Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen global bertambah baik susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) mungkin berundur dari Iran dalam tempoh beberapa minggu.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.0200/0400 berbanding dolar AS daripada paras 4.0475/0520 ketika ditutup semalam.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata Presiden AS Donald Trump memberi isyarat kemungkinan pengunduran dari Iran dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/771466

No comments:
Post a Comment