Melayu Bermaruah dan Berfakta










MOHD MUKHLIS MOHD SYARID

Melayu Bermaruah dan Berfakta

Bila dah hendak masuk musim PRU, tiba-tiba hangat balik isu perkauman dan isu agama, padahal BN dan PN kedua-duanya sudah menjadi kerajaan selama 31 bulan. Tapi sebagai seorang yang berfikir, kita kena tahu kenapa mereka terdesak hendak memainkan isu sebegini?

Kerana mereka tak mampu berhujah dari segi ekonomi dan masa depan depan negara.

Yang paling pelik mereka boleh recycle balik hujah UMNO tentang DAP pada PRU13 padahal waktu PRU13 itu PAS kata DAP lebih baik dari MCA. Lagi hina, mereka boleh angkat pula Gerakan yang sudah terang-terang saman Kerajaan Kelantan bab hudud; peguam yang wakil saman kerajaan Kelantan pada 2015, 2 orang sudah masuk Amanah.

Tapi bila mereka bersetongkol dengan Gerakan yang tolak Hudud, mereka sendiri pun tolak hudud. Abu Chin pun Gerakan yang nak bawa masuk tapi kenapa salah DAP? Yang paling pelik, menteri luar waktu ICERD di ratifikasi pun geng mereka, tapi kenapa DAP pula yang kena getah?

Padanlah mereka tak mahu bentang RUU355, sebab mereka sendiri sudah kenal siapa yang berpura-pura. Bab komunis lagi kelakar, yang sokong komunis itu MCA dan UMNO, DAP tak pernah sokong komunis. DAP itu sendiri adalah socialis demokrasi, dan idealogi socialist itu berlawan dengan komunis. Dalam DAP ada pemimpin Melayu ( yang tak kurang pun kemelayuannya), malahan profesional macam pakar pelembagaan Dr Aziz Bari, Peguam Syahrezan Johari, aktivis dan YB Marina Ibrahim.

Mereka hanya mampu memainkan isu perkauman dan agama sebba mereka ini tak reti buat kerja pun.

Contoh mereka bising bab LTTE, habis masa 31 bulan, dakwalah balik bila ada kuasa. Macam dalam PH, kami konsistant kata 1MDB itu duit curi, Anwar sendiri ramal dari 2011 kata 1MDB akan bagi masalah pada negara. Tahun 2016, peguam negara waktu itu kata tiada bukti wang 1MDB digelapkan.

Tapi apa PH buat bila berkuasa? Betulkan balik kerosakan yang di lakukan. Buktikan dalam 2 mahkamah yang berbeza, yang derma Pak Arab itu adalah khayalan semata-mata. Ingat waktu ini lebai PAS jadi tongkat pada UMNO, siap berpuas hati dengan 1MDB. Dan kini apa yang kerisauan yang PH sebut sudah jadi kenyataan, baki hutang 1MDB RM39 billion kena bayar sampai tahun 2039, itu tak termasuk sukuk yang matang sebanyak USD3 billion kena bayar pada March 2023. Judi cabutan khas pun turun dari BN 22 kali ke 8 PH, tapi bila PAS berkuasa, naik semula jadi 22 kali. Jadi siapa khadam, siapa tuan sekarang?

Bila hendak mengundi, kita lihat track rekod pemerintahan negeri mereka. Contoh di Penang, rakyat yang kena pindah dapat rumah teres sebiji dan pampasan tunai RM45K. Di kelantan di bawah kerajaan PAS/PN, sudahlah kena halau, hanya dapat RM500 sahaja. Kampung Baru lagi kelakar, UMNO hasut kata harga tanah RM3000kps waktu PH nak offer RM1000kps, bila mereka jadi kerajaan, yang rakyat dapat hanya RM450 kaki persegi.

Kenapa mereka tak berani compare hasil negeri? Sebab tak ada apa yang hendak di banggakan. Air karat, sumber hasil negeri dari tebang balak, tukar Mercedis baru, dapat duit royalti 400 juta bagi bonus 50K pada diri sendiri, lepas tu melancong ke luar negara pakai duit anak syarikat negeri.

Yang pasti banyak Rakyat dapat waktu PH jadi kerajaan. Inflasi kurang, harga barang yang stabil, internet murah sebab sudah pecah monopoli. Yang sekarang ini auto-pilot, bukan kata harga telur, telur pun tak ada dekat pasaran. Harga ayam lagilah banyak tempat yang sudah cecah RM10/kg. Gaji minimum pun tak boleh nak laksana, inikan nak memulihkan negara.

Selain dari itu, PH juga membongkar isu yang mengugat keselamatan negara macam Kapal LCS yang tak siap. Mat Sabu boleh sahaja makan gaji buta tak buat apa-apa, tapi dia risau dengan amanah rakyat sebab itu dia gesa Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) untuk siasat. Ingat kapal LCS ini mula2 di canang akan berlayar pada 2017, tapi ikut PAT, hanya akan berlayar pada tahun 2026.

Itu belum masuk bab pemulihan tabung haji zaman PH yang mendapat pujian jabatan audit negara. Yang pelik, PAS/BN beria-ria nak buat RCI konon nak cari kesalahan PH, tapi kenapa laporan RCI yang patut selesai Julai lepas tak di hebahkan pada umum? Takut rakyat tahu yang TH berjaya di pulihkan zaman PH ke?

Itulah dia tuan-tuan, bila kita berhujah secara fakta kita tahu, siapa yang sebenarnya berkerja untuk rakyat dan siapa yang makan gaji buta. Lagi pelik ada yang bangga dia tebuk atap kerajaan PH dahulu, tanpa segan silu mengaku. Tapi bila Allah izinkan mereka jadi kerajaan secara istidraj, satu apa pun mereka tak boleh deliver.

Negara Malaysia ini akan berhadapan dengan zaman getir kalau kerajaan yang di pilih salah. Masakan kestabilan akan datang kalau yang memerintah tu dari parti penyamun, masakan rahmat akan turun kalau yang memerintah itu dari pengkhianat dan penunggang agama. Tapi Malaysia akan jadi baldatun toyyibatun warobbun ghofur, kalau pemimpin yang di pilih itu Qawwi dan Amin.

Sebagai penutup, PH dari dulu sebut mereka ini dua-dua tak guna, seorang kerja menyamun, seorang lagi tunggang agama. Bila mereka nak bersama sebab ghanimah mereka kata ini semua penyatuan ummah. Bila dah tak dapat ghanimah, mula tuduh penyamun dan penunggang agama balik, padahal itu apa yang PH kata dari dulu. Tak mustahil kalau mereka tak cukup kerusi, mereka akan bertaut kembali.

Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

"Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. "