PM paling penakut dalam sejarah Malaysia, Isnail Sabri,
menggunakan alasan 'debat bukan budaya kita' apabila dijemput berdebat oleh DS
Anwar Ibrahim.
Macam yang dah diagak, memang itulah jawapan yang bakal diberi.
Mana mungkin pengecut macam Ismail berani berhadapan dengan orang sehebat DS
Anwar.
Lagipun, debat memang bukan budaya UMNO. Yang jadi budaya UMNO
adalah fitnah dan rasuah. Kalau tak fitnah, kalau tak rasuah, tak cukup sifat
sebagai pemimpin UMNO.
Lebih menggelikan hati, Isnail kata debat seperti itu tak
mendatangkan hasil. Bagi penipu memang tak mendatangkan hasil sebab debat akan
dedahkan rancangan jahatnya.
Tapi bagi rakyat, debat boleh berikan gambaran apa jenis
pentadbiran dan idea pembangunan yang bakal dibuat sekiranya mereka calon yang
mereka pilih jadi PM kelak.
Tapi nak pelik apa, Isnail dan UMNO memang tak punya sebarang
rancangan untuk membantu rakyat. Mereka hanya mahu kuasa supaya boleh bebaskan
kluster mahkamah dan teruskan menyakau.
Isnail juga berkata waktu ini orang sedang sibuk berkempen. Buat
apa nak debat? Dia lupa agaknya yang debat juga satu bentuk kempen. Entah macam
mana otaknya berfikir.
Penolakan debat ini satu indikasi jelas buat rakyat untuk
menilai siapa Isnail dan UMNO sebenarnya. Apa jenis pemimpin isnail sekiranya
debar pun tak berani? Guane boh?