IKUT SUKA LAH PH NAK TANDATANGANI..KAU TAK NAK IKUT BAWA LAH WARISAN KAU TERJUN LAUT ATAU NAIK KAYANGAN ATAU IKUT TERBENAM BERSAMA ATOK

 

Laksana pembaharuan tidak semestinya tandatangan MoU, kata Shafie





Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, parti itu tiada masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat tetapi tidak semestinya perlu menandatangani apa-apa memorandum.

KOTA KINABALU: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, tidak perlu bagi pihaknya menandatangani persefahaman (MoU) untuk melakukan pembaharuan di negara ini.

Katanya, usaha membantu rakyat juga tidak harus terbatas di kawasan yang wakilnya telah menandatangani perjanjian berkenaan.

“Ia sepatutnya tidak menjadi halangan dalam soal membantu rakyat hanya kerana Warisan tidak menandatanganinya (MoU dengan kerajaan).

“Marilah kita menghulurkan bantuan kepada negara ini, bukan hanya untuk bantuan makanan tetapi juga peluang pekerjaan.

“MoU berkenaan tidak boleh dijadikan prasyarat untuk membantu rakyat negara ini walau di mana pun, dan ianya juga bukan semestinya ditandatangani untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini, biar kita mempunyai lebih banyak ketelusan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian mengulas kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyeru parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang serta parti Muda supaya turut menandatangani MoU dengan kerajaan.

Shafie berkata, Warisan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat tetapi tidak semestinya perlu menandatangani apa-apa memorandum.