AWAT TAK SAMAN MAMAT NI KAW KAW....Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan. Kes Selesai.

 24 Mei, 2022

Asyraf Wajdi Tarik Balik Kenyataan. Kes Selesai.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah merekodkan Penghakiman Persetujuan melibatkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof terhadap Ketua Pemuda Umno Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Penghakiman ini direkodkan setelah Asyraf Wajdi bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran di facebook beliau pada 30 September, 2019 yang lalu bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.

Selain itu, turut direkodkan di Mahkamah bahawa Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataannya sebelum ini.

Penghakiman tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yang Arif Dato’ Akhtar Tahir di mana Mujahid diwakili oleh Peguam Noorazmir Zakaria dan Atiqa Azmi manakala Asyraf diwakili Peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.

Kes ini melibatkan saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 November, 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf di dalam facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai Menteri Agama.

Mujahid ketika dihubungi bersyukur kes ini selesai dan beliau berharap tidak lagi wujud sebarang tohmah oleh mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya dengan sebarang dakwaan kononnya beliau telah meluluskan penjualan saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Agama.

No comments: