Video seks: TERKINI : ORANG CAKAP SOAL MORAL DITAHAN :Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

Video seks: Dua lelaki ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

TERKINI @ 04:29:50 PM 25-03-2011
March 25, 2011
Datuk Shazryl Eskay (kiri) and Tan Sri Rahim Tamby Chik telah mengaku peranan mereka dalam penyiaran video tersebut. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi,” kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai “Datuk T” bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

No comments: