SETELAH SEBULAN MENGKRITIK MB ,TOK ABAH SERTAI AMANAH

 

Selepas sebulan kritik MB Kedah, Tok Abah sertai AMANAH

Tok Abah yang bulan lalu ditangkap polis kerana mengkritik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor telah menyertai AMANAH hari ini.

Roslie Datuk Kamsan dan isterinya berbuat demikian sekali gus meninggalkan Umno yang dianggap gagal membela nasib orang Melayu.

Lelaki berusia 61 tahun itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil.

Turut hadir Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman; Adun Lenggeng, Suhaimi Kassim dan Ketua Pemuda AMANAH negeri, Hanis Alimin.

Pada jam 3.57 pagi, 9 Ogos lalu Tok Abah ditahan polis di rumahnya di Lenggeng selepas mengkritik Sanusi berkaitan isu kontena menempatkan mangsa Covid-19.

Ekoran video berdurasi kira-kira sembilan minit itu, beliau disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas kemasukan Tok Abah ke dalam AMANAH, Faiz berharap warga emas itu membawa agenda perjuangan parti tersebut yang berteraskan “Rahmatan Lil A’lamin” ke dalam masyarakat.

“Alhamdulillah, hari ini menerima penyerahan borang penyertaan Tok Abah (Haji Roslie bin Dato’ Haji Kamsan) dan isteri ke dalam Parti Amanah Negara.

“Selamat datang Tok Abah ke keluarga besar AMANAH,” kata Faiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang itu.

Kematian akibat Covid-19 melambung tujuh kali ganda

 



Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara, Dr Musa Mohd Nordin memberitahu kematian akibat jangkitan Covid-19 melambung tujuh kali ganda berbanding tahun lalu.

Menerusi satu siri Twitternya hari ini, beliau berkata, jumlah kes positif pandemik itu juga meningkat 25 kali ganda.

Berbanding dengan 12,620 kes Covid-19 dikesan pada tahun lalu, sebanyak 310,074 kes direkodkan tahun ini.

Sementara itu, sebagai perbandingan, beliau turut berkongsikan data kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, jumlah pesakit Covid-19 daripada kategori kanak-kanak melonjak lima kali ganda antara Jun hingga bulan lalu.

“Bukan vaksin percubaan. Ia selamat dan berkhasiat, katanya lagi.

Pengumuman KPM buka sekolah: 30 peratus murid terkapai, 70 peratus lagi terabai

 


Keterujaan rakyat jelata khususnya guru dan ibubaba terhadap pelantikan YB Dr.Radzi Jidin selaku Menteri Kanan Pendidikan (MKP) buat kali kedua setelah YB Pagoh meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 merosot setelah pengumuman pengoperasian sekolah pasca pandemik diumumkan 12 September yang lalu.

Harapan dan semangat yang diharapkan oleh ibubapa dan guru untuk melihat sebuah perancangan yang lebih holistik dan menyakinkan semua pihak gagal ditemukan dalam siri-siri pengumuman MKP sejak menduduki semula kerusi tersebut.

Harapan ibubapa dan guru amat tinggi setelah melihat wabak pandemik Covid-19 melanda dan pelaksanaan PKP yang begitu panjang merencatkan proses pembelajaran anak-anak.

Ibubapa mula risau apabila melihat anak mereka tidak minat lagi untuk belajar atau putus harapan terhadap sistem pendidikan yang mereka ikuti. Kecenderungan ini dibuktikan apabila makin hari jumlah murid yang menyertai PdPR semakin merosot manakala proses aktiviti dua hala antara murid dan guru tidak dapat dijalankan.

Bagi pihak guru pula, walaupun mereka perlu akur dengan setiap arahan KPM, namun sebagai manusia biasa, mereka juga mengalami turun dan naik prestasi dalam kerja mereka. Tambahan pula, kaedah atau pedagogi yang perlu digunakan semasa PdPR bukanlah kaedah yang mereka belajar semasa membentuk jati diri sebagai seorang guru di IPG mahupun IPT.

Sampai satu masa, dengan bebanan kerja pelaporan yang meningkat 50% berbanding semasa bersemuka, jumlah penyertaan murid dalam PdPR semakin merosot dan tiada kepercayaan antara pihak guru dengan pihak atasan seperti pentadbir,PPD dan JPN menyebabkan moral dan semangat guru-guru menjadi tepu dan lemah.

Adanya sebuah ikrar baru MKP dalam kerajaan Keluarga Malaysia ini, maka ibubapa dan guru memberi seribu harapan untuk melihat sebuah polisi atau perancangan yang menyeluruh daripada KPM tentang kemanakah akan dituju sebagai sebuah nakhoda pendidikan ini?

Kelegaan akan tercapai dari pihak ibubapa setelah melihat pendidikan anak-anak mereka mampu dipulihkan dan dilaksanakan sesegera mungkin tanpa mengorbankan nilai kesihatan mereka. Guru pula mahu melihat seorang MKP dan dasar KPM yang mahu memberi kepercayaan kepada guru untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa ada sebarang bebanan melampaui batas guru biasa.

Kesemuanya meleset apabila MKP membuat pengumuman minggu lalu terkait dengan pengoperasian buka sekolah mulai 3 Oktober 2021. Apa yang penulis lihat, kegagalan MKP menyampaikan maklumat tentang pengoperasian buka sekolah ini secara jelas menjadi satu tanda awal impak negatif persepsi ibubapa dan guru kepada MKP dan pengumumannya.

Buktinya, ramai guru hanya mampu berkongsi data atau bahan pengumuman tersebut sahaja di media sosial masing- masing namun tidak memahami secara lengkap apa yang ingin disampaikan.

Ada juga guru yang hanya melihat kepada keputusan yang melibatkan pihak mereka sahaja, contoh guru itu mengajar di negeri fasa 3, jadi guru itu hanya baca atau dengar tentang pengumuman buka sekolah di negeri fasa 3 sahaja, isu atau bahagian lain tidak didengari kerana begitu rumit untuk difahami.

Selain itu, tanda yang pengumuman itu gagal difahami oleh rakyat jelata apabila MPK sendiri melalui laman sosialnya terpaksa membuat penjelasan susulan berbentuk video tentang pengumuman buka sekolah awal Oktober ini kerana ramai ibubapa dan guru salah faham.

Setelah pengumuman dibuat, hanya pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan ahli politik yang mendapat keluhan ibubapa dan guru sahaja memberi komen dan reaksi mereka terhadap pengumuman itu. Ini kerana mereka dapat melihat apakah bebanan baru yang bakal muncul daripada pengumuman itu.

Antaranya KPM telah mengumumkan sekolah di negeri fasa 4 akan sekolah secara bersemuka dan bergilir-gilir mulai 3 Oktober ini, namun KPM menegaskan jika ibubapa tidak membenarkan anak mereka bersekolah maka murid dibenarkan untuk tidak hadir.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana dengan proses pembelajaran murid yang tidak perlu hadir ke sekolah atas kebenaran ibubapa ini? Adakah mereka tidak akan belajar atau guru perlu menyediakan dua kaedah iaitu secara bersemuka dan PdPR untuk murid yang tidak hadir sekolah?

Jika ini berlaku, maka penulis melihat bebanan guru semakin bertambah, ayat pasarnya ‘ Kalau kena buat dua kerja macam itu, baik semua PdPR sahaja!!’

Ini ketidakpastian yang KPM dan MKP tidak jawab, malah membiarkan persoalan itu dimainkan setiap hari. Yang menjadi masalah adalah ibubapa yang perlu membuat keputusan dan guru yang sedang menanti bebanan baru. Penulis juga memetik pandangan daripada pakar pendidikan dari IPTA yang menyatakan tentang penggiliran murid secara dalam kelas dimana dalam setiap kelas, akan dibahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian bersemuka dan satu bahagian lagi PdPR dirumah.

Kaedah ini kata pakar tersebut amat tidak realistik. Masalah ini akan timbul apabila guru yang sama terpaksa mengulang semula sukatan yang diajar kepada kumpulan pertama yang sudahpun bersemuka minggu sebelumnya. Mengapa KPM tidak membuat penggiliran mengikut kelas atau tahun, dimana kelas A akan bersekolah, kelas B direhatkan? Ini lebih munasabah.

Selain itu, KPM juga telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan 2021 yang sepatutnya tamat pada Disember 2021 dianjakkan kepada bulan Mac 2022. Persoalan yang timbul adalah, mengapa KPM perlu menganjakkan sesi tersebut sedangkan sekarang walaupun murid tidak bersekolah, PdPR telah dilaksanakan untuk menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Ia ibarat murid langsung tidak belajar apa-apa sedangkan PdPR berjalan. Adakah KPM tidak menyakini keberkesanan PdPR yang dilaksanakanoleh guru-guru?

Atau KPM memang telah akui bahawa PdPR versi Malaysia harini memang tidak memberi impak yang baik pada murid kita? Oleh itu, KPM terpaksa menganjak sesi kepada bulan Mac 2022 supaya guru-guru dengan cara bersemuka boleh mengulang semula pelajaran yang diajar semasa PdPR. Begitu?

Terkait dengan isu PdPR ini, penulis mahu menegaskan bahawa pengumuman operasi buka sekolah oleh MKP dan KPM hanyalah melibatkan 30% sahaja daripada keseluruhan murid di negara kita.

Hal ini kerana, sekolah yang dibuka melibatkan negeri yang telah memasuki fasa 4 pemulihan serta beberapa kategori terpencil di negeri yang memasuki fasa 2 dan 3. Sedangkan murid terbesar adalah daripada sekolah arus perdana dan daripada negeri fasa 1,2 dan 3 melibatkan negeri yang banyak berbanding fasa 4. Ertinya buat masa ini atau selepas Oktober 2021, 70% murid di negara kita masih menjalani proses PdPR seperti sebelum-sebelum ini.

Malah mereka tidak terkesan langsung dengan pengumuman MKP tempoh hari. Penulis menantikan juga adakah pengumuman atau tindakan susulan yang diambil oleh pihak KPM untuk memberikan tumpuan kepada isu PdPR melibatkan jumlah murid yang ramai.

Namun tiada. Sedarkah KPM dan khususnya MKP bahawa betapa banyak masalah dan kekurangan yang dialami semasa PdPR dijalankan. Penumpuan kepada proses pembelajaran secara dalam talian semata-mata menyebabkan murid telah menjadi lesu untuk mengikutinya.

Guru-guru juga telah hilang motivasi akibat kegagalan KPM dan MKP mengenalpasti dan melaksanakan dasar mesra guru sedangkan pada waktu pandemik ini guru perlu dijaga sebaik mungkin bagi memastikan mereka terus mendidik anak bangsa dengan cara mereka sendiri.

Kegagalan KPM membina sebuah dasar atau polisi lengkap terkait dengan PdPR mengakibatkan sepanjang tempoh PdPR ini, segala-galanya menjadi sia-sia semata-mata. Bagi mereka, perekodan yang lengkap dan kemas menjadi keutamaan mereka berbanding mencapai objektif pembelajaran dan menuju falsafah pendidikan negara.

Kesimpulanya, 30 perataus murid yang akan dan perlu bersekolah secara bersemuka pada 3 Oktober ini menuju ketidakpastian yang nyata apabila tiada SOP yang lengkap untuk meyakinkan ibubapa supaya anak mereka hadir ke sekolah.

Buat masa ini, JPN,PPD dan pentadbir sekolahlah yang terpaksa merangka kerja ini. Lebih baik KPM menurunkan kuasa mereka kepada JPN dan PPD serta pentadbir untuk menguruskan sekolah seperti cadangan seorang wartawan ketika pengumuman MKP tempoh hari kalau hakikatnya, JPN,PPD dan pentadbir perlu merangka hal ini sendiri.

Manakala 70 peratus lagi murid yang sepatutnya menjalani proses PdPR akan terus terabai akibat tiadanya sebuah usaha untuk mengemaskini dan memperbaiki masalah PdPR yang dialami dalam negara kita.

Seribu kali sayang wahai negara ku.

*SYAZMIR HARIZ NOORAZALAN merupakan AJK Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional dan Sekreatriat Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH).


ULASAN MENGENAI TERENGGANU DARUL RUNTUH DAH DIBUAT OLEH RAJA KAMARUL BAHRIN....DAH KENA SAMAN 44 JOTA...ISLE NIM...

 


Projek Taman Ilmu ‘terbantut’, kerajaan Terengganu disaman RM44 juta





Gambar diambil pada 2018 menunjukkan keadaan projek Taman Ilmu di Besut Terengganu itu. (Gambar Raja Kamarul Bahrin)

PETALING JAYA: Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd memfailkan saman RM44 juta terhadap kerajaan negeri Terengganu kerana mendakwa gagal meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, writ saman itu bagi menggesa kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek yang dicadangkan, atau membayar ganti rugi sekiranya projek tersebut dibatalkan.

“Suatu writ saman telah difailkan oleh syarikat Ruas Bina Sdn Bhd ke atas Kerajaan negeri Terengganu di atas kegagalan untuk meneruskan projek-projek yang dicadangkan di Taman Ilmu, Besut, Terengganu melalui dua surat niat yang bertarikh 18 Ogos 2019,” katanya.

Beliau berkata, setelah hampir dua tahun, tiada sebarang rundingan dari pihak kerajaan negeri Terengganu atau wakilnya berhubung perlaksanaan projek tersebut.

Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah syarikat yang menerima hak daripada dua syarikat Korea, Yeonhee Engineering Proff Co dan Vitzrosys Co, selaku kontraktor bagi projek berkenaan.

Raja Kamarul berkata dua syarikat dari Korea itu antara 17 kontraktor yang tersenarai di dalam suatu perintah persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bertarikh 1 Disember 2016.

“Di dalam perintah tersebut, kerajaan negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengeluarkan surat-surat niat kepada 17 kontraktor yang disenaraikan.

“Syarikat Ruas Bina Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan yang dipilih oleh syarikat-syarikat Korea tersebut bagi mematuhi syarat yang diberikan oleh kerajaan negeri Terengganu (syarikat yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia),” kata kenyataan itu.

IKUT SUKA LAH PH NAK TANDATANGANI..KAU TAK NAK IKUT BAWA LAH WARISAN KAU TERJUN LAUT ATAU NAIK KAYANGAN ATAU IKUT TERBENAM BERSAMA ATOK

 

Laksana pembaharuan tidak semestinya tandatangan MoU, kata Shafie





Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu tiada masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat tetapi tidak semestinya perlu menandatangani apa-apa memorandum.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, tidak perlu bagi pihaknya menandatangani persefahaman (MoU) untuk melakukan pembaharuan di negara ini.

Katanya, usaha membantu rakyat juga tidak harus terbatas di kawasan yang wakilnya telah menandatangani perjanjian berkenaan.

“Ia sepatutnya tidak menjadi halangan dalam soal membantu rakyat hanya kerana Warisan tidak menandatanganinya (MoU dengan kerajaan).

“Marilah kita menghulurkan bantuan kepada negara ini, bukan hanya untuk bantuan makanan tetapi juga peluang pekerjaan.

“MoU berkenaan tidak boleh dijadikan prasyarat untuk membantu rakyat negara ini walau di mana pun, dan ianya juga bukan semestinya ditandatangani untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini, biar kita mempunyai lebih banyak ketelusan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian mengulas kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyeru parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang serta parti Muda supaya turut menandatangani MoU dengan kerajaan.

Shafie berkata, Warisan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat tetapi tidak semestinya perlu menandatangani apa-apa memorandum.


HILANG KE MANA PULAK- KA PAKAT PINDAH P DUDUK SIAM KA PINDAH DI KOLOMPO ?

 


Tidak daftar vaksinasi, ke mana hilangnya 15,457 individu di Perlis?

Salim Aziz




Tidak daftar vaksinasi, ke mana hilangnya 15,457 individu di Perlis?

Semakan sedang dibuat bagi menetukan sama ada dalam kalangan mereka berkemungkinan telah mendapat vaksin di negeri lain. - Gambar fail



KANGAR: Kerajaan negeri Perlis sedang berhubung rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mengenal pasti jumlah penduduknya yang mendapat suntikan vaksin COVID-19 di luar negeri itu.

Perkara itu diberi perhatian berikutan lebih 15,000 penduduk dan individu yang menetap di negeri itu, masih tidak melakukan pendaftaran vaksinasi, sehingga kini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, daripada jumlah 15,457 individu itu, 12, 684 individu adalah yang berusia 18 tahun ke atas manakala 2, 773 individu lagi adalah dari populasi warga emas.

Pecahan dan jumlah populasi itu dihitung berdasarkan dari bancian penduduk yang dilakukan pada 2010.

“Kita tak tahu juga ada dalam kalangan mereka ini berkemungkinan telah mendapat vaksin di negeri lain, sebab dalam MySejahtera kita tidak pasti berapa ramai orang yang menetap di Perlis tapi mengambil vaksin di negeri lain.

"Yang itu saya tidak pasti berapa peratus. Sebab kita sedang mendapatkan data dari pihak MOSTI. Apabila kita dapat, kita akan maklumkan," ujar Azman.

Sehubungan itu, beliau turut meminta agar semua pihak untuk akur dengan saranan kerajaan bagi membantu negara membentuk imuniti kelompok dengan lebih cepat.

Beliau ditemui di Kangar Street Art, dalam lawatannya untuk meninjau persediaan beberapa tempat pelancongan menarik di Perlis.

Setakat Jumaat, berdasarkan keseluruhan populasi 254,900 orang di Perlis, sejumlah 173,166 individu telah menerima dos pertama vaksin manakala 149, 699 orang lengkap dua dos vaksin.

 

WOIII MENGKEME MENGKEME SEMUA- MENJUAI TANAH JE LA KEJE KOME YE ? KE MACAMANE ?

 

Perak bincang semula keputusan jual tanah Istana Raja Muda di Teluk Intan

Abd Razak Mohd Ali


Perak bincang semula keputusan jual tanah Istana Raja Muda di Teluk Intan


IPOH: Kerajaan negeri Perak akan membincangkan semula keputusan untuk menjual tanah yang menempatkan Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan secara tender.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia berikutan terdapat bantahan dan pandangan baharu mengenai keputusan itu.

Menurutnya, keputusan untuk menjual tanah itu dibuat ketika mesyuarat Exco tahun lepas.

“Saya akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat Exco pada hari Rabu untuk kita lihat kembali, sebab saya rasa itu adalah keputusan Exco yang dibuat pada tahun lepas untuk kita tender tanah berkenaan.

"Tapi tengoklah, setelah ada beberapa bantahan dan pandangan-pandangan lain itu termasuk ada yang memaklumkan ada beberapa lagi kawasan-kawasan bersejarah yang perlu dipelihara,” katanya.

Beliau ditemui ketika bersama-meninjau lokasi tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai - Blue Valley, Cameron Highlands dekat sini, hari ini.

Saarani berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi semalam.

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai tanah serta istana itu perlu dibuat dalam mesyuarat Exco kerana merupakan keputusan Exco yang lalu.

Terdahulu pelbagai pihak, termasuk pencinta sejarah membantah tindakan untuk menjual istana lama itu kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.

Istana itu bersama kawasan seluas kira-kira dua hektar ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.


PENIAGA KECIL MALAYSIA MEMBIMBANGKAN, PERLU BANTUAN SEGERA


MOU: PH AKAN PASTIKAN BELANJAWAN 2022 TERBAIK BUAT RAKYAT


RASUAH DAN KEGAGALAN PM MELAYU DI MALAYSIA


ZUWAIRI MOHD YUSOF



Mahathir PM4 + PM7

- Skandal FOREX - spekulasi jual beli matawang asing

- Skandal BMF Bumiputera Malaysia Finance

- Skandal Perwaja Steel

- Skandal MAMINCO

- Skandal MAS Malaysia Airline System

- Skandal empangan BAKUN,Sarawak

- Skandal PKFZ Port Klang Free Zone

Mahiaddin PM8

- Skandal BESTARINET

- Skandal tanah

Najib PM6

- Skandal FELDA

- Skandal Tabung Haji

- Skandal 1MDB

- Skandal Kementah

- Skandal NFC National Feedlot Corporation

Abdullah Badawi PM5

- Skandal Budak tingkat 4

- Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS 1,550.000.00

- Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS 8,390,000.00

- Kompleks Brickendonbury di London 70,000,000.00

- Kos memperbaiki MRR2 70,000,000.00

- Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade 120,000,000.00

- Pembelian jet baru Abdullah 200,000,000.00

- Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00

- Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembinaan jambatan bengkok 257,000,000.00

- Kerugian pembelian saham Agusta 510,000,000.00

- Kos AP anugerah Rafidah @30,000x1,800,000 tidak terhitung

- Skandal OPV (Offshore Patrol Vessels) (NDSB) 6,750,000,000.00

4 PM Malaysia yg rakus salah guna kuasa dan makan rasuah keluarga,kroni,proksi dan balaci upahan mereka sepanjang mereka duduk di kerusi no 2 negara di belakang YDPA.Jangan di tanya bagaimana mereka boleh buat sesuka hati kerana ade jutaan rakyat yg mengundi mereka setiap 5 tahun sekali di tipu berkali kali bila tiba musim pilihanraya.Kerugian yg di tanggung anda dan anak cucu yg perit menanggung sampai bila2 sedangkan mereka kaya raya sampai bila2.Kerajaan Malaysia Mampu Jana Berbilion Ringgit Jika Spektrum 5G Dilelong secare tender terbuka

" Di Malaysia, pelaksanaan 5G pada awalnya di rancang untuk di lelong kepada syarikat-syarikat telekomunikasi di dalam negara. "

Ape nak buat UMNO,PAS,PPBM,GPS lebih suka monopoli sesame mereka kartel2 buat untung atas angin dia peduli ape rakyat bayar harga yahudi sebab tiada persaingan antara pembekal,penyedia,pengeluar perkhidmatan.Kabel internet yg rosak bawah laut pun dia tak repair sebab batalkan kabotaj yg PH buat dulu.Wee Ka Siong MCA MP Ayer Hitam orang yg anda patut hentam ramai2 siang malam bab line internet dan telepon bermasalah sejak mereka tebuk atap.Kleptokrat cadangkan kabinet buat cukai pemulihan Covid-19 seperti cukai durian runtuh,pembangunan kondominium mewah,pertukaran harta & kadar cukai yang lebih tinggi kepada mereka yang berpendapatan tinggi bagi menampung perbelanjaan kerajaan tapi dia sendiri masih berhutang RM 1.69 BILLION pada LHDN bila begitu ramai T20 jadi M40,M40 jadi B40 akibat 18 bulan kegagalan mereka.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

NGO dedah hampir 50% kes kematian dalam tahanan libatkan kaum melayu.Melayu tak ada kesedaran-lagi pula kaum kerabat tak terima dan biar lah nak mati pun.

 


NGO dedah hampir 50% kes kematian dalam tahanan libatkan kaum melayu. STATISTIK kerajaan menunjukkan lebih 50% kematian di dalam penjara atau lokap di negara ini melibatkan kaum Melayu, walaupun terdapat anggapan salah bahawa majoriti mangsa adalah daripada kaum India.

Pengarah Eksekutif Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) Khalid Mohd Ismath berkata ini kerana biasanya kurangnya rungutan daripada keluarga kaum Melayu berhubung kejadian tersebut.

Beliau juga berkata bahawa tidak seperti kematian dalam tahanan yang melibatkan kaum India, kes-kes yang melibatkan orang Melayu sering tidak dilaporkan kerana keluarga memilih untuk tidak mengetengahkan perkara itu kerana malu.

“Majoriti (kematian dalam tahanan) melibatkan orang Melayu. Kebiasaannya ia tidak diketengahkan kerana keluarga. Sukar untuk meyakinkan mereka untuk melawan kerajaan terutama yang ada di kampung.

“Semangat feudalisme kuat di kawasan luar bandar. Seringkali merasa merasakan keluarga mereka layak menerima hukuman,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Edict bahkan cuba membawa bekas hakim dan pemimpin agama untuk meyakinkan keluarga Melayu di Kelantan bagi mengambil tindakan terhadap kes kematian dalam tahanan tetapi tidak berhasil, katanya.

“Contohnya ada kes di Kelantan. Lelaki itu penagih dadah dan dia mati di penjara tetapi isteri tidak mahu kes itu mendapat perhatian media.

“Akhirnya dia menerima sejumlah pampasan daripada jabatan penjara,” katanya.

Dari 2013 hingga 2017, data Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa terdapat 1,293 kematian tahanan di dalam penjara.

Sebanyak 720 kematian melibatkan kaum Melayu (55.7%) diikuti oleh Cina sebanyak 215 (16.6%), India sebanyak 178 (13.8%), warga asing (157,12.1%) dan yang lain-lain sebanyak 23 kematian dengan 1.8%.

Sementara itu, dari tahun 2008 hingga 2018 terdapat 132 kematian tahanan dalam lokap iaitu dengan kaum Melayu seramai 53 orang (37.9%), India 34 orang (24.3%), Cina 28 orang (20%), warga asing 22 orang (15.7%) dan lain-lain seramai tiga orang dengan 2.1%.

Dari Januari hingga kini, terdapat 19 kematian dalam tahanan yang masing-masing tujuh adalah Melayu dan warga asing, empat daripadanya adalah India sementara seorang tidak diketahui.

Kes kematian dalam tahanan terbaru melibatkan rakyat Malaysia adalah pemandu lori Vinaiyagar K Thinpathy.

Isteri Vinaiyagar, Navaneetham Nagappan mendakwa mayat suaminya mengalami lebam selepas meninggal dunia di Ibu Pejabat Polis Kuala Langat selepas ditahan pada 8 September.

Bapa kepada lima anak itu meninggal dunia pada Isnin, 13 September dan bedah siasat menunjukkan bahawa punca kematian disebabkan oleh ulser pecah di perutnya.

Navaneetham bagaimanapun menegaskan bahawa suaminya tidak menghidap sebarang penyakit sebelum ditahan. Dia juga mendakwa tahanan lain mendengar Vinaiyagar menjerit meminta tolong.

“Kami sudah menghubungi wakil keluarga dan memberitahu bahawa mereka akan memberikan undang-undang percuma tetapi masih belum ada sebarang arahan,” kata Khalid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal baru-baru ini berkata, siasatan akan dilakukan terhadap kematian berkenaan.

Khalid berkata kebiasaannya pegawai yang terlibat dalam kes kematian tahanan adalah bangsa yang sama dengan tahanan.

“Ia seperti tradisi di antara mereka untuk menangani kes sesame mereka sendiri. Pegawai Melayu akan memukul tahanan Melayu, pegawai India akan memukul tahanan India dan begitu dengan kes dengan tahanan Cina,” kata Khalid sambil menambah bahawa ini berdasarkan pemerhatiannya sendiri sepanjang menghabiskan masa di penjara.

Sumber:

Gempar !!! PH bakal tarik diri dari MoU dengan kerajaan?


PH enggan kerjasama

PH bakal tarik diri dari MoU dengan kerajaan.Pakatan Harapan (PH) akan menarik diri sekiranya kerajaan tidak melaksanakan semua perkara yang dipersetujui dalam Memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimenterai pada Isnin lalu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, ini kerana terdapat klausa keluar daripada MoU tersebut sekiranya kerajaan ingkar dan tidak mematuhi semua terma dalam perjanjian antara PH dan kerajaan itu.

“Jika perkara ini dibawa ke mahkamah (kerana kerajaan tidak melaksanakan perkara dipersetujui), PH juga tidak boleh menuntut ganti rugi.

“Tetapi kesannya jika siapa yang mungkir janji akan berdepan kemarahan rakyat. Jika MoU tersebut berjaya, ini adalah untuk manfaat rakyat keseluruhannya dan bukan untuk manafaat Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bakul makanan kepada lebih 20 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga yang terputus bekalan makanan di Taman Kota Puteri di sini pada Ahad.

Pada Isnin, senario politik tanah air mencatat sejarah apabila buat julung kalinya kerajaan Persekutuan dan pembangkang memeterai MoU bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh dan mantap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, pembangkang akan memantau pelaksanaan semua terma yang dipersetujui dalam MoU berkenaan dalam masa 10 bulan dan tempoh itu cukup untuk kerajaan melaksanakannya.

Dalam pada, beliau juga tidak bersetuju apabila ada pihak yang mengatakan PH sudah hilang peranan semak dan imbang apabila mementerai MoU tersebut malah tidak lagi lantang dan sudah ‘kendur’ kerana kini sudah dianggap menjadi ‘sebahagian’ daripada kerajaaan.

“Ini tidak betul. PH tetap meneruskan peranan semak dan imbang sebagai satu blok parti pembangkang yang terbesar di Parlimen. Menerusi MoU ini kita dapat laksanakan agenda reformasi yang kita perjuangkan sejak dahulu.

“Antara agenda reformasi PH yang kerajaan setuju laksanakan dalam MoU itu adalah pelaksanaan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dan undi 18 tahun. Kerajaan setuju kerana berada dalam keadaan lemah dan tidak mahu tumbang,” katanya.

Melalui MoU tersebut juga katanya, Perdana Menteri bersetuju untuk tidak mencampuri urusan mahkamah termasuk tidak akan tunduk kepada desakan Kluster Mahkamah untuk campur tangan termasuk ‘melepaskan’ mereka.

“Ertinya tangan Perdana Menteri ‘diikat’, tidak boleh campur kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan, Ahli Parlimen Pontian dan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO. Mungkin Perdana Menteri pun seronok tidak perlu berada di bawah tekanan Kluster Mahkamah,” katanya.

Zahid: BN rasa dikhianati, MP lompat parti 'tak bermaruah'

 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi mengecam ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti, menyifatkannya sebagai satu tindakan 'tidak bermaruah dan dayus'.

Berucap pada majlis Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti di Menara Dato Onn, secara maya hari ini, Zahid berkata BN merasa dikhianati akibat tindakan wakil rakyat tersebut .

"Tindakan mereka jelas telah mencabul amanah diberikan kepada mereka.

"Mereka yang lompat parti itu sebenarnya mengejar wang, kuasa dan juga ketakutan dengan pertuduhan yang boleh mengheret menjadi kluster mahkamah.

ADS

"Kita perlu jadikan sejarah hitam PRU14 sebagai iktibar. Matlamat kita adalah bangkit semula. Sebarang isu dalaman parti baik dari pihak Umno, parti komponen atau parti lain hendaklah diselesaikan sebelum pilihan raya akan datang," katanya.

Selepas BN ditumbangkan pada PRU14, sebanyak 15 ahli parlimen yang menang atas tiket BN lompat parti menyertai parti lain khususnya Bersatu.

Gabungan BN turut mengecil selepas sembilan daripada jumlah 13 parti komponen mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut.


BN kini hanya dianggotai Umno, MCA, MIC dan PBRS manakala Makkal Sakti masih disifatkan sebagai parti ahli gabungan BN.

Sementara itu, Zahid sekali lagi mengulangi bahawa Makkal Sakti akan diberi tempat untuk bertanding bawah tiket BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Makkal Sakthi akan diberikan peluang untuk bertanding atas kesetiaan selama 13 tahun menyokong BN.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai aset. Saya merasakan kita akan berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU15 dalam parlimen atau DUN nanti,” katanya.

Untuk rekod, ketika kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Zahid memberitahu Makkal Sakti akan diberi peluang bertanding pada PRU15.

Dia juga menyatakan sokongan Makkal Sakthi kepada BN mampu melonjakkan semula gabungan itu.

Terdahulu, ketika ucapan dasar Presiden Makkal Sakti RS Thanendran meminta BN agar memberi peluang kepada partinya untuk bertanding di empat parlimen dan 11 DUN pada pilihan raya umum akan datang.

 

 

 

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media