MUDAH CERITA- TAK PAYAH PUN BINCANG BAB NAK BAW2A MASUK ORANG YANG KENA PECAT DARI PARTI. ASAL KAWAN KITA , KITA NAK BAWA MASUK, PADA HAL UMNO ADALAH KOMPONEN BESAR DALAM KERAJAAN INI. JATUNYA UMNO- HAPA PUN TARAK..YELLEK TINGGAL TEORI.

 



Kalau baca tajuk, kita boleh faham macam Rafizi nak parti bincangkan kemasukan KJ ke dalam PKR. Padahal kalau baca artikel penuh, Rafizi kata bukan dia keputusan buat keputusan kalau nak terima KJ. Perkara itu perlu dibincang oleh parti.

Lebih penting, Rafizi kata pada masa ini perkara itu tidak timbul jadi tak perlu dibincangkan. Nampak? Sebenarnya Rafizi jawab pertanyaan wartawan tapi dipusing cerita dah macam Rafizi nak tawarkan KJ masuk PKR.

Menjengah ke ruangan komen, macam biasa, boleh baca komen orang yang baca tajuk je. Dari komen aku boleh agak kebanyakannya walaun. Wartawan ni sebenarnya buat kerja untuk walaun. Buat isu nak serang Rafizi.

Etika kewartawanan mereka ni bukan setakat boleh dipertikai, bahkan boleh diambil tindakan. Buat tajuk yang mengelirukan orang begini sebenarnya menjurus kepada fitnah. Tak ada profesionalisme. Memalukan.

Cabaran kerajaan perpaduan ini bukanlah setakat ekonomi yang rosak dikerjakan PN, bahkan juga fitnah dari musuh serta sikap wartawan yang tiada etika. Sebab tu kalau baca berita, jangan terus nak percaya. Kalau boleh cari dulu teks asal. Mungkin wartawan dah manipulasi ceritanya. Guane boh?

Raja Gelap