AKHBAR WALAUN NI TAK MOVE ON LAGI NI...KEH..KEH-WALAUN KENA MOHONG


 

HAAAA..MINYAK DAH TURUN REGA DAN TELUR PELAN PELAN TURUN.YANG NAK BUAT FITNAH CERITA APA PUN SOH MASUK GUA. KAMJAT

 Alhamdulillah.




Mulakan satu persatu. Mana yang boleh selesai dulu, dulukanlah.


Rakyat sangat berterima kasih.


.................

Saya pernah hanya terpaksa melihat saja apabila minyak masak mencecah RM42 untuk 5kg.


Telur sepapan pernah RM18 - RM20. Cerita catu tak yah cakap la.

AKHIRNYA DIKEMBALIKAN UNTUK RAKYAT GUNA SEBAGAI TEMPAT DAKWAH DAN KEBAJIKAN RAKYAT

 


TERUS MEMBANTU-ITULAH STEVEN SIM

 



Kelmarin lepas saya angkat sumpah di Istana Negara, saya dapat mesej seorang uncle di Bukit Mertajam menghadapi masalah hutang rumah 6 bulan tak mampu bayar😔. 


Uncle Chan berumur 57, anak kecil 3 orang semua masih sekolah rendah. Walaupun kena cuci buah pinggang 3 kali seminggu, Uncle tetap rajin bekerja jual wantan mee💪🏻, membanting tulang 7 pagi sampai 7 malam demi sesuap nasi untuk keluarga tersayang😭. 


Malangnya, bisnes kurang baik. Kadang kala order tak sampai 10 pinggan dalam sehari😧. 


Hari ini saya balik Bukit Mertajam, jumpa ibu dapat restu, sebelum masuk ke pejabat MOF di Putrajaya besok. Jadi saya ambil kesempatan melawat Uncle Chan di gerainya. 


Uncle bagitau saya, dia sangat derita, ada penyakit buah pinggang, hutang sewa rumah 6 bulan, kemudian bisnes pula amat teruk dalam 2-3 tahun ini. Dia amat bimbang tentang masa depan anak-anaknya. 


Sebagai ayah saya faham hati seorang ayah yang lain. Demi anak-anak, tak kira susah sakit macam mana pun yang bergelar ayah akan bermati-matian👨‍👩‍👧.


Saya bagitau Uncle Chan jangan bimbang. Hutang sewa rumah 6 bulan tu, saya tolong langsaikan✅️. Kemudian, saya bagi dia wang tunai RM1000 untuk menanggung belanja harian✅️. Buat belanja sekolah anak-anak kecil. 


Uncle kata bisnes dia kurang baik di tempat sedia ada. Saya akan tolong carikan tempat yang lebih pesat sikit untuk dia buka gerai✅️

. Uncle rajin nak kerja walaupun menanggung sakit di badan, saya akan bantu sedaya upaya saya.


Dalam peranan baru saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan, saya bertekad untuk bantu YAB Menteri Kewangan membangunkan ekonomi dan membela kepentingan rakyat agar orang-orang seperti Uncle Chan akan mempunyai kehidupan yang lebih baik. 


Kawan-kawan kalau nak support gerai wantan mee Uncle Chan (non halal), boleh pi beli kat : 


Sing Ban Leong Coffee Shop

https://maps.app.goo.gl/VFg1cPkuMjux18UW9


Kalau tergerak dalam hati nak beri sedikit sumbangan ikhlas, boleh terus salur kepada Uncle:


Hong leong

24850000517

Chan huan soo


JALAN TERUIH !!


KAMJAT

 Ibrahim Mat Isa


Menteri Kerajaan Perpaduan hanya nak buat kerja.

Menteri PN hanya nak kuasa dan makan gaji buta. Kamjat!





HAAA.....JANJI SAMAN...KENA BAYAR KA DAK..TU LAIN KIRA.,CAKAP PANDAI...

 

Lalalalalaaaaa...lalalalalaaa..la la la la la...

Biaq rasa..mulut jahat sangat kannnn🤣🤣🤣


Mmms

Makan ramai-ramai, hadap sorang-sorang.


Terbaik PMX, itu aje makanan lebai ini.




Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Program Pertemuan Mahabbah YAB PM Bersama Ul...

LAAAAA....CINA YANG WALAUN DOK MAKI TOLONG.


 

NAK KOMEN PUN SAIFUDDIN.KAN KAU DALAM KERAJAAN 33 BULAN. BUKANKAH MAHIADDIN PUN LANTIK SENATOR JUGAK.....KOMEN PUN BENGGONG


 

GEMPAR TERKINI🔥 ANWAR MENGEMPAR ABAH PAGOH ? PENDEDAHAN TERKINI ?

Pemimpin adalah cerminan rakyat


Dalam sejarah umat, disimpulkan secara umum oleh para sejarawan tentang pola perbuatan pemimpin akan kemudiannya menjadi pola perbuatan rakyat. Jika baik perbuatan pemimpin, maka baiklah keadaan dalam pemerintahannya.


Jika jahat perbuatan pemimpin, maka jahatlah keadaan dalam pemerintahannya. Pola ini disimpulkan oleh sejarawan melalui tiga percontohan:


i. Disebabkan gabenor Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi yang cenderung berperang dan keras terhadap musuhmusuhnya atau rakyatnya, maka di dalam negerinya, apabila rakyat bangun pagi, mereka bertanya “Siapa kena bunuh semalam?”; “Siapa orang yang kena pukul?” dan yang seumpamanya.


ii. Khalifah Walid bin Abdul Malik,pada zaman pemerintahannya gemar kepada kebun dan membangun rumah. Maka dalam Negeri pemerintahannya, apabila rakyat bangun pada pagi hari, maka akan dibualkan sesama mereka tentang perihal yang sama, iaitu tentang rumah, kebun dan hal-hal yang berkaitan.


iii. Pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, disebabkan beliau suka makanan dan berkahwin banyak, maka rakyat di dalam Negeri pemerintahannya juga turut menggemari perkara sama, iaitu berbicara tentang makanan makanan dan memahalkan perkahwinan.


iv. Khalifah Umar Abdul Aziz pula, pada zaman pemerintahannya yang adil dan berkebajikan, dengan rutin amalannya yang konsisten dalam ibadat dan ketaatan kepada Tuhan, maka rakyat dalam pemerintahannya juga turut mementingkan aspek yang sama, memngutamakan bacaan dan hafazan al-Qur’an, wirid wirid, berpuasa dan amal-amal ketaatan yang lain.


Ini adalah petikan dari buku "KEADILAN UNTUK ORANG BERSOLAT"


📍Versi PDF (Download)  https://bit.ly/3BmZWD5

📍Versi Flipbook: https://bit.ly/3hizF1Y



MOROCCO

 MOROCCO



1. Ramai excited Morocco masuk semi final Piala Dunia. Ia merupakan negara Islam kedua, yang berjaya masuk ke semi final Piala Dunia, sejak pertama kali diadakan pada tahun 1930. Selepas Turki pada tahun 2002. 


2. Orang kita panggil Morocco, Maghribi. Makna Maghribi dalam Bahasa Arab adalah “yang paling barat, tempat terbenam matahari”. Ini kerana Morocco adalah kawasan paling barat dari tanah Arab. Dah melangkau masuk ke Eropah. 


3. Orang Eropah gelar ia Morocco. Dari nama bandar terkenal mereka “Marakesh”. Ia lekat sampai sekarang dan menjadi nama rasmi negara ini. 


4. Banyak persamaan antara negara Morocco dengan Malaysia. Populasi mereka hanya 37 juta orang, kita 33 juta. Sistem mereka juga Raja Perlembagaan, dengan ada seorang Raja yang memerintah. Dibantu oleh Perdana Menteri dan Kabinet. 


4. Raja mereka adalah Ketua Agama dan Ketua Angkatan Tentera. Raja mereka ini direkodkan sebagai keturunan Rasulullah. Tetapi menerima sistem sekular dari Eropah dalam pentadbiran, pada masa sama masih teguh memegang fahaman Islam.


5.  Seks luar nikah adalah jenayah di sana. Tidak boleh sebarkan agama lain kepada penganut Islam. Suatu kesalahan. Wanita juga punya tempat teratas. Perwakilan di Senat mereka, wajib sekurang2nya 30 orang wanita. Tidak boleh kurang. 


6. Wanita juga bebas menjadi pemimpin, berkerjaya dan bersekolah. Tiada penindasan. Lain jika dibandingkan di negara Islam lain. Perempuan suatu ketika, lesen memandu pun tak boleh mohon. Ada tempat, anak perempuan tak boleh bersekolah. 


7. Majoriti rakyat Morocco adalah beragama Islam Sunni. 99% kesemuanya. Tapi dari pelbagai kaum dan latar belakang. Ada keturunan Arab, Berber dari Afrika dan pelbagai etnik lain termasuk dari Eropah. 


8. Mereka juga dijajah, oleh Sepanyol dan Perancis, beratus tahun juga. Negara mereka cantik, ada gunung ganang, pantai dan padang pasir. Tempat tumpuan pelancong juga: Rabat, Marakesh, Casablanca. Sama juga di Malaysia, kita ada Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak. 


9. Dari segi ekonomi, ia antara negara membangun yang berdaya maju. Ekonomi ke-5 terbesar di benua Afrika. KDNK dan FDI berterusan meningkat. Lebih kurang kita. 


10. Sekarang, ia mewakili negara Islam seluruh dunia,  melayakkan diri untuk jadi Juara Piala Dunia. Pemain mereka sujud syukur atas padang, lepas menang kalahkan Portugal. Satu dunia pandang Islam dengan sudut pandang lain. Kita punya bangga. 


11. 42 tahun dulu, Malaysia kalahkan Morocco 2-0 dalam Pesta Bola Merdeka. Hari ni mereka layak ke semi final Piala Dunia. Akan melawan colonial master mereka, Perancis. Ramai yang dah cari jersi Morocco minggu ini. 


12. Bagaimana negara ini menjadi negara Islam cemerlang sebegini? Dipandang tinggi atas tekad dan daya mereka berlawan di pentas dunia. Hingga agama Islam pun dijulang sama. Malaysia pula ketinggalan padahal kita pernah kalahkan mereka. 


13. Simple, mereka amalkan konsep Wasatiyah. Yang dituntut juga dalam agama. Sederhana. Moderate. Tengah2. Bukan ekstremis nak jadi Pak Arab atau nak tukar negara jadi fundamental Islam seperti Afghanistan. Mereka cuba seimbang dunia dan akhirat. 


14. Morocco 99% Islam Sunni, mereka tak cuba jadi atau ikut orang lain. Tolak Arabilisasi. Malaysia, 52% Melayu Islam, kita masih guna hudud sebagai modal politik. 


15. Acuan negara Islam mana yang kita nak ikuti? Jangan sampai kita hilang jati diri dan merempat di negara sendiri. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


ANWAR BERI PETUNJUK TEGAS KEPADA PENJAWAT AWAM DALAM ISU KPPA



Setelah melalui zaman pemerintahanz DS Ismail Sabri yang tidak konsisten serta "banyak kata banding buat kerja", kini tampuk pemerintahan negara diambil alih oleh DS Anwar Ibrahim.


DS Anwar Ibrahim walaupun dilihat sebagai populis, namun tindakan beliau berasas.


Jika sewaktu PH memerintah dibawah Tun Dr. Mahathir, ramai penjawat awam kontrak yang dibuang dengan alasan menjimatkan perbelanjaan negara tetapi tidak dibawah pentadbiran DS Anwar Ibrahim.


DS Anwar Ibrahim tahu, untuk memantapkan perkhidmatan awam, ianya hendaklah dimulakan daripada pucuk kepimpinan. Jika Ketua Perkhidmatan Awam cemerlang, maka cemerlang lah seluruh pentadbiran awam.


Disebabkan itu, walaupun yang berjanji untuk menyiasat isu KPPA vs Pegawai Imigresen-saudara James ialah DS Ismail Sabri, namun tindakan hanya dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim.


DS Ismail Sabri hanya memejamkan mata terhadap salah laku KPPA-Mohd Syafiq sebelum ini. Antaranya ialah,


DS Mohd Syafiq melangggar banyak peraturan perkhidmatan awam, menggunakan JPA untuk mengungut penjawat awam supaya berdiam diri, menaikkan pangkat skandal beliau sesuka hati, memecat pegawai-pegawai khas tanpa sebab munasabah.


Semua kesalahan besar ini dipejamkan mata oleh pentadbiran sebelumnya.


Kini, Otai Reformasi PM-10 DS Anwar Ibrahim tiba, tidak ada lagi tempat dalam perkhidmatan awam, terutamanya pegawai kanan kerajaan untuk bertindak sewenang-wenangnya.


Tahniah DS Anwar Ibrahim, pemecatan DS Mohd Syafiq sebagai KPPA disokong penuh oleh para PTD dan penjawat awam lainnya.


Segulung tahniah dan segunung terima kasih diucapkan atas keberanian DS Anwar Ibrahim.


-AR-


BILA PM 10 MAHUKAN ANAK MUDA MEMBACA DAN MENGKAJI KARYA AGUNG PENULIS YANG BERILMU.

 

Bila PMX suruh rakyat Malaysia supaya banyak membaca, benda ini sebenarnya sangat penting untuk membina masyarakat yang maju dan berdaya saing.


Saya bagi contoh, yang banyak-banyak penyokong "kepimpinan ulama" PRU15 lepas, majoritinya tak tahu pun asal kepimpinan ulama itu adalah daripada konsep wilayatul faqih Syiah Moden. Bila kita kata mereka sebenarnya sokong idealogi Syiah secara tidak langsung, mereka akan melompat; itu itulah dia harga yang di bayar dengan kejahilan. Salah satu ciri-ciri wilayatul faqih ialah mempunyai "Imam yang maksum" padahal ini tidak ada dalam Islam termasuklah dalam pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Sebab itu kita lihat ulama mereka bebas memfitnah orang tanpa ada pengikut yang berani tegur. Bila polis hendak siasat, mereka pula ugut hendak buat huru-hara. 


Mufti Perlis juga pernah ulas wilayatul faqih ini. https://www.malaysiakini.com/news/376760


Yang paling hairan bila mereka suka menjadikan Israel dan Yahudi sebagai kambing hitam tapi mereka tidak membaca apa yang menyebabkan Allah SWT menegur Bani Israel di dalam Al-Quran.


Kalau mereka membaca Al-Quran dan mentadabur makna, mereka akan jumpa ayat Surat At-Taubah Ayat 31 "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah", kupasan di buat oleh Tafsir Al-Mukhtashar "Orang-orang Yahudi menjadikan para ulama mereka dan orang-orang Nasrani menjadikan para rahib sebagai tuhan-tuhan selain Allah yang menghalalkan bagi mereka apa yang Allah haramkan dan mengharamkan bagi mereka apa yang Allah halalkan".


Yang Al-Quran tentang dan beri peringatan adalah sikap Bani Israel yang suka mengubah hukum dan taat orang alim mereka walaupun orang alim mereka menyimpang. Paling kelakar berdegar-degar anti Yahudi tapi perangai mereka pun lebih kurang dengan Yahudi bila guna fiqh halal ke atas ku dan haram ke atas mu. Bila ulama mereka buat sesuatu akan jadi halal, kalau orang lain buat mereka akan kata haram.


Buruknya sikap double standard ini sampai Nabi SAW sebut ini adalah punca kenapa Allah musnahkan umat-umat terdahulu, tapi ada segolongan dari kita pula bangga dengan kaedah halal ke atas aku dan haram ke atas kamu. 


Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” (HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).


Bila satu organisasi terdiri dari kalangan orang yang arrogant and ignorance, itu yang mereka akan jadi fobia pada semua benda. Semua benda jadi ancaman pada mereka. Pemimpin malas membaca, tak pandai berhujah. Bila dah mati akal terus petik syurga dan neraka. Penyokong pula jenis pajak akal, percaya kalau taat pemimpin akan auto masuk syurga padahal tak ada satu manusiapun yang masuk syurga atas amalan sendiri. Semua orang masuk syurga atas rahmat Allah. Yang pasti akan masuk neraka kalau ada kesombongan walaupun sebesar biji sawi.


Bila malas membaca mereka akan jadi bangsa jumud. Mereka kata mereka cinta Nabi Muhammad SAW, tapi mereka tidak faham kenapa Nabi boleh bermuamalat dengan Yahudi dan kenapa Nabi setuju dengan perjanjian Hudaibiyah dengan musyrikin Mekah walaupun berat sebelah. Ada tak Nabi SAW khianat atau langgar perjanjian walaupun Nabi ada upper hand? Kenapa Nabi SAW tidak mahu khianat perjanjian Hudaibiyah, lepas tu boleh sahaja bagi justifikasi ini adalah suruhan Allah? 


Kerana khianat adalah dosa besar dan setiap perjanjian akan di tanya ""..dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan di tanya" Al-Israa:34."


Kalau Nabi khianat perjanjian Hudaibiyah, sudah tentulah orang tidak akan memandang tinggi terhadap Islam lagi; itu hikmah dia. Selain itu hikmah perjanjian hudaibiyah ialah berkembangnya syiar Islam, kehidupan masyarakat aman dan damai, pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah, membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy, Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.


Sebagai kesimpulan, membaca adalah sangat penting terutama sekali membaca sejarah Nabi dan orang yang terdahulu. Walaupun teknologi banyak berubah tapi sikap manusia tetap sama. Sejarah akan merekodkan dan mengangkat mereka yang sabar, tawakkal dan jujur dalam perjuangan. Untuk mereka yang berkhianat seperti si Kitol dan Raja Mendeliar; ini adalah pengajaran yang bagus untuk mereka yang mengejar kesenangan sementara dengan jalan pintas dan kesudahan yang jelik hanyalah untuk mereka yang berkhianat dan belot sampai runtuhnya sebuah empayar.  


MMMS



KEH..KEH...KOYAK LAGI..TAK MOVE ON LAGI....


 

LAIN KALI DAPATKAN MAKLUMAT DULU...DAP GESA ATAU GERAKAN YANG GESA.....JOM PADANG MERBUK


 

KAH..KAH..APANAMA FADLI .....MASA DALAM MN UMAT ISLAM .KAU CUCI WAK ZAHID....KAU ANTARA YANG MENYONDOL SAKAN.....KAH..KAH..KEPALA ROSAK IKUT PRESIDENG PAS


 

MELAYU TAK ADA SEBAB BANYAK LENA. DOK SEMBANG BAB POLITIK, KAPIR,SYURGA ,NERAKA.... TELOQ PUN TAK BOLEH JAGA ...NAK JAGA BAB BAB MACAM GINI ?


 

33 BULAN PAKAT DOK LENA . MANA DEPA KISAH PUN BAB RAKYAT


 

KENA FAHAM- MB KEDAH NI MASA MUDA MUDA DULU DIA KERJA KONTREK, KERJA BERAT, BUAT BENDANG, MAIN SELUT...TU DIA TAK PANDAI NAK CAKAP PELAN PELAN. SEKOLAH TAK TINGGI...IDEA KURANG.PATUT DIA BUAT LAMA DAH.


 

JIMAT 500 JUTA- JIKA SYARIKAT PENERBANGAN MENGGUNAKAN KLIA

 


BAGI LA KOMEN APA PUN PASAL KELANTAN- SAHIH DICOP SEBAGAI MACAI DAP....PUNYA LA BENGONG.TENGOK TEMPAT ORANG LA WEII


 

PENYELENGGARAAN SUSAH NAK SAKAW GAMAKNYA- NAK SEDIAKAN PENGANGKUTAN BELI ITU INI SENANG SIKIT...

 


Sistem selenggara ‘kelas ketiga’, syarikat pengangkutan awam diselar.




LRT Kelana Jaya menjadi bahan liputan media baru-baru ini kerana banyak gangguan perkhidmatan yang dialami.

PETALING JAYA: Seorang perunding pengangkutan mengecam syarikat penyelenggaraan sistem pengangkutan awam negara kerana gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Rosli Azad Khan berkata, syarikat yang menguruskan sistem pengangkutan awam terus gagal dalam tanggungjawab mereka walaupun kerajaan mempunyai dasar yang jelas untuk mengelak penggunaan kenderaan persendirian dan meluaskan penggunaan perkhidmatan bas dan rel.

“Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam memerlukan banyak perkara. Mungkin kita mengambil kumpulan yang salah yang tidak cekap dari segi teknikal untuk mengurus dan menyelenggaranya untuk menghasilkan tahap perkhidmatan terbaik yang diperlukan,” katanya kepada FMT.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook semalam yang memaklumkan, Malaysia memiliki kemudahan pengangkutan awam kelas pertama tetapi sistem penyelenggaraannya “kelas ketiga”.

Loke berkata demikian dengan merujuk kepada banyak gangguan yang menjejaskan laluan LRT Kelana Jaya baru-baru ini.

Rosli berkata, terdapat sejumlah besar peruntukan untuk infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam, dengan kerajaan melabur dalam teknologi terbaik untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan bas dan rel secara meluas.

Beliau mengkritik pengendali rel Prasarana Malaysia Bhd itu kerana kurang menunjukkan komitmen untuk mempromosikan penggunaan pengangkutan awam.

Pada masa sama, beliau menggesa pengurusan tertingginya berundur dan digantikan dengan pasukan yang yakin dengan dasar dan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

Seorang lagi perunding pengangkutan, Goh Bok Yen, berkata penyelenggaraan sistem pengangkutan awam memerlukan jurutera dan juruteknik mahir serta berpengetahuan mendalam tentang sistem tersebut.

“Kakitangan penyelenggaraan mesti sentiasa mengikuti perkembangan dalam sistem dan bukannya leka dan kita mesti memastikan jurutera dan juruteknik mendapat latihan yang mencukupi,” katanya.

Goh berkata, ini akan membolehkan pasukan penyelenggaraan memastikan sistem pengangkutan awam mampan dan boleh menunjukkan prestasi pada tahap optimum.

MENERIMA TETAMU


 

33 BUALAN DEPA TAK RETI NAK BUAT. BILA ANWAR BUAT DAN BOLEH BUAT , DEPA PAKAT KECAM.PUNYA LA BANGGANG


 

NAK TIMBULKAN PERSEPSI BURUK- MAKA TIMBULKAN FITNAH-TAK RASA DOSA. MACAMANA NAK ADIL DAN TEGAK KAN ISLAM


 

STEVEN SIM- WALAU TELAH MENJADI TIM MENTERI KEWANGAN SENTIASA MEMBANTU YANG MEMERLUKAN TANPA MENGIRA BANGSA


 

MANDI SAFAR- MANDI TOLAK BALA- DALAM BUKU TATARAKYAT TAHUN 70AN- TELAH DIUBAH BILA DSAI JADI MENTERI PELAJARAN

 


T Shirt PM 10 (Lukisan Zunar, dari word "REFORMASI" Pre order di sini.




T Shirt PM 10

(Lukisan Zunar, dari word "REFORMASI"

Pre order di sini.

https://www.zunar.my/shop/t-shirts/pm10-reformasi-white-short-sleeve-tshirt/?nocache

(This item is on pre-order. First batch printing will begin on 31st December 2022 and only limited units will be printed. Please do not miss the pre-order date. This product is exclusively sold only at Zunar's Online Store. We ship worldwide. Shipping will be automatically calculated at checkout. Online payment via PayPal or MOLpay Payment Gateway. For Credit Cards / Debit Cards payments, please choose PayPal.


JANGAN HALANG PERTANDINGAN, HISHAMMUDDIN MESTI BERANI LAWAN PRESIDEN UMNO

 


DIA NI MEMANG SUKA BERSEMBUNYI DIBELAKANG TABIR. JENIS PENGECUT. TANYA LOKMAN ADAM DAN ZAMIL KENAI LA DIA NI. LOKMAN PANGGE DIA PONDAN SIAM.SEBAB ADA KES DIMANA PERDEBATAN DI UKM SEKITAR TAHUN 1999 DIMANA BELIAU PENAKUT UNTUK HADIR BERDEBAT.

KETIKA ANWAR DIPECAT, DIA BERTAHAN DALAM GERAKAN REFORMASI SELAMA SEBULAN, KEMUDIAN CABUT SOKONG MAHAZALIM. DIA DILANTIK SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO. LAIN LAIN SEMUA MENYERTAI GERAKAN REFORMASI.

WALAU PUN KEMUDIANNYA LARI DAN BELOT SEBAB SUSAH KETIKA BERJUANG , BILA KAYA RAYA DAN SENANG LENANG...ADA YANG SEMBANG KENCANG DAN DAPAT GELARAN BAGAI....ITU KISAH KETIKA BERLAKUNYA GERAKAN REFORMASI DULUNYA.


Walaupun tarikh pemilihan UMNO belum lagi ditetapkan, tetapi perbualan mengenainya sudah mula menghangat, termasuk ada pihak tampil menyarankan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Sebelum ini, pemilihan UMNO ditangguhkan dan sehingga dipinda perlembagaannya yang hanya membenarkan pertandingan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan, matlamatnya ialah agar parti tidak berpecah dan fokus kepada usaha memenangi pilihan raya.

Dengan itu, menyarankan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam keadaan PRU sudah selesai adalah tidak munasabah dan suatu langkah yang jauh berundur ke belakang.

Apa punya demokrasi namanya – sebelum PRU, pemilihan beria-ia ditangguhkan, selepas PRU, dilarang pula jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi.

Sepatutnya setelah selesai PRU inilah pertandingan mesti dibuka dengan seluas-luasnya dan tidak harus ada usul sekatan sama sekali serta untuk apa jawatan sekali pun daripada ditandingi.

Nak takut apa lagi jika berlaku pertandingan selepas PRU ini?

Sebagai parti yang mengamalkan demokrasi, UMNO harus menyuburkan amalan itu, bukan membubuh racun untuk mematikannya.

Lagi pun, usul larangan sebelum ini ialah ketika Presiden UMNO memegang jawatan Perdana Menteri, berbeza dengan sekarang di mana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hanya berjawatan Timbalan Perdana Menteri saja.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu pula tidak termaktub dalam perlembagaan negara, maka nampak lekeh sangatlah UMNO ini jika dengan jawatan yang tidak termaktub dalam perlembagaan itu pun masih mahu disekat pertandingan juga.

Biarkan pemilihan UMNO kali ini berlaku pertandingan yang seluas dan sebebasnya sebagai tanda parti Melayu itu masih belum mati amalan demokrasinya.

Dalam hal berkaitan, pemimpin yang mesti tampil dengan berani, kalau boleh cium keris sekali untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden seharusnya ialah Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong ketika ini.

Walaupun Khairy Jamaluddin ada memberi respon “akan tengok” berhubung kemungkinan dirinya bertanding sekali lagi sebagai Presiden UMNO, bekas Menteri Kesihatan itu sebenarnya tidak sesuai merebut jawatan tersebut.

Ini kerana beliau ketika ini bukan Ahli Parlimen setelah kalah di Sungai Buloh baru-baru ini.

Tanpa jawatan sebagai Ahli Parlimen, jika menang pun sebagai Presiden UMNO, beliau tidak mampu menggegar kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan kerajaan yang diterajuinya.

Begitu juga dengan Ismail Sabri Yaakob, di sebalik Khairy Jamaluddin pernah mencadangkannya agar mengambil alih kepimpinan UMNO, suasana itu tidak relevan lagi buatnya setelah bergelar bekas Perdana Menteri sekarang ini.

Dalam kemelut penubuhan kerajaan selepas PRU15 baru-baru ini, Hishammuddin adalah antara 10 Ahli Parlimen BN, malah dipercayai merupakan ketua kumpulan Ahli Parlimen berkenaan yang menandatangani akaun bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Beliau berbuat demikian dalam keadaan sedar bahawa sudah wujud Akta Anti Lompat Parti dan akujanji di kalangan Ahli Parlimen yang memberi kuasa kepada Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN untuk menentukan pilihan berhubung penyertaan parti itu dalam kerajaan.

Ini bermakna, Hishammuddin sudah secara terbuka menunjukkan penentangannya terhadap Zahid Hamidi.

Maka, beliau mesti terus bersikap jantan dengan berani mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO yang dijangka diadakan sebelum pertengahan tahun 2023 depan.

Selain itu, berikutan Hishammuddin telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin sebelum ini, hasrat untuk menjadikan Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri hanya boleh menjadi kenyataan jika beliau berjaya memenangi jawatan Presiden UMNO.

Selepas memenangi jawatan Presiden UMNO nanti, beliau boleh membawa parti itu keluar daripada kerajaan, sekaligus menarik sokongan terhadap Anwar.

Jangan lupa, cubalah bawa sekali GPS dan GRS untuk turut sama menarik sokongan, barulah Mahiaddin yang gagal sebagai Perdana Menteri sebelum ini dapat jadi Perdana Menteri sekali lagi. – ShahbudinHusin 13/12/2022.




OWHHHH...HEBAT HEBAT...TAKKAN LEBAI NAK TIPU PAKAI DUIT JUDI


 

OOOO....LAGU TU NO.....GAGAL LA YA


 

KAH..KAH..DULU KAMU MELOMPAT SEKARANG KAMU DAPAT SEMULA




 

DUA ORANG INI MENJADI PM DENGAN CARA YANG BERBEZA


 

GAMBAR CANDID NI : FAIL BANYAK ATAS TROLI- NUSI PUNYA KALAU ADA ELOK JUGA..CAKAP PANDAI SANGAT DIA


 

HAAAA.....KOMEN KOMEN...SURUH BACA MALAS







Ini berita yang ditunggu-tunggu oleh lebai, walaun dan machai bunge. Bila tengok di ruangan komen, macam yang aku agak, lekas saja mereka kaitkan dengan kerjasama PH dan BN sebagai punca Azeez dibebaskan.

Aku cuma nak bentangkan beberapa fakta dan biar korang nilai sendiri.

Azeez bukan baru ni dibebaskan. Pada 23 Sept. lagi dia sudah dilepaskan tanpa dibebaskan. Bererti dia dah didapati tidak bersalah berdasarkan bukti yang ada pada waktu itu. Sekiranya ada bukti baru, dia boleh didakwa semula.

Namun pada 26 Oktober, SPRM telah menghantar surat menyatakan yang siasatan mereka telah selesai. Disebabkan tiada dakwaan lanjut, maka peguamnya meminta untuk dia dibebaskan.

Ok. Semua tarikh kejadian berlaku sebelum bulan November. Ketika itu kerajaan diketuai oleh Isnail dan PAS ada dalam pentadbiran. DS Anwar angkat sumpah sebagai PM hanya pada 24 November.

Macamana nak kaitkan PH sebab keputusan Azeez tak bersalah dan kenyataan SPRM yang siasatan mereka telah selesai berlaku sewaktu PH masih lagi pembangkang?

Keputusan bebas hari ini hanya pengesahan. Dia sudah dilepaskan sejak September lagi. Kenapa masa tu walaun dan machai bunge tak bangkit soal bebaskan penyamun?

Lagipun, setakat ini PH masih meneruskan khidmat orang yang sama dalam badan kerajaan. Ketua hakim, peguam negara, pendakwaraya, malah Ketua Pesuruhjaya SPRM pun semua masih lagi lantikan Mahiaddin atau Isnail. Bukan lantikan DS Anwar.

Akhir sekali, dok sibuk soal Azeez bebas, sampai lupa nak cerita Bung Mokhtar dan isterinya telah dipanggil untuk bela diri.

Nak cerita, Bung Mokhtar ni MP. Dia salah seorang yang sokong Kerajaan Perpaduan ini. Berbanding Azeez yang bukan siapa-siapa. Kalau DS Anwar nak selamatkan, lebih bermakna selamatkan Bung dari selamatkan Azeez.

Sekarang fikirlah sendiri. Puak sana memang terer bab manipulasi cerita. Kalau fitnah pun pakar, apa sangat la manipulasi ni. Tapi kalau nak korbankan akal nak percaya hasutan mereka, aku tak larang. Guane boh?

Raja Gelap

 

BERKIAS NAK PERLI AGONG DAN RAJA RAJA GAMAKNYA






Apa yang menarik perhatian aku dalam berita yang disiarkan ini adalah, DS Anwar menyebut yang YDP Agong menitahkan untuk beliau hebahkan perkara ini. Ianya perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

Bila YDP Agong bertitah begitu, ia bererti bahawa memang perbuatan mempertikaikan perlantikan DS Anwar sebagai PM sebenarnya mengguriskan hati YDP Agong. Bahkan Raja-Raja Melayu yang lain juga turut tidak senang dengan perkara itu.

Masakan tidak, kalau sampai berkias kononnya ada pengadil alih tiang gol, itu kan satu kebiadapan yang jelas terhadap Paduka Tuanku. PN mengaku membela Melayu. Hakikatnya mereka terlalu kerap menderhaka. Wajarkah orang Melayu menyokong mereka yang tak menghormati Raja-Raja ini? Guane boh?

Raja Gelap

 

GURU BESAR BANGSAT

 W.FAUDZIN.NS

Tolong pakat sebar. Ini guru besar SK Manek Urai Baru. Orang Pengkalan Chepa. Inikah sikap seorang pendidik?memfitnah dan menggunakan bahasa kesat dalam facebook. Inikah contoh tauladan yang nak ditunjukkan kepada guru-guru di bawahnya, kepada murid-murid di sekolahnya??

Jika benar beliau seorang Guru Besar, inilah satu2nya guru besar paling bangsat. Kita simpan kenyataan ini sehingga beliau memohon maaf kpd Anwar Ibrahim.



 

TAK APA LAH ADIK. MALAS MEMBACA MEMANG GITU LAH JADINYA- ORANG TAK MEMBACA NI BIASA JADI BENGONG




 

NAK TANYA YANG MENGUNDI PN BARU NI.




 

AKIBAT MERASA DIRI HEBAT DAN MEMAKI KAKITANGAN LAIN. KAU TERIMA LAH DENGAN KESOMBONGAN KAU

 

Ketua Pengarah JPA Shafiq Abdullah dipecat, kata sumber.




Sumber berkata surat pemecatan sudah dikeluarkan kepada Shafiq Abdullah, 58, hari ini tetapi ia tiada kena mengena dengan pertukaran kerajaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan dipercayai menamatkan perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah berkuatkuasa hari ini.

Menurut sumber, tindakan itu diambil atas nasihat lembaga disiplin yang membuat keputusan sebelum pilihan raya umum ke-15.

“Bagaimanapun, kerajaan sebelum ini menunggu pilihan raya tamat sebelum membuat keputusan,” kata sumber kepada FMT.

Satu gambar surat pemecatan itu, dipercayai dikeluarkan kepada Shafiq turut disiarkan di satu halaman Facebook hari ini oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai penyokong Pakatan Harapan.

Surat itu menyatakan perkhidmatan Shafiq ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49(3) Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1983 dan peraturan 10(5)(d) Akta Pencen.

FMT tidak dapat mengesahkan keaslian surat berkenaan.

Dalam komen yang diletakkan bersama gambar itu, kumpulan itu menuduh Shafiq mengancam pegawai kerajaan untuk menutup mulut mereka, menaikkan pangkat pegawai sesuka hati dan pilih kasih dan memecat sesiapa tanpa sebab. Kumpulan itu juga menuduh perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob menutup sebelah mata dengan sikap Shafiq.

Shafiq sebelum ini terbabit dengan satu kontroversi selepas seorang pegawai imigresen mengadu Shafiq mengherdiknya ditempat awam. Satu jawatankuasa tertinggi kemudiannya ditubuhkan untuk menjalankan siasatan.

Namun, tidak dipastikan tindakan terhadap Shafiq itu mempunyai kaitan dengan insiden tersebut. Satu aduan rasmi difailkan oleh Jabatan Imigresen yang kemudiannya disusuli satu siasatan yang diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara Malaysia Mohd Zuki ALi.

Panel siasatan diketuai Peguam Negara Idrus Harun dan dianggotai Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki dan Ketua Audit Negara, Nik Azman Nik Abdul.

Cadangan daripada jawatankuasa itu dibuat pada Oktober tetapi tiada maklumat mengenai keputusan tersebut.

Shafiq adalah ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, agensi persekutuan untuk menguruskan pelbagai perkhidmatan awam negara.

Beliau adalah ketua setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dilantik mengetuai JPA pada Februari lalu.

FMT juga mendapatkan komen daripada Shafiq.

MMMMM....KESIAN DOA TAKIYUDDIN , NAMPAKNYA TAK JALAN KOT


 

KEH..KEH




 

USUL UNDI PERCAYA TERHADAPNYA IALAH SUPAYA MANDAT ITU JELAS


 

BAIAH NAK JADI CALON PAS


 

KE MANA MENGHILANGNYA DIA...


 

KALAU PN JADI MEMERINTAH....


 

RAKYAT JUGA DISALAHKAN


 

BONGKAK MASA BERKEMPEN. MASA MEMERINTAH, JUMPA WARTAWAN TAK MAHU.


 

ANWAR SELAMATKAN UMNO BILA MAHATHIR MAHU UMNO DIBUBARKAN


 

PAS MEMPERJUANG ISLAM? - PART1











 

PAS KAKI FITNAH PART 2


 

85 KERUSI YANG KALAH- JIKA KITA BERSAMA PN- MEREKA AKAN TUNTUT -JADI UMNO AKAN MAKIN KECIL


 

FUHH...KOMAN SPANA PUNYA PEMBANGKANG

 




Tak mesti ketua parti jadi Ketua Pembangkang, kata Hamzah. Tapi cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku kepada PH.

Bayangkan kalau PH yang jadi pembangkang, tapi Rafizi jadi Ketua Pembangkang, apa agaknya kata mereka kepada DS Anwar waktu itu?

Guane boh?

Raja Gelap

 

YDPA MENITAHKAN SUPAYA DIHEBAHKAN AGAR MENGELAK DAN MENYINGGUNG RAJA RAJA MELAYU

 







Apa yang menarik perhatian aku dalam berita yang disiarkan ini adalah, DS Anwar menyebut yang YDP Agong menitahkan untuk beliau hebahkan perkara ini. Ianya perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

Bila YDP Agong bertitah begitu, ia bererti bahawa memang perbuatan mempertikaikan perlantikan DS Anwar sebagai PM sebenarnya mengguriskan hati YDP Agong. Bahkan Raja-Raja Melayu yang lain juga turut tidak senang dengan perkara itu.

Masakan tidak, kalau sampai berkias kononnya ada pengadil alih tiang gol, itu kan satu kebiadapan yang jelas terhadap Paduka Tuanku. PN mengaku membela Melayu. Hakikatnya mereka terlalu kerap menderhaka. Wajarkah orang Melayu menyokong mereka yang tak menghormati Raja-Raja ini? Guane boh?

Raja Gelap

RAKYAT SUKA HARGA NAIK RUPANYA........ MAKNA BETUL LAH USAHA KERAJAAN PIMPINAN ANWAR INI MULA NAMPAK HASILNYA