PAS ‘SYAITAN YANG NYATA’, USUL PERCAYA BOLEH JUGA AKIBATKAN MAHATHIR HILANG JAWATAN PM




Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu, Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH.

Kali ini, parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad agar khidmatnya sebagai Perdana Menteri terus dikekalkan sehingga habis penggal.

Hal tersebut diumumkan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam sidang media bersama selepas perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti itu di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini.

Kata mereka, keputusan mengemukakan usul itu diambil setelah terdapat beberapa pihak yang “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan Perdana Menteri, namun sehingga kini tiada usul undi tidak percaya yang dibuat oleh mana-mana pihak.

“Usul Pas ini adalah bagi mengakhiri kemelut berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri yang dakwa mereka “telah mengganggu kestabilan politik dan ekonomi” negara.

“Usul ini sangat perlu dibincang supaya kita boleh tengok sejauh mana Perdana Menteri mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen,” kata Tuan Ibrahim lagi.

Sesungguhnya, dengan perkembangan terbaru ini, inilah parti Islam paling pelik di dunia di mana sudahlah tidak malu-malu membeli kereta mewah Mercedes untuk Exco Kelantan di ketika ramai rakyat negeri itu dibelenggu kemiskinan dan mengharapkan bantuan kerajaan, Pas melalui usul percaya ini tidak ubah telah menampakkan dirinya umpama “syaitan yang nyata“.

Kenapakah Pas masih terus sibuk-sibuk mahu mengemukan usul tersebut, sedangkan kerajaan PH masih mampunyai majoriti yang stabil dalam Parlimen?

Lagi pun, urusan peralihan kuasa adalah urusan dalaman PH yang tidak memerlukan sama sekali campurtangan Pas di Parlimen.

Malulah sikit beb…awak tu pembangkang dan buatlah kerja macam pembangkang.

Dengan jumlah sokongan 139 daripada 222 Ahli Parlimen bersama PH ketika ini, sebenarnya tiada keperluan untuk Pas yang mempunyai 18 Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri melalui usul percaya itu.

Tujuan Pas mengemukakan usul itu tidak lain telah memperlihatkan parti itu sebagai “syaitan yang nyata” iaitu mahu memporak-perandakan PH serta menyerlahkan hati yang hitam lagi dengki terhadap Anwar Ibrahim.

Islam apakah yang diamalkan Pas sebenarnya?

Berhubung usul percaya itu, Speaker Parlimen bagaimanapun boleh menolak begitu saja usul Pas itu.

Selain ia dibawa oleh pembangkang, sesuatu usul yang mahu dikemukakan di Parlimen, ia mestilah memenuhi tiga syarat iaitu perkara tertentu, melibatkan kepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Dalam usul percaya kepada Perdana Menteri yang mahu dibawa oleh Pas itu, meskipun ia adalah perkara tertentu dan untuk kepentingan ramai, tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu untuk disegerakan.

Ini kerana, oleh sebab isu peralihan kuasa adalah merupakan hal dalaman PH, Majlis Presiden boleh menyelesaikannya dengan kebijaksanaan mereka tanpa campurtangan “syaitan yang nyata” iaitu sama ada mahu menetapkan tarikh peralihan kuasa pada Mei ini atau melanjutkannya sehingga selesai Sidang Apec November depan.

Dalam pada itu, kalau pun usul itu dibenarkan juga oleh Speaker untuk dibawa, Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, mengikut prinsipnya, boleh tidak menyokongnya kerana ia dibawa oleh pihak pembangkang.

Bagaimana jika perkara itu berlaku, tidakkah ia akan menyebabkan usul percaya itu akan tewas dan Tun Mahathir perlu berundur sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah akhirnya, usul yang bertujuan mengekalkan Tun Mahathir sehingga habis penggal akan mengakibatkan Tun Mahathir kehilangan jawatannya?

Maka Tun Mahathir dan Bersatu yang boleh jadi seronok dengan usul Pas itu haruslah juga sedar dan berhati-hati kerana mungkin niat sebenar “syaitan yang nyata” di sebaliknya  ialah untuk memendekkan tempoh hayat Perdana Menteri memegang kuasa. (ShahbudinHusin 08/02/2020)

No comments: