BEKAS PEGUAM NEGARA KALAH SAMAN FITNAH...

Bekas Peguam Negara Apandi Ali kalah kes saman fitnah RM10 juta ke atas Lim Kit Siang.
Mahkamah juga mengarahkan Apandi membayar RM80,000 kos guaman kepada Kit Siang.

KAH...KAH...KAH....KAH.....

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Lebai.... baik UMNO atau pun PAS, perangai memang sama. Sembang kemain kencang, last sekali tarik balik kenyataan bila depan hakim.

Demikianlah
May be an image of 4 people and text that says "MG alaysiaGazett Malaysia Gazette 17m Asyraf Wajdi arkalantarannydFB. di FB. tarik balik #malaysiagazette #FailMahkamah i malaysiagazette.com Kes saman fitnah Mujahid, Asyraf Wajdi selesai"

LAIN RUPANYA ORANG BERILMU DENGAN PAK LEBAI YANG SUKA KAPIR DAN FITNAH ORANG

'Harap pihak lain tidak lagi mencetuskan kemarahan dan kebencian khususnya kepada sahabat saya Datuk Dr Ashraf Wajdi. Kita perlu menghormati prinsip lebih besar iaitu Islah Perdamaian Lebih Baik. Pilihan itu harus menjadi benchmark bukannya berterusan dalam kebencian dan permusuhan selamanya, Semoga semua kita menyusuri jejak Rahmatan Lil Alamin mengambil berkat Jalan Rasullallah"
DS Dr Mujahid Yusof Rawa
May be an image of ‎5 people, people standing, indoor and ‎text that says "‎a פבעמני‎"‎‎

NI PAK LEBAI NI TAK MAU MINTA MAAP KE ?

MOHD SHAH RIM

Ostaz Petir tanak minta maaf pada Mujahid ker..??

Tak Masuk Syurga Orang Yang Menfitnah Walaupun dipanah petir tak mampus..

May be an image of 1 person and text that says "FullHD P 1080P Jual Aset Orang Islam (Tabung Haji) #USTADpesan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani MEDIA f"

P Pinang sedia pertimbang tanaman jagung untuk makanan ayam di tanah TOL

Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersedia mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengusahakan tanaman jagung sebagai alternatif makanan ayam dalam skala kecil, di tanah lesen pendudukan sementara (TOL) di negeri itu.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata pihaknya menggalakkan petani menceburi tanaman jagung itu dalam skala kecil kerana ketika ini permohonan untuk tanah TOL kebanyakannya hanya untuk penanaman buah-buahan.

“Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil dan setakat ini hanya penanaman padi dalam skala besar sahaja dijalankan iaitu di kawasan Seberang Perai Utara.

“Tanah TOL juga sebenarnya pegangannya perlu diperbaharui setiap tahun (satu tahun) dan ia tidak sesuai untuk tanaman jangka panjang.

“Keluasan tanah TOL juga cuma sekitar 10,000 kaki persegi dan terdapat plot-plot kecil untuk individu sekitar 2,000 hingga 5,000 kaki persegi yang kerap dimohon untuk aktiviti pertanian,” katanya.

Chow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Bayan Baru, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai Kabinet meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung, bagi jangka masa panjang.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, keputusan itu berdasarkan pandangan Jemaah Menteri berkaitan penanaman jagung, untuk menjadi alternatif kepada makanan ayam dan pihak berkaitan juga diminta membentangkan pelan-pelan terbabit dalam masa terdekat bagi projek penanaman jagung dan sebagainya.

Chow berkata, Pulau Pinang juga ketika ini amat menggalakkan aktiviti pertanian dan penternakan malah negeri itu merupakan antara negeri yang mempunyai tahap kemampuan tinggi untuk berdikari dalam bidang antaranya penternakan dan perikanan dalam sangkar.

Menurutnya, hasil laut Pulau Pinang dieksport ke negeri lain antara penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi, malah hasil padi juga antara tertinggi disumbangkan kepada ekonomi negeri.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kekurangan bekalan ayam dan barangan makanan lain di negeri ini, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kekurangan yang meruncing.

“Dengan isu kekurangan bekalan yang dihadapi ketika, saya mengharapkan agar Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat memantau hasil dari ladang di negeri ini dan sekiranya bekalan untuk negeri mencukupi maka kita galakkan ia dieksport ke negeri berdekatan yang menghadapi masalah kekurangan bekalan,” katanya.

TAK SALAH

SAYA TIDAK BERSALAH!

Walau sapu berbillion, berjuta

AWAT TAK SAMAN MAMAT NI KAW KAW....Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan. Kes Selesai.

 24 Mei, 2022

Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan. Kes Selesai.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah merekodkan Penghakiman Persetujuan melibatkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof terhadap Ketua Pemuda Umno Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Penghakiman ini direkodkan setelah Asyraf Wajdi bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran di facebook beliau pada 30 September, 2019 yang lalu bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.

Selain itu, turut direkodkan di Mahkamah bahawa Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.

Penghakiman tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Dato’ Akhtar Tahir di mana Mujahid diwakili oleh Peguam Noorazmir Zakaria dan Atiqa Azmi manakala Asyraf diwakili Peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.

Kes ini melibatkan saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 November, 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf di dalam facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai Menteri Agama.

Mujahid ketika dihubungi bersyukur kes ini selesai dan beliau berharap tidak lagi wujud sebarang tohmah oleh mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya dengan sebarang dakwaan kononnya beliau telah meluluskan penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Agama.

(function() { var d = document, w = window; w

RENCANA AKHBAR REPUBLIKA: ANWAR, NEGARAWAN PEMBAHARU YANG TELAH LAMA DINANTIKAN

  Keberhasilan sahabat Indonesia Dato’ Seri Anwar Ibrahim menduduki kursi Perdana Menteri ke-10 Malaysia merupakan kabar gembira yang telah ...