BLOOMBERG 'MENGGIGIL', KAKI RASUAH CUAK! BONGKAR HAKIKAT KES AZAM BAKI & MAFIA VICTOR CHIN: KENAPA ANWAR TARGET UTAMA?










Siapalah yang sangat pergi percaya bulat-bulat cakap Bloomberg kata Anwar Ibrahim ‘bimbang’? Memang teruk naratif mereka ni! 


Nampak sangat Bloomberg dah habis modal, sah-sah kena bayar untuk jahanamkan imej Anwar kat mata dunia. Tapi maaf cakaplah, tak berjaya pun! 


Kes perang Iran-US dengan kejayaan Anwar urus impak harga minyak kat Malaysia ni pun dah cukup buat imej Anwar makin melambung tinggi kat dunia.


1. Isu Saham Azam Baki: Salah Laku Tatatertib, Bukan Jenayah Rasuah!


Benda ni sangat simple, kes Azam ni kalau dia salah pun sebab miliki saham lebih RM100k je, bukannya kes RASUAH! Kesalahan dia ni bawah Peraturan Penjawat Awam ja. Dia cuma beli saham, bukannya jadi Board of Director dalam syarikat tu. 


Syarikat Velocity Capital tu pula yang bagi modal kepada syarikat yang masuk kontrak Kerajaan. Lagi satu, sebelum isu ni riuh lagi, dia dah keluarkan (jual) semua saham tu awal-awal lagi.


2. Keadilan Prosedur 'Domestic Inquiry' (DI)


Kena faham dan jelas, kalau dia salah, dia kena disiasat bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, bukan bawah SPRM atau AMLA Polis. Siasatan ni ada flow. Mula-mula kena ada Show Cause Letter untuk dia jawab. 


Peraturan bagi tempoh 21 hari, itu standard! Kita kena bagi keadilan dan hak bela diri juga kat pihak dituduh, bukan main hukum serkap jarang macam zaman Mahathir dulu. 


Tempoh 21 hari inilah yang Bloomberg sengaja pertikai nak buat naratif jahat.


3. Siapa Siasat Azam Baki?


Mana-mana pegawai kerajaan pun kena hadap prosedur ni. Yang 'feed' maklumat kat Bloomberg tu memang teruk, dia tak baca peraturan. Dia nak main naratif sempit nak pedajal orang dan jejaskan imej Anwar je. Kalau kena kat keluarga atau kawan baik kau sendiri baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah bila tak diberi hak bela diri. 


Di kalangan penjawat awam, yang lagi tinggi dari Azam Baki ni ada 3 orang ja: Tan Sri KSN, Peguam Negara, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Semua mereka ni dalam Jawatankuasa Siasatan Khas dah. 


Jadi salah kot mana Kabinet Malaysia bentuk Jk Khas ni? Memang dah betul Anwar ikut flow dan peraturan. Kecuali la kalau Azam Baki 'pow' duit rasuah, itu baru kena under Akta SPRM atau AMLA.


4. Kenapa Pembangkang Tak Suka Azam Baki?


Sebab zaman dia jadi KP SPRM lah, bekas Perdana Menteri, bekas-bekas Menteri, dan kes profil tinggi semua masuk lokap! Kes Tan Sri Muhyiddin, menantu Hadi Awang, arwah Daim, kes Mahathir, bekas bekas Menteri, bekas Setpol Sanusi dan banyak geng-geng PN kena siasat, termasuk kes projek lembu Ahli Parlimen Padang Serai. Memanglah geng-geng PN ni tak suka!


5. Prestasi Tak Boleh Tipu: CPI Malaysia Melonjak!


Dari segi performance, Azam Baki era Anwar Ibrahim

jadi PM memang bagus. Lihatlah Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Jelas RASUAH kat Malaysia makin turun! Zaman 2017/2018 kita kat tangga 62/61, sekarang kita dah duduk rank ke-52 daripada 182 buah negara! Ini bukti jelas dia buat kerja. 


Malaysia ni tak ada orang lain yang ada integriti atau lebih baik? Ada, cuma nak cari yang BERANI sumbat Perdana Menteri dalam penjara tu tak ramai. Masa kes 1MDB dulu, rank 62 tu paling teruk dalam sejarah. Bab ni memang dia buat kerja.


6. Isu Sambung Kontrak: Kenapa Sekarang Baru Meroyan?


Saya bukan nak backup dia, ramai tak suka dia sebab kontrak dia asyik kena sambung je. Tapi ingat, zaman Muhyiddin yang lantik dia, diteruskan pula oleh Pak Mail dan Anwar. Masa tu Hadi Awang jadi Duta dan Rafizi jadi Menteri Kabinet Anwar. 


Takkan benda ni tak bincang dalam Kabinet PN dan Perpaduan? Masa mesyuarat Kabinet korang tidur ke? Jadi tunggul kayu? Lepas tak jadi Menteri baru nak hentam, memang tak adil lah macam tu!


7. Anwar Komited Hapus Rasuah!


Nak salahkan Anwar 100% sedangkan Anwar yang nak hapuskan RASUAH dan kejayaan Anwar berjaya naikan CPI lagi bagus. Drpd 62 kepada 52 turun terus! Ini bukti jelas Kerajaan komited nak hapus RASUAH.


8. Bulan Mei Ini Titik Noktah


Azam Baki akan tamat kontrak pada 12 Mei 2026. Dia pun dah bagi hint tak mahu kerja lagi dah. Jadi buat apa nak serang dia lagi? Kecuali lah ada motif politik sebab dia dah sumbat ramai kes profil tinggi ke penjara. 


Bagi saya, lagi best kalau Kerajaan bagi orang baru dan tukar sekapal top management SPRM, letak 'Top Gun' baru terus di post top gun SPRM lagi best dan ideal.


9. Kes Victor Chin: KDN & Polis Dah Bertindak!


Bab Victor Chin ni, kena rujuk satu-satu. Polis Bhgn AMLA under KDN dah ambik tindakan terus. 


Zaman Anwar jadi Kerajaan je berani tangkap dia ni pada 15 Okt 2025 - 13 Jan 2026, iaitu SEBELUM dia dedah kononnya suap ahli PKR RM9.5 juta lebih tu. 


Rekod menunjukkan bahawa Victor Chin Boon Long tidak pernah ditangkap oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini, walaupun aktiviti pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau dikatakan telah bermula sejak sebelum tahun 2018 lagi.


Sebenarnya lepas kena tangkap baru dia riuh nak buat cerita. 


Kalau betul ada penerima duit, dedah jelah money trail dan bukti bukti detail, bukan umum ja. 


Rafizi dalam Podcast Jumaat lepas kata kenapa Saifuddin di KDN tak ambik tindakan (bab mafia korporat)? Nak ambik tindakan kena ada siasatan dan bukti kukuh. Sekarang KDN dan Polis dah ambil tindakan, kenapa tak puji pula? Bahaya main politik persepsi. Baik fokus Rule of law, dan ini dibuat zaman Madani.


10. Harapan Rakyat Marhaen


Zaman Najib, Mahathir, Muhyiddin, Pak Mail semua tak tapau habis, tapi sekarang Victor Chin dan 10 orang lagi semua kena kutip! Ini kejayaan dan komitmen Kerajaan sekarang. 


Bukti jelas Anwar tak setongkol dengan mana-mana perasuah, yang salah kena hukum, yang dizalimi kita bela! 


Pembangkang dan kaki rasuah memanglah tak suka, tapi rakyat marhaen macam saya sangat suka rasuah dihapuskan terus! 


Eloklah Azam Baki sebelum pencen nanti, kutip semua bekas Menteri, Timbalan Menteri, bekas Setpol yang terlibat rasuah dulu dan yang ada jawatan sekarang ni. Kutip terus tanpa kompromi! Saya sokong 100%.


Reform habis habisan sebelum tamat penggal kalini tak

lama dah. 


Syam Ghaz


Rujukan;


1. Skor CPI Malaysia (Transparency International):

transparency.org


2. Pekeliling Saham Penjawat Awam (Had RM100k):

jpa.gov.my


3. Peraturan Tatatertib Penjawat Awam (P.U.(A) 395/1993):

jpa.gov.my


4. Kenyataan Media Rasmi PDRM (Kes AMLA/Mafia Korporat):

rmp.gov.my


5. Portal Rasmi SPRM (Arkib Kes Profil Tinggi):

sprm.gov.my




MB TAK GUNA


 

OPPSS VIKING.... DAH KENA CEKUP.


 

BERITA PALESU..PEMBANGKANG HILANG IDEA BERNAS. PATUT LAH KJ KATA PEMBANGKANG TAK BERGUNA.

 


Sebelum ni ada 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 guna nama Awani. Yang ini guna nama 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 pulak. Dua duanya cerita yang sama. Nak tunjukkan harga petrol RON95 dan diesel naik mendadak.






Apsal sampai nak buat berita palsu ni? Sebab dorang ni cuma nak 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Dorang cuma nak buat rakyat benci kerajaan. Bukan sebab dia kisahkan rakyat pun. Sebab dia ingat bila rakyat tolak kerajaan, rakyat akan pilih dia. 𝗗𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂 betul.


Sebelum ni dia dah mainkan isu harga bahan bakar naik. Meroyan macam nak gila. Tapi rakyat tak layan sebab rakyat tahun 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗱𝗮. Rakyat juga tahu ini masalah global, bukan lokal.


Bila gagal bodohkan rakyat, dia buat berita palsu pula. Sanggup berdosa demi nak kuasa. Yang ini nak kata pejuang Islam? 𝗝𝗮𝘂𝗵 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴. Bahkan ini pejuang iblis. 𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮.


Kalau pejuang iblis ni diberi peluang memerintah, tak setakat ekonomi negara punah, imej  Islam juga turut tercemar. Sebab tu wajib tolak puak ni demi menjaga kemuliaan Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




DI SAAT DUNIA PANIK KENAPA MEMBAZIR?


Norman Radzuan


Dunia sdg panik, simpanan minyak yg ada mungkin hanya 3-4 bulan sahaja jika perang berterusan. Kamu kata rakyat tgh susah tapi kenapa ketika dunia panik kamu membuat event sebegini rupa?


Org bijak bila musim jerebu, mereka akn hentikan pembakaran terbuka, ketika Covid hentikan pergaulan sosial, jika kena sakit jantung akn berhenti rokok…bila kerajaan sarankan work frm home utk penjimatan penggunaan minyak kamu maki Anwar kata tidak pandai mengurus.


Tapi pemimpin kalian… rakyat susah pemimpin beli kereta Mercedes, bila dunia panik tiada minyak kamu buat event yg terpaksa menggunakan byk minyak dan perbelanjaan. Bila rakyat susah kamu bermegah dgn jamuan hari raya walau sudah dinasihati.


Tapi kalian peduli apa, bila minyak tiada kamu akn salahkan Anwar, bila tiada duit nak beri bonus kamu minta sahaja dkt Anwar kalau tak beri Anwar kejam.… 


Sebabnya nya kamu sudah ada pentaksub yg mudah diperhambakan pemikiran mereka. Boleh jahanam negara ini jika kalian memimpin negara… utk populis kalian tak fikir masa depan negara.



#Penulisan agak baik.Tetapi, ejaan  perkataan terlalu ringkas salah dari segi kewartawanan. Ia bukan sama ada menulis dimana mana sekalipun.suka ATAU TIDAK.



NAK CARI APA YANG DICAKAP BOLEH JA


 

PAS BILA JADI PEMBANGKANG , BARU ADA IDEA.PINDAAN AKTA 333, AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 BERKAITAN PEMANDU MABUK DAN MENYEBABKAN KEMATIAN








Pada tahun 2020, kerajaan telah meminda APJ 1987 dengan menaikkan jumlah denda dan hukuman ke atas pemandu mabuk dan menyebabkan kematian semasa memandu (Seksyen 44 dan 45A APJ 1987).


PM ketika itu ialah TSMY, manakala MP Pas adalah sebahagian dari anggota pentadbiran/menteri kabinet yang terlibat meminda APJ 1987.


Malangnya idea mengenakan hukuman diyat ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian/kecederaan tidak terlintas walaupun sedikit...sepatutnya kena ada pindaan tambahan Seksyen 45C berkaitan diyat.


Rupa rupanya Pas ni kena jadi pembangkang  baru ada idea dan mari terlintas macam macam.



RAKYAT PERLU DIDIDIK DENGAN FAKTA, BUKAN DENGAN AUTA


Che Ibrahim






Kesalahan membunuh dalam Islam ada 3 jenis:


1. Bunuh dengan sengaja (القتل العمد)


Iaitu menyebabkan kematian dengan niat dan dengan cara yang boleh membunuh.


2. Bunuh Separa Sengaja ( شبه ا العمد )


Iaitu seuatu perbuatan yang sengaja dilakukan tetapi bukan niat membunuh atau dengan cara yang sepatutnya tidak mati, tiba tiba mangsa mati seperti tampar di muka, tiba tiba mangsa rebah, kepalanya terhantuk di batu dan mati. 


3. Bunuh tanpa niat (القتل الخطأ)


Ianya menyebabkan kematian tanpa niat Dan dengan perbuatan yang tidak sengaja seperti bayi lemas kerana tertindih "kopek besar", tertembak rakan sendiri semasa berburu, kemalangan jalanraya dll. 


Hanya kematian di perenggan (1) yang sahaja yang boleh dikenakan hukuman qisas @ bunuh balas. Adapun kematian (2) dan (3) hanya dikenakan hukuman takzir dan diyat.





RINGGIT MENINGKAT JANGKAAN US AKAN KELUAR DALAM MASA BEBERAPA MINGGU



 Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen global bertambah baik susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) mungkin berundur dari Iran dalam tempoh beberapa minggu.






Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.0200/0400 berbanding dolar AS daripada paras 4.0475/0520 ketika ditutup semalam.


Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Presiden AS Donald Trump memberi isyarat kemungkinan pengunduran dari Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu. 


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/771466




KRISIS TENAGA DUNIA, PEMBANGKANG ANJUR KONVOI MOTOR 😂



Satu dunia tengah krisis tenaga, PN-PAS buat konvoi motor melibatkan 4 MB pembangkang.


Pembangkang yang sama juga kritik bila kuota BUDI95 turun dari 300L ke 200L.


Memang motor tak guna diesel macam ceramah Tuan Ibrahim… tapi zaman orang kena berjimat, pemimpin kena ada sense lah.


Perangai macam ni bagi mesej yang salah pada rakyat. Kerajaan tengah push penjimatan — kurangkan kuota, galakkan WFH — tapi pembangkang buat benda berlawanan.


Kesan harga minyak ni bukan terus nampak… tapi lama-lama kena juga. Bukan sahaja minyak naik, kos baja naik, kos barang naik.


Sibuk suruh tukar perdana menteri sebab krisis tenaga… tapi MB sendiri tak sensitif.


Konvoi ni pun bukan nak bantu rakyat, lebih kepada mobilisasi politik je.


Ada negara sekarang rakyat bukan tanya “berapa harga petrol?”, tapi “ada petrol ke tak?”. Stesen tutup, beratur panjang, siap bergaduh lagi.


Jadi… faham-faham lah. Ini bukan masa nak tunjuk benda macam ni.





PEJABAT KHIDMAT YB OAS TAK JUMPA.


 

TOL SELAT HORMUZ: PEMBANGKANG SEBAR FITNAH, WAKTU KITA PATUT BERSATU HADAPI KRISIS TENAGA DUNIA


Ahmad Mursi










Awalnya Ahad lepas, Wong Chen hanya kata, jika kerajaan bayar tol di Hormuz, kena dedahkan kepada rakyat.


Wong Chen ni salah sorang MP yang bersama Rafizi.


Soalan itu kemudian pembangkang ambil sebagai fakta bahawa kerajaan bayar tol.


Duta Iran pula menyatakan, Malaysia tak perlu bayar tol.


Bermula sebagai andaian, dipetik berita, ditukar jadi 'fakta', kini jadi naratif fitnah pembangkang.


Sejak semalam, pembangkang sebar fitnah bahawa PMX mengakui RM8 juta tol dibayar, dan PMX berbohong.


Saya tak jumpa langsung mana² sumber berita, ucapan rasmi, PMX sebut begitu dengan angka itu.


Tapi seperti biasa, bagi pembangkang, fitnah itu tak berdosa.


Sepatutnya, kita semua rakyat Malaysia bersatu hadapi krisis besar dunia pada waktu ni, bukan cetuskan fitnah.


Jika kritik hal yang secara faktanya betul, tidak mengapa. Tapi fitnah itu direka sebagai fakta.


Hari ni, Wong Chen baru akui, dia sekadar bertanya, bukan kata kerajaan dah bayar tol tu seperti pembangkang sebar.





BILA DIESEL DIBERI KEPADA YANG SEPATUTNYA KITA DIAM.SEBAB KITA TAK ADA ILMU TENTANG AOA YANG KITA ADA


 

OWHHH...SEMUA NAK KENA MASUK OAS ..KALAU DAK SAHIH JADI KAPIAQ LA GAMAKNYA


 

MAKLUMAT PALESU NI DIPERCAYAI OLEH ORANG YANG TAK TAHU MAKLUMAT.