LAWAN PEMBODOHAN PH JUAL ASET NEGARA BANYAK

 



ASET NEGARA

Pemimpin/ Parti yang baik dia memandaikan rakyat. Bukan membodohkan (dumb down).

Antara propaganda paling teruk digunakan ialah Kerajaan 22 bulan ”jual aset negara”.

Mari kita lawan propaganda dengan fakta yang ada.

****************************************************

1. “Kerajaan 22 bulan banyak jual aset negara”

Fakta: Aset yang dijual ialah aset Khazanah atau GLIC dalam urusan pelaburan. Yang boleh buat untung dijual, sama juga yang akan rugi tegar juga dijual. Itu perkara biasa la. Memang kerja dia.

Sama saja yang dibuat ketika zaman BN memerintah. Najib pun jual aset negara. Cuma mereka susah nak ngaku saja. Bila ditanya baru nak spin ke lain.

****************************************************

2. ”Tapi PH jual aset lagi banyak dari BN”

Fakta: ya, masa zaman PH banyak Khazanah jual aset, aset yang boleh bagi dividen dan pulangan kepada negara.

Kerana hakikatnya sumber/ hasil Kerajaan berkurang ketika PH memerintah.

Bila Kerajaan tukar GST ke SST, hasil cukai yang diterima daripada rakyat hanya RM 20b. Bukan RM40b seperti ketika GST. Maknanya kurang hasil dan sumber Kerajaan. Rakyat pun tak tertekan sangat.

Kutipan hasil cukai judi juga kurang. Sebab PH kurangkan cabutan judi ke 8 kali daripada 22 kali. Taknak rakyat jadi tahi judi. Takde la banyak sgt makan wang haram.

Pada saya, lagi elok dijual aset Khazanah yang boleh buat pulangan, daripada Kerajaan BN yang tekan rakyat dengan cukai GST. Dan guna belanja dari cukai judi.

Kerajaan nak tambah duit, mana satu lebih afdal? Kenakan cukai tinggi kepada rakyat atau jual aset sendiri? Sendiri mahu pikir.

****************************************************

3. ”Tapi PH juga jarah duit Petronas”

Fakta: BN masa 22 bulan marah dan maki PH ambil dividen Petronas RM54bilion. Tapi tahun 2022, Kerajaan BN ambil duit Petronas RM50b, diaorang senyapkan.

Ada akbar laporkan, Ku Li dalam satu wawancara berkata UMNO terima RM40b setiap tahun daripada Petronas sejak tahun 1970an.

Siapa yang teruk lagi menjarah ni?

****************************************************

Kalau betul nak bicara mengenai aset negara, tanyakan Kerajaan BN mengenai:

1. Proton yang dijual ke China.

2. Tanjung Pagar yang dijual ke Singapura

3. IPP kita yang hilang terjual kerana 1MDB

4. Tanah2 kita untuk ECRL, Bandar Malaysia, Forest City yang terjual ke bangsa asing.

Itu baru betul jual aset negara. Yang mereka buat2 lupa. Tapi pandai menyalahkan orang sahaja.

#lawanpembodohan #manabaikkitasokong #manasalahkitabantah

 

No comments: