH ORG PAS dan UMNO* mengamalkan amalan FITNAH..


MAMPUKAH ISMAIL SABRI BERTAHAN

 


Shahbudin Hussin


Dulu Mahiaddin pun dijanjikan sokongan hingga habis penggal, tapi akhirnya di tengah jalan dah meninggal.

Berapa kuat pula Ismail Sabri Yaakob yang turut diberi sokongan yang sama mampu bertahan daripada tidak turut sama meninggal?




SELEPAS BANTAHAN MENTERI KESIHATAN DAN PENGARAH KESIHATAN BERTEMU ANWAR

 


Saya baru menerima kunjungan dari Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di pejabat saya tengahari tadi.

Ini adalah selepas kami Ahli-ahli Parlimen menyatakan bantahan pada rencana kerajaan dalam mengekang wabak menerusi pindaan Akta 342.
Dalam pertemuan tersebut, saya telah menyatakan kebimbangan dan keluhan rakyat berhubung langkah ini.

ANWAR TERIMA MEMO DARI ANAK MUDA BERKAITAN ISU AKTA 342






Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat.
Pagi ini saya bersama beberapa Ahli Parlimen lain termasuk mantan Menteri Kesihatan YB Dr Dzulkefly Ahmad telah menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat.

Mereka hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan keras terhadap rencana kerajaan berhubung langkah melawan wabak menerusi pindaan pada Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).
Kami Ahli-ahli Parlimen dari PH tidak boleh menyokong pindaan ini tatkala rakyat mahu dibuli dan ditekan oleh pemerintah.

Anwar terima memorandum anak muda bantah Pindaan Akta 342

 

Anwar menerima memorandum bantahan pindaan Akta 342.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini menerima memorandum dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat yang membantah pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau turut disertai beberapa Ahli Parlimen lain termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

“Mereka (aktivis) hadir bagi menyatakan pendirian tegas serta bantahan keras terhadap rencana kerajaan berhubung langkah melawan wabak menerusi pindaan pada Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

“Kami Ahli-ahli Parlimen dari PH (Pakatan Harapan) tidak boleh menyokong pindaan ini tatkala rakyat mahu dibuli dan ditekan oleh pemerintah,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Cadangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 342 mengundang bantahan banyak pihak kerana dianggap keterlaluan dan sangat tidak munasabah.

Ini termasuklah denda maksimum RM10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya bagi individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti gagal memakai pelitup muka serta penjarakan fizikal.

Pada 14 Disember lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan RUU Pindaan Akta 342 membabitkan cadangan lima peruntukan baharu dan lima pindaan bagi memastikan kesinambungan penguatkuasaan peruntukan mengikut Ordinan Darurat sebelum ini.

Rakyat biasa dibimbangi akan ditindas dengan kompaun tidak masuk akal sebaliknya orang kenamaan didenda sangat ringan.

 

PESANAN UNTUK ISMAIL SABRI – JAWATAN PM BUKAN TANGKAL SAKTI UNTUK PASTI MENANG PRESIDEN UMNO


 Apabila Kelab Penyokong Kerajaan atau BBC mengadakan sidang media menyatakan sokongan terbuka agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob diberi tempoh berkuasa menerajui negara sehingga tahun 2023, tujuan paling mudah difahami di sebaliknya ialah agar beliau menjadi Presiden UMNO terlebih dahulu sebelum PRU15 hendak diadakan.

Ini berikutan tempoh akhir UMNO mesti mengadakan pemilihan ialah pada Disember 2022, sementara tempoh penggal Parlimen berakhir Mei 2023.

Dengan jika Ismail Sabri berjaya menjadi Presiden UMNO sebelum PRU15 diadakan, ia bukan saja dipercayai membolehkan beliau menyusun dan membentuk pasukannya dalam pilihanraya tersebut, bahkan lebih penting daripada itu ialah dapat menyelamatkan nyawa politik golongan kluster kabinet yang sebahagian besarnya tiada jawatan dalam hireaki kepimpinan UMNO.

Besar kebarangkalian, kalau pun tidak semua, beberapa orang daripadanya mungkin tidak akan dicalonkan lagi untuk bertanding dalam PRU15 jika ia dilangsungkan sebelum pemilihan UMNO berikutan pendirian mereka menentang kepimpinan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa isu, terutama soal bekerjasama dengan Bersatu.

Antara pemimpin berjawatan menteri yang tiada kedudukan dalam hireaki kepimpinan MT UMNO ialah Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Dr Adham Baba dan Halimah Saddique.

Tetapi jika PRI15 dapat dilewatkan sehingga 2023 dan pemilihan UMNO diadakan sebelum itu, maka bukan saja Ismail Sabri dipercayai mudah menewaskan Zahid Hamidi, malah pemimpin-pemimpin yang berjawatan menteri juga dirasakan tiada masalah memenangi sekurang-kurangnya sebagai ahli MT.

Namun, apakah benar dengan jawatan Perdana Menteri dan menteri, seseorang itu mudah menang jawatan Presiden UMNO dan ahli MT?

Selain sejarah UMNO telah beberapa kali memperlihatkan sudah ramai menteri yang kalah bertanding sebagai ahli MT, lebih daripada itu, kedudukan sebagai Perdana Menteri juga bukanlah tangkal azimat untuk membolehkan menang mudah jawatan Presiden UMNO.

Meskipun di era BN, semua Perdana Menteri adalah Presiden UMNO, realitinya jawatan tertinggi dalam kerajaan itu bukanlah jaminan mutlak untuk laluan mudah menguasai parti.

Contoh paling klasik dalam hal ini ialah Tun Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun di era BN iaitu antara 1981 hingga 2003.

Tun Mahathir pernah ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO pada 1987 dan berjaya memenanginya dengan kelebihan 43 undi.

Meskipun Tun Mahathir menang dalam pertandingan itu, tetapi banyak misteri timbul berkaitan pemilihan tersebut, antaranya dakwaan lampu terpadam ketika proses pengiraan undi dan kewujudan 30 cawangan tidak sah daripada empat bahagian yang menyebabkan isu itu dibawa ke mahkamah oleh Kumpulan 11.

Kes itu dibawa di mahkamah dengan tujuan supaya pengiraan atau pengundian semula dapat diadakan bagi memastikan siapa pemenang sebenar sebagai Presiden UMNO.

Proses mahkamah itu juga diambil kerana duluan keputusan mahkamah terhadap pemilihan MCA yang turut dibelenggu kewujudan cawangan-cawangan tidak sah sebelum itu yang memutuskan pemilihan semula hendaklah diadakan.

Malangnya, dalam kes UMNO, keputusan hakim ketika itu tidak mencadangkan pemilihan semula, sebaliknya mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah atau haram, lalu Tun Mahathir kemudian menubuhkan UMNO Baru yang menghalang sama sekali Tengku Razaleigh dan pengikutnya daripada menjadi ahli parti baru itu.

Cuba kita bayangkan apakah nasib Tun Mahathir ketika itu jika pemilihan UMNO diadakan semula atau kalau pun UMNO Baru hendak ditubuhkan, tetapi semua bekas ahlinya diterima semula tanpa syarat sebagai ahli?

Kemudian pada pada 1998, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dipecat oleh Tun Mahathir atas pelbagai pertuduhan jenayah, di samping dalam waktu yang sama beliau dipukul hampir setengah mati dengan tangan terikat serta mata tertutup ketika dalam tahanan polis.

Lima tahun sebelum dipecat iaitu pada pada 1993, Anwar telah berjaya menyingkirkan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan kemenangan hampir mutlak dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sejak Anwar memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan, namanya sering disebut-sebut sebagai bakal peneraju masa depan negara dan dalam keadaan yang sama, kehadirannya dilihat sebagai ancaman kepada Tun Mahathir.

Sementara pertuduhan dan cara Anwar dilayan ketika itu banyak yang boleh dipersoalkan, namun rata-rata mereka yang arif dalam politik mengakui bahawa soal politik adalah sebab utama pemecatan itu dilakukan.

Sekali lagi, cuba kita bayangkan apakah nasib Tun Mahathir dalam pemilihan UMNO seterusnya jika beliau tidak memecat Anwar daripada jawatan dalam kerajaan dan sebagai ahli UMNO pada tahun 1998 itu?

Pendek cerita, baik Ismail Sabri atau BBC, renungkan kembali dua episod sejarah itu jika masih berfikir jawatan Presiden UMNO boleh senang-senang untuk direbut hanya dengan bersandarkan jawatan Perdana Menteri.

Kalau Tun Mahathir pun tidak begitu kebal untuk menang sebagai Presiden UMNO bersama jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya, berapa peratus kehebatan Ismail Sabri kalau hendak dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri itu? – ShahbudinHusin 16/12/2021.


Keputusan kes Najib: Kedudukan Ismail Sabri goyah?

 

Keputusan kes Najib: Kedudukan Ismail Sabri goyah?


Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dikatakan dalam bahaya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran itu kekecohan berlaku di Jabatan Perdana Menteri apakah Ismail berjaya bertahan dari tekanan khasnya dari Umno sendiri.

Bagi tokoh media, Datuk A Kadir Jasin, jika tidak ada apa-apa kekecohan sudah tentu pejabat Perdana Menteri tidak akan kecoh.

“Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak ada-ada masakan penyokong PM riuh-rendah,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Kadir merujuk kepada berita yang disiarkan oleh badan penyiaran kerajaan, Bernama semalam.

Bernama melaporkan, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) semalam menyatakan sokongan penuh kepada Ismail untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

Pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kepimpinan Ismail perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.

“Beliau bersama ahli Kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka stastistik menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Isu DNB: Timbalan menteri Umno bidas Menteri Bersatu

 

Isu DNB: Timbalan menteri Umno bidas Menteri Bersatu


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz kerana membincangkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan rangkaian liputan 5G negara secara rahsia.

Ini di sebalik makluman Zahidi di Parlimen minggu lalu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan DNB secara unilateral, walaupun ia kemudiannya disangkal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.

“Saya agak kecewa kerana bekas menteri (komunikasi dan multimedia) Saifuddin Abdullah berkata mereka sudah berbincang dengan menteri kewangan.

“Jadi, menteri-menteri berbincang sesama sendiri dan melaksanakan projek DNB ini yang melibatkan hampir RM20 bilion tanpa penglibatan orang bawahan. Malah, timbalan (menteri) pun tak tahu.

“Jadi sebab itu semasa saya jawab di Parlimen, saya tidak ada maklumat mengenai perbincangan antara menteri kerana ia tidak dimaklumkan kepada saya,” kata Zahidi pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek turut hadir pada mesyuarat menteri-menteri berkenaan, katanya.

Pegawai SKMM yang lain juga tidak dimaklumkan mengenai butiran mesyuarat itu, kata Zahidi yang menambah Fadhlullah tidak menghadiri sebarang mesyuarat dengannya sejak dia mula menjawab soalan di Parlimen.

Menurutnya, dia juga tidak tahu mengapa Saifuddin tidak memaklumkannya mengenai perbincangan dengan MOF tetapi menyindir mungkin kerana menteri itu dahulunya adalah ahli PKR dan dirinya adalah dari Umno.

Apapun, Zahidi menggesa para menteri supaya lebih telus dan terbuka pada masa akan datang, terutamanya apabila ia melibatkan projek mega seperti pelancaran rangkaian 5G.

“Saya harap pada masa akan datang, menteri yang ada perbincangan dengan menteri lain, maklumkan perkara itu kepada timbalan kamu dan kepada rakyat kerana kita mahu telus.

“Projek ini adalah projek rakyat dan melibatkan RM20 bilion. Jadi rakyat ingin tahu tentang semua butiran seperti mengapa monopoli diberikan kepada DNB dan Ericsson, apakah pelan mitigasi, pengurusan risiko,” katanya.

Zahidi menambah bahawa kerahsiaan dalam perkara itu akan mengundang syak wasangka rakyat mempersoalkan kepentingan peribadi tertentu yang berlegar di situ.

“Jadi kalau boleh jangan berahsia. Kalau nak berahsia, menteri yang mesti jawab di Parlimen, bukan saya.

“Kita kena telus, jadi siapa pun, saya harap ia bukan perbincangan dua orang sahaja, dengan Saifuddin bercakap dengan Zafrul, kedua-duanya kata okay, okay, okay dan selepas itu, projek itu dilaksanakan.

“Tolong, saya harap pada masa akan datang, kongsi maklumat kerana kerajaan hari ini, kita mahu telus dan begitu juga perdana menteri,” katanya, memetik Malaysiakini.

Fadhlullah juga harus lebih kerap menghadiri sidang Parlimen untuk menjawab soalan berkaitan DNB dan pelancaran rangkaian 5G, tambahnya.

Zahidi juga berkata dia mempunyai tanggungjawab kepada ahli Dewan Rakyat termasuk pembangkang kerana mereka mempunyai memorandum persefahaman (MOU) bersama.

Tidak ada yang tidak wajar tentang pembangkang mempersoalkan DNB dan pelancaran rangkaian 5G, katanya, kerana terdapat banyak persoalan yang tergantung.

Ini termasuk apakah rancangan mitigasi, pengurusan risiko, bagaimana vendor bumiputera akan terlibat dalam projek itu dan mengapa kontrak itu diberikan kepada Ericsson, kata Zahidi.

Zahidi berkata, terdapat juga banyak aduan yang diterima oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia berhubung projek itu.

“Mereka tidak mengadu kepada MOF kerana persepsi di luar sana adalah bahawa telekomunikasi adalah di bawah bidang kuasa SKMM, jadi mereka datang kepada saya tetapi saya tidak tahu apa-apa.

“Kenapa? Tanya MOF. Mereka harus jelaskan kepada rakyat.

“Jika kamu ingin ambil alih projek ini, jelaskan kepada rakyat, ‘Kami telah mengambil alih 5G jadi jangan kemukakan soalan kepada SKMM. Tanya kami, MOF’,” sindir Zahidi.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa memaklumkan bahawa anggaran kos projek itu adalah kira-kira RM12.5 bilion.