LAIN MAKSUD LAIN PAHAM






Ketika spekulasi bahawa akan lahir kerajaan campuran dengan beberapa parti pembangkang, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dirinya seperti “melayang” apabila dimaklumkan mengenai sokongan Umno dan PAS kepadanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai sokongan itu semasa sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata parti pembangkang boleh menyokong kerajaan di Parlimen.

"Mereka kata bahawa Umno, malah PAS, sanggup bekerja dengan saya. Saya bagi tahu mereka jika mahu bekerja dengan saya, kamu sokonglah," katanya.

Ditanya mengenai bentuk sokongan yang diharapkan, Mahathir berkata: "Di parlimen, apabila kita lakukan sesuatu yang baik, saya fikir mereka harus menyokong, bukan hanya membangkang secara buta tuli."

Mengenai sama ada beliau mengalu-alukan sokongan kepadanya, perdana menteri menjawab: "Sesiapapun yang sokong, saya rasa seperti melayang (floating)."


No comments: