EZAM DI KLANG

Salam geng, malam ini next siri2 dialog bersama sama Dato Ezam Md Noor berada di Port Klang,

Ikuti kupasan dan pendedahan2 terkini bagi membangkitkan semua semangat reformis bagi memaksa seorang ditaktor yang sedang memegang tampuk kerusi *perdana menteri sementara* yang kelihatanya engan untuk menepati janji 2 tahun memerintah.

Sila tonton live di link ini dan jangan lupa share or share as watch party bagi membantu kami mendapat rating view yang lebih ramai!!

Sila klik link

https://www.facebook.com/PerdanaMenteriKe8/videos/164744598302599/


LAIN MAKSUD LAIN PAHAM






Ketika spekulasi bahawa akan lahir kerajaan campuran dengan beberapa parti pembangkang, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya seperti “melayang” apabila dimaklumkan mengenai sokongan Umno dan PAS kepadanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai sokongan itu semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata parti pembangkang boleh menyokong kerajaan di Parlimen.

"Mereka kata bahawa Umno, malah PAS, sanggup bekerja dengan saya. Saya bagi tahu mereka jika mahu bekerja dengan saya, kamu sokonglah," katanya.

Ditanya mengenai bentuk sokongan yang diharapkan, Mahathir berkata: "Di parlimen, apabila kita lakukan sesuatu yang baik, saya fikir mereka harus menyokong, bukan hanya membangkang secara buta tuli."

Mengenai sama ada beliau mengalu-alukan sokongan kepadanya, perdana menteri menjawab: "Sesiapapun yang sokong, saya rasa seperti melayang (floating)."


SARANAN BUAT SAUDARA DAIM




08022020: TULISAN DRP SEORANG PEMERHATI. 

Gino Marvela aka Gin Marvel 
Sedikit saranan kepada sdra Daim. Kami faham dan arif akan penguasaan konglomerat milik sdra. Dan kami tidak usik pun bahagian ekonomi hangpa. Setiap saranan sdra berkaitan ekonomi itu bagus mengikut pendekatan berbeza, pernah jatuh dan naik. Semuanya sejak dari awal membangun di sebabkan kaitan politik ja, bukan 100% usaha kesungguhan. Cuma pabila dah ada cabang berpaut, segalanya jadi mudah. Itu saja...

Masalahnya sejak PH memerintah pd 10 Mei 2018, ada saja kerja sebalik tabir di buat. Dari awal lagi nada sdra bukannya berpaksikan momentum kehendak pilihan rakyat. Isu serahan kuasa antara sdra Mahathir & sdra Anwar...itu pun sdra cuba bakar sesuatu mengikut logik fikiran, bukannya apa yang dah rakyat tetapkan.

Dah di nasihat tutup mulut, baru diam kata serahkan pada meja majlis presiden. Tapi usaha sebalik tabir sdra itu tidak terhenti, lepas satu...satu lagi yang lain. Apa yang sdra mahukan ? Kekayaan ekonomi dah ada, umur Allah berikan lagi kesempatan bernafas, apa lagi yang tak cukup?

Rakyat pilih platform PH utk benamkan umno baru & bn pd PRU14 lepas. Majlis presiden memilih sdra Mahathir utk PM sementara dan rakyat akur walaupun ada pro & kontra. Tapi semuanya di ketika detik itu, persefahaman di bina untuk melepaskan beban yang negara hadapi. Ya, sdra sendiri lebih arif apa itu maksud Kleptokrasi.

Tetapi, mengapa ada urusan ketidakpuasan di belakang tabir susun itu & ini yg buleh mencemarkan PH itu sendiri?

Umno baru & bn adalah beban negara yg kini kita sama2 sdg atasi. Tugas sdra adalah rundingkan berkaitan ekonomi dan bagaimana negara buleh lepas dr banyak keperitan ekonomi dan kembalikan momentum ekonomi. Bukan susun politik ikut kacamata logik yg berlawanan arus dgn rakyat terbanyak.
GAMBAR SEKADAR HIASAN



Cuba fikir mengapa proses berkaitan ekonomi agak perlahan... sudah tentu kita perlu uruskan masalah dan runding semula pelbagai situasi ekonomi terlebih dahulu bukan? Cari banyak kerjasama dan alternatif dunia luar. Ya, pertumbuhan itu perlahan tapi Malaysia mampu harungi perit akibat kebobrokan yang di tinggalkan penyangak kleptokrasi.

Ya, ramai dari parti lama sdra adalah rakan sdra. Tapi pilihan rakyat adalah lebih penting. Tidak perlulah runding di sebalik tabir utk mengusik PH apatah lg sdra kini telahpun masuk ke dlm pentadbiran awal PH itu sendiri. 

Tugasan di beri berdasarkan perkembangan ekonomi. Dan sdra faham akan tatakelola ekonomi tersebut, kerna itu sdra di pilih bersama 4 lagi anggota lain. Pilihan rakyat adalah pd PH yg memberikan cop jari di PRU14. Usah pula reka drama baru... negara perlu lebih terkehadapan berbanding politik dalaman.

US negara Yahudi itu pun punyai banyak parti di dalamnya yg di beri pilihan rakyat . Parti pemerintah bersilih ganti tetapi dasar ekonomi dan dasar luar mereka tetap di teruskan. Fikiran mereka hanya bertumpu kpd minyak teluk arab dan mematikan ekonomi pihak lawan dalam isu perdagangan. Apa jua politik mereka, dasar negara di teruskan.

Malaysia berbeza, turun sesuatu politik itu dasar negara tergendala seketika. Dan ambil masa yg begitu lama untuk kembali aktifkan dasar2 tersebut. Mengapa jadi sedemikian? Kerna kita fikir kerajaan baru tidak pandai, dan kleptokrasi itu juga yg di anggap pandai belaka.

Usah hidup dlm kepuraan. Tugas sdra adalah berlainan dr gerak kerja sebalik tabir yg kami lihat. Apakah terjadi sebegini demi nak jaga kepentingan dan penguasaan konglomerat sdra? Telah di katakan, kami tidak usik pun dgn apa yg sdra ada. 

Begitu juga dgn sdra Anwar, tidak ghairah utk mencemar keharmonian konglomerat sdra itu. Hanya kolaborasi bersama rakyat yg di perlukan pd masa sama perbaiki sistem. Segala tuntutan serahan kuasa itu adalah mengikut perjanjian sebelum PRU14. Tujuannya untuk kembalikan semula momentum ekonomi secara drastik. Kerna itu juga beliau sdra Anwar ini acapkali berkata berikan segala kesempatan kpd pentadbiran sdra Mahathir lakukan reformasi/pembaharuan ikut kacamatanya.

Jika saranan Anwar itu adalah 100% kekal berdayamaju, apakah sdra Daim tidak buleh berikan ergonomi yg sama suatu ketika kelak ?

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Note: Penulisan karya di sini tidak mengagongkan panggilan darjah. Nak marah silakan, kelak bertakhta dalam tanah takda satu pun gelaran yg malaikat panggil. Harap maklong!

Gino Marvela aka Gin Marvel 
Sedikit saranan kpd sdra Daim. Kami faham dan arif akan penguasaan konglomerat milik sdra. Dan kami tidak usik pun bhg ekonomi hangpa. Setiap saranan sdra berkaitan ekonomi itu bagus mengikut pendekatan berbeza, pernah jatuh dan naik. Semuanya sejak dari awal membangun di sebabkan kaitan politik ja, bukan 100% usaha kesungguhan. Cuma pabila dh ada cabang berpaut, segalanya jadi mudah. Itu saja...

Masalahnya sejak PH memerintah pd 10 Mei 2018, ada saja kerja sebalik tabir di buat. Dari awal lagi nada sdra bukannya berpaksikan momentum kehendak pilihan rakyat. Isu serahan kuasa antara sdra Mahathir & sdra Anwar...itu pun sdra cuba bakar sesuatu mengikut logik fikiran, bukannya apa yg dah rakyat tetapkan.

Dah di nasihat tutup mulut, baru diam kata serahkan pd meja majlis presiden. Tapi usaha sebalik tabir sdra itu tidak terhenti, lepas satu...satu lagi yg lain. Apa yg sdra mahukan ? Kekayaan ekonomi dah ada, umur Allah berikan lg kesempatan bernafas, apa lg yg tak cukup?

Rakyat pilih platform PH untuk benamkan umno baru & bn pd PRU14 lepas. Majlis presiden memilih sdra Mahathir utk PM sementara dan rakyat akur walaupun ada pro & kontra. Tapi semuanya di ketika detik itu, persefahaman di bina untuk melepaskan beban yang negara hadapi. Ya, sdra sendiri lebih arif apa itu maksud Kleptokrasi.

Tetapi, mengapa ada urusan ketidakpuasan di belakang tabir susun itu & ini yg buleh mencemarkan PH itu sendiri?

Umno baru & bn adalah beban negara yg kini kita sama2 sdg atasi. Tugas sdra adalah rundingkan berkaitan ekonomi dan bagaimana negara buleh lepas dr banyak keperitan ekonomi dan kembalikan momentum ekonomi. Bukan susun politik ikut kacamata logik yg berlawanan arus dgn rakyat terbanyak.

Cuba fikir mengapa proses berkaitan ekonomi agak perlahan... sudah tentu kita perlu uruskan masalah dan runding semula pelbagai situasi ekonomi terlebih dahulu bukan? Cari banyak kerjasama dan alternatif dunia luar. Ya, pertumbuhan itu perlahan tapi Malaysia mampu harungi perit akibat kebobrokan yg di tinggalkan penyangak kleptokrasi.

Ya, ramai dr parti lama sdra adalah rakan sdra. Tapi pilihan rakyat adalah lebih penting. Tidak perlulah runding di sebalik tabir utk mengusik PH apatah lg sdra kini telahpun masuk ke dlm pentadbiran awal PH itu sendiri. 

Tugasan di beri berdasarkan perkembangan ekonomi. Dan sdra faham akan tatakelola ekonomi tersebut, kerna itu sdra di pilih bersama 4 lagi anggota lain. Pilihan rakyat adalah pd PH yg memberikan cop jari di PRU14. Usah pula reka drama baru... negara perlu lebih terkehadapan berbanding politik dalaman.

US negara Yahudi itu pun punyai banyak parti di dalamnya yang di beri pilihan rakyat memilih. Parti pemerintah bersilih ganti tetapi dasar ekonomi dan dasar luar mereka tetap di teruskan. Fikiran mereka hanya bertumpu kepada minyak Teluk Arab dan mematikan ekonomi pihak lawan dalam isu perdagangan. Apa jua politik mereka, dasar negara di teruskan.

Malaysia berbeza, turun sesuatu politik itu dasar negara tergendala seketika. Dan ambil masa yang begitu lama untuk kembali aktifkan dasar-dasar tersebut. Mengapa jadi sedemikian? Kerna kita fikir kerajaan baru tidak pandai, dan kleptokrasi itu juga yang di anggap pandai belaka.

Usah hidup dalam kepuraan. Tugas sdra adalah berlainan dari gerak kerja sebalik tabir yang kami lihat. Apakah terjadi sebegini demi nak jaga kepentingan dan penguasaan konglomerat sdra? Telah di katakan, kami tidak usik pun dengan apa yang sdra ada. 

Begitu juga dwngan sdra Anwar, tidak ghairah untuk mencemar keharmonian konglomerat sdra itu. Hanya kolaborasi bersama rakyat yang di perlukan pada masa sama perbaiki sistem. Segala tuntutan serahan kuasa itu adalah mengikut perjanjian sebelum PRU14. Tujuannya untuk kembalikan semula momentum ekonomi secara drastik. Kerna itu juga beliau sdra Anwar ini acapkali berkata berikan segala kesempatan kpd pentadbiran sdra Mahathir lakukan reformasi/pembaharuan ikut kacamatanya.

Jika saranan Anwar itu adalah 100% kekal berdayamaju, apakah sdra Daim tidak buleh berikan ergonomi yang sama suatu ketika kelak ?

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Note: Penulisan karya di sini tidak mengagongkan panggilan darjah. Nak marah silakan, kelak bertakhta dalam tanah takda satu pun gelaran yg malaikat panggil. Harap maklong!


SELAGI ADA PUAK NIH SELAGI ITULAH POLITIK MALAYSIA TAK AMAN.



Mohd Zulaimi Kazin


Ambo malas laye sebenarnya teori kerajaan pintu belake nih... buang masa jah tapi adala sikit-sikit untuk nyakat geng kartel sebab puak dialah yang guna macam-macam sifir untuk dapat majoriti dalam parlimen.

Hj Zakaria Bera dah kena buang dari PKR tapi Saifudin Abdullah lantik dia penyelaras Parlimen Bera. Yang saya nampak disini ialah Saifudin nak tunjuk andainya Zuraida juga dibuang nanti tak salah kalau Tun terus kekalkan dia sebagai Menteri KPKT.

Antara watak-watak yang saya nak tengok lepas Anwar jadi PM ialah disamping Saifudin Abdullah ini ialah Azmin, Buruk Bian, Zuraida, Jaafar Kamarudin, Amirudin Saari, Haniza, Elizebeth Wong, Thian Chua, Khalid Jaafar, Ali Biju, Hilman dan Hanizam. Mereka ini orang yg kuat menentang dan sabotaj Anwar sbg Presiden dan bekerja keras menghalang Anwar dari jadi PM8,... bukanya Tun M mahupun PPBM.

Watak dan tindakan mereka cukup melampau sejak Anwar dalam penjara dan semua mereka ini langsung tidak hormat Kak Wan sebagai Presiden parti pada masa itu. Nama mereka ini terpahat dlm setiap hati penyokong-penyokong Anwar yang tidak sama sekali maafkan pengkhianat-pengkhianat ini. Mereka mengkhianati parti dan sabotaj program parti dan yang paling jahat sekali bila mereka sabotaj Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK.

Kalau mereka adalah pemimpin yg sayangkan parti dan perjuangan, mereka tidak sekali2 sabotaj kongres nasional malah mereka akan pertahankan PKR dr dpt malu. Merka cuba malukan Anwar malah mereka betul2 mengharapkan Anwar ke penjara selali lg... saya tak pernah jumpa manusia politik yang paling jahat selain dari merela pengkhianat ini. Tolong jangan ada sesiapa yang bersimpati dengan mereka ini sebab mereka ini sebenarnya tidak perlu ada dalam politik Malaysia.




CITA CITA YANG TAK MENJADI KERANA IRI HATI



Ibrahim Mat Isa

Posmen Hj Hadi dah mula buat kerja. Dulu Hj Hadi jadi posmen Umno bawa RUU355. Hadi dah naik pangkat jadi KIMAK (KingMaker)




PAS ‘SYAITAN YANG NYATA’, USUL PERCAYA BOLEH JUGA AKIBATKAN MAHATHIR HILANG JAWATAN PM




Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu, Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH.

Kali ini, parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad agar khidmatnya sebagai Perdana Menteri terus dikekalkan sehingga habis penggal.

Hal tersebut diumumkan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam sidang media bersama selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti itu di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini.

Kata mereka, keputusan mengemukakan usul itu diambil setelah terdapat beberapa pihak yang “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan Perdana Menteri, namun sehingga kini tiada usul undi tidak percaya yang dibuat oleh mana-mana pihak.

“Usul Pas ini adalah bagi mengakhiri kemelut berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri yang dakwa mereka “telah mengganggu kestabilan politik dan ekonomi” negara.

“Usul ini sangat perlu dibincang supaya kita boleh tengok sejauh mana Perdana Menteri mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Sesungguhnya, dengan perkembangan terbaru ini, inilah parti Islam paling pelik di dunia di mana sudahlah tidak malu-malu membeli kereta mewah Mercedes untuk Exco Kelantan di ketika ramai rakyat negeri itu dibelenggu kemiskinan dan mengharapkan bantuan kerajaan, Pas melalui usul percaya ini tidak ubah telah menampakkan dirinya umpama “syaitan yang nyata“.

Kenapakah Pas masih terus sibuk-sibuk mahu mengemukan usul tersebut, sedangkan kerajaan PH masih mampunyai majoriti yang stabil dalam Parlimen?

Lagi pun, urusan peralihan kuasa adalah urusan dalaman PH yang tidak memerlukan sama sekali campurtangan Pas di Parlimen.

Malulah sikit beb…awak tu pembangkang dan buatlah kerja macam pembangkang.

Dengan jumlah sokongan 139 daripada 222 Ahli Parlimen bersama PH ketika ini, sebenarnya tiada keperluan untuk Pas yang mempunyai 18 Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri melalui usul percaya itu.

Tujuan Pas mengemukakan usul itu tidak lain telah memperlihatkan parti itu sebagai “syaitan yang nyata” iaitu mahu memporak-perandakan PH serta menyerlahkan hati yang hitam lagi dengki terhadap Anwar Ibrahim.

Islam apakah yang diamalkan Pas sebenarnya?

Berhubung usul percaya itu, Speaker Parlimen bagaimanapun boleh menolak begitu saja usul Pas itu.

Selain ia dibawa oleh pembangkang, sesuatu usul yang mahu dikemukakan di Parlimen, ia mestilah memenuhi tiga syarat iaitu perkara tertentu, melibatkan kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Dalam usul percaya kepada Perdana Menteri yang mahu dibawa oleh Pas itu, meskipun ia adalah perkara tertentu dan untuk kepentingan ramai, tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu untuk disegerakan.

Ini kerana, oleh sebab isu peralihan kuasa adalah merupakan hal dalaman PH, Majlis Presiden boleh menyelesaikannya dengan kebijaksanaan mereka tanpa campurtangan “syaitan yang nyata” iaitu sama ada mahu menetapkan tarikh peralihan kuasa pada Mei ini atau melanjutkannya sehingga selesai Sidang Apec November depan.

Dalam pada itu, kalau pun usul itu dibenarkan juga oleh Speaker untuk dibawa, Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, mengikut prinsipnya, boleh tidak menyokongnya kerana ia dibawa oleh pihak pembangkang.

Bagaimana jika perkara itu berlaku, tidakkah ia akan menyebabkan usul percaya itu akan tewas dan Tun Mahathir perlu berundur sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah akhirnya, usul yang bertujuan mengekalkan Tun Mahathir sehingga habis penggal akan mengakibatkan Tun Mahathir kehilangan jawatannya?

Maka Tun Mahathir dan Bersatu yang boleh jadi seronok dengan usul Pas itu haruslah juga sedar dan berhati-hati kerana mungkin niat sebenar “syaitan yang nyata” di sebaliknya  ialah untuk memendekkan tempoh hayat Perdana Menteri memegang kuasa. (ShahbudinHusin 08/02/2020)

PAKATAN NASIONAL..ALKISAH LEBAI MALANG



Jebon.



Pakatan Nasional... Alkisahnya.

PAS cuba memerangkap UMNO, tetapi PAS yang terperangkap. Hari ini menjadi sejarah pahit buat para lebai dan walaun-walaun khadam MCA , bila semua yang dirancang tidak menjadi. 

Sebaliknya, UMNO mula sangsi dengan tindak tanduk PAS yang melambung sakan isu Pakatan Nasional. Kononnya Tun ajak PAS dan UMNO untuk membentuk satu pakatan baru bernama Pakatan Nasional.

Walhal, yang sebenarnya Tun hanya menganjing jer. Tun pura-pura nak tengok akai lebai mereng Presiden PAS... betul ker tak lebai tu bercita-cita besar untuk jadi TPM dalam Pakatan Nasional... Tengok-tengok dia pulun sungguh...🀣🀣🀣

Itulah standard 'lebai-lebai PAS'... Cakap berdegar-berdengar, dalam spenda penuh taik...

Hari ni MT UMNO bersidang... isu kerajaan baru Pakatan Nasional dah tutup buku.. dah tak timbul, siapa yang  akan jadi PM, TPM 1, TPM 2, dan siapa yang akan dilantik untuk menjadi Menteri-menteri kabinet baru dari PAS dan UMNO... semuanya hanya khayalan dan angan-angan PAS sahaja.

Hari ini UMNO mula belajar mengenali PAS... hari ni UMNO baru tahu...daripada 10 yang PAS cakap, 11 tak boleh percaya!

Alkisahnya....😎😎😎😎



DAKWAAN RASUAH TERHADAP AIR ASIA




1. Didakwa berlaku antara 2005 - 2014
(PH tak wujud lagi)

2. Yang terlibat adalah Air Asia dan Airbus
(Syarikat swasta yang takde kena mengena dengan PH)

3. Yang menjadi tumpuan adalah Tony Fernandes dan Din Merican
(Mereka bukan pimpinan mahupun ahli PH)

Alih-alih, Tun dan PH jugalah yang dikecam pemBANGANG Umnopas. Kegilaan apa ni?

-----

Ini bukan isu politik. Tetapi dipolitikkan. Jadi kalau nak kaitkan dengan politik pun, yang patut kene adalah Najib dan UMNO/BN. Kalau.... Kalau nak kaitkan dengan politik.... Yang patut dikaitkan adalah Najib dan UMNO/BN. Sebab:

1. Sepanjang 2005 - 2014, yang menjawat jawatan PM/TPM adalah Najib dan UMNO/BN.

2. Yang dicat pada badan pesawat Air Asia menjelang PRU 14 adalah slogan Najib dan UMNO/BN.

3. Yang dikempen oleh Tony Fernandes menjelang PRU 14 adalah Najib dan UMNO/BN.

Adrian lim chee en


TUBUH KERAJAAN ‘PINTU BELAKANG’ ROSAKKAN NEGARA – DR JENIRI

Selagi Jantung Berdenyut



Selagi Jantung Berdenyut

#Bergabungpastimeletup
#bukanbicarabiasa

Hampir tiga tahun beliau dipenjara. 
Satu tahun setengah di Kemunting (OSA) dan selebihnya di Penjara Kajang (ISA).

Beliau dihukum gara-gara melawan rasuah dan menentang secara konsisten apa sahaja jenis rasuah.

Bukan sahaja sosok tubuh beliau telah dipisahkan daripada dunia luar tetapi juga roh serta semangat juangnya  cuba dimandulkan.
Menghitung hari berselimut sepi siang dan malam . Jauh dari kasih sayang keluarga dan sanak saudara.
***
Soalan :- 
(Saya)
-Apakah  aktiviti Datok semasa berada dalam tirai besi ?

(Ezam) - Saya menghabiskan masa membaca dan membaca terus membaca . Membaca apa sahaja bahan dibekalkan.

Bukan hanya soalan itu  yang saya tanya. Banyak lagi . Cukuplah untuk rujukan saya sahaja. Fokus utama adalah peralihan kuasa bukan masa lalu beliau.
***
Malam tadi  Datuk Ezam Mohd Noor disambut mesra oleh para reformis yang datang dari segenap daerah khasnya negeri Perak.

Ternyata Ezam masih dirindui oleh rakyat khususnya rakan-rakan sepejuangan zaman kebangkitan reformasi.
***
Ezam ibarat anak kesayangan yang 'merajuk' membawa diri.  Anak yang dinanti-nantikan kepulangannya sewaktu telaga reformasi semakin kontang.
Januari 2020 hatinya telah terbuka 
untuk kembali ke pangkuan keluarga reformis dan rakyat. 

Malam tadi beliau sekali lagi menegaskan -  akan berjuang bersama melawan diktator.
Kembali untuk membasahkan lagi semangat juang reformis. Membujur Lalu Melintang Patah.

Seperti kata Ezam - Diktator adalah sifatnya anti reformasi. Takut apa lagi... Lawan tetap lawan.

#DSANWARPM8





SAJAT BUAT HAL KENAPA PH SALAH?

BAKAL PM-8 BUKA RUANG TUN MAHATHIR NASIHATI KERAJAAN

LAGI PENYEBAR BERITA PALSU DIBURU

TIADA SEBAB BUKAN ANWAR SEABGAI PM8



TIADA SEBAB BUKAN ANWAR SBG PM8

Apabila Anwar jadi PM nanti kerja-kerja jual beli MP guna Matematik Politik songsang akan terhenti.

Sebab semua helah nak wujud Pakatan Nasional ke, Muafakat Tak Rasional ke bertitik kepada nak halang Anwar dari jadi PM, itu je. Bukan untuk jaga negara atau bangsa pun... bohong orang politik saja.

Kita tahu siapa punya kerja... terang lagi bersuluh. Anwar naik je kena bersihkan puak-puak haprak yang ada dalam PH hari ini biar mereput mereka tanpa apa-apa jawatan.

Si Zahid dia dah tak fikir nak jadi PM dah,  yang penting dia selamat dari masuk penjara... itu je. UMNO pun dia dah tak penting... betul Lokman kata.

Hisham pula katanya boleh bawa 30 MP Umno bersama dalam Pakatan Nasional + Pas 18 + PPBM 20 + Kartel PKR 6 = 74.

Hahaha... depa ingat Tun M nih bodoh Matematik kut?

Percayala... tak masuk dalam kepala Tun M pun tebtang Pakatan Nasional mungkin berlegar dalam kepala ABY dan Poksu Nordin je kot. PPBM dalam keadaan selesa dalam kerajaan kenapa nak jadi pembangkang? Anwar jadi PM pun PPBM tetap parti kerajaan berkongsi memerintah... kartel memang wajar menggelumpur pun yang tiba-tiba nak heret Tun M dalam percaturan songsang itu buat apa? Tun M tetap akan serah pada Anwar jawatan PM seperti dijanjikan dan apa yang dok perkitar dan berputar itu sebagai hiburan politik je bagi Tun M.

Untuk apa Tun perlu halang Anwar? Takkan kerana nak halang Anwar,  Tun pilih jalan masalah pada negara? Dunia sekarang sedang tunggu Anwar sebagai PM khususnya dalam Asean untuk sama-sama bangkit dan setiakawan dalam Asean. Negara-negara Islam juga mengharapkan Anwar, mereka tak kenal pun Azmin atau Zuraida. Saifudin Abdullah menteri luar pun mereka tak kenal, apatah lagi Jaafar Kamarudin?

Baru sekejap tadi seorang bekas Profesor Undang-undang UIA mengatakan Anwar ini disenangi oleh Istana, orang kampung miskin, pegawai kerajaan, intelektual dalam negara dan miliki kawan dari kalangan pemimpin dunia khususnya negara Islam termasuk Saudi.

Sudah tentu sebelum Tun bersara terus, Tun M akan pastikan legasi dia disambung oleh seorang pemimpin yang boleh membawa Malaysia kearah yang lebih baik selepas imej kita dirosakan oleh skandal kewangan terbesar dunia 1MDB dan salah urus kewangan syarikat milik kerajaan seperti Felda dan TH.

Pembangkang pula melihat bila Anwar naik nanti mereka alan berdepan dengan suasana sukar dan getir sebab cara Anwar bekerja mereka tahu Anwar tidak akan duduk diam bagi menguatkan kerajaan PH.



BILA NAK BERCUTI ???




benar juga ya...
oyeaaaaa
Imej mungkin mengandungi: 46 orang, termasuk Jamzuri Ardani dan Goh Ahock, orang senyum
Mahu tag Jamzuri Ardani?  
Ya · Tidak
Emren Bahri

ELOK 46 GENG Yg mempertahankan ZURAIDA tu MOHON CUTI SAMA Dari PKR . Bersama dgn Semua Ahli YG SOKONG mereka Di Cabang NYA . BERANI ?


Tahniah & Syabas Pakatan Harapan (PH)


MOHD ZAISAHAM


AlhamduliLLAH .....

....Tahniah & Syabas Pakatan Harapan (PH)

Terima Kasih Rakyat Malaysia Kerana telah Memberi MANDAT kepada PAKATAN HARAPAN (PH) menerajui Negara...


SELEPAS PAKATAN NASIONAL GAGAL, INILAH KESEMPATAN TERBAIk MAJLIS PRESIDEN TETAPKAN TARIKH SERAH KUASA



Sebagaimana yang dijangka, hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional, akhirnya sah telah menemui kegagalan.

Perkara itu yang sepatutnya diputuskan oleh MT UMNO, sebaliknya langsung tidak dibincangkan dalam mesyuarat semalam.
Keadaan itu nampaknya bertentangan sama sekali dengan pengakuan beberapa ahli MT UMNO sebelum ini yang mengatakan isu pembentukan Pakatan Nasional akan menjadi tajuk perbincangan utama mesyuarat itu.

Malah, tindakan tidak membincangkan perkara itu juga berbeza dengan rakaman audio Presiden UMNO, Zahid Hamid sepertimana yang didedahkan oleh Lokman Noor Adam yang jelas menampakkan keinginannya untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir.

Tindakan tidak membincangkan isu kerjasama itu tentu saja ada kaitan dengan tindakan Lokman mendedahkan rakaman audio Zahid Hamidi itu sehingga menimbulkan rasa tidak senang dan penolakan majoriti ahli UMNO terhadapnya.
Jika ia dibincangkan juga, ada kemungkinan soal kerjasama itu akan ditolak oleh majoriti ahli MT UMNO dan ia akhirnya akan memberi malu kepada Zahid Hamidi sendiri.

Maka, jalan selamat ialah MT UMNO tidak membincangkan langsung soal kerjasama tersebut.

Zahid Hamidi, dalam hal ini, barangkali bertujuan menutup malunya dengan selamba berkata, soal kerjasama dengan Tun Mahathir hanyalah sekadar khabar angin semata-mata.
Ehhh...dah jadi khabar angin pulak?

Habis, yang beliau memberi empat alasan mengapa perlu bekerjasama dengan Tun Mahathir sebagaimana rakaman audio yang didedahkan oleh Lokman itu apa dia?

Dalam hal ini, meskipun ketika ini soal kerjasama UMNO dengan Tun Mahathir dalam Pakatan Nasional untuk mengekalkannya lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri sudah tidak berjaya, ini tidak bermakna usaha itu telah berakhir sama sekali.

Selagi Tun Mahathir dibelenggu nafsu ingin berkuasa lebih lama dan rasa berat hati menunaikan janji peralihan kuasa masih ada dalam dirinya, ditambah dengan pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah kekal memimpin parti itu, PH haruslah sentiasa berwaspada dengan isu Pakatan Nasional ini.

Isu itu pasti akan muncul lagi selepas ini selagi kedua-dua pihak itu ada kepentingan masing-masing yang ingin diselamatkan.
Satu-satunya jalan untuk mengakhiri isu kerjasama itu ialah dengan Majlis Presiden PH mesti segera bermesyuarat untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dengan segera memuktamadkan tarikh penyerahan kuasa untuk Anwar menjadi PM8, ia secara automatik dapat mengekang nafsu Tun Mahathir untuk berkuasa lebih lama dan dengan sendirinya tidak lagi akan berdolak-dalik berhubung tempoh sepatutnya beliau memegang jawatan Perdana sementara yang disandangnya sekarang.

Kegagalan UMNO memuktamadkan soal bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam mesyuarat MT UMNO semalam seharusnya menjadi kesempatan terbaik untuk Majlis Presiden menjadikan PH lebih aman dengan isu peralihan kuasa yang tidak selesai-selesai sejak hampir dua tahun lamanya.

Tanpa isu peralihan kuasa menjadi bualan lagi selepas ini dan tarikh untuk Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri dapat dimuktamadkan, PH pasti mempunyai laluan yang lebih selesa untuk mengelakkan ia menjadi kerajaan selama sepenggal saja. 

(Shahbudin Husin 08/02/2020)



*TERKINI:* Laporan Khas Dari Ibu Pejabat UMNO



MOHD AISAM

*Pakatan Nasional UMNO PAS Untuk Masuk Kerajaan Gagal?*

1. Ini hasil mesyuarat MT UMNO sebentar tadi. Tiada sebarang perbincangan dan keputusan dibuat oleh UMNO untuk sertai kerajaan pintu belakang sebagaimana digembar gemburkan.

2. Kenapa jadi begitu? Setelah dijelaskan DS Zahid Hamidi, sebenarnya tidak ada pelawaan pun daripada pihak Tun Mahathir kepada UMNO atau pun PAS untuk menyertai kerajaan pimpinan Tun. Yang ada hanya maklumat daripada PAS yang mengajak UMNO sertai kerajaan.

3. Manakala PAS juga tidak dipelawa oleh Tun M untuk sertai kerajaan. Sebaliknya PAS yang bertemu Tun dan menyatakan hasrat menyokong kerajaan Tun dan sedia untuk bersama membentuk kerajaan. Tetapi Tun membalas kalau benar sokong perlu sokong di parlimen. Bukan mengundi menentang semua usul, pindaan pindaan akta yang dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. Itu hipokrik.

4. Buat kali pertama UMNO dimalukan oleh PAS yang mengajak UMNO sertai kerajaan kononnya untuk menyokong Tun membuang DAP, AMANAH dan Anwar daripada kerajaan. Walhal tiada pelawaan dari Tun, melainkan PAS sahaja yang berhasrat sertai kerajaan.

5. Oleh itu MT UMNO membuat keputusan untuk tidak memanjangkan perbincangan atau membuat sebarang keputusan kerana mereka tidak dipelawa pun menyertai kerajaan. Dalam masa yang sama UMNO membuat keputusan memecat Lokman Nor Adam yang memalukan Presiden dengan pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Keputusan ini juga memberi pengajaran kepada UMNO bahawa PAS berupaya untuk khianat kepada Muafakat Nasional bersama UMNO bila bila masa sahaja demi kuasa.

Laporan dari PWTC
7 February 2020
9 pm


Kenyataan wayang Media. Mesyuarat MT UMNO..MOHD SHAH RIM

TERKINI: Jumlah kerusi parlimen selepas mesyuarat MT UMNO.

Tiada penerangan foto disediakan.

ADAKAH KERAJAAN PULAU PINANG AKAN MENDIAMKAN DIRI ?

NIZAM AKA

Yang lebah dasyat..Akhbar Huruharakah Berselindung Di Sebalik Tanda Soal Untuk Mengelak daripada Disaman..Kalau dah yakin Dap lindungi kegiatan haram di Pulau Pinang,tuduh ajelah dan kemukakan bukti..Akhbar Paling Dayus dan Pengecut..Akhbar yang hanya layak sebagai Kaunter Pertanyaan sabab selalu ada tanda soal..

(function() { var d = document, w = window; w

Sajat ‘Kebal’ Di Thailand, Dapat Perlindungan Bukan Calang-Calang Orang.

  PπšŽπš›πšπšŠπš—πšŠ π™ΌπšŽπš—πšπšŽπš›πš’ πšƒπš‘πšŠπš’πš•πšŠπš—πš π™ΌπšŠπšœπšžπš” π™²πšŠπš–πš™πšžπš›? π™³πšŽπš—πšπšŠπš— πš™πšŽπš›πš•πš’πš—πšπšžπš—πšπšŠπš— πšπšŠπš›πš’πš™πšŠπšπšŠ πš”πšŽπš›πšŠπš“πšŠ...