Siapalah yang sangat pergi percaya bulat-bulat cakap Bloomberg kata Anwar Ibrahim ‘bimbang’? Memang teruk naratif mereka ni!
Nampak sangat Bloomberg dah habis modal, sah-sah kena bayar untuk jahanamkan imej Anwar kat mata dunia. Tapi maaf cakaplah, tak berjaya pun!
Kes perang Iran-US dengan kejayaan Anwar urus impak harga minyak kat Malaysia ni pun dah cukup buat imej Anwar makin melambung tinggi kat dunia.
1. Isu Saham Azam Baki: Salah Laku Tatatertib, Bukan Jenayah Rasuah!
Benda ni sangat simple, kes Azam ni kalau dia salah pun sebab miliki saham lebih RM100k je, bukannya kes RASUAH! Kesalahan dia ni bawah Peraturan Penjawat Awam ja. Dia cuma beli saham, bukannya jadi Board of Director dalam syarikat tu.
Syarikat Velocity Capital tu pula yang bagi modal kepada syarikat yang masuk kontrak Kerajaan. Lagi satu, sebelum isu ni riuh lagi, dia dah keluarkan (jual) semua saham tu awal-awal lagi.
2. Keadilan Prosedur 'Domestic Inquiry' (DI)
Kena faham dan jelas, kalau dia salah, dia kena disiasat bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, bukan bawah SPRM atau AMLA Polis. Siasatan ni ada flow. Mula-mula kena ada Show Cause Letter untuk dia jawab.
Peraturan bagi tempoh 21 hari, itu standard! Kita kena bagi keadilan dan hak bela diri juga kat pihak dituduh, bukan main hukum serkap jarang macam zaman Mahathir dulu.
Tempoh 21 hari inilah yang Bloomberg sengaja pertikai nak buat naratif jahat.
3. Siapa Siasat Azam Baki?
Mana-mana pegawai kerajaan pun kena hadap prosedur ni. Yang 'feed' maklumat kat Bloomberg tu memang teruk, dia tak baca peraturan. Dia nak main naratif sempit nak pedajal orang dan jejaskan imej Anwar je. Kalau kena kat keluarga atau kawan baik kau sendiri baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah bila tak diberi hak bela diri.
Di kalangan penjawat awam, yang lagi tinggi dari Azam Baki ni ada 3 orang ja: Tan Sri KSN, Peguam Negara, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Semua mereka ni dalam Jawatankuasa Siasatan Khas dah.
Jadi salah kot mana Kabinet Malaysia bentuk Jk Khas ni? Memang dah betul Anwar ikut flow dan peraturan. Kecuali la kalau Azam Baki 'pow' duit rasuah, itu baru kena under Akta SPRM atau AMLA.
4. Kenapa Pembangkang Tak Suka Azam Baki?
Sebab zaman dia jadi KP SPRM lah, bekas Perdana Menteri, bekas-bekas Menteri, dan kes profil tinggi semua masuk lokap! Kes Tan Sri Muhyiddin, menantu Hadi Awang, arwah Daim, kes Mahathir, bekas bekas Menteri, bekas Setpol Sanusi dan banyak geng-geng PN kena siasat, termasuk kes projek lembu Ahli Parlimen Padang Serai. Memanglah geng-geng PN ni tak suka!
5. Prestasi Tak Boleh Tipu: CPI Malaysia Melonjak!
Dari segi performance, Azam Baki era Anwar Ibrahim
jadi PM memang bagus. Lihatlah Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Jelas RASUAH kat Malaysia makin turun! Zaman 2017/2018 kita kat tangga 62/61, sekarang kita dah duduk rank ke-52 daripada 182 buah negara! Ini bukti jelas dia buat kerja.
Malaysia ni tak ada orang lain yang ada integriti atau lebih baik? Ada, cuma nak cari yang BERANI sumbat Perdana Menteri dalam penjara tu tak ramai. Masa kes 1MDB dulu, rank 62 tu paling teruk dalam sejarah. Bab ni memang dia buat kerja.
6. Isu Sambung Kontrak: Kenapa Sekarang Baru Meroyan?
Saya bukan nak backup dia, ramai tak suka dia sebab kontrak dia asyik kena sambung je. Tapi ingat, zaman Muhyiddin yang lantik dia, diteruskan pula oleh Pak Mail dan Anwar. Masa tu Hadi Awang jadi Duta dan Rafizi jadi Menteri Kabinet Anwar.
Takkan benda ni tak bincang dalam Kabinet PN dan Perpaduan? Masa mesyuarat Kabinet korang tidur ke? Jadi tunggul kayu? Lepas tak jadi Menteri baru nak hentam, memang tak adil lah macam tu!
7. Anwar Komited Hapus Rasuah!
Nak salahkan Anwar 100% sedangkan Anwar yang nak hapuskan RASUAH dan kejayaan Anwar berjaya naikan CPI lagi bagus. Drpd 62 kepada 52 turun terus! Ini bukti jelas Kerajaan komited nak hapus RASUAH.
8. Bulan Mei Ini Titik Noktah
Azam Baki akan tamat kontrak pada 12 Mei 2026. Dia pun dah bagi hint tak mahu kerja lagi dah. Jadi buat apa nak serang dia lagi? Kecuali lah ada motif politik sebab dia dah sumbat ramai kes profil tinggi ke penjara.
Bagi saya, lagi best kalau Kerajaan bagi orang baru dan tukar sekapal top management SPRM, letak 'Top Gun' baru terus di post top gun SPRM lagi best dan ideal.
9. Kes Victor Chin: KDN & Polis Dah Bertindak!
Bab Victor Chin ni, kena rujuk satu-satu. Polis Bhgn AMLA under KDN dah ambik tindakan terus.
Zaman Anwar jadi Kerajaan je berani tangkap dia ni pada 15 Okt 2025 - 13 Jan 2026, iaitu SEBELUM dia dedah kononnya suap ahli PKR RM9.5 juta lebih tu.
Rekod menunjukkan bahawa Victor Chin Boon Long tidak pernah ditangkap oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini, walaupun aktiviti pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau dikatakan telah bermula sejak sebelum tahun 2018 lagi.
Sebenarnya lepas kena tangkap baru dia riuh nak buat cerita.
Kalau betul ada penerima duit, dedah jelah money trail dan bukti bukti detail, bukan umum ja.
Rafizi dalam Podcast Jumaat lepas kata kenapa Saifuddin di KDN tak ambik tindakan (bab mafia korporat)? Nak ambik tindakan kena ada siasatan dan bukti kukuh. Sekarang KDN dan Polis dah ambil tindakan, kenapa tak puji pula? Bahaya main politik persepsi. Baik fokus Rule of law, dan ini dibuat zaman Madani.
10. Harapan Rakyat Marhaen
Zaman Najib, Mahathir, Muhyiddin, Pak Mail semua tak tapau habis, tapi sekarang Victor Chin dan 10 orang lagi semua kena kutip! Ini kejayaan dan komitmen Kerajaan sekarang.
Bukti jelas Anwar tak setongkol dengan mana-mana perasuah, yang salah kena hukum, yang dizalimi kita bela!
Pembangkang dan kaki rasuah memanglah tak suka, tapi rakyat marhaen macam saya sangat suka rasuah dihapuskan terus!
Eloklah Azam Baki sebelum pencen nanti, kutip semua bekas Menteri, Timbalan Menteri, bekas Setpol yang terlibat rasuah dulu dan yang ada jawatan sekarang ni. Kutip terus tanpa kompromi! Saya sokong 100%.
Reform habis habisan sebelum tamat penggal kalini tak
lama dah.
Syam Ghaz
Rujukan;
1. Skor CPI Malaysia (Transparency International):
transparency.org
2. Pekeliling Saham Penjawat Awam (Had RM100k):
jpa.gov.my
3. Peraturan Tatatertib Penjawat Awam (P.U.(A) 395/1993):
jpa.gov.my
4. Kenyataan Media Rasmi PDRM (Kes AMLA/Mafia Korporat):
rmp.gov.my
5. Portal Rasmi SPRM (Arkib Kes Profil Tinggi):
sprm.gov.my





No comments:
Post a Comment