Melayu Bermaruah dan Berfakta










MOHD MUKHLIS MOHD SYARID

Melayu Bermaruah dan Berfakta

Bila dah hendak masuk musim PRU, tiba-tiba hangat balik isu perkauman dan isu agama, padahal BN dan PN kedua-duanya sudah menjadi kerajaan selama 31 bulan. Tapi sebagai seorang yang berfikir, kita kena tahu kenapa mereka terdesak hendak memainkan isu sebegini?

Kerana mereka tak mampu berhujah dari segi ekonomi dan masa depan depan negara.

Yang paling pelik mereka boleh recycle balik hujah UMNO tentang DAP pada PRU13 padahal waktu PRU13 itu PAS kata DAP lebih baik dari MCA. Lagi hina, mereka boleh angkat pula Gerakan yang sudah terang-terang saman Kerajaan Kelantan bab hudud; peguam yang wakil saman kerajaan Kelantan pada 2015, 2 orang sudah masuk Amanah.

Tapi bila mereka bersetongkol dengan Gerakan yang tolak Hudud, mereka sendiri pun tolak hudud. Abu Chin pun Gerakan yang nak bawa masuk tapi kenapa salah DAP? Yang paling pelik, menteri luar waktu ICERD di ratifikasi pun geng mereka, tapi kenapa DAP pula yang kena getah?

Padanlah mereka tak mahu bentang RUU355, sebab mereka sendiri sudah kenal siapa yang berpura-pura. Bab komunis lagi kelakar, yang sokong komunis itu MCA dan UMNO, DAP tak pernah sokong komunis. DAP itu sendiri adalah socialis demokrasi, dan idealogi socialist itu berlawan dengan komunis. Dalam DAP ada pemimpin Melayu ( yang tak kurang pun kemelayuannya), malahan profesional macam pakar pelembagaan Dr Aziz Bari, Peguam Syahrezan Johari, aktivis dan YB Marina Ibrahim.

Mereka hanya mampu memainkan isu perkauman dan agama sebba mereka ini tak reti buat kerja pun.

Contoh mereka bising bab LTTE, habis masa 31 bulan, dakwalah balik bila ada kuasa. Macam dalam PH, kami konsistant kata 1MDB itu duit curi, Anwar sendiri ramal dari 2011 kata 1MDB akan bagi masalah pada negara. Tahun 2016, peguam negara waktu itu kata tiada bukti wang 1MDB digelapkan.

Tapi apa PH buat bila berkuasa? Betulkan balik kerosakan yang di lakukan. Buktikan dalam 2 mahkamah yang berbeza, yang derma Pak Arab itu adalah khayalan semata-mata. Ingat waktu ini lebai PAS jadi tongkat pada UMNO, siap berpuas hati dengan 1MDB. Dan kini apa yang kerisauan yang PH sebut sudah jadi kenyataan, baki hutang 1MDB RM39 billion kena bayar sampai tahun 2039, itu tak termasuk sukuk yang matang sebanyak USD3 billion kena bayar pada March 2023. Judi cabutan khas pun turun dari BN 22 kali ke 8 PH, tapi bila PAS berkuasa, naik semula jadi 22 kali. Jadi siapa khadam, siapa tuan sekarang?

Bila hendak mengundi, kita lihat track rekod pemerintahan negeri mereka. Contoh di Penang, rakyat yang kena pindah dapat rumah teres sebiji dan pampasan tunai RM45K. Di kelantan di bawah kerajaan PAS/PN, sudahlah kena halau, hanya dapat RM500 sahaja. Kampung Baru lagi kelakar, UMNO hasut kata harga tanah RM3000kps waktu PH nak offer RM1000kps, bila mereka jadi kerajaan, yang rakyat dapat hanya RM450 kaki persegi.

Kenapa mereka tak berani compare hasil negeri? Sebab tak ada apa yang hendak di banggakan. Air karat, sumber hasil negeri dari tebang balak, tukar Mercedis baru, dapat duit royalti 400 juta bagi bonus 50K pada diri sendiri, lepas tu melancong ke luar negara pakai duit anak syarikat negeri.

Yang pasti banyak Rakyat dapat waktu PH jadi kerajaan. Inflasi kurang, harga barang yang stabil, internet murah sebab sudah pecah monopoli. Yang sekarang ini auto-pilot, bukan kata harga telur, telur pun tak ada dekat pasaran. Harga ayam lagilah banyak tempat yang sudah cecah RM10/kg. Gaji minimum pun tak boleh nak laksana, inikan nak memulihkan negara.

Selain dari itu, PH juga membongkar isu yang mengugat keselamatan negara macam Kapal LCS yang tak siap. Mat Sabu boleh sahaja makan gaji buta tak buat apa-apa, tapi dia risau dengan amanah rakyat sebab itu dia gesa Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) untuk siasat. Ingat kapal LCS ini mula2 di canang akan berlayar pada 2017, tapi ikut PAT, hanya akan berlayar pada tahun 2026.

Itu belum masuk bab pemulihan tabung haji zaman PH yang mendapat pujian jabatan audit negara. Yang pelik, PAS/BN beria-ria nak buat RCI konon nak cari kesalahan PH, tapi kenapa laporan RCI yang patut selesai Julai lepas tak di hebahkan pada umum? Takut rakyat tahu yang TH berjaya di pulihkan zaman PH ke?

Itulah dia tuan-tuan, bila kita berhujah secara fakta kita tahu, siapa yang sebenarnya berkerja untuk rakyat dan siapa yang makan gaji buta. Lagi pelik ada yang bangga dia tebuk atap kerajaan PH dahulu, tanpa segan silu mengaku. Tapi bila Allah izinkan mereka jadi kerajaan secara istidraj, satu apa pun mereka tak boleh deliver.

Negara Malaysia ini akan berhadapan dengan zaman getir kalau kerajaan yang di pilih salah. Masakan kestabilan akan datang kalau yang memerintah tu dari parti penyamun, masakan rahmat akan turun kalau yang memerintah itu dari pengkhianat dan penunggang agama. Tapi Malaysia akan jadi baldatun toyyibatun warobbun ghofur, kalau pemimpin yang di pilih itu Qawwi dan Amin.

Sebagai penutup, PH dari dulu sebut mereka ini dua-dua tak guna, seorang kerja menyamun, seorang lagi tunggang agama. Bila mereka nak bersama sebab ghanimah mereka kata ini semua penyatuan ummah. Bila dah tak dapat ghanimah, mula tuduh penyamun dan penunggang agama balik, padahal itu apa yang PH kata dari dulu. Tak mustahil kalau mereka tak cukup kerusi, mereka akan bertaut kembali.

Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "

 

PENGUNDI MUDA HARUS MELAKUKAN INTROSPEKSI NASIONAL



1. Sudah sampai waktunya dalam PRU ini pengundi memilih tidak berdasarkan kaum dan sentimen agama sempit. Sudah sampai ketikanya pengundi memilih berdasarkan merit, ketokohan calon, dan parti berwibawa untuk membina Malaysia yang maju.

2. Parti berwibawa itu ialah parti yang pemimpinnya tidak korup, tidak rasis, mampu menarik keyakinan pelabur, mempunyai idea, wawasan dan semangat Malaysia, dan dapat mengangkat Malaysia di pentas antarabangsa.

3. Saya tidak mengharapkan hal ini kepada pengundi 40 tahun ke atas kerana mereka sudah mempunyai pandangan politik yang stabil terhadap parti yang hendak disokong. Tetapi bagi pengundi muda yang berumur 18-20 tahun, 21-29 tahun, dan 30-39 tahun, saya mempunyai harapan yang besar terhadap mereka.

4. Setakat bilangan pengundi yang diwartakan sehingga 16 Jun 2022, pengundi berumur 18-20 tahun adalah seramai 1,141,699 (5.4%), 21-29 tahun seramai 4,974,627 (23.56%), dan 30-39 tahun seramai 4,705,278 (22.28%) daripada jumlah pengundi seramai 21,115,934 orang.

5. Jika dicampurkan jumlah pengundi muda 18-39 tahun, peratusan mereka ialah 51.24%. Peratusan ini tinggi dan sangat signifikan dalam menentukan parti yang menang dalam pilihan raya nanti, sekali gus arah tuju bangsa ini.

6. Pengundi muda ini cerdik, celik ICT, terdedah kepada media sosial, dan peka kepada isu-isu semasa. Biarpun ramai yang menyatakan pengundi 18-20 tahun akan mengundi mengikut kecenderungan politik ibu bapa dan rakan sebaya, mereka adalah pengundi bermaklumat. Mereka cerdik dalam menentukan apa yang terbaik untuk negara dan masa depan mereka.

7. Saya berharap pengundi muda ini menolak politik perkauman dan politik keagamaan yang sempit. Demi negara, saya harap mereka berani melakukan introspeksi nasional tanpa dipisahkan oleh perbezaan kaum dan agama. Jangan biarkan diri diperkotakkan katikkan oleh perbezaan ini oleh ahli-ahli politik. Terima realiti kita negara majmuk.

8. Bagi saya, sikap orang politik yang memperdagangkan bangsa dan agama setiap kali pilihan raya memalukan. Ini menggagalkan usaha untuk membina Malaysia yang hebat sedangkan merekalah yang berdegar berjanji untuk membina hubungan rakyat dengan rakyat yang harmoni.

9. Jika ada parti yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu, sejauh manakah bangsa ini maju sekarang? Yang kita tahu setiap kali pilihan raya, parti inilah yang menggunakan orang desa dengan sentimen etnisiti untuk mendapat sokongan.

10. Begitu juga parti agama, saya melihat kata-kata pemimpinnya penuh dengan sentimen dan emosi. Dan pembangunan negeri di bawah terajunya pun tidak boleh dijadikan contoh. Pandangan politiknya banyak yang memecah belahkan masyarakat, bukannya menyatukan.

11. Saya kali ini tegas menolak parti sebegini. Kerana bagi saya parti yang hebat ialah parti yang komited menempatkan kepentingan negara multietnik ini di atas kepentingan parti.

12. Saya harap anak muda juga begitu, melakukan introspeksi nasional bagi membangunkan Malaysia yang hebat, berdaya saing, dan harmoni.

 

 

WIBAWA

 

WIBAWA





Mana baik kita sokong. Mana salah kita bantah.

We give credit where credit is due.

PRU kali ini, PKR membuat langkah ke hadapan. Pemilihan calon pilihanraya dibuka kepada orang ramai yang berminat dan dibuat secara dalam talian.

Ada spesifikasi khusus dari segi pendidikan, kelayakan dan pengalaman.

Ini satu perkara yang baik. Ia memecah tradisi biasa parti politik di mana calon dipilih di kalangan cabang/ ranting. Bahagian atau cawangan.

At the rate we are going, we don’t need too many politicians. Dah terlampau ramai.

We are actually in dire need of leaders and governors. Mereka yang boleh mentadbir dan merubah Malaysia. Tak semestinya politikus semata2.

Saya teruja kerana line up yang diumum ini mereka dari set Melayu wibawa.

Hebat

belaka. Yang paling saya minat ialah Saudara Nik Omar. Saya ikuti perkembangan politik beliau dari dulu. He has similarities and resemblance of Tok Guru.

Saya dengar dia akan melawan seorang warlord di Perak. Saya harap beliau menang. Suatu nafas baru buat Malaysia. Bila muka baru yang wibawa tumbangkan warlord. Ini menunjukkan pengundi kita mula matang.

Tak sabar nak tengok line up Parti lain pula. Saya harapkan lebih ramai calon yang terdiri daripada Towering Malaysians dan Melayu wibawa. Bukan level air suam dan basuh koridor saja.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

ANWAR INGIN TUNJUKKAN USAHA MEMBINA SEMULA NEGARA BUKAN TERHAD KEPADA PEMEGANG JAWATAN PARTI SEMATA-MATA

 

Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh individu berprofail tinggi daripada kalangan profesional, agamawan dan bekas pegawai kanan kerajaan sebagai calon atas kouta parti itu untuk mewakili PH pada PRU15 yang akan diadakan 19 November depan.

Pengumuman dibuat dalam sidang media khas di ibu pejabat PKR, petang tadi.

Mereka ialah:-

⁃ Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Zainal Azman Abu Seman, yang akan bertanding di Perak.

⁃ Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan yang akan bertanding di Pahang.

⁃ Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga tokoh profesional kelainan upaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan.

⁃ Bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz, yang akan bertanding di Perak.

⁃ Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop yang akan bertanding di Selangor.

⁃ Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha yang akan bertanding di Negeri Sembilan.

⁃ Calon muda berusia 28 tahun yang juga seorang doktor falsafah di Universiti Malaya, Fathin Amelina Fazlie yang akan bertanding di Perlis.

Walaupun nama mereka telah diumumkan sebagai calon, kawasan mana yang ditandingi hanya akan dimaklumkan pada 28 Oktober nanti dalam satu majlis khas yang bakal diadakan di Taman Kosas, Ampang.

Dengan membawa tujuh individu tersebut secara sekaligus sebagai calon untuk mewakili PKR, ini bermakna PH telah membuka lembaran baru dengan memaparkan wajah yang lebih menarik kepada 32 juta rakyat di mana mesejnya ialah asas untuk seseorang itu dipilih sebagai calon tidak lagi terhad kepada orang parti semata-mata.

Mereka yang bertujuh ini akan melengkapkan kepelbagaian kelayakan untuk ditawarkan kepada pengundi, bukan saja untuk menjadi wakil rakyat, bahkan sebagai bakal pemegang jawatan dalam kerajaan, kiranya ditakdirkan PH memenangi PRU15, bagi sama-sama memulih dan membina semula negara ini.

Tidak sebagaimana banyak parti lain yang biasanya dan memang lumrah memilih pemegang jawatan utama dalam parti sebagai calon sehingga sanggup menangguhkan proses pemilihan kerana bimbang berlaku perpecahan, PKR sebaliknya memperlihatkan sikap keterbukaan, tidak jumud dan sedia untuk berkongsi.

Pemilihan tujuh individu berprofail tinggi ini adalah susulan daripada pendekatan PKR sebelum ini yang membuka penyertaan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menawarkan diri sebagai calon mewakili parti itu.

Difahamkan, hampir 2,000 orang telah menghantar nama beserta biodata dan kelayakan masing-masing sebagai tanda minat serta kesediaan mereka menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Dengan itu, adalah diyakini melalui pemilihan tujuh individu berprofail tinggi ini sebagai calon akan merangsang lebih ramai rakyat untuk keluar mengundi dan memilih PH pada hari pengundian 19 November akan datang, terutama daripada kalangan pengundi atas pagar dan tidak berparti.

Ini kerana melalui keterbukaan yang ditunjukkan PKR itu adalah petunjuk bahawa siapa saja rakyat yang berkelayakan serta berkemampuan tidak akan dipinggirkan, malah sentiasa dicari, untuk sama-sama menyumbang untuk negara.

Tidaklah seperti amalan sebelum ini, bertanding dan menjadi calon, baik atas nama parti apa sekali pun, lebih merupakan monopoli pemegang-pemegang jawatan utama dalam parti.

Tiada jawatan dalam parti, usah mimpilah nak merasa jadi calon.

Dengan itu, berebut-rebutlah ramai orang bertanding untuk memenangi jawatan dalam parti semata-mata untuk dipilih sebagai calon, meski kadangkala tiada apa-apa yang istimewa pun kelebihan yang ada, melainkan kerana ada banyak wang yang dimiliki.

Kalau ada pun peluang sesekali terbuka, biasanya hanya seorang dua saja daripada kalangan bukan pemegang jawatan parti yang ditonjolkan sebagai calon dan tidak pernah sehingga tujuh orang sekaligus sebagaimana dilakukan PKR ini.

Jika berjaya menjadi kerajaan, pasti peluang yang sama akan dibuka dengan lebih luas lagi dalam PRU yang seterusnya.

Makanya, pada 19 November nanti, inilah peluang untuk rakyat membuat pilihan yang betul siapa yang sepatutnya jadi kerajaan agar lebih ramai mereka yang bukan pemegang jawatan parti dapat sama-sama memberi sumbangan dan bekerja berganding bahu memulih serta membina semula negara ini. – ShahbudinHusin 26/10/2022.

CALON DAP/ PH PAHANG BAGI 2022


 

PERNAH DENGAR HJ HADI CERITA GAJI RAKYAT?

 PERNAH DENGAR HJ HADI CERITA GAJI RAKYAT?

PROJEK JANAKUASA RM9 B: KENAPA BUKAN TNB YANG BINA?

  PROJEK JANAKUASA RM9 B: KENAPA BUKAN TNB YANG BINA?

HASIL BUAH TANGAN MAHATHIR : PH enggan ulas pendedahan bekas AG, DAP kata Tommy Thomas bukan ahli


Pakatan Harapan (PH) enggan mengeluarkan sebarang ulasan berhubung pendedahan yang dibuat Pasukan Petugas Khas (STF) terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.

Walaupun bekas Peguam Negara (AG) itu dilantik semasa kerajaan PH berkuasa sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Thomas bukan ahli parti politik dan tidak ada keperluan untuk mereka mengulas berhubung hasil siasatan tersebut.

“Kami tidak perlu menjawab untuk Thomas. Dia adalah bekas AG (Peguam Negara) dan dia bukan pemimpin PH. Dia juga bukan ahli mana-mana parti politik,” katanya yang percaya Thomas akan dapat mempertahankan dirinya sendiri katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, STF mendedahkan hasil siasatan melibatkan buku kontroversi ditulis oleh Thomas tersebut.

Dalam pada itu, Loke berkata pihaknya tidak akan terperangkap dengan isu yang dimainkan berkaitan bekas AG itu yang diyakini bermotifkan politik.

“Kita tahu (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri) menggunakan isu ini sebagai peluru.

“Kita tahu mereka mahu mempolitikkan ini dan memanfaatkannya untuk pilihan raya, jadi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap itu,” katanya.

Hasil siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.

STF turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072.

 

WALAU SALING BERSAING MEREBUT KUASA, UMNO DAN PKR MILIKI AGENDA SUCI YANG SAMA- TOLAK PENGKHIANAT DARI TERUS ADA DALAM POLITIK MALAYSIA

 

Walaupun UMNO dan PKR melalui laluan nasib yang berbeza pada PRU14 tahun 2018 lalu, kedua-dua parti kini mempunyai satu persamaan yang penting demi masa depan negara ini.

Buat pertama kalinya, UMNO melalui BN telah kalah dan hilang kuasa melalui PRU14, manakala PKR melalui PH pula, juga buat pertama kali, beroleh kuasa dalam pilihan raya yang sama.

Berikutan hilang kuasa itu, sejumlah Ahli Parlimen UMNO telah melompat menjadi “katak” untuk menyertai Bersatu.

Selain ada yang melompat secara individu, yang lain pula melompat secara bergerombolan dengan dketuai Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin.

Tindakan mereka melompat itu adalah kerana dipengaruhi oleh Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu bagi menguatkan Bersatu dan seterusnya untuk memenuhi agenda beliau memungkiri janji penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Daripada kemasukan gerombolan Hamzah itulah berlakunya pelbagai ketidaktentuan dalam kerajaan, seterusnya Langkah Sheraton dan kemudiannya bermacam perkara lain yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.

Pokoknya, PRU14 telah menyaksikan UMNO dikhianati oleh pemimpin dan sejumlah Ahli Parlimennya sendiri untuk mereka berada di beranda kuasa setelah BN hilang kuasa, selain bagi menjayakan agenda tamak Tun Mahathir.

Dalam PRU15 akan datang ini, di samping matlamat utama UMNO ialah untuk kembali berkuasa, parti itu juga mahu “membunuh dan menanam” karier politik semua pengkhianat tersebut.

Tidak jauh berbeza dengan UMNO, PKR juga dikhianati oleh sejumlah pemimpinnya selepas PRU14 itu, walaupun PH berjaya merangkul kuasa dan menjadi kerajaan buat pertama kali.

Pengkhianatan yang diketuai oleh Azmin Ali, sama seperti pengkhianatan pemimpin UMNO yang diketuai Hamzah, tujuan utamanya adalah untuk menjayakan agenda mungkir janji Tun Mahathir terhadap Anwar.

Di samping menjayakan agenda tersebut, sebab lain mereka berbuat demikian tentunya ialah kerana tamak kuasa dan mengharapkan laba yang lebih besar jika Anwar berjaya diketepikan.

Tetapi, oleh sebab agenda Tun Mahathir itu tidak menjadi kenyataan, malah beliau sendiri terpelanting daripada jawatannya kerana akhirnya dikhianati oleh kumpulan Hamzah serta Azmin yang memihak kepada Mahiaddin Md Yasin untuk merampas kerusi Perdana Menteri itu, nasib pengkhianat itu kekal tidak menentu sehingga ke hari ini.

Di waktu yang sama, meskipun kumpulan Hamzah dan Azmin terus beroleh kedudukan dalam kerajaan di era Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob, pengkhianatan mereka tidak pernah diterima dengan baik.

Bukan saja rakyat menolak dan membenci, parti yang mereka khianati juga kekal wujud sehingga sekarang beserta azam yang tidak pernah padam untuk menamatkan karier politik semua yang bercop pengkhianat itu.

PRU15 ini akan menjadi medan untuk UMNO merampas semula semua kerusi yang dibawa lari oleh pengkhianat dan “katak” tersebut.

Begitu juga dengan PKR, PRU15 ini turut menjadi gelanggang untuk mengajar serta mengalahkan “katak”dan pengkhianat yang durjana itu.

Beberapa nama besar PKR sedang disusun untuk berlawan dengan semua pengkhianat tersebut agar mereka itu tidak mampu bernafas lagi dalam politik selepas PRU15 nanti.

Dalam hal ini, di sebalik UMNO dan PKR saling bersaing untuk merebut kuasa dan menjadi kerajaan dengan PKR mempertaruhkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri, manakala UMNO meletakkan Ismail Sabri sebagai “poster boynya”, kedua-dua parti sebenarnya memliki agenda suci untuk menamatkan riwayat pengkhianat yang telah membuatkan politik negara jadi kacau bilau sejak 2018 yang lalu.

Siapa yang pengundi mahu pilih sebagai kerajaan selepas PRU15 ini terserah kepada kebijaksanaan dan penilaian mata hati masing-masing, namun dalam konteks menolak semua pengkhianat tersebut, rakyat mesti bersatu hati dan tidak membenarkan biar seorang pun daripada mereka itu terus kekal sebagai Ahli Parlimen lagi.

Kalau pengkhianat tidak “dimatikan” melalui PRU15, politik negara ini akan terus kotor dan dikotorkan oleh mereka. – ShahbudinHusin 26/10/2022.



PENDAPAT AWAM MENGENAI PM 10


 

ADAKAH JUKE MEMFITNAH MDTUMPAT


 

MARKAS DALAM BANJIR

 


PAS TELAH BERJAYA LAKSANAKAN......KEH..KEH..KEH


 

PM PALING PENAKUT NAK JUMPA WARTAWAN- PALING BANYAK SIDANG MEDIA TANPA WARTAWAN

 




Mahiaddin mendakwa tindakannya meninggalkan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai dan bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama dan negara.]

Habis tu, yang pergi tubuh kerajaan haram dgn parti yg paling korup sekali atas bumi ini bersama Parti Ajaran Sesat yg dia sendiri namakan, apa halnya? Kesudahannya, dia yg kena kena tendang dari jawatan PM oleh Umno yg didakapinya.

Ada nasib dan kedudukan Melayu dan agama Islam terbela masa dia jadi PM? Yang semakin miskin siapa? Yang tambah kekerapan cabutan khas judi dari 8 ke 22 kali setahun, Islam sangat ke?

Apa agaknya modal kempen dia untuk PRU ini. Nak kata dia nak lawan rasuah? Cerminlah muka dulu. Jangan jadi kartun sangat.

Yang beri kontrak Bestarinet bernilai RM4 bilion untuk sediakan akses internet ke sekolah2 luar bandar kpd YTL waktu dia jadi Menteri Pendidikan yang gagal dilaksanakan hingga berjaya dan kemudian ditamatkan oleh Maszlee waktu kerajaan PH memerintah, siapa?

Yang berdakap dengan parti paling korup untuk tubuh kerajaan tebuk atap, siapa? Yang buat "scheme of things" bagi jawatan2 lumayan kpd ahli2 parlimen supaya sokong dia jadi PM, siapa? Itu bukan rasuah ke? Kemudian yang lantik Peguam Negara tak reti buat kerja dan Speaker Parlimen munafiq tu siapa?

Yang menyebabkan seluruh Msia menghadapi masalah pandemik Covid naik mencanak dengan kematian berpuluh-puluh ribu orang serta lumpuh ekonomi negara akibat PRN Sabah yg diadakan kerana hendak ditawan, siapa? Yang tak boleh kawal menteri2 kabinet sendiri mengamalkan dasar double standard bebas langgar peraturan PKP tanpa dihukum berbanding rakyat marhaein yang ditekan habis2an, siapa? Yang tutup Parlimen berbulan-bulan atas alasan Covid padahal takut hadapi undi tak percaya, siapa?

Janganlah guna alasan nak lawan rasuah dalam kempen PRU nanti. Dan jangan juga cuba bagi tahu rakyat yg kamu tu PM yang pandai tadbir negara padahal semakin huru-hara hidup rakyat dibuatnya. Inilah PM yang betul2 tak guna satu sen tapi masih berangan nak jadi PM sekali lagi walaupun telah gagal segagal-gagalnya. Itu pun tokoh2 agama sokong jugak. Nak muntah dibuatnya.

manan R

 

TAK BERMORAL

 






Sungguhpun video tu dah direkod awal, ia tetap tak bermoral kerana Najib adalah pesalah rasuah yang mencuri harta rakyat dengan begitu besar nilainya.

Tindakan RTM seperti memberi promosi kepadanya dan sebabkan salah tanggapan umum terhadap sistem keadilan negara. Di manakah integriti RTM?

RTM perlu lebih bertanggungjawab. Tak sepatutnya video itu ditayangkan walau apa pun alasannya. Ini bukti UMNO/BN tiada integriti dan menganggap rasuah bukan satu jenayah. Guane boh?

Raja Gelap

 

PM PENAKUT NAK DEBAT PUN TAK MAU



PM paling penakut dalam sejarah Malaysia, Isnail Sabri, menggunakan alasan 'debat bukan budaya kita' apabila dijemput berdebat oleh DS Anwar Ibrahim.

Macam yang dah diagak, memang itulah jawapan yang bakal diberi. Mana mungkin pengecut macam Ismail berani berhadapan dengan orang sehebat DS Anwar.

Lagipun, debat memang bukan budaya UMNO. Yang jadi budaya UMNO adalah fitnah dan rasuah. Kalau tak fitnah, kalau tak rasuah, tak cukup sifat sebagai pemimpin UMNO.

Lebih menggelikan hati, Isnail kata debat seperti itu tak mendatangkan hasil. Bagi penipu memang tak mendatangkan hasil sebab debat akan dedahkan rancangan jahatnya.

Tapi bagi rakyat, debat boleh berikan gambaran apa jenis pentadbiran dan idea pembangunan yang bakal dibuat sekiranya mereka calon yang mereka pilih jadi PM kelak.

Tapi nak pelik apa, Isnail dan UMNO memang tak punya sebarang rancangan untuk membantu rakyat. Mereka hanya mahu kuasa supaya boleh bebaskan kluster mahkamah dan teruskan menyakau.

Isnail juga berkata waktu ini orang sedang sibuk berkempen. Buat apa nak debat? Dia lupa agaknya yang debat juga satu bentuk kempen. Entah macam mana otaknya berfikir.

Penolakan debat ini satu indikasi jelas buat rakyat untuk menilai siapa Isnail dan UMNO sebenarnya. Apa jenis pemimpin isnail sekiranya debar pun tak berani? Guane boh?

Raja Gelap

 

 

DR WAN KAMIL CICIT TOK KENALI CALON PH DI KUBANG KERIAN








Selesai harini perlancaran Markaz Operasi PRU15 PH Kubang Kerian.

Doktor Wan Kamil anak tempatan diperkenalkan sebagai bakal calon untuk bertanding mewakili PAKATAN HARAPAN di P024 Kubang Kerian.

Beliau merupakan mantan Profesor di USM Kubang Kerian bidang fizik perubatan, membesar di Pondok Kenali, Kubang Kerian dan merupakan cicit kepada arwah Tok Kenali.

Undilah Calon Pakatan Harapan, Prof Dr Wan Kamil untuk Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir berberapa JK AMANAH Negeri, Dr Hafizah Mustaqim Ketua AWAN Kelantan, Ketua Cabang PKR Kubang Kerian, JK AMANAH Kubang Kerian dan Save Kelantan Kubang Kerian.

Sebarkan. Terima kasih.

Admin

 

PKR AKAN UMUMKAN CALON DAN KEMASUKAN CALON CALON BERPROFIL TINGGI HARI INI

 

PKR akan membuat satu pengumuman menamakan calon-calon berprofail tinggi dan kemasukan tokoh-tokoh pelbagai latar belakang dalam PRU15 ini.

Pengumuman akan dibuat dalam satu sidang media oleh Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan saya sendiri, seperti berikut:

Tarikh : 26 Oktober 2022

Masa : 2 petang

Tempat: Ibu pejabat PKR (Merchant's Square, PJ)

Orang ramai dijemput mengikuti pengumuman secara langsung melalui Facebook secara live.

 

(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...