TIADA SEBAB BUKAN ANWAR SEABGAI PM8



TIADA SEBAB BUKAN ANWAR SBG PM8

Apabila Anwar jadi PM nanti kerja-kerja jual beli MP guna Matematik Politik songsang akan terhenti.

Sebab semua helah nak wujud Pakatan Nasional ke, Muafakat Tak Rasional ke bertitik kepada nak halang Anwar dari jadi PM, itu je. Bukan untuk jaga negara atau bangsa pun... bohong orang politik saja.

Kita tahu siapa punya kerja... terang lagi bersuluh. Anwar naik je kena bersihkan puak-puak haprak yang ada dalam PH hari ini biar mereput mereka tanpa apa-apa jawatan.

Si Zahid dia dah tak fikir nak jadi PM dah,  yang penting dia selamat dari masuk penjara... itu je. UMNO pun dia dah tak penting... betul Lokman kata.

Hisham pula katanya boleh bawa 30 MP Umno bersama dalam Pakatan Nasional + Pas 18 + PPBM 20 + Kartel PKR 6 = 74.

Hahaha... depa ingat Tun M nih bodoh Matematik kut?

Percayala... tak masuk dalam kepala Tun M pun tebtang Pakatan Nasional mungkin berlegar dalam kepala ABY dan Poksu Nordin je kot. PPBM dalam keadaan selesa dalam kerajaan kenapa nak jadi pembangkang? Anwar jadi PM pun PPBM tetap parti kerajaan berkongsi memerintah... kartel memang wajar menggelumpur pun yang tiba-tiba nak heret Tun M dalam percaturan songsang itu buat apa? Tun M tetap akan serah pada Anwar jawatan PM seperti dijanjikan dan apa yang dok perkitar dan berputar itu sebagai hiburan politik je bagi Tun M.

Untuk apa Tun perlu halang Anwar? Takkan kerana nak halang Anwar,  Tun pilih jalan masalah pada negara? Dunia sekarang sedang tunggu Anwar sebagai PM khususnya dalam Asean untuk sama-sama bangkit dan setiakawan dalam Asean. Negara-negara Islam juga mengharapkan Anwar, mereka tak kenal pun Azmin atau Zuraida. Saifudin Abdullah menteri luar pun mereka tak kenal, apatah lagi Jaafar Kamarudin?

Baru sekejap tadi seorang bekas Profesor Undang-undang UIA mengatakan Anwar ini disenangi oleh Istana, orang kampung miskin, pegawai kerajaan, intelektual dalam negara dan miliki kawan dari kalangan pemimpin dunia khususnya negara Islam termasuk Saudi.

Sudah tentu sebelum Tun bersara terus, Tun M akan pastikan legasi dia disambung oleh seorang pemimpin yang boleh membawa Malaysia kearah yang lebih baik selepas imej kita dirosakan oleh skandal kewangan terbesar dunia 1MDB dan salah urus kewangan syarikat milik kerajaan seperti Felda dan TH.

Pembangkang pula melihat bila Anwar naik nanti mereka alan berdepan dengan suasana sukar dan getir sebab cara Anwar bekerja mereka tahu Anwar tidak akan duduk diam bagi menguatkan kerajaan PH.