PESAN AL MARHUM. JANGAN PERASAN.


 

SAJA ULAS.. SEBAB WALAUN BODO MEMANG TAK TAU HAPA PUN


 

JANGAN PERCAYA DENGAN GENG YANG BERTAQIYYAH

 Zusdin


JANGAN PERCAYA DENGAN GENG YANG BERTAQIYYAH



Toksah percayalah dgn puak ni. Kuat bertaqiyyah. Haramkan Al Arqam, timbul Rufaqa'. Haram Rufaqa' timbul GISB dan GISBH. Mcm tu lah perangai depa. Bakar buku2 Al Arqam, cabut lari kemudian kata TAK AMAL?? Bertaubat lah puak GISBH weyy. 😅



KISAH SOROK DUIT SIVAJI THE BOSS


Desa HM


 Dalam satu adegan filem Sivaji The Boss, ada babak yang para koruptor semua panik bila Sivaji call.



Habih kalut depa keluarkan duit haram yang disorok dalam guni, atas siling, dalam kolam, kat kandang lembu. 


Semua sebab depa takut kantoi dengan Sivaji.


Tapi gambaq ni bukan dari filem Sivaji The Boss la.


Taktau babak filem apa sebab tak berapa clear.



SEMBANG JA.. MASUK TU DARI KERAJAAN PUSAT.. HALA KE KULIM HIGHTECH... SITU TEMPAT PELABURAN KERAJAAN PUSAT. DEKAT DENGAN PENANGPORT.


 

SHAIDAN KASSIM NAK BUAT LAWAK.. APA LA HANG...


 

ZAMAN NAJIB ADA , TAPI DAKAW DAN TAK PULANGKAN. SEBAB TU GAGAL.


 GST ni satu isu yang 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 tak mampu nak faham, takkan faham, tak mahu faham atau tak akan mahu faham. Bila sentuh je bab GST, laju dorang puji Najib. Terus ulang ayat "𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘕𝘢𝘫𝘪𝘣 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯𝘨".



GST ni memang sistem percukaian yang cekap. Yang biasa ikut penulisan aku, dari dulu lagi aku cakap GST memang bagus. Tapi alat yang bagus pun kalau 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮.


Macam pisau. Beri pada suri rumah, mungkin dia akan guna untuk siang ikan dan potong sayur. Boleh masak makan yang sedap-sedap. Tapi kalau diberikan kepada 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻, dia guna pisau itu untuk 𝘀𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮.


Begitulah GST. Najib tu 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 dia sebagai 𝗽𝗲𝗿𝗼𝗺𝗽𝗮𝗸, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗹𝘂𝗻𝗴.  Macam mana nak percaya dia uruskan GST? Dia kutip cukai dari rakyat, lepas tu dia berjoli keliling dunia.


Satu lagi, masa dan suasananya belum sesuai. Waktu itu masih ramai rakyat susah. Najib pun akui sebab tu 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗥1𝗠. Dah tahu rakyat ramai susah, dia tetap nak buat juga. Itu yang tak kena. Kenapa tak nak tunggu dulu?


Macam nak masak nasi lemak. Tapi bahan tak cukup. Telur tak ada. Kacang tak ada. Jadi tak nasi lemak tu? Memang jadi tapi tak sedap. Begitu juga GST. Boleh buat tapi tak 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁. Rakyat terseksa.


Dan lagi, kenapa mula dengan 6% terus? Kenapa tak mulakan dengan 3% dulu. Naikkan lagi bila keadaan dah makin stabil. Ini terus terus 6%. Kesannya terlalu besar. Tapi Najib mana ada fikir semua tu.


Jadi betullah apa yang DS Anwar cakap. Naikkan dulu ekonomi. Naikkan pendapatan rakyat. Hapuskan dulu kemiskinan. Bila kehidupan rakyat dah stabil, barulah boleh cerita nak buat GST. Kena 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮.


Walajib satu hal. Walaun hal lain pulak. Dulu lebai pun sama lawan GST. Bila 𝗸𝗮𝗺𝗰𝗲𝗻𝗴 dengan Najib, lebai 𝘁𝗼𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Lebai 𝗸𝗹𝘂𝗸 𝗸𝗹𝗲𝗸. Tapi ada hati walaun nak mengejek penyokong PH.


𝘕𝘒 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘮𝘶𝘬𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘰𝘬𝘰𝘯𝘨 𝘗𝘏 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘈𝘯𝘸𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘎𝘚𝘛. Nak tengok apa lagi? Muka kitorang tetap 𝗸𝗮𝗰𝗮𝗸, 𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗿𝗶. Tiada apa nak dirisaukan pun sebab bukannya DS Anwar kata buat sekarang. Kan beliau kata lepas gaji minimum 3 ke 4 ribu!


Kita pun bukan jenis 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗲𝗷𝗮𝗰𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻. Dengar berita je terus terlompat lompat. Kita ni jenis rasional yang pandai buat penilaian. Dan pada penilaian kami, betul sangat apa yang PMX katakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CUBA LA PAKAI OTAK BILA NAK KOMEN WALAUN OIII.. AWAT LA HANGPA IKUT KETUA PENERANGAN HANGPA YANG SUKA TANYA SOALAN LAWAK DALAM DEWAN.


 

BAHAYA NI KALAU LUPA MAKAN UBAT


 

Mat Hasan jawab isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut...



Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan tindakan Kementerian di peringkat antarabangsa dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara-negara jiran seperti Filipina.



Azalina Othman jawab isu sindiket scammer guna akaun syarikat sbg akaun ...



Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia membuat pindaan undang-undang yang berkaitan untuk menangani sindiket scammer yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai untuk menjalankan aktiviti haram mereka selepas pindaan undang-undang di bawah Akta 574 dan Akta 593




40 BILLION NI BERAPA HOSPITAL SEKOLAH DAN JET PEJUANG BOLEH BELI....

 Zainuddin Omar


Dahsyat sungguh kes 1MDB sehingga Kerajaan terpaksa tampung RM40 billion untuk melunaskan hutang dan faedah. 



Itu sebab Najib perlu masuk penjara kerana semuanya berlaku under his watch. 


RM40 billion boleh bina 40 hospital besar dengan penuh kelengkapan moden. 


RM40 billion adalah duit kita rakyat Malaysia. 


**********

Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023.


Geran berkenaan adalah bertujuan untuk pelunasan prinsipal dan perbelanjaan lain termasuk faedah bon serta bayaran kupon, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.


"Selain pelunasan tersebut, Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion.


"Ia terdiri daripada sejumlah RM5.0 billion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang akan matang pada Mei 27, 2039 dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan)," kata laporan itu.


Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.


Laporan itu turut mengesyorkan supaya Kerajaan Persekutuan mendapatkan aset berkaitan syarikat 1MDB dan SRC International Sdn Bhd dari pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara.


Kerajaan Persekutuan juga disyorkan untuk menggunakan dana tersebut bagi menampung perbelanjaan balik hutang syarikat 1MDB dan SRC serta perbelanjaan hutang lain.


"Ini kerana memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028 seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA," kata laporan itu.



𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶?




Dalam sejarah pepecahan ummah, tokoh agung akidah Ashairah iaitu Ibn Tumart merupakan antara penumpah darah terbesar dalam sejarah Umat Islam. Dia telah membunuh sesiapa sahaja di bawah pemerintahannya yang enggan menerima tafsiran akidah Ashairah yang dia pegang. Ashairah dijadikan undang-undang negara. Ratusan ribu nyawa Umat Islam menjadi korban. Pelbagai dakwaan pelik untuk mengukuhkan pemerintahannya dibuat seperti karamah, wali, Mahdi, tarekat dan lain-lain. Buku beliau sudah mula dicetak dan diedarkan di Malaysia oleh aktivis yang terlibat memperjuangkan idea sempit ini.


Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini? 


Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani. Malangnya beliau seakan sedang membawa negara ini ke kancah kafir-mengkafir, sesat menyesatkan seperti yang pernah dilakukan oleh Ibn Tumart. 


Apa kata jika media rasmi Kerajaan memberi ruang saya berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka disaksikan rakyat tanda beliau berupaya mempertahankan ideanya?


Dr. MAZA



𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗠𝗝: 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗡𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛



✍️ Ahmad Mursi 



1.  Dalam usaha PAS mengkritik keputusan TMJ menukar cuti Jumaat ke Ahad, Ustaz Dusuki Abd Rani tersalah menjelaskan konteks ayat Al-Quran.


2.  Katanya: "Kita semua akan dipaksa untuk pindah ke negara akhirat, sebelum sampai di negara Mahsyar, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗿𝘇𝗮𝗸𝗵, 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮, لِمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡيَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰ⁠حِدِ ٱلۡقَهَّارِ Hari itu pasti akan ada tengkingan ALLAH. Di mana Raja raja atau penguasa dunia dahulu? Hari ini hanyalah ALLAH yang mempunyai kekuasaan. Dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi, Jumaat adalah hari pengadilan ALLAH!!!"


3.  Saya kira, Ustaz Dusuki telah buat kajian mendalam hal ehwal kubur kerana banyak juga bukunya dan ceramahnya dijual berkenaan topik ini.


4.  Namun, ayat yang berupa soalan itu, bukan pertanyaan semasa alam Kubur seperti dakwaan Ustaz Dusuki. 


5.  Ulama Tafsir menjelaskan, hal itu berlaku semasa hari kebangkitan, keluar dari kubur. (Al-Qurtubi, Jalalain, Al-Baghawi).


6.  Ayat ini merujuk kepada kekuasaan Allah yang mutlak pada hari kiamat, di mana Allah akan bertanya, "Limanil mulku yaum?" (Milik siapakah kerajaan pada hari ini?), dan jawapannya adalah "Lillah, Al-Wahid, Al-Qahhar" (Milik Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa). (Ghafir:16)


7.  Soalan itu bukanlah memerlukan jawapan, tetapi lebih kepada penegasan bahawa tiada kekuasaan lain pada hari tersebut melainkan kekuasaan Allah yang tunggal dan tiada tandingan.


8.  Diakui, ramai yang punyai pelbagai persepsi dari penegasan TMJ berkenaan perubahan hari cuti.


9.  Namun, janganlah berlebih-lebihan mentafsir ayat dalam konteks yang salah tanpa merujuk tafsir muktabar.


10.  Hal cuti ini adalah perkara ijtihadiyyah yang diberi keluasan untuk diputuskan oleh pemerintah berdasarkan maslahah. Tiada ketetapan khusus dalam agama.




WAN PAIZAL CABAR YB RAFIZI! SEORANG KENA GANTUNG & HADI MALAS MASUK PARL...



Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli merangkap Menteri Ekonomi untuk debat secara langsung di saluran TV arus perdana. Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu menolak untuk debat menerusi audio siar (podcast) seperti pelawaan awal Rafizi. “Buat apa podcast. Saya mahu debat live di TV arus perdana macam Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dapat lawan Rafizi. “Bring. It. On. Kita debat pasal auta cetak duit dan MAHB-BlackRock. Bawa Fahmi Fadzil pun tiada masalah. 2 lawan 1,” cabarnya. Wan Fayhsal berkata demikian sebagai reaksi terhadap ciapan pengguna X, @Jaiyen_nakal yang menyatakan kemungkinan bakal dialami pemimpin pembangkang itu jika menyertai audio siar dikendalikan Rafizi itu. “Ada sebab Wan Fayhsal tak berani masuk podcast Rafizi Ramli. Syahir lawan debat dengan Rafizi, orang boleh nilai yang Syahir tu useless. “Lim Sian See (LSS) masuk podcast Rafizi, kantoi yang LSS tu taklah bijak pun. Kalau Wan Fayhsal masuk podcast Rafizi, mahu kalah pemilihan Bersatu nanti,” tempelaknya. Bagaimanapun, rata-rata warganet dilihat mengecam Wan Fayhsal termasuk berkongsikan gambar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu yang terlalu tunduk membaca gajet semasa bersiaran dalam Dialog Tiga Penjuru di Astro Awani. Wan Fayhsal dilihat terlalu tunduk menumpukan perhatian kepada gajet semasa pernah bersiaran di Awani. “Tunduk lain macam. Itu pun ada hati mahu debat tv airtime,” getus Zuwairi Md Yusof “Tengok yang kiri terpaling hebat berhujah tu. Asyik dengan telefon dan tablet sendiri saja. Fakta ke laut,” kata @ap_aHFOD. “Pergi je lah dulu podcast tu. Banyak pulak mengelatnya. Kalau prestasi memberangsangkan, baru layak pergi TV. Kalau level macam Syahir je, just stay at podcast je lah. Jangan bazirkan wang kerajaan,” kata @StratcommPMX. ============================================================================= Tan Sri Abdul Hadi Awang dihujani kecaman orang ramai termasuk diingatkan tentang kekerapannya tidak menghadiri sidang Parlimen ketika Presiden Pas itu dilihat sekadar ‘sembang’ mengenai genosid di Palestin. Menerusi kenyataan di platform X, Ahli Parlimen Marang itu berkata, penentangan terhadap penjajahan menjadi fardu ain kepada setiap rakyat apabila negara diceroboh dan dizalimi. “Maka, kita wajib menunaikan tanggungjawab ini dengan melibatkan diri sama ada dengan kewangan, media, mahupun doa kepada para penduduk dan syuhada Palestin. “Percayalah, apa-apa yang berlaku merupakan ujian daripada Allah yang menjanjikan kemenangan buat umat Islam. “Tiada sesiapa yang boleh memberikan pengajaran kepada kaum Yahudi yang membunuh para nabi dan rasul selain umat Islam,” katanya. Walau bagaimanapun, rata-rata komentar yang membanjiri hantaran tersebut menempelak ahli politik yang terkenal dengan Amanat Hadi di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981 itu. “Ni (sertai himpunan memperjuangkan Palestin) rajin pula. Parlimen bukan main ponteng,” kata pengguna X, @klubstatement. “Sebenarnya kau bukan nak pertahankan pun tanah Gaza tu. Lebih kepada menunggang isu Palestin,” kecam @ijam_rahim1744. “Kapal Isra-hell lalu buat tak tau je 33 bulan,” tempelak @namzaron77 pula. Hadi umum dikenali sebagai Ahli Parlimen yang memang ‘liat’ menghadiri sidang Dewan Rakyat. Semakan Harapandaily menerusi pangkalan data MyMP mendapati, Hadi hanya menghadiri 54 kali daripada 162 sesi persidangan Parlimen sejak 26 Julai 2021. Ini bermakna kemunculan pemimpin Pas yang digelar ‘Tuan Guru’ oleh penyokong parti itu di Parlimen cuma 33 peratus daripada keseluruhan sesi persidangan. Dalam masa sama, warganet turut berkongsikan semula kenyataan Hadi ketika Pas sebahagian daripada kerajaan Persekutuan pada 2021.





2 LAGI TEMPAT SIMPAN DUIT HARAM RASUAH DITEMUI

 


Dua lagi tempat yang dipercayai dijadikan 'safe house' oleh seorang ahli politik ternama digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.



Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, dalam operasi tersebut, pihaknya menemui wang tunai berjumlah lebih RM300,000.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



AKU HARAP LA TMJ PANGGE TANYA DIA APA YANG HANG ANGGAP PENJAJAH SANGAT TU? LEPAS TU JENTIK TELINGA, PI MEQAMBUIH BALIK NEGERI HANG...