NAMA DIA TAK TERCALON PRU 15- MANA KAWAN TAK GERAM..

 

Annuar, isteri Shahidan antara dipecat UMNO.


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Sumber memaklumkan, dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kasim serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatannya selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP
Datuk Seri Shamsiah Yasin (kiri) dan Datin Seri Fatimah Kassim. - Foto hiasan NSTP

Fatimah pula adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU sebelum ini.

Sementara, Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, hal pemecatan itu dimaklumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato' Onn di sini, selepas mesyuarat selesai.

Menjelaskan situasi dalam mesyuarat berkenaan, Mohd Puad berkata, nada Presiden UMNO agak tegas berkenaan isu disiplin.

Katanya, Ahmad Zahid menegaskan tidak akan sekali berkompromi dengan ahli yang burukkan parti termasuk membocorkan inti pati mesyuarat parti kepada pihak luar.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Arau dan Maran daripada UMNO, Shahidan Kassim dan Ismail Abd Muttalib, turut digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu akhirnya mempertahankan kerusi mereka selepas bertanding pada PRU15 menggunakan logo Perikatan Nasional.


No comments: