KU LI PUN ADA JUGA FORMULA












Tengku Razaleigh mengaku ada formula atasai masalah kenaikan harga minyak
17/07/2008 5:12pm


KOTA BHARU 17 Julai — Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata, beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Menurut beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan ’formula’ itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan anggota UMNO ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata, apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya dalam satu persidangan media di kediamannya di sini hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea-idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau seterusnya berkata, wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

“Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur,” katanya.

Razaleigh berkata, perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju.- Bernama

DS NAJIB PERTAHAN TINDAKAN KERAJAAN

Penahanan Anwar ikut prosedur - Najib

17/07/2008 3:59pm

KUALA LUMPUR 17 Julai – Penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh polis mengikut prosedur dan protokol yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, polis tidak mengambil tindakan yang melangkau bidang kuasa diberikan, sebaliknya ia dilakukan secara telus bagi mengelakkan timbul syak wasangka.
Beliau berkata, di pihak Anwar pula, Penasihat PKR itu berhak mendapat layanan dan penghormatan yang sewajarnya selama berada dalam tahanan polis.
``Inilah yang berlaku. Polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkaui kuasa yang telah diberikan kepada mereka oleh undang-undang. Segala tindakan yang diambil adakah mengikut prosedur dan protokol,’’ katanya di sini hari ini.
Anwar ditahan polis semalam untuk disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Beliau telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil. - Utusan

DNA TIDAK DIBERI KERANA BIMBANG

Anwar enggan beri DNA bimbang dimanipulasi pihak berkuasa, kata peguam
17/07/2008 11:40am
KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair.
Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas.
Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd. Saiful membuat laporan palsu. - Bernama

PET BEBAS AKHIRNYA-PERTUDUHAN TAK LENGKAP


Raja Petra freed
Magistrate says charge incomplete, according to Suara Keadilan. Well, well, well, is this a black eye for the AG or what? Anyway, thank God he is out - for now, until the AG can come up with something else.
Raja Petra dibebaskan, hakim setuju pertuduhan tidak lengkap
KUALA LUMPUR, 17, Julai (SK)-Hakim Mahkamah Majestrit hari ini bersetuju untuk mengatakan bahawa pertuduhan keatas Raja Petra Kamarudin adalah tidak lengkap.
Beliau akan dibebakan sehingga Peguam Negara meminda dan membuat satu lagi pertuduhan baru keatas beliau.


APA PUN RPK BERANI MENGANGGUNG RISIKO.JUGA MENJADI TANDATANYA???

PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT



PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jul 17, 08 1:31:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil. -->
Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.
Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.
"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.
PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.


ADA AHLI PAS YANG MENDAHULUI MURSHIDUL AM SENDIRI.....HAIRAN JUGA..

BERAKHIR SUDAH DRAMA YANG MENDEBARKAN


Berakhir sudah drama yang mendebarkan selama 24 jam.Kini hala tuju dan perancangan harus diteruskan.namun dalam blog Dato Mustaffa ali beliau ada meninggalkan sedikit tandatanya yang boleh kita fikirkan.


1.kenapa pihak polis menahan sebelum jam 2 petang


2. apakah peluang DSAI untuk membentuk kerajaan terbantut.


Dalam hal ini mugkin ada pihak tertentu yang cuba untuk memburukkan pentadbiran kerajaan Abdullah dengan penangkapan DSAI.Namun tiada sebarang komen dan mungkin juga yang menyatakan dahulunya presiden UMNO tidak boleh ditandingi dan kini membolehkannya pula.mungkin ada faedah baginya dan mana tahu dendam kesumat teramat sangat sehingga berhari-hari menunjukkan kehairannanya dengan sokongan dunia luar.


Hari ini pihak Jepun dan US menyatakan sokongan dan ingin mendapatkan butiran.Selain surat sokongan dari negara dan cendiakawan islam dunia terhadap DSAI...renung dan fikirkan kenapa pihak kerajaan membuat sesuatu yang membenarkan rakyat mempertikaikan segala tindakannya???adakah kerana ketidakcekapan atau kerana ada mainan politik dalaman yang sedang merancang???

Arresting Anwar - BN scores own goal
Ong Kian Ming and Oon Yeoh Jul 17, 08 3:03pm