Selagi Jantung Berdenyut



Selagi Jantung Berdenyut

#Bergabungpastimeletup
#bukanbicarabiasa

Hampir tiga tahun beliau dipenjara. 
Satu tahun setengah di Kemunting (OSA) dan selebihnya di Penjara Kajang (ISA).

Beliau dihukum gara-gara melawan rasuah dan menentang secara konsisten apa sahaja jenis rasuah.

Bukan sahaja sosok tubuh beliau telah dipisahkan daripada dunia luar tetapi juga roh serta semangat juangnya  cuba dimandulkan.
Menghitung hari berselimut sepi siang dan malam . Jauh dari kasih sayang keluarga dan sanak saudara.
***
Soalan :- 
(Saya)
-Apakah  aktiviti Datok semasa berada dalam tirai besi ?

(Ezam) - Saya menghabiskan masa membaca dan membaca terus membaca . Membaca apa sahaja bahan dibekalkan.

Bukan hanya soalan itu  yang saya tanya. Banyak lagi . Cukuplah untuk rujukan saya sahaja. Fokus utama adalah peralihan kuasa bukan masa lalu beliau.
***
Malam tadi  Datuk Ezam Mohd Noor disambut mesra oleh para reformis yang datang dari segenap daerah khasnya negeri Perak.

Ternyata Ezam masih dirindui oleh rakyat khususnya rakan-rakan sepejuangan zaman kebangkitan reformasi.
***
Ezam ibarat anak kesayangan yang 'merajuk' membawa diri.  Anak yang dinanti-nantikan kepulangannya sewaktu telaga reformasi semakin kontang.
Januari 2020 hatinya telah terbuka 
untuk kembali ke pangkuan keluarga reformis dan rakyat. 

Malam tadi beliau sekali lagi menegaskan -  akan berjuang bersama melawan diktator.
Kembali untuk membasahkan lagi semangat juang reformis. Membujur Lalu Melintang Patah.

Seperti kata Ezam - Diktator adalah sifatnya anti reformasi. Takut apa lagi... Lawan tetap lawan.

#DSANWARPM8