FATWA RAJA SEGALA BINATANG.




 

HUHU...

Sahabat Anwar


 Yang ini aku setuju  dengan PN.Buatlah seperti size pendek macam hidung  MP Jasin Qunut Nazilah😃




KEH KEH KEH... KIOK.



 PMX ni lain macam — dapat light stick dari G-Dragon pun cukup buat geng pembenci hilang arah. 






Katanya belum move on dari hadiah tu. Biasalah, orang yang pernah dapat pen dari Trump, standard dia bukan sebarang. 


Yang tak boleh move on sebenarnya geng sebelah sana — sampai light stick pun depa jadikan isu negara. 


Relaxlah… bukan masuk RM2.6 bilion dalam akaun pun.

Cuma sebatang light stick, tapi nampaknya sinarnya lagi terang dari moral politik hangpa.


DATO LOKMAN JAWAB KATA TUN M “ANWAR DAN KABINET PERLU LETAK JAWATAN”

KIFARAH BUAT PARTI BERSATU

Hadi Awang dalam kategori haiwan, haiwan apa ? Malaysia ular lidi, US pu...

GENERAL THAI TUDUH PMX PENGKHIANAT Perbahasan Arau

MAT JARGON KANTOI PUTAR BELIT FAKTA! AKHIRNYA DIA PERBETULAKAN!

HOT! DESPITE SPREADING Slander & LINKING PMX, IT'S FINALLY BEING PROPERL...

MANTAP YB SANY TEMPELAK HABIS GENG MP PERTIKAUAN NASIONAL!

Perkukuh Industri Semikonduktor Menerusi Jaringan Dagang Global – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 6 Nov – Industri semikonduktor negara perlu diperkukuh menerusi jaringan dagangan global dengan memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan berteknologi tinggi, khususnya dalam transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI), jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan terus muncul sebagai antara negara dagang utama di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia kini semakin dikenali sebagai hab ASEAN yang bersifat antarabangsa bukan hanya serantau, tetapi turut melibatkan negara seperti Kanada, Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea, India, Australia, New Zealand, Brazil dan Afrika Selatan.

“Malaysia dan ASEAN akan hanya berjaya jika kita memperkukuh kerjasama pelaburan, khususnya dalam bidang digital dan AI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pada masa yang sama, kita perlu memperluaskan jaringan dengan Amerika Syarikat kerana 25 peratus keperluan elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Amerika datang dari Malaysia, melibatkan ribuan rantaian bekalan dan puluhan ribu pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 (IC Park 2), di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada masa sama, katanya, Malaysia juga mengamalkan dasar centrality (seimbang) dan bersahabat dengan semua, termasuk China yang sedang berkembang pesat.

Malah, Anwar berkata, hubungan baik dengan China, Brazil dan Afrika Selatan juga telah membuka ruang perdagangan baharu, termasuk di benua Afrika dan Amerika Latin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini sekali gus memastikan dagangan negara dapat diperluas menjangkau lebih banyak pasaran serta kepelbagaian rantaian bekalan dalam memastikan kemampanan kedua-dua aspek penting memacu ekonomi negara.


Walaun terdesak jaja suara ‘parti gagal’ Thailand buat modal serang kerajaan.


 


Penyokong pembangkang atau digelar walaun dilihat terdesak apabila menjaja kenyataan seorang ahli politik Thailand, Rangsi Kittiyarnsup, seolah-olah mewakili pendirian rasmi negara itu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Aktivis politik Saha Mongkol berkata, dakwaan tersebut jelas mengelirukan kerana Rangsi hanya bercakap atas kapasiti dirinya sendiri dan parti kecil yang dipimpinnya, Economic Party, yang sebenarnya langsung tidak mendapat tempat dalam politik Thailand.

“Suara Rangsi Kittiyarnsup bukan mewakili Thailand. Ia hanya mewakili diri dia dan parti dia sahaja.


“Economic Party itu parti yang rakyat Thailand sudah tolak lama,” katanya dalam satu catatan di media sosial.

Beliau menjelaskan, sebelum Pilihan Raya Umum Thailand 2023, parti itu hanya memiliki satu kerusi Parlimen.

Itu pun, katanya, diperoleh kerana seorang wakil Move Forward Party melompat menyertai mereka.

Namun pada pilihan raya terakhir, kata Saha, parti tersebut gagal memperoleh sebarang kerusi.

“Lebih kurang macam MP Ketereh di Malaysia. Orang yang hilang sokongan rakyat tetapi masih sibuk buat bising,” katanya.

Saha berkata, punca Rangsi menyerang Perdana Menteri Malaysia adalah kerana isu hubungan Thailand-Kemboja, termasuk rundingan perdamaian yang digerakkan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN, yang sebelum ini tidak memihak kepada agenda politik Rangsi.

“Suara dia pun kerajaan Thailand tak peduli. Jadi tidak hairan kalau dia marah dan cuba serang PMX,” katanya.

Walaun sahaja peduli

Namun, apa yang lebih melucukan, katanya, adalah bagaimana penyokong pembangkang di Malaysia teruja mengangkat suara Rangsi sebagai ‘suara sebenar’ rakyat Thailand.


“Hanya walaun di Malaysia saja yang peduli suara dia. Di Thailand sendiri tak ada siapa nak layan,” sindirnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, tindakan membesar-besarkan kenyataan individu politik yang tidak relevan hanya menunjukkan ketandusan hujah dan ketidakmatangan pembangkang dalam membawa wacana politik yang sihat.

“Kalau sampai nak pinjam suara parti yang tak cukup satu meja pun dalam Parlimen Thailand untuk buat modal politik di Malaysia, itu pun dah boleh nilai tahap mereka di mana,” tempelaknya lagi.

Sejak semalam, walaun dilihat teruja dengan kenyataan Rangsi yang mulanya ke udara pada 3 November lalu menerusi stesen tv digital, One31.

Rangsi antara lain mendakwa perjanjian damai antara Thailand dan Cambodia telah membenarkan Amerika Syarikat (AS) mengganggu kedaulatan ekonomi Thailand.

Dakwanya, perjanjian damai itu telah menggabungkan sekali perjanjian usahasama berkenaan cukai dagangan dan unsur nadir bumi (REE).


PUNYA HABIS IDEA- Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam Selatan Thai untuk serang PMX


 

Pembangkang guna pemimpin yang perangi umat Islam Selatan Thai untuk serang PMX

Ahli politik Thailand, Rangsi Kittiyarnsup yang digunakan pembangkang untuk menyerang kerajaan adalah bekas pegawai kanan tentera yang banyak menyusahkan umat Islam di wilayah selatan negara itu.

Rangsi yang mengetuai sebuah parti politik kecil, Economic Party juga didakwa mempunyai kepentingan peribadi agar konflik antara Thailand dan Kemboja berpanjangan.

Rangsi Kittiyarnsup

Sepanjang tempoh perkhidmatan Rangsi dalam ketenteraan sekitar awal 2000 hingga 2020, masyarakat Muslim di Selatan Thailand merangkumi Pattani, Yala, Narathiwat, dan Songkhla hidup dalam ketakutan.


Antara keganasan sepanjang tempoh itu adalah serbuan dan pembakaran puluhan sekolah pondok sekitar 2001 hingga 2004 lantaran dituduh oleh kerajaan Thailand sebagai pusat rekrut militan.

Paling menggemparkan dunia apabila 78 tahanan Muslim maut ketika diangkut dalam trak dengan tangan diikat, ditindih dan bertindan selama lima hingga enam jam dalam Tragedi Tak Bai di Narathiwat pada 25 Oktober 2004.


Pasukan keselamatan Thailand melepaskan tembakan peluru hidup di udara dan menyuraikan secara keras dengan seramai 1,300 orang ditahan manakala enam terkorban ditembak di lokasi.


Namun, tiada pegawai tentera dihukum sekaligus menjadi simbol penindasan paling besar abad moden di Pattani.


Sebelum itu, keganasan di Masjid Krue Se, Pattani pada 28 April 2004 mengakibatkan ramai penganut Muslim maut.


Serangan oleh tentera Thailand menyebabkan 32 individu yang dilabelkan pemerintah sebagai ‘militan’ yang berlindung di dalam masjid itu terkorban.


Mereka yang maut itu dikatakan terlibat dalam serangan terhadap beberapa balai polis di seluruh wilayah Pattani, Yala, dan Songkhla.


Penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh tentera Thailand itu kemudiannya menjadi subjek siasatan antarabangsa.


Walaupun tiada bukti Rangsi mengetuai operasi penindasan secara langsung, tetapi bekas pegawai kanan tentera itu merupakan sebahagian daripada struktur keselamatan Thailand.


Justeru, amat ironi apabila walaun gigih menjaja tomahan Rangsi terhadap kerajaan MADANI seolah-olah mewakili pendirian rasmi kerajaan Thailand.




Trump Puji Profesionalisme Keselamatan Malaysia, Nak Jumpa KPN – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 6 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu terutama berkaitan aspek keselamatan mendapat pujian pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Kekaguman Trump terhadap keupayaan pasukan keselamatan negara, kata Perdana Menteri, dinyatakan pada lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia ketika penganjuran sidang kemuncak berkenaan.

Malah, Presiden AS menyatakan hasratnya untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Kejayaan pasukan kita keseluruhannya termasuk pasukan keamanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kecekapan masa lawatan Presiden AS, Premier China (Li Qiang) menyebabkan mereka kagum dengan kecekapan (menjaga keamanan dan keselamatan).

“Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran nak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di Coplace 9 Cyberjaya pada 6 November 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 di sini, hari ini.



CAKAP MAIN IKUT SUKA. TANYA FAKTA TAK TAU JAWAB


 

DIA NI KALAU TANYA MESTI KENA HENTAM.. TENGOK LAH MACAMANA DIA PUNYA BANGGANG. TAHAP GABAN OOOO.. ME NO ENGLISH.. DIA TAK FAHAM.. TU DIA TANYA PUN DIA TAK PAHAM


 

KEH KEH KEH...LAST KENA TUKAR...BARU DG 9..





 

ELOK KUTIP..KRITIK TAK APA..FITNAH JANGAN SEKALI. MACAI BERSATU BODO MEMANG CAM GINI

 Zainuddin Omar



Setiap hari muncul fitnah baru. Kini Bersatu pun sudah lepas tangan tak mahu bela dia kerana ini hal peribadi.


Fikirlah sendiri, apa faedahnya memfitnah atau menghina pemimpin secara keterlaluan? 


Akhirnya, yang menanggung akibat ialah diri sendiri, tanpa siapa pun datang membantu.


Apa yang kakak RHB dapat? 


Kerja hilang, maruah pun tergadai semuanya demi kepuasan sekejap dan beberapa ‘like’ di media sosial.







DOSA QAZAF YANG TIDAK TERTANGUNG.


 Ahmad Najmee


Tanpa rawatan HIV , rata2 pesakit HIV +ve akan bertukar ke AIDS dalam masa 8-10 tahun.Dan bila bertukar kepada AIDS majoriti pesakit hanya boleh survive kurang dari 3 tahun.




Boleh ke pesakit HIV hidup lebih 20-30 tahun?


Boleh.Itupun kena makan ubat antivirus dengan disiplin yang ketat.

Kena makan ubat 2 kali sehari.

Langsung tak boleh skip ubat.

Timing pun tak boleh lari.Lewat sejam pun tak boleh.Kena betul2 makan ubat on time


Dan perlu diingat ubat HIV ini banyak side effect.

Loya, pening, sakit kepala, tak selera makan, cirit, ruam dan sebagainya.

Dengan side effect ubat mana mungkin seesorang pesakit HIV boleh secergas PMX.


Ada kawan satu batch di universiti yang didiagnosed HIV.

Hanya skip ubat beberapa bulan untuk cuba ubat kampung.

Akhirnya CD4,CD8. sel darah putih turun mendadak, virus membiak dengan cepat dan jadi kebal kepada antivirus.Akhirnya arwah meninggal hanya selepas tak sampai setahun setelah tinggalkan rawatan HIV.


Jika benar PMX ada HIV pasti sudah lama habis umur.Bayangkan selama 11 tahun PMX dipenjara sebelum ini.Tiada rekod beliau diberikan ubat HIV.Tiada rekod juga banduan lain dil*wat dalam penjara.


Dan PMX menghidap HIV & betul2 amalkan seks sonsang (ianya fitnah yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras).Pasti individu yang mendakwa dirinya dil*wat seperti Sepol Bukhari, Yusof Router juga HIV positive.


Dengan fakta perubatan ini jelas fitnah yang cuba diterapkan oleh musuh politik untuk mencemarkan reputasi & maruah PMX semata2.Sama sekali tidak berasas & sangat2 mustahil.


Dan sesiapa yang masih berkeras memfitnah & menyebarkan propaganda jahat ini sesungguhnya anda telah terpalit dengan dosa qazaf.

Bertaubatlah..


Wallahualam.




Laporan media Thailand menyebut bahawa duit pelaburan lebih banyak mengalir ke Malaysia.


 Alif Jamil



Laporan media Thailand menyebut bahawa duit pelaburan lebih banyak mengalir ke Malaysia.






Ia adalah refleksi nyata perubahan struktur dalam ekonomi serantau ASEAN. 


Mudah kata, ini suatu tanda pemulihan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap Malaysia selepas hampir satu dekad keyakinan itu merudum akibat ketidakstabilan politik, rasuah berleluasa dan dasar ekonomi yg tak konsisten.


Sejak PMX mengambil alih kepimpinan, Malaysia berjaya menunjukkan bahawa kerajaan ini mampu bertahan dan memerintah dgn kestabilan yg matang.


Pasaran modal dan pelabur asing tidak menilai sesebuah negara dari segi retorik slogan, tetapi dari sudut keupayaan pemerintah memastikan dasar fiskal, perundangan dan birokrasi berjalan dgn teratur tanpa gangguan politik.


Dan, kerajaan Madani sedang kembalikan keyakinan itu dgn memberi tumpuan kepada reformasi perolehan kerajaan , ketelusan GLS / GLIC , dasar pelaburan semula ( reinvesment policy ) serta insentif sektor digital. 


Hasilnya, syarikat² gergasi dunia seperti AWS (USD6 bilion), Intel (USD7 bilion), Microsoft (USD2.2 bilion), Infineon (USD5 bilion) dan Tesla (USD1.5 bilion) memilih Malaysia sebagai destinasi utama mereka.


Ya.. semuanya ini berlaku selepas Anwar Ibrahim  mengambil alih pentadbiran.


Thailand kini sedang berdepan kemelut politik dan struktur ekonomi yg semakin kritikal dgn hutang isi rumah mereka mencecah 91% daripada KDNK, antara tertinggi di Asia.


Pelabur luar melihat risiko politik dan kos buruh di Thailand semakin kurang kompetitif berbanding Malaysia terutamanya selepas kerajaan Madani memperkenalkan pakej insentif pelaburan berfokus teknologi tinggi (High-Value Investment Incentives) melalui MIDA dan MDEC.


Graf yg ditunjukkan oleh media Thailand itu sendiri membuktikan perkara berikut:


1. Malaysia: USD30.05 bilion

2. Singapura: USD26.05 bilion

3. Vietnam: USD17.85 bilion

4. Indonesia: USD6.90 bilion

5. Thailand: USD5.03 bilion


Ini bermakna Malaysia harini sedang berada ditangga pertama ASEAN dalam penerimaan pelaburan Big Tech, mengatasi Singapura buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad.


PMX memperkenalkan Ekonomi Madani bukan sekadar sebagai satu kerangka dasar ekonomi hibrid yg menggabungkan disiplin fiskal.


Ianya dgn strategi pelaburan berimpak tinggi (high impact investment).


Tiga teras utama dasar ini yg menarik pelabur luar ialah:


1. Good Governance and Transparency :

Penegasan terhadap integriti dan anti-rasuah.


2. Fiscal Sustainability :

Langkah mengurangkan ketirisan, mengawal defisit dan memperkukuh hasil negara.


3. Inclusivity and High-Value Economy : Menggalakkan pelaburan sektor teknologi tinggi, bukan sekadar buruh murah.


Pendekatan² ini sangat jauh beza dgn zaman pemerintahan lama yg mengutamakan projek kroni, rent-seeking dan penyelewengan dana awam melalui konsesi² monopoli.


Tapi ada yg lagi menarik..

Yang menariknya , semua perkembangan² positif ini memang tidak akan diwar²kan oleh pembangkang bahkan mereka kata negara harini semakin tergadai. 


Sumbernya ?? "Trust me bro".. "sikit lagi gaiss"

Itulah antara sumber yg qatie bagi mereka. 


Itulah uniknya pembangkang dinegara kita. 


Realitinya, laporan ekonomi dari Bloomberg, Nikkei Asia, Reuters dan The Economist semua menunjukkan arah yg sama bahawa Malaysia sedang mendaki semula tangga keyakinan pelabur antarabangsa.


Bilamana penganalisis ekonomi Thailand sendiri akui bahawa duit pelaburan skrg lebih banyak mengalir ke Malaysia, ia adalah pengiktirafan politik dan kepimpinan PMX dan kerajaan Madani. 


Malaysia kini kembali menjadi hab pelaburan teknologi, semikonduktor dan AI serantau hasil kepimpinan yg stabil, bersih dan berprinsip.


Jika trend ini dikekalkan, Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat ekonomi digital ASEAN menjelang tahun 2030. 


Dan ketika itu, sejarah akan menulis bahawa era kebangkitan semula Malaysia bermula dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani.



REE: Kelakar adinda saya Ketua Pemuda Pas Kelantan ni.



Kononnya marah Kerajaan Pusat buat MOU nak bangunkan kilang Ree di Malaysia.






1. Dia tak tahu ke untuk eksport ke luar Negara, lesen dll kena kelulusan Kerajaan Pusat dulu, w/pun dalam artikel 9 Perlembagaan Persekutuan kata mineral tu hak Negeri. 


2. Dia juga tak baca kot yang GLC Kerajaan Kelantan dah buat MOU dengan Lynas Malaysia syarikat dari Australia, produk dari Lynas ni jual kat US juga. Habis tu duk marah Us tu kenapa? Sedangkan Kerajaan Negeri pun buat benda sama?


3. Ke nak buat macam Kedah, JV dengan syarikat yang boleh supply ke China? Akhirnya jadi ke jual timbang kilo dan ditahan kastam/polis di pelabuhan kan? 


4. Ke nak Jv mcm Perlis yang Jv dgn anak syarikat Vincent Tan, sampai 3,000 ekar tanah nak “tanam durian”. Jika Kerajaan Negeri PH/Bn buat comfirm kena maki berjemaah kata nak jual Negeri dan Sykt tauke judi kan?


Pemuda Pas zaman sekarang tak spt zaman dulu ya, malas membaca dan takda critical thinking dlm menulis dan analisis. 


Syam Ghaz 


Ex Tarbyah




SETAHUN LEBIH LAGI..

 

Norman Daud


Ada orang cakap PRU16 dah tak lama dah, saya sendiri jangkakan PRU akan berlaku pada suku pertama 2027. Campur tolak lebih kurang 1 tahun lebih sikit.






Kalau korang perasan, ramai Penyokong Perikatan Nasional membayangkan yang mereka akan menang kali ini. Tak pasti la mereka ni ambil keyakinan tu berdasarkan statistik mana  maybe berdasarkan like dalam Facebook kot. 

Kelakar.


Tapi  yang pasti..sampai hari ini PN masih tak mampu mengemukakan calon Perdana Menteri dari blok pembangkang. TS Muhyiddin pun sekarang ni ibarat telur di hujung tanduk. Saya rasa jika PN gagal kali ni di PRN Sabah, panglima-panglima dia akan terus tendang dia dari takhta Parti Bersatu. Kalau nak kata Hamzah Zainuddin lah yang akan jadi calon PM... hihihihi... jujur la .. adakah majoriti rakyat akan menerimanya?


Itu realiti PN hari ini ,  blok pembangkang yang masih hidup atas semangat kebencian dan Perjuangan mereka pula  hanya berdasarkan satu tajuk yang  sangat mudah  “asal bukan Anwar”. Tapi dalam politik, semangat anti seseorang tak cukup. Rakyat nak tahu siapa yang lebih baik, bukan siapa yang lebih lebih banyak like dalam media sosial. 


Kalau betul PN sudah bersedia menjadi kerajaan semula, sepatutnya mereka dah ada belanjawan alternatif, pelan ekonomi yang boleh lawan dasar-dasar kerajaan Madani. Tapi yang berlaku sebaliknya. Bila tiba musim Belanjawan, PN senyap sunyi. Yang keluar cuma kritikan longgar  konon belanjawan kerajaan tak bantu rakyat tapi bila disuruh bentang versi mereka sendiri, takdek katanya. Bila keluar cadangan pun, lebih banyak yang kelakar dari yang logik: nak turunkan cukai, naikkan subsidi, tapi langsung tak tahu dari mana nak datang duit. Janji boleh membuatkan penyokong mereka ternganga kira ok lah tu.


Dalam sistem demokrasi matang, pembangkang yang serius akan bertindak seperti “kerajaan menunggu”  lengkap dengan pelan dasar, jurucakap bayangan dan strategi nasional. Tapi PN masih berfikir macam parti ceramah. Masih main sentimen agama dan kaum untuk tutup kelemahan diri. Bila ditanya tentang pelaburan asing, mereka sibuk dengan isu moral. Bila bercakap soal geopolitik, mereka ulang skrip anti-Barat tanpa faham realiti hubungan antarabangsa. Politik mereka tak berkembang, cuma berputar pada sentimen lama.


Sebab tu walau macam mana pun PN cuba lukis naratif “kerajaan gagal”, rakyat tak nampak alternatif. Nak ganti Anwar Ibrahim dengan siapa? Mereka pun tak tahu. Dalam politik, persepsi kepimpinan itu segalanya. Dan bila orang bandingkan wajah-wajah pembangkang dengan PMX, beza dia sangat jelas. PMX berada dikelas dia yang tersendiri dan tiada satu pun pemimpin PN yang dapat berdiri sama tinggi dengan dia. Dia bukan sekadar Perdana Menteri, tapi satu jenama kepimpinan. Dunia kenal dia bukan sebab jawatan, tapi sebab intelek dan perjuangan. Dari zaman reformasi, dia dah terbukti tahan diuji. Dia faham selok-belok ekonomi dunia  sebab itu bila bercakap dengan pelabur asing, nada dia berbeza. Dia bukan merayu, dia meyakinkan. Bila berunding dengan kuasa besar, dia tak tunduk, tapi dia tahu bila perlu beralah demi manfaat negara.


PMX juga satu-satunya pemimpin yang berjaya satukan kerajaan campuran yang dulunya mustahil bersatu. Gabungkan PH, BN, GPS, GRS tu bukan kerja mudah. Ia perlukan kepimpinan, kebijaksanaan dan keikhlasan yang tak semua orang ada. PN yang kononnya kuat pun gagal jaga rakan sendiri malah Bersatu dengan PAS pun dah mula saling curiga. Isu duit la, sokongan kepada siapa jadi calon PM lah.. banyak isu.


Dari segi hubungan antarabangsa, PMX berjaya kembalikan maruah Malaysia. Pelaburan masuk dari seluruh dunia bukan sebab negara kita cantik, tapi sebab kepimpinan kita stabil. Dunia pandang pada Anwar kerana dia faham bahasa diplomasi dan ekonomi. Sementara itu, pembangkang masih sibuk berdebat dalam ruang maya, bercakap tentang konspirasi dan teori kosong yang tak bantu rakyat.


Hakikatnya mudah.. dalam mana-mana negara, kepimpinan diuji melalui idea. Dan setakat ini, dalam PN tak ada seorang pun yang punya kaliber, karisma dan kedalaman pemikiran seperti Anwar Ibrahim. Mereka boleh cuba serang, boleh buat persepsi, tapi mereka tak boleh hasilkan pemimpin sepertinya.


Sebab itu walau dihentam kiri kanan, PMX masih bertahan. Kerana dia bukan bergantung pada populariti semata, tapi pada kekosongan alternatif di sebelah sana. Dalam politik, kadang-kadang kuasa bukan kekal kerana kuat, tapi kerana lawan terlalu lemah.


Dan itulah keadaan politik Malaysia hari ini di satu pihak ada Anwar dengan hala tuju dan keyakinan yang tinggi, di satu pihak lagi ada pembangkang yang masih sibuk mencari siapa nak duduk di kerusi calon Perdana Menteri Dan Kehilangan arah dalam perjuangan mereka.


Jadi.. tiada pilihan lain, Undilah Pakatan Harapan di PRU 16 nanti😘😘😘





KISAH ABAH

 

📖 Kisah Abah Yang Nak Kahwin Lagi






Abah ni… jenis yang tak tunjuk perasaan.

Tak pernah cerita kalau dia sedih, tak pernah luah kalau dia rindu.

Tapi kami tahu... Jauh dalam hati dia, ada satu ruang yang tak pernah terisi semenjak 12 tahun lepas.


Sejak mama pergi, hidup abah macam kosong separuh.

Dia tetap tersenyum, tetap buat lawak, tetap layan orang macam biasa.


Tapi bila orang tanya nak kahwin lagi ke tak, biasanya abah akan jawab main-main,

“InsyaAllah minggu depan,”

“Calon ramai sangat laa, pening nak pilih.”

Senyum dia masa tu… senyum yang menyorokkan sepi.


Bukan tak ada orang cuba tawarkan.

Mak saudara belah arwah mama pun pernah nak carikan calon.

Kawan-kawan pun ramai cuba perkenalkan.

Tapi semuanya abah tolak elok-elok.

Katanya, tak payah. Dah biasa sendiri. Dah cukup dengan kenangan yang ada.


Kami anak-anak, tak pernah halang pun.

Kalau abah nak kahwin lagi, kami sokong.

Biarlah ada teman di kampung,

daripada duduk sunyi hari-hari.

Tapi abah tetap pilih untuk sendiri.


Dulu abang pernah bawa dia duduk dengan abang, setahun lebih.

Sementara rumah di kampung tengah dibaikpulih.

Tapi abang nampak dia tak tenang.

Bila abang tanya, jawapan dia memang betul nak menjaga hati abang... 

Kadang-kadang sahaja dia jawab dengan betul...

Rindu nak balik kampung. Rindu suasana kampung.

Tapi abang tahu… yang sebenarnya, dia rindu nak dekat dengan pusara mama.


Sekarang, kalau dia rindu, senyap-senyap dia pergi ziarah pusara arwah mama sorang-sorang.

Kadang, duduk lama di tanah perkuburan tu.

Dia tak pernah cakap, tapi kami semua tahu.


Kadang, bila di rumah, dia buka gambar arwah mama dalam handphone, renung lama-lama...

Tak cakap apa pun... 

Cuma dia akan cepat-cepat sembunyikan kalau kita perhati atau melintas berhampiran dia. 


Tapi dari cara dia diam, kita tahu...

Itu bukan sekadar rindu. Itu cinta yang masih hidup walaupun jasad dah tiada.


Abah bukan lelaki romantik.

Dia tak pandai ucap sayang. Tak pandai tulis rindu.

Tapi cara dia setia terzahir dengan semua tindakan dia…

Yang pastinya itu lebih dalam dari segala kata-kata cinta.


Cinta dia dengan arwah mama, bukan macam dalam drama.

Tak perlu bunga, tak perlu hadiah mahal, tak perlu janji bulan bintang.


Cukup dengan satu hal..


Abah tetap memilih untuk terus mencintai mama, walaupun mama dah tiada.


-Anas Abu Amsyar


#abamgorgonmenulis





BERPUAK PAUK JUGA..? YA AKU DENGAR JUGA....


Leon Wen


 𝗚𝗲𝗻𝗴 𝗛𝗶𝗿𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮...

Bukan Parti Bunga jer yang berpecah, 𝙂𝙚𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙥𝙪𝙣 𝙙𝙖𝙝 𝙙𝙪𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙠.

Satu geng jenis Sluurrppp!, satu lagi dah 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙣𝙖𝙠 𝙧𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙛 & 𝙏𝙚𝙖𝙢 𝙃𝙞𝙧𝙪𝙠.






𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮? 


Sebab diorang sedar — tanpa Raf & Hiruk, PKR boleh jadi layu, ditikam keris, ditimbus bulan.


Panglima Sandwich depa pun 𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙞𝙠 lepas dari jenguk groundwork PRN Sabah, semua kena tibai.


Raf relax je... sibuk set-up Fleximart & Kesum, tapi geng ni pula sibuk cari “𝘗𝘦𝘢𝘤𝘦 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨.” 😅😂🤣 


Diorang kata Gaza boleh berdamai, Thailand-Kemboja boleh bertenang — geng ni pun tetiba nak ikut jejak. Bukan sebab ikhlas, tapi sebab nak selamatkan diri dengan tumpang kekuatan kita kot?


Kata Otai Reformasi,


> “𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩... 𝘱𝘦𝘳𝘤𝘢𝘺𝘢 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘭𝘶.”


𝗔𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺, 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗛𝗶𝗿𝘂𝗸?


Kongsikan pandangan korang kat komen — nak damai sungguh ke, atau sekadar drama Damai versi 2.0?




HORMAT LAH ORANG TUA....DIA HANYA MENJALANKAN TUGAS

Syam Ghaz


 Orang muda kena hormat orang tua, tidak perlu lah sampai maki hamun terbuka shbt.


Terima kasih Pakcik Rela kerana terus kuat, sabar dan tekun buat kerja w/pun jumpa manusia yang suka maki hamun. 


Nanti kita tengok apa punca sebenar





AIKKK...MAIN MINTA MAAF LAK....