*TERKINI:* Laporan Khas Dari Ibu Pejabat UMNO



MOHD AISAM

*Pakatan Nasional UMNO PAS Untuk Masuk Kerajaan Gagal?*

1. Ini hasil mesyuarat MT UMNO sebentar tadi. Tiada sebarang perbincangan dan keputusan dibuat oleh UMNO untuk sertai kerajaan pintu belakang sebagaimana digembar gemburkan.

2. Kenapa jadi begitu? Setelah dijelaskan DS Zahid Hamidi, sebenarnya tidak ada pelawaan pun daripada pihak Tun Mahathir kepada UMNO atau pun PAS untuk menyertai kerajaan pimpinan Tun. Yang ada hanya maklumat daripada PAS yang mengajak UMNO sertai kerajaan.

3. Manakala PAS juga tidak dipelawa oleh Tun M untuk sertai kerajaan. Sebaliknya PAS yang bertemu Tun dan menyatakan hasrat menyokong kerajaan Tun dan sedia untuk bersama membentuk kerajaan. Tetapi Tun membalas kalau benar sokong perlu sokong di parlimen. Bukan mengundi menentang semua usul, pindaan pindaan akta yang dibentangkan oleh kerajaan di parlimen. Itu hipokrik.

4. Buat kali pertama UMNO dimalukan oleh PAS yang mengajak UMNO sertai kerajaan kononnya untuk menyokong Tun membuang DAP, AMANAH dan Anwar daripada kerajaan. Walhal tiada pelawaan dari Tun, melainkan PAS sahaja yang berhasrat sertai kerajaan.

5. Oleh itu MT UMNO membuat keputusan untuk tidak memanjangkan perbincangan atau membuat sebarang keputusan kerana mereka tidak dipelawa pun menyertai kerajaan. Dalam masa yang sama UMNO membuat keputusan memecat Lokman Nor Adam yang memalukan Presiden dengan pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Keputusan ini juga memberi pengajaran kepada UMNO bahawa PAS berupaya untuk khianat kepada Muafakat Nasional bersama UMNO bila bila masa sahaja demi kuasa.

Laporan dari PWTC
7 February 2020
9 pm


No comments: