Saifuddin : Mahathir Dan Najib Perlu Bertanggungjawab





Ditulis oleh shuaib ayob
25/03/2011


PETALING JAYA 25 MAC : Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menggesa Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turut
serta memikul tanggungjawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes fitnah video lucah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Saifuddin, kedua-dua tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada individu-individu yang sanggup menjadi alat kepada Umno untuk mengekalkan kekuasaan.

"Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk
terus berkuasa.

"Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno,
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Saifuddin mengimbau kembali konspirasi 1998 yang dikepalai oleh Mahathir menunjukkan individu terlibat menjatuhkan Anwar, mendapat ganjaran besar.

Beliau memberi contoh kenaikan pangkat luar biasa Pegawai penyiasat kes fitnah pertama, Tan Sri Musa Hassan sehingga menjadi Ketua Polis Negara serta

Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Abdul Ghani Patail yang menjadi Peguam Negara selain beberapa hakim yang terlibat dalam menjayakan dan memporak-perandakan
sistem kehakiman Malaysia.

"Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan."

"Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka
juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

"Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau.

Saifuddin yakin Najib kini menggunakan taktik sama seperti Mahathir selepas tuduhan rekayasa Anwar meliwat Saiful Bukhari Azlan serta 'kemunculan semula' Ummi Hafilda.

Beliau memberi contoh betapa pengakuan terbuka seorang ahli perniagaan, Baginda Minda oleh yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

"Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga
akan dilindungi.

"Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia," kata beliau.

Negara pada Isnin lalu dikejutkan dengan tayangan video lucah secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalang kepada siri tayangan video lucah itu walau bagaimanapun tidak dikenakan sebarang tindakan perundangan meskipun perbuatan mereka menyalahi Seksyen 292 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 kerana menayang bahan lucah kepada awam.

Mereka juga hanya disoal siasat selama 5 jam berbanding tempoh 10 jam yang diperuntukkan untuk soal siasat ke atas pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock
yang akhirnya membawa kematian kepada mendiang.

RAHIM THAMBI ..SILA LETAK JAWATAN PENGERUSI RISDA

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid

Eskay Minta Saya Bekal Anggota UTK, Kata Bekas Pegawai Megat Junid
Ditulis oleh Naem Raffi
25/03/2011 Share


KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Shazryl Eskay dilaporkan memohon khidmat empat anggota Unit Tindakan Khas beberapa hari sebelum beliau menayangkan sebuah video seks untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengawal Peribadi kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Mohamad Mahti Abdul Rahim, berkata Eskay memintanya mendapatkan khidmat anggota UTK itu untuk sebuah projek yang dipersetujui oleh “orang nombor satu’ negara.

Mahti berkata beliau telah turut dibawa berjumpa dengan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim namun akhir mengambil keputusan tidak mahu terbabit dalam sebarang perancangan mereka.

Eskay, Shuaib dan mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menggelar diri Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video lucah berkenaan.

"Pada malam itu, beliau membawa saya ke rumah (Shuaib)untuk bertemu, dan pada ketika itu, beliau memberitahu saya, dia lakukan semua ini kerana NO 1,” kata Mahti.

“Saya tidak mahu campur, saya tidak mahu mengetahui lebih lanjut (jadi)saya terus pulang," tambah beliau.

Mahti mendedahkan pada 8 Mac, Eskay, seorang ahli perniagaan dari Kedah, turut memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan hadir memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur petang tadi.

Eskay berkongsi kemarahannya itu dengan Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti.

"Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia" katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini memfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Eskay Bak Si Kitol Dendam Anwar, Kata Bekas Pegawai Megat Junid


RAWANG 25 MAC : Bekas Pegawai Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tampil untuk mengesahkan Datuk Shazryl Eskay “berdendam” terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.

Mohamad Mahti Abdul Rahim berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman RM20 juta membabitkan ahli perniagaan itu.

“Beliau (Eskay) memberitahu saya, biar apa pun terjadi, dia akan jatuhkan Anwar,’ Mahti memberitahu pemberita di Kuala Lumpur.

Eskay menzahirkan kemarahannya itu kepada Mahti semasa mahkamah berhenti rehat ketika perbicaraan itu pada awal bulan ini.

Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.

Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim.

Mahti berkata beliau tidak mengetahui pembabitan Eskay dalam video lucah itu secara terperinci namun beliau mengambil keputusan untuk mendedahkan dendam Eskay terhadap Anwar.

"Beliau (Eskay) sangat marah dengan Datuk Seri Anwar sebab Anwar tidak mahu menjadi saksi" kata Mahti. "Bagi saya, Eskay ini adalah si Kitol yang memporak-perandakan negara. Saya tidak sanggup rakyat diperbodohkan oleh dia,"katanya.

Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.

Mahti berkata majikannya Allahyarham Megat Junid telah memperkenalkan Eskay kepada tokoh-tokoh politik termasuk Anwar dan Mahathir Mohamad.

Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid dari tahun 1984 hingga 2000.

Shazryl sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan.

Eskay menuntut bayaran itu kerana mendakwa mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.

Berita lanjut menyusul......

Video seks: TERKINI : ORANG CAKAP SOAL MORAL DITAHAN :Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

Video seks: Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

TERKINI @ 04:29:50 PM 25-03-2011
March 25, 2011
Datuk Shazryl Eskay (kiri) and Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengaku peranan mereka dalam penyiaran video tersebut. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi,” kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

Dipertontonkan klip video seks: cheGuBard, selepas Johari dan Zaid

Dipertontonkan klip video seks:
cheGuBard, selepas Johari dan Zaid

|

Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai cheGuBard hari ini tampil untuk membuat pengakuan bahawa dirinya antara pemimpin PKR yang dipertontonkan klip video seks, selepas pendedahan Johari Abdul, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR merangkap ahli parlimen Sungai Petani, semalam.

Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang menyandang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum keluar parti, turut mendedahkan dalam blog, bahawa beliau juga dipertontonkan klip video seks tersebut. Berbeza dengan Johari dan cheGuBard, Zaid Ibrahim memilih untuk berselindung - sejauh manakah beliau yakin bahawa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim seperti yang didakwa, atau sebaliknya.

Ia bukan lagi rahsia apabila dalang di sebalik tabir "video seks" ini menampilkan diri semalam. Sama ada penglibatan Rahim Thamby Chik cukup untuk mengheret UMNO, atau membuktikan penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dalam percaturan politik ini boleh dipertikaikan. Tapi apa yang jelas, penayangan "klip video seks" ini bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim, PKR malah Pakatan Rakyat.

Mengapa Johari Abdul?

Namun mungkin sesuatu yang menarik seandainya dikaji individu yang terpilih sebagai ahli politik yang dipertontonkan video seks tersebut, mengandaikan pengakuan mereka adalah benar. Pemilihan Zaid Ibrahim tidak mengejutkan, memandangkan bekas calon Timbalan Presiden PKR ini masih berdendam terhadap Anwar Ibrahim. Tetapi peranan Ketua Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ini mungkin tidak sebesar mana - paling banyak beliau meyakinkan umum bahawa orang yang tidak sehaluan dengan Barisan Nasional turut meragu-ragu, malah tidak menafikan bahawa lelaki dalam video itu Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, pemilihan Johari Abdul mungkin lebih berstrategi. Selain hubungan persaudaraan Johari Abdul dengan salah seorang Datuk T, Shuib Lazim, kedudukan Johari Abdul dalam parti adalah lebih "bernilai". Johari Abdul meninggalkan UMNO semasa zaman Reformasi pada akhir tahun 1990-an, kini terpilih sebagai Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan undi kelima tertinggi. Beliau mungkin antara beberapa sahaja yang kekal bersama Anwar dalam PKR selepas lebih daripada satu dekad - menyaksikan seorang demi seorang meninggalkan PKR.

Seandainya ahli parlimen Sungai Petani ini keluar parti selepas dipertontonkan klip video tersebut, maka ia akan digambarkan sebagai satu lagi tamparan kepada Anwar Ibrahim. Strategi ini mungkin bukan sesuatu yang baru, tetapi ia bakal menggoyah keyakinan umum apabila babak sebegini berulangan.

cheGuBard: Keluar atau tidak?

Meskipun dikatakan sebagai perantara "Datuk T" dengan Wan Azizah Wan Ismail untuk membawakan video tersebut kepada Wan Azizah, namun pemilihan cheGuBard sebagai orang yang dipertontonkan turut memperlihatkan motif di sebaliknya.

Sebagaimana yang diketahui, ruang cheGuBard (gambar kanan) dalam parti semakin sempit, selepas ditewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam pertandingan jawatan Ketua Angkatan Muda KeADILan pada November 2010. Sungguhpun akur dengan kekalahannya, namun cheGuBard enggan mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut. Lantaran daripada itu, beliau menolak jawatan Timbalan Setiausaha Agung yang ditawarkan kepada dirinya selepas itu.

Sepanjang pemilihan PKR lalu, cheGuBard dikaitkan dengan Zaid Ibrahim, calon Timbalan Presiden yang jelas bertentangan dengan Anwar, dan Zaid menarik diri sebelum tiba ke garisan penamat. Malah, sebelum itu, cheGuBard dipertikaikan kerana dilihat rapat dengan Mohd Ezam Mohd Nor, sebelum bekas Ketua AMK ini keluar dan menjadi musuh PKR.

cheGuBard antara pemimpin PKR yang aktif sebelum dan selepas pilihan raya umum dan pemilihan PKR. Beliau ditewaskan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO kini) di kawasan parlimen Rembau, dengan majoriti 5,746 undi, walaupun dikhabarkan menang satu ketika sebelum keputusan rasmi diumumkan, dalam PRU pada 8 Mac 2008. Beliau masih aktif di kawasan pengundian tersebut, malah sering menghadiri ceramah politik sebagai panel selepas tewas dalam pemilihan parti.

cheGuBard mungkin tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dalam parti. Terbaru, beliau merungut dalam blog-nya, bahawa beliau diserang kerana komennya terhadap klip video seks dipetik The Star, berbunyi "Outspoken PKR leader Badrul Hisham Shaharin, who is known as che'GuBard, said if the politician was really involved in the scandal he should quietly step down."

Beliau mempertikaikan reaksi yang berbeza pemimpin dalam parti terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, yang membuat komen yang hampir sama dengan beliau. Kali ini, cheGuBard mempertahankan Ketua Umum PKR-nya, apabila tegas bahawa lelaki dalam video seks tersebut bukan Anwar. Persoalannya, sejauh manakah cheGuBard akan kekal dalam PKR?


Merdeka Review BM Fans Club

Kenyataan Media Datuk Johari Abdul

DRAMA VIDEO...,DatoT & Anwar Conspiracy

Video Seks : Polis Tahan Dua Lelaki

Video Seks : Polis Tahan Dua Lelaki
25/03/2011 Share

KUALA LUMPUR 25 MAC : Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan seks video di mana seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur asing.

The Star Online yang memetik setiausaha polis, Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bahan bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.

Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut.

Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut.

Semalam, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Rahim dijadual mengadakan sidang akhbar di bangunan Risda, Jalan Ampang pada jam 3 petang ini. Beliau adalah pengerusi agensi kerajaan itu.

Anwar : Jangan Terpesong Dari Misi Selamatkan Rakyat


KUALA LUMPUR 25 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat dan masyarakat supaya tidak terpesong dari perjuangan dan jatuh dalam perangkap keji Umno menggunakan fitnah video lucah untuk memecahbelahkan gagasan itu.

"Saya masih mempertahankan bahawa fokus masih program Buku Jingga. Saya memohon agar rakan-rakan terus membaca. Jangan benarkan isu (fitnah liwat, video seks) mengheret kita jauh daripada isu pokok kerana ianya akan merugikan kita.

"Jangan lupa menumpukan isu pokok dalam kerangka untuk mengangkat martabat umat dengan akhlak dan ilmu. Buku Jingga adalah dasar ekonomi alternatif. Ini menunjukkan ianya ada ruang untuk dikembangkan sekiranya kita menguasai Putrajaya," kata Anwar selepas majlis solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Buku Jingga adalah program yang merangkumi pembaharuan ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika diberi mandat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada pilihanraya umum akan datang.

Sejak dua hari lalu, Umno melancarkan pusingan terbaru serangan peribadi terhadap Anwar, kali ini menggunakan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik untuk mendalangi penerbitan sebuah video seks lucah.

Rahim dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mendakwa video itu kononnya merakamkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu.

Dalam usaha untuk mempengaruhi pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Rahim dan Eskay menunjukkan video itu kepada sekurang-kurangnya dua pemimpin parti – Datuk Johari Abdul dan Badrul Hisham Shaharin secara berasingan Isnin lalu.

Kedua-dua mereka menolak bahawa orang dalam rakaman itu adalah Anwar dan mengutarakan hujah-hujah sama bagi menyokong rumusan mereka.

Anwar berkata fitnah terbaru yang dilontarkan menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak harus mengalihkan tumpuan Pakatan untuk membebaskan rakyat di negeri itu daripada pemerintahan zalim Barisan Nasional sama ada di Sarawak mahupun di peringkat nasional.

Menurut Anwar, fitnah video seks yang cuba dikaitkan kepada beliau sejurus sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak menjatuhkan imej Umno.

Video 21 minit itu didalangi oleh Rahim, mantan Ketua Menteri Melaka yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan merogol gadis bawah umum pada tahun 1994.

"Mereka (BN) sangat terdesak. Orang macam ini (Rahim Thamby Chik) kalau kategori saksi pun tidak lulus. Ternyata ini cukup jijik dan jahat. Kali ini kepimpinan Umno habis kerana Tamby Chik. Penayangan video lucah adalah jenayah selain mengugut saya dan Azizah untuk letak jawatan," tegas Anwar.

Anwar berkata satu cara berkesan untuk menangkis dakyah dan fitnah Umno ialah menerusi penggunaan Twitter, Facebook dan Blog secara meluas di kalangan generasi muda.

Penggunaan media alternatif itu akan membolehkan rakyat mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan secara langsung dari kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan media arus perdana dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

Sebelum itu, Johari dan Badrul memberi ucapan ringkas menceritakan pengalaman menonton video lucah fitnah itu.

Badrul berkata, dalang video berkenaan adalah kroni kuat Umno-BN dan menggesa rakyat untuk memperkukuhkan ketahanan mental dan fizikal kerana Umno dijangka memperhebatkan penyebaran fitnah dan dakyah mereka.

"Mereka rasa mereka boleh kawal keadaan. Ini adalah cabaran penting dan besar. Ini bukan perjuangan Anwar seorang tetapi adalah perjuangan rakyat. Saya minta kita bersedia mental dan fizikal untuk dicabar lebih teruk. Prinsip kita harus jelas," ujarnya.