JANGAN JADI BODOH TETAPI MATANG DEMI ISLAM - JANGAN BENARKAN AGAMA ISLAM DIEJEK DAN DIHINA KERANA KEBODOHAN KAMU - DAN BUKAN DENGAN MENGGUNAKAN SENTIMEN


 

PN DIDAKWA RASUAH PENGUNDI


"Contohnya di Kemaman, bantuan i-Siswa ini diberi pada malam 17 November. i-Pencen pula diberi kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas sebanyak RM600 semasa kempen PRU15. "Parti pula beri duit kepada pengundi luar dan remaja antara RM200 hingga RM300, termasuk kepada pengundi UMNO yang ada dalam senarai putih kita. Jadi setiap rumah dapat antara RM500 hingga RM1,000," katanya pada satu sidang media.


"40 Tahun Dia Bayar Sewa. Berilah Hak Kepada Dia" - PM



Setelah 66 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, nasib dan masa depan Peniaga Kecil, Penjaja dan Penghuni Flat, akhirnya terbela di bawah Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Teruskan membela nasib dan masa depan Rakyat Marhaen, Datuk Seri !!!


Hypothesis Politik Jan 2023

 

Hypothesis Politik Jan 2023

Dah lama pula tak menulis tentang hypothesis politik, especially bila yang terakhir tu tak tepat sebab saya tak sangka yang Mail Sabri akan bubar parlimen waktu banjir. Anyway wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Siapa sangka walaupun menang kerusi lebih sikit dari PRU lepas boleh di nobat jadi Perdana Menteri, dan yang menang kerusi paling banyak pula jadi pembangkang, mungkin sebab banyak telan duit judi dan kedarah sedekah.

Salah satu sebab jarang nak menulis sebab tak ada apa-apa yang menarik untuk di tulis dan sedang "enjoying the fruits of my labour". Kelakar pula lihat orang kebanyakan kagum dengan work ethic PMX, padahal dari dulu lagi saya tulis 2 ciri-ciri penting pada pemimpin itu ada iaitu Qawwi ( kuat dan competant) dan Amin (amanah). Perhatikan juga kenapa Qawwi itu di letak lebih awal dari Amin, sebab bukan semua orang ada ciri-ciri Qawwi.

Sebab itu saya bantah bila ada asatizah yang sertu pengkhianatan atas alasan Allah akan bagi rahmat sebab pandai baca doa dan boleh jadi imam solat. Saya bawakan hujah yang Allah SWT sendiri suruh sempurnakan perjanjian; jadi masakan rahmat turun pada mereka yang berkhianat? Hari ini kita dapat lihat yang kebenaran ijtihad Fuqaha terdahulu kenapa pemimpin kena ada sifat qawwi dan amin.

Masa 33 bulan dulu, saya cukup tak setuju bila ada orang kritik kata Dinosour politik tua semua kena berhenti, konon-kononnya mereka nak kata pada Anwar lah tu sebab gagal dapatkan balik mandat PH. Sekarang kita tengok hujung minggu pun bekerja, hari cuti umum pun bekerja; padahal kita yang muda ini tengah senang-senang berlibur di rumah. Hujah saya waktu itu sangat tuntas, saya kata umur itu hanya sekadar nombor, kalau umur cecah satu kurun pun boleh khianat, yang muda pun sama. Sebenarnya bagi mereka yang tua itu hanya Anwar, kalau yang hak sorang lagi tu masih lagi muda. Sangat benar hadis Nabi di bawah ini.

"Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]

Saya sangat bersyukur sebab PH dapat juga jadi kerajaan walaupun bersama dengan BN, GPS dan GRS; sebab kalau PH tak dapat jadi kerajaan hari tu, memang selang 2 lagi PRU pun tak boleh nak bangkit semula. Sebab banyak benda fitnah yang di bangkitkan oleh Pertikaian Nasional macam kes budak-budak pergi sekolah pakai skirt, azan di sekat, LGBT berleluasa Anwar tak boleh kontrol DAP; benda ini kalau tak jadi kerajaan, tak boleh di buktikan.

Dia macam kes kerja kosong, nak orang yang ada pengalaman sekian tahun, fresh grad nak apply tak dapat sebab tak ada pengalaman, cuma kalau semua orang tak di beri peluang, macam mana mereka nak buktikan kemampuan mereka? Bila PMX naik, kita sendiri dapat lihat perubahan, Seri Perdana jadi tempat dan majlis agama, mererima asatizah dan ulama-ulama besar, pelaburan asing banyak masuk, ringgit pun makin mengukuh. Ini dia contoh kenapa kena ada pemimpin yang ada political will @ kemahuan politik.

Sebab itu bila PH dapat jadi sebahagian dari kerajaan Perpaduan, pembangkang sekarang ini hanya pandai pertikai. Dah la separuh dari MP pembangkang lebai, IQ tak berapa nak cerdik, buat score card macam level ketua kampung, kerja hasut perkauman dan agama. Lagi best, depa dok pertikai sampah-sampah peninggalan depa dulu, 33 bulan buat apa pun tak tahu. Padan ada yang kata menteri mereka 33 bulan ada yang tak pernah buat mesyuarat sekalipun, ada pula yang kerja menghilang 2 hari dalam masa seminggu.

Saya duk baca hint dari PMX, banyak juga yang PMX cerita pasal kecurangan projek-projek tapi nampak sangat agensi penguatkuasaan dan pendakwaan sangat perlahan. Ini pun ramai yang inbox tanya saya, saya rasa PMX saja nak bagi muka tengok depa perform macam mana. Kalau tak boleh jalan juga kes-kes tersebut, baru ada bukti kenapa kena buat reform, rasanya boleh la buat penyucian besar-besaran dari dalam. Kalau kepala aja yang Qawwi dan Amin, tapi yang tengah duk buta perut pun tak jalan juga, macam itu ekor pun pakat membusuk.

Sebab itu kita perasan, geng-geng pertikaian nasional dan yang kalah deposit ini, mereka suka main isu lendir dan isu dalam kain sebab mereka dah kehabisan modal. Cuma saya nak ingatkan satu sahaja untuk mereka yang suka bermain isu qazaf, jika apa yang kita kata pada seseorang itu tidak benar dan fitnah, moga Allah kembalikan apa yang di fitnah itu pada mereka dan keturunan mereka. Ingatlah, akan ada satu hari di mana semua mahkhluk akan meminta belas kasihan dari Ah-Rahman atas dosa-dosa di dunia, dan kepada yang galak sangat bermain isu lendir, moga kamu mendapat balasan dua kali lipat atas apa yang kamu kerjakan di dunia.

WAllahualam

MMMS

POLITIK KEMBALI TENANG DAN PN KEMPUNAN

 

NORMAN RADZUAN





POLITIK KEMBALI TENANG DAN PN KEMPUNAN

Bila KJ dipecat dan Hishamuddin digantung keahlian

MAHATHIR & NAJIB LEBIH KEJAM DARI ZAHID

Apakah tindakan Zahid ini kejam? Sebenarnya Zahid tidak sekejam mana kerana Mahathir dan Najib jauh lebih kejam dari Presiden UMNO ini.

Dlm politik anda perlu tahu tentang falsafah ini, “Samada kamu mati atau aku mati.” Jadi seseorang ketua kena ‘bunuh’ atau mematikan karier politik pesaingnya apabila melihat cuba mencabar kedudukannya.

Itu tindakan yg dilakukan oleh mana2 pemimpin politik di seluruh dunia kpd persaing2 mereka. Jadi ia bukan sesuatu yg baru, luar biasa dan kejam.

Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri beliau telah memecat atau mematikan karier politik ramai pesaing politiknya.

Musa Hitam, Ku Li, Anwar , Pak Lah dan Najib adalah antara mangsa campurtangan Mahathir. Malah Anwar bukan sahaja dipecat malah dipenjarakan hingga hilang jawatannya sebagai TPM.

Najib juga melakukan perkara yg sama terhadap Muhyiddin Yassin hingga hilang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TPM.

Malah kpd musuh politik yg dilihat mampu menjatuhkan kerajaannya…Anwar juga ke penjara di era beliau menjadi PM. Oh lupa Mat Sabu juga tersungkur juga.

Pandangan saya tindakan Zahid ini tepat demi kelangsungan politiknya. Apa implikasi pemecatan KJ dan pergantungan keahlian Hishamuddin? Ya mungkin sebulan dua ini kecoh seketika tetapi saya tidak nampak ia akn memberi kesan yg besar kpd UMNO.

Apatah lagi KJ bukan Timbalan Perdana Menteri, bukan Timbalan Presiden UMNO, bukan Menteri dan wakil rakyat. KJ hanya ahli biasa UMNO…yg luar biasa mengenainya dia sgt diminati oleh ramai kaum wanita kerana pakej ‘tall dark and handsome’ yg ada pada dirinya.

Tanya saya.. KJ tidak akn berdiam diri. Saya jangkakan beliau akn menyertai Bersatu utk meneruskan kesinambungan politiknya walaupun karektornya sesuai bersama PKR.

Apa pilihan yg ada walaupun dia amat sayang kpd UMNO. Dia bersama PN dan mungkin fokus utk menjadi MB N9 atau Selangor. Utk jangka panjang KJ ini sgt bahaya utk masa depan kerajaan perpaduan.

KJ seorang politician yg bijak dan berkarisma. Ia terbukti apabila beliau hampir berjaya menenangi Parlimen Sg Buluh yg sebelum ini ia adalah kerusi PKR yg mempunyai majoriti yg sgt besar.

Gerak Annuar Musa, Shahidan Kassim, KJ, Hishamuddin, Noh Omar, Shahril Hamdan serta mereka yg dilihat pro team B seperti Ismail Sabri dan Johari yg masih berada di dlm parti UMNO jgn dipandang sebelah mata. Saya yakin yg tercampak ini akn bekerjasama dgn PN pada PRN dijangka 5 bulan lagi.

Yg pastinya politik negara kembali tenang. Anwar tersenyum lebar, Zahid berasa tenang dan Muhyiddin kempunan. So sekarang kita boleh fokus kembali kpd Malaysia Madani.

Insyallah slogan Madani ini akan menjadi gagasan baru Kerajaan Perpaduan pimpinan DS Anwar. Madani yg membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).

Silapnya Madani ini sebab kita tidak meminta bless dari Yg Berbahagia Tan Sri Tuan Guru. Jadi timbullah pelbagai dalil yg dulu dirinya sendiri menyebut Madani. Ok kita tenang2 aja… Tenang itu menang.

 

PANAS!! PEMAHAMAN SONGSANG HADI AWANG BERDASARKAN SUASANA PERANG?


TAJUK : BICARA YB. KHALID ABDUL SAMAD (SIRI 179) "ISTILAH SEDEKAH DICEMARI ULAMA SUUK (JAHAT)?"

HEBAT HISHAMUDDIN NI.PAKAT DENGAN AZMIN...IYA LA KAN ....BERBISAN

 


Hebat Hishamuddin ni. Bawak MP UMNO pergi ke rumah Azmin, siap suruh Ketua Bahagian Sabah masuk Bersatu pulak. Patutlah Mahiaddin marah UMNO pecat Hishamuddin. Pupus proksi dia dalam UMNO. Guane boh?

Raja Gelap

 

[LANGSUNG] Perdana Menteri Hadir Festival Quranic Arts | 28 Jan 2023


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Quranic Arts Festival di Kompleks Nasyrul Quran

KEBERANIAN ZAHID HAMIDI YANG LUAR BIASA

 

Memecat pemimpin untuk mengekalkan kuasa atau atas apa alasan sekali pun adalah perkara biasa di mana-mana saja di planet bumi ini.

Oleh itu, tindakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memecat dan menggantung beberapa pemimpin yang tidak sebulu dengannya sebagaimana diputuskan MT UMNO malam tadi bukanlah perkara yang pelik sebenarnya.

Terlebih lagi dalam UMNO, pecat memecat ini bukanlah sesuatu yang asing sejak dulu, kini dan mungkin selamanya selagi parti itu masih bernyawa.

Tun Mahathir Mohamad pernah memecat Anwar Ibrahim dan Najib Razak pernah memecat Mahiaddin Md Yasin.

Lama sebelum itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj juga pernah memecat Tun Mahathir.

Di luar UMNO pula, Mahiaddin sebagai Presiden Bersatu telah memecat Tun Mahathir selaku Pengerusi parti itu.

Di dalam Pas,PKR dan Amanah turut pernah berlaku pecat-memecat itu.

Cuma, tindakan PKR memecat Azmin Ali dan kumpulannya agak berbeza dengan semua pemecatan itu kerana ia hanya diambil Anwar setelah berlakunya pengkhianatan yang meruntuhkan sebuah kerajaan.

Betullah kata orang, Anwar ini “tahap dewa” sabar dalam dadanya.

Begitu pun, melihat tindakan pemecatan dan penggantungan oleh Zahid Hamidi malam tadi, harus diakui beliau adalah ketua parti yang luar biasa keberaniannya.

Beliau ternyata lebih hebat dan lebih luar biasa daripada semua Presiden UMNO lain yang juga pernah memecat orang sebelum ini.

Yang dipecat malam tadi ialah Khairy Jamaluddin serta Noh Omar, manakala yang digantung selama enam tahun adalah Hishammuddin Hussein, Fathul Bari, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Sharif.

Daripada semua pemecatan dan penggantungan itu, hebat dan luar biasanya Zahid Hamidi adalah kerana keberaniannya bertindak terhadap Khairy Jamaluddin atau KJ serta kepada Hishammuddin.

KJ adalah menantu kepada Tun Abdullah Badawi, bekas Perdana Menteri yang mula-mula membawa Zahid Hamidi ke dalam kerajaan dengan jawatan pertama yang diberikannya kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu adalah sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan selepas itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum itu, Zahid Hamidi diketepikan seratus peratus daripada kedudukan dalam kerajaan kerana beliau dianggap sebagai penyokong kuat kepada Anwar.

Hishammuddin pula adalah anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn serta cucu kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar.

Hebat dan luar biasa tak Zahid Hamidi kerana sungguh tidak takut untuk memecat menantu seorang bekas Perdana Menteri serta menggantung keahlian anak bekas Perdana Menteri dan cucu kepada pengasas UMNO?

Hanya seseorang yang ada keberanian luar biasa saja mampu mengambil tindakan sedemikian rupa.

Tambahan lagi, baik KJ atau Hishammuddin, kedua-duanya adalah harapan sebahagian penyokong dalam UMNO sendiri sebagai bakal Perdana Menteri suatu hari nanti.

Ertinya, yang dipecat dan digantung malam tadi adalah bakal pemimpin besar negara suatu hari, tapi Zahid Hamidi dengan berani telah “menebang” pokok yang mulai rendang itu.

Perghhh…hebat sekali Zahid Hamidi, boleh kita angkat topi kepadanya.

Kini kita mesti mengaku – siapa kata “Pendekar Jawa” tidak hebat menghunus senjata? – ShahbudinHusin 28/01/2023.



ANWAR TERIMA UCAPAN TAHNIAH DARI PRESIDEN US DIATAS KEJAYAAN MEMENAGI KERAJAAN PERPADUAN

 

I received a congratulatory message from U.S. President Joe Biden, who commended Malaysia’s inspiring democracy in the recent general election.

He expressed commitment to deepen relations with Malaysia, including in the areas of digital economy, climate crisis, and energy security. I look forward to working closely with him for the mutual benefits of our peoples.






 

USAHA BERSEPADU MEREDAKAN KENAIKAN HARGA MAKANAN, MINUMAN


 1. Saya menyambut baik pandangan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan, peniaga dan pengguna dalam menangani kenaikan harga makanan dan minuman yang dinyatakan di dalam program Dialog Tiga Penjuru AWANI semalam.

2. Seperti perangkaan inflasi yang diumumkan Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) baru-baru ini, walaupun inflasi bagi Disember 2022 mereda kepada 3.8% berbanding 4.0% dalam bulan sebelumnya, kategori harga di restoran dan hotel adalah satu-satunya kategori harga yang masih belum mereda (iaitu kenaikan 7.4% dalam Disember 2022 berbanding 7.0% bulan sebelumnya).

3. Pandangan Datuk Jawahar adalah selari dengan pandangan Kerajaan supaya pengguna peka kepada kenaikan harga makanan dan minuman yang dibeli dan bijak memilih kedai dan restoran yang menawarkan harga yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing.

4. Usaha mengekang inflasi memerlukan semua pihak menggembleng usaha bersama.

5. Sementara kita meningkatkan akses pengguna kepada maklumat harga yang boleh membantu pengguna membeli dari kedai yang harganya lebih seiring dengan harga purata setempat, saya juga sedia maklum beberapa cabaran pengusaha restoran yang berdepan dengan kenaikan kos lain, seperti kos pekerja akibat pelaksanaan gaji minima RM1,500.

6. Ada beberapa langkah yang sedang diperhalusi pelaksanaannya untuk membantu peniaga dan pengusaha restoran menangani kenaikan-kenaikan yang mereka tanggung, termasuklah potensi menyebarluas model tenaga kerja sambilan (gig workforce) dalam sektor restoran dan kedai makan (F&B).

7. Ia adalah sebahagian dari usaha untuk menyelaraskan pasaran kerja dengan tuntutan sektor ekonomi, yang menjadi sebahagian dari usaha menyeluruh menstrukturkan kembali ekonomi negara.

8. Dalam masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan wakil-wakil pengusaha restoran dan peniaga makanan untuk membincangkan secara dua hala langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh kerajaan dan pengusaha restoran dan peniaga makanan.

RAFIZI RAMLI

MENTERI EKONOMI

27 JANUARI 2023



HARI TU DIA NAK PERLI MAT SABU DAN NAK TUNJUK TERROR SANGAT..SEKALI MAT SABU BALAS BALIK BARU DIA ADA AKAI...PIANG PUNYA DOKTOR


 

SENGAJA AKU BAWA MASUK KISAH MAHIADDIN ZAMAN BARU BERTAPAK DALAM UMNO- SELAIN KURANG OTAK DIA JUGA PEMALAS...


 

MUDAH CERITA- TAK PAYAH PUN BINCANG BAB NAK BAW2A MASUK ORANG YANG KENA PECAT DARI PARTI. ASAL KAWAN KITA , KITA NAK BAWA MASUK, PADA HAL UMNO ADALAH KOMPONEN BESAR DALAM KERAJAAN INI. JATUNYA UMNO- HAPA PUN TARAK..YELLEK TINGGAL TEORI.

 



Kalau baca tajuk, kita boleh faham macam Rafizi nak parti bincangkan kemasukan KJ ke dalam PKR. Padahal kalau baca artikel penuh, Rafizi kata bukan dia keputusan buat keputusan kalau nak terima KJ. Perkara itu perlu dibincang oleh parti.

Lebih penting, Rafizi kata pada masa ini perkara itu tidak timbul jadi tak perlu dibincangkan. Nampak? Sebenarnya Rafizi jawab pertanyaan wartawan tapi dipusing cerita dah macam Rafizi nak tawarkan KJ masuk PKR.

Menjengah ke ruangan komen, macam biasa, boleh baca komen orang yang baca tajuk je. Dari komen aku boleh agak kebanyakannya walaun. Wartawan ni sebenarnya buat kerja untuk walaun. Buat isu nak serang Rafizi.

Etika kewartawanan mereka ni bukan setakat boleh dipertikai, bahkan boleh diambil tindakan. Buat tajuk yang mengelirukan orang begini sebenarnya menjurus kepada fitnah. Tak ada profesionalisme. Memalukan.

Cabaran kerajaan perpaduan ini bukanlah setakat ekonomi yang rosak dikerjakan PN, bahkan juga fitnah dari musuh serta sikap wartawan yang tiada etika. Sebab tu kalau baca berita, jangan terus nak percaya. Kalau boleh cari dulu teks asal. Mungkin wartawan dah manipulasi ceritanya. Guane boh?

Raja Gelap

 

Kemurungan?

 

Kemurungan?

Mana tak murung. Dah heboh sana sini, duit dah cukup, duit dah cukup! Nak menikah la la kata dia. Tunggu mak perempuan bagi tarikh ja. Tup tup, marka dia menikah dengan lain orang. Musuh dia pulak tu. Malu wei!

Nak cover malu, dia pi la kata tok laki orang tu tak Islamik la. Rumahtangga takkan bertahan la. Kata rampas kekasih dia la. Dok cari salah laki orang tu ja. Padahal dia tu syok sendiri. Dah tu jenis hingaq, riuh cerita kat orang.

La ni dah malu sendiri. Kemurungan. Buat apa pun tak kena. Hati sakit. Jadi gila bayang dah. Kesian jugak la kadang-kadang tu. Tapi bila teringat mulut dia hat takdak insurans tu, cheq nak kata padan muka je la kat dia.

Ni awat cheq cakap utara pulak ni? Ah lantak pi la. Mintak maaf ya geng utara. Cheq tak pandai cakap tapi tah hantu mana mai merasuk ni ha.

Eh cerita kat atas ni pasal drama pukoi 7 tau. Takdak kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada yang telah hidup atau yang masih meninggal dunia. Guane boh?

Raja Gelap

 

KEADILAN JANGAN JADI 'PENGUTIP SAMPAH' DENGAN MENGUTIP KJ. SUATU KETIKA DULU KUTIP SAPA SAJA YANG NAK MASUK..KEMUDIAN TAK DAPAT JADI CALON KELUAR SEMULA...

 


Memang telah dijangka, KJ akan dipecat oleh Umno. Salahnya bukan sedikit. Dia dipecat bukan kerana perbezaan pendapat atau tidak menyokong keputusan PAU baru-baru ini yang menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Bukan sebab itu.

KJ dipecat kerana memburukkan presiden dan partinya sendiri sewaktu di dalam kempen PRU15 yang lalu. Meskipun beliau diberikan watikah oleh Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk bertanding di Parlimen Sg Buloh, namun di dalam kempen beliau secara terang-terang beliau memburukkan Presiden dan partinya sendiri sehinggakan bukan sahaja beliau tewas di Sg Buloh, tetapi menyebabkan beberapa calon dari Umno/Bn turut tewas. Maka, wajar sangatlah parti beliau memecatnya.

Peliknya, mengapa ada suara-suara sumbang di dalam parti Keadilan mahu mengutip orang seperti ini? Jika parti yang bapa mertuanya sendiri pernah jadi Presiden dan beliau sendiri puluhan tahun bersama parti tersebut sanggup beliau hina, apa jaminan beliau tidak boleh lakukan kepada parti Keadilan nanti? Di dalam parti Keadilan ini pun masih ada saki baki yang pernah kutuk dan hina Presiden tetapi masih terselamat, maka tidak perlulah kita tambah lagi orang seperti ini.

KJ juga telah menempa nama yang buruk di mata rakyat terutamanya sewaktu beliau menjadi menteri di KKM di bawah kerajaan tebuk atap sebelum ini. Isu vaksin sewaktu Covid banyak kontroversi yang hingga kini dipersoalkan. Apakah Keadilan mahu memikul biawak hidup? KJ sedikit pun tidak akan membantu memperkuatkan Keadilan bahkan Keadilan akan terpalit dengan sejarah hitamnya.

Saya harap Keadilan tidak perlu jadi 'pengutip sampah' . Jangan pelihara 'musuh' kawan kita di dalam rumah kita. Hormatilah kawan kita sebagaimana kita mahu kawan kita hormati kita.

WFAUZDIN NS

 

fITNAH APA HARI NI- HABIS KERJA KAU BUAT APA /- SEBAB TU KAU KENA SAMAN DENGAN MUJAHIT...AKU HARAP KAU KENA SAMAN KAH..KAH..KAH


 

TUUUU DIIAAAAA....KHIANAT KAT PARTI SENDIRI.....BANYAK MACAM TU ..BILA TAK DICALONKAN..MULA LA NAK BOIKOT ITU INI...SEMUA PARTI ADA..

 

16 tuduhan sabotaj ketika PRU15 punca Noh Omar dipecat.



Noh mengadakan sidang media selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Penggantungan keahlian Tan Sri Noh Omar dalam UMNO disebabkan 16 pertuduhan dihadapi bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu kerana mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata keputusan menggantung keahlian Noh bukannya disebabkan beliau tidak bersetuju dengan usul tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti yang dibawa dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara tindakan sabotaj terbabit membabitkan soal calon yang ditampilkan untuk mewakili parti di kerusi Parlimen Tanjong Karang ketika PRU15.

"Yang mana kita tahu ada calon, Datuk Habibah Mohd Yusof dikemukakan parti dalam PRU lalu untuk mewakili BN Tanjung Karang.

"Jadi tuduhan itu terbukti, disemak, dikaji dan disiasat Lembaga Displin. Perlu diingat calon Bebas yang bertanding di Tanjung Karang adalah pegawai khas Noh sendiri.

"Jadi tak benar jika keputusan menggantung beliau dibuat Lembaga Displin berdasarkan beliau tidak bangun menyokong usul yang dibuat," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Megat Zulkurnain berkata, Noh bagaimanapun masih boleh merayu memandangkan semua individu berpeluang untuk berbuat demikian.

"Noh ada buat kenyataan menyatakan bahawa beliau minta untuk dipecat walaupun pada peringkat awal digantung selama enam tahun. Saya fikir mesyuarat bersetuju dengan permintaan dia.

"Itu apa yang dia nak. Dia meminta dipecat dan akhirmya semua bersetuju dan dia masih ada peluang untuk membuat rayuan kalau dia nak," katanya.

Terdahulu, MKT UMNO yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memecat keahlian Noh selepas beliau

Presiden UMNO itu supaya memecat keahliannya terus daripada parti, berbanding keputusan MKT untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada PRU15.


NAMA DIA TAK TERCALON PRU 15- MANA KAWAN TAK GERAM..

 

Annuar, isteri Shahidan antara dipecat UMNO.


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP
Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat selesai.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Presiden UMNO agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhirnya mempertahankan kerusi mereka selepas bertanding pada PRU15 menggunakan logo Perikatan Nasional.


TU LA NOH...KAU DALAM DEWAN SELALU CABAR ORANG- KALAU DENGAN DSAI SELALU KAU NAK GADOH....

 

Hukuman gantung 6 bulan bertukar pecat keahlian selepas Noh Omar cabar Zahid.

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memecat keahlian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Keputusan itu dibuat selepas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya terus daripada parti, selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Noh yang juga Ahli MKT UMNO ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu di sini, malam ini.

Katanya, ketika cabaran dibuat kepada Ahmad Zahid itu, tiada ahli MKT yang memberi maklum balas kecuali Ahmad Zahid.

"Lain-lain semua diam, tetapi dia (Ahmad Zahid) cakap OK. Dengan ini saya dipecat serta-merta," katanya.

Dalam pada itu, Noh turut memaklumkan, selain dirinya ramai lagi pemimpin parti itu yang dilihat sebagai 'mensabotaj' UMNO turut dikenakan tindakan oleh parti sama ada dipecat atau digantung keahlian.

Namun, beliau tidak memperincikan bilangan atau identiti pemimpin yang dikatakannya sebagai terbabit dalam tindakan yang diputuskan parti itu.

Apa pun, Noh berkata, perkara itu ada diumum sendiri Presiden UMNO melalui ucapan mukadimah ketika Mesyuarat MKT malam ini.

"Malam ini, sejarah bagi saya kerana tadi dalam ucapan mukadimah, Presiden (Ahmad Zahid) sudah mengumumkan berapa yang dipecat dan digantung.

"Dalam makluman itu, tiba-tiba tersenarai nama saya, digantung enam tahun" Ramai lagi tersenarai, tunggu sahajalah saya tidak mahu umum (berapa ramai dan siapa yang dikenakan tindakan)," katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan MKT ke atasnya, Noh mempersoalkan pergantungannya disebabkan beliau baru sahaja mendapat surat untuk hadir ke Lembaga Disiplin parti.

"Persoalannya undang-undang apa yang digunakan, undang-undang rimba atau hantu. Ikut suka hati (undang-undang apa sekalipun), kerana saya sudah mendapat surat daripada Lembaga Disiplin untuk hadir pada 2.30 petang Isnin ini, tetapi saya tersenarai digantung hari ini.

"Mengapa keputusan dibuat, dia kata lepas jumpa Lembaga Disiplin. (Hakikatnya) Lembaga Disiplin belum bermesyuarat, tetapi saya sudah pun digantung enam tahun.

"Macam inilah UMNO, tindakan sesuka hati dan ini merupakan hinaan kepada Lembaga Disiplin," katanya yang mengesahkan tidak lagi akan bertemu Lembaga Disiplin.


KERAJAAN HARUS PANTAU PENULISAN BEGINI-JAWAPAN MEDIA PAS- HARAKAHDAILY- PENULIS NI TAK BUAT KAJIAN DAN TIDAK BERANI MENGELUARKAN BUKTI DAN BAHAN KAJIAN BETUL...WARTAWAN NI KENA BANYAK BUAT STUDY SEBELUM MENULIS


 

HAJI HADI KATA KERAJAAN PERPADUAN BERKEPALA BESAR? MASA DEPA MEMERINTAH...

ADAKAH INI FITNAH ? NGA KOR MENG HARUS MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP FITNAH INI. NEGERI DIA TAKAT NI TAK BUAT APA LAGI- AYIAQ PUN SESETENGAH KAWASAN TAK DAK LAGI...TU PUN NAK SEMBANG.


 

KEH..KEH


 

KEH..KEH...SIAP BERKAPAL LAGI KALAU TAUKE JUDI MELAWAT NEGERI DIA


 

WALAUN KATA ZAMAN PN PALING BAIK - SEBAB TU TELOQ TAKDAK- MALAH 73 DENGAN 82 PUN JOMLAHH DAH CUKUP.DEPA BUKAN ADA IDEA...


 

PAS DAKWA MENANG 49- TETAPI PAS MENGGUNAKAN BENDERA PAS HANYA 22 BUAH KERUSI.SELEBIHNYA IALAH MENGGUNAKAN BENDERA PERIKATAN NATIONAL


 

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

 

KJ dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO, malam ini.

Sumber parti memberitahu, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Hishammuddin dan Shahril mengikuti senarai pemimpin terbaru yang digantung, selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan menerima keputusan sama malam ini.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang ditemui media enggan berkongsi senarai pemimpin yang dipecat atau digantung, sebaliknya menyatakan keputusan yang dibuat MKT malam ini terpaksa dilakukan walaupun pahit.

Beliau juga menjelaskan, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.

UCAPAN SULTAN BRUNEI TERHADAP PM10 DAN NEGARA MALAYSIA

 


SUDAH SUDAH LAH NOH....ZAMAN DAH HABIH....


 

MAIL PEE JUMPA SULTAN NGHADU.

 KJ dan Noh Omar di Pecat!


(Sacked)

Khairy Jamaluddin

Noh Omar


(Suspended)

Shahril Hamdan

Hishammuddin Tun Hussein

Maulizan Bujang

Salim Shariff


Khaled Nordin replaces Hasni Mohammad as the Johor UMNO Chief.