KENDERAAN BERAT PEMBUNUH


Norman Radzuan


Pemandu laju itu saja saya ingin katakan… Just nak tanya pemandu bas itu hidup atau mati? Sebenarnya saya dah bosan mendengar alasan brek tidak berfungsi. 





Kenderaan berat wajib jalani pemeriksaan berkala ketat PUSPAKOM. Malah pemandu juga mesti jalani pemeriksaan secara random utk pemeriksaan air kencing.


Kemudian wujudkan kerjasama dgn pemandu kereta sebagai rakan pemantau kelajuan melalui rakaman dashcam. Hukuman bukan hanya disaman lebih kelajuan tetapi lesen digantung selaman setahun.


Menteri Pengangkutan mesti wajibkan semua jenis kenderaan menggunakan dashcam. Dashcam boleh jadi seperti kotak hitam dlm pesawat sebagai bahan bukti. 


Malah syarikat milik kenderaan berat boleh menyiasat secara random tentang aduan pemandu mereka yg memandu secara merbahaya.


Kementerian Pengangkutan wujudkan portal salah laku pengguna jalanraya utk orang ramai memasukkan video2 kesalahan lalu lintas terutama kenderaan berat.


JPJ fokus kpd kenderaan berat bukan kpd tinted kenderaan. Bukan hanya melihat lesen pemandu dan jumlah muatan kenderaan berat tetapi keselamatan seperti tayar, brek dan ujian air kencing mesti dilakukan.


Bukan cerita baru tetapi dlm tempoh 10 tahun ini begitu byk kemalangan jiwa melibatkan kenderaan berat. Kerajaan jgn hanya bersimpati tetapi tindakan yg tegas perlu dilakukan dgn tegas.


Jgn tunggu nyawa anak2 kita hilang baru tindakan tegas mahu diambil. Sebelum ini gajah, anggota FRU dan kini pelajar IPTA. Kini kenderaan berat menjadi ‘pembunuh’ di atas jalan raya.



BERTIMBANG RASALAH PADA NURUL IZZAH…



9 June 2025


Ingatkan bila sudah berakhir pemilihan PKR, semua serangan terhadap Nurul Izzah Anwar akan turut berakhir.


Sepatutnya, cukuplah serangan terhadap beliau dilakukan ketika musim pemilihan saja.


Habis pemilihan, bersatulah semula.


Tetapi nampaknya tidak begitu yang berlaku, serangan kepada beliau terus juga dilakukan.


Jika sewaktu pemilihan dahulu, terdapat sesetengah serangan yang boleh dikira agak melampau  dan parti lawan pun tidak sampai ke tahap itu melakukannya, kini serangan kepada Timbalan Presiden PKR itu nampaknya terus melewati sempadan yang sepatutnya.


Fitnah yang dilemparkan kepada Nurul Izzah berkaitan pemergiannya menunaikan haji dengan dakwaan beliau pergi dengan pakej mewah yang menelan kos melebihi RM200 ribu seorang serta pergi pula menaiki jet peribadi, sejujurnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.


Penjelasannya bahawa pemergiannya menunaikan haji adalah atas perbelanjaan sendiri melalui wang simpanannya, beliau tidak pergi menaiki jet peribadi dan tidak juga tinggal di hotel mewah seperti yang didakwa itu, sudah cukup menunjukkan betapa terpesongnya mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah itu.


Bagaimana kita benci dan marah pun kepada beliau, melemparkan fitnah berkaitan amalannya dengan Tuhan adalah sesuatu yang keterlaluan.


Berikutan fitnah yang disebarkan itu telah memaksa Nurul Izzah yang baru selesai berwukuf di Arafah, terpaksa meluangkan masa menjawab melalui media sosialnya.


Bukankah dengan terpaksa menjawab fitnah itu telah menyebabkan beliau kerugian waktunya untuk beribadah  dan mengabdikan dirinya kepada Tuhan di Tanah Suci Makkah?


Dalam hal ini Nurul Izzah memang wajar memberi penjelasan dan menjawab segala fitnah yang bertebaran kerana jika tidak segera dijawab, ia pasti terus berpanjangan.


Kalau ia pun mahu menyerangnya kerana tidak puas hati dengan kemenengannya sebagai Timbalan Presiden, bertimbang rasalah sikit.


Janganlah hal-hal berkaitan ibadah haji pun sanggup difitnah juga?


Janganlah juga kerana beliau anak perempuan Anwar Ibrahim, maka serangan pun semacam tiada sempadan.


Terimalah hakikat Nurul Izzah telah menang sebagai Timbalan Presiden dan kalau mahu menyerangnya, seranglah daripada segi politik saja.


Tak usah diserang berkaitan amal ibadah dan amalan Ketuhanannya kerana itu adalah hak peribadinya.


Bayangkan jika amal ibadah kita sendiri difitnah, bagaimanakah rasanya?


Sekali lagi, bertimbang rasalah kepadanya dan bagilah peluang serta ruang kepada beliau membuktikan kemampuannya sebagai Timbalan Presiden PKR yang benar-benar berkesan. – ShahbudinHusin 09Jun2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/06/bertimbang-rasalah-pada-nurul-izzah/



LAGI PANDANGAN TERKAIT PEKERJA PETRONAS.



De De

Aku sebenarnya malas nak komen isu pekerja kontrak Petronas yang baru-baru ni akan ditamatkan. Bukan sebab nak backup kerajaan atau Petronas. Tapi sebagai rakyat biasa yang duduk dalam kawasan majoriti pekerja oil & gas, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sikit perspektif. Tambah pula aku sendiri pernah terlibat kerja dengan Petronas.


Aku pernah buat kerja kontrak dengan mereka, daripada projek loji, kilang sampai ke perumahan atau penginapan pekerja Petronas. Siapa-siapa yang pernah ambil job Petronas tahu, harga kerja dengan mereka memang lain macam. Tapi itu cerita dulu-dulu. Zaman sekarang ia dah mula berubah dan makin mengecil. Malah ada kalanya lebih elok buat kerja luar daripada Petronas kalau nak kejar profit. Kos operasi dan margin untung dah tak semewah dulu. Tapi dulu, satu job dengan Petronas boleh berkali ganda dari harga job JKR. Tapi bukan sebab nak ambil untung lebih. Kos tu termasuk semua. Syarat wajib, tahap keselamatan, kursus safety, briefing, permit, pemeriksaan perancah, PPE, audit, semuanya perlu lengkap.


Pernah satu kali aku cuma nak pasang lampu bangunan. Bukan lampu jalan atau jentera berat. Sekadar lampu ruangan. Tapi prosedur dia macam nak pasang enjin turbin. Sehari belum tentu siap. Mula-mula kena mohon permit. Kena hadir kursus keselamatan. Ada sesi taklimat lagi. Kena baca mukadimah kerja. Baca skop kerja. Baru nak angkat tangga, tetiba langit dah gelap. Loceng amaran berbunyi. Tak sempat nak panjat tangga, hujan turun pula. Budak-budak kerja kita yang melepak kat luar pagar senyum-senyum sambil kata, "Rilek dulu bohh. Hujang pulok nim. Permit kena buat semula nim, ke guaner bohh, kite smula-semula lah"


Aku senyum juga, gelak sikit, tapi dalam hati berasap. Sebab gaji budak-budak yang ikut aku tetap aku kena bayar. Kerja tak jalan, tapi duit tetap jalan keluar. Tapi aku faham. Itu Petronas. Standard dia memang lain. Kos tinggi tu bukan sebab tamak. Tapi sebab nak jaga nyawa, reputasi dan integriti kerja. Petronas bukan setakat buat duit, dia jaga nama negara.


Sebab tu aku nak cakap pasal isu staf kontrak Petronas yang kena tamat ni. Benda ni bukan baru. Dari dulu lagi sejak zaman Petronas berkembang masa era Tan Sri Hassan Marican, benda ni dah berlaku. Dulu satu famili boleh kerja sekali. Suami, isteri, anak semua bawah satu bumbung. Lepas tu dasar berubah. Hanya seorang ahli keluarga dibenarkan. Lepas tu langsung tak dibenarkan. Dasar berubah ikut waktu dan keadaan syarikat.


Petronas ni syarikat global. Bukan syarikat kecil. Risiko dia besar. Bila ekonomi dunia goyang, Petronas pun terasa. Bila pasaran minyak turun, dia pun susun semula tenaga kerja. Kontrak tak sambung bukan sebab zalim, tapi sebab pengurusan risiko.


Jadi bila orang marah-marah kata Madani zalim atau Petronas kejam, bagi aku itu pandangan yang terlalu mudah. Ini bukan cerita politik semata. Ini cerita realiti korporat.


Pengurusan Petronas bukan calang-calang. Orang yang uruskan syarikat ni bukan tahap nak jaga kantin sekolah. Standard mereka bertaraf dunia. Ada ISO, OSHA, standard API, semua cukup. Mereka tak buat keputusan main-main. Mereka buat keputusan berdasarkan risiko, kepakaran dan survival jangka panjang syarikat.


Satu lagi benda yang aku terlupa nak sebut. Majoriti yang kerja dengan Petronas atau dalam bidang oil & gas, terutamanya kat negeri-negeri pantai timur, ramai juga yang penyokong parti agama yang sangat tegar. Bukan semua lah, tapi memang ramai. Maklumlah, gaji besar, hidup selesa, rasa macam rezeki lebih sebab Tuhan sayang. Ada yang sampai wakafkan akal kononnya untuk jalan agama, tapi sebenarnya lebih kepada fanatik parti. Macam bila undi parti tu, terus rasa confirm masuk syurga.


Tapi realitinya bila kena tamat kontrak macam ni, mula pening kepala. Dan selalunya yang paling bising pasal isu ni, ya, golongan yang dulu paling yakin mereka paling betul lah yang mula terasa sekarang.


Jadi untuk sesiapa yang ditamatkan kerja, aku simpati. Aku faham peritnya. Tapi aku juga nak pesan satu benda penting.


Bila kau mula hari pertama kerja kontrak dengan Petronas, masa kau terima gaji pertama, masa tu juga kau patut dah mula plan untuk hari terakhir.


Sebab dunia korporat tak pernah janjikan kekal. Lagi besar syarikat, lagi awal mereka buat pemotongan bila ada gelombang ekonomi. Nama pun kontrak, maknanya tak kekal. Kecuali kau kerja tetap atau kerja kerajaan. Itu pun sekarang belum tentu selamat seratus peratus.


Jadi janganlah kita salahkan semata-mata kerajaan, atau CEO, atau sistem. Kadang-kadang kita kena tengok balik dalam cermin. Dah cukup bersedia ke kita untuk hadapi realiti dunia kerja?


-Jonah Ahmed



NI MANUSIA WARAS KAH YANG BAWA LAJU CAM GINI NIH..ASTAGFIRULLAH HALAZIM. ALLAHUAKHBAR....


 

QAZAF: DOSA BESAR YANG MENGGUGAT MARUAH DAN MASLAHAH UMMAH



Qazaf merujuk kepada tuduhan zina terhadap seseorang tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan nama baik individu yang dituduh, malah mengundang kemurkaan Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW mememerintahkan agar menjauhi dosa-dosa besar yang membinasakan, antaranya ialah perbuatan qazaf. Sabda Baginda SAW:


اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقاتِ، قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ وما هُنَّ؟ قالَ: الشِّرْكُ باللَّهِ، والسِّحْرُ، وقَتْلُ النَّفْسِ الَّتي حَرَّمَ اللَّهُ إلَّا بالحَقِّ، وأَكْلُ الرِّبا، وأَكْلُ مالِ اليَتِيمِ، والتَّوَلِّي يَومَ الزَّحْفِ، وقَذْفُ المُحْصَناتِ المُؤْمِناتِ الغافِلاتِ


Maksudnya: “Jauhilah oleh kamu tujuh perkara yang membinasakan." Mereka (para sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah perkara-perkara itu?" Baginda bersabda:"Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang (pada hari pertempuran), dan menuduh wanita-wanita mukminah yang suci lagi tidak menyedari (dari perbuatan zina)”.


[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Oleh kerana kesan mafsadah yang besar boleh disebabkan dengan tuduhan qazaf, maka Islam menetapkan hukuman yang berat bagi kesalahan qazaf bagi menjaga maslahah maruah umat Islam daripada ditohmah dan dituduh dengan tuduhan zina tanpa sebarang asas. Firman Allah SWT mengenai kesalahan qazaf:


وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Maksudnya: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.


Surah al-Nūr (4)


Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara ini, lantas dengan mudah melontarkan tuduhan demi tuduhan untuk menjatuhkan seseorang. Perbuatan sebegini jelas ditegah oleh Islam yang menjaga kemaslahatan manusia. Secara umumnya terutamanya pada aspek penjagaan maruah (ḥifẓ al-‘irḍ). Tuduhan palsu tanpa bukti boleh memecahbelahkan masyarakat, merosakkan institusi kekeluargaan dan menghilangkan kepercayaan terhadap sistem keadilan Islam.


Bagi mengekang perbuatan qazaf yang melindungi hak serta maruah individu, undang-undang Syariah Malaysia menetapkan peruntukan yang jelas. Perkara ini terdapat dalam seksyen 41, Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559): 


Seksyen 41: Kecuali dalam kes li ‘an,  mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Peruntukan ini bukan bersifat menghukum, sebaliknya berperanan sebagai mekanisme perlindungan dan pendidikan kepada masyarakat. Ia mengingatkan bahawa tuduhan zina bukan perkara yang boleh dibuat secara sewenang-wenangnya dan maruah bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan. Dengan hukuman yang berat seperti denda dan penjara, ia menjadi benteng kukuh terhadap budaya fitnah yang semakin berleluasa terutamanya dalam dunia digital masa kini yang memudahkan penyebaran maklumat tanpa kawalan.


Kesimpulannya, qazaf adalah dosa besar yang memberi implikasi besar terhadap individu dan masyarakat. Perkara-perkara yang melibatkan tuduhan zina dan seumpamanya juga tidak wajar untuk dijadikan bahan jenaka, dan boleh membawa kepada berlakunya qazaf. Hal seperti ini akan menjejaskan keamanan masyarakat, bahkan akan menyebabkan ketakutan masyarakat luar terhadap negara yang jelas bertentangan dengan maqasid dalam menjaga keamanan yang dituntut oleh Islam. Islam menegah keras perbuatan ini demi memelihara maruah, keadilan dan keamanan sosial. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita wajar menjauhi segala bentuk tuduhan tanpa bukti serta menegakkan prinsip keadilan dan integriti dalam menyampaikan maklumat dan menilai seseorang.


Wallahu A’lam


Untuk bacaan lanjut berkenaan isu qazaf, rujuk artikel berikut:

1. Adakah Tuduhan Liwat Termasuk Sebagai Qazaf:  https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3484-bayan-linnas-siri-ke-183-isu-qazaf-adakah-termasuk-tuduhan-liwat




PANDAI NGAT FADLI SAARI. KO NI BEFUL LA BENAK.

RMS. 


 Akaun ni dah kena block tak boleh komen di page ni, minta betulkan kenyataan  Pasir Mas, dibawah kjaan MADANI PMX dah luluskan RM30 juta untuk naik taraf jalan menjadikan jumlahnya RM75.67 juta..






Tak benar sama sekali kjaan tak buat apa apa, malah lebuhraya Gerik - Jeli telah semakin baik berbanding dulu.. 


Pasir Mas ni suma dia 'pakar'..



𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢 𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱 RAFIZI RAMLI

 

𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟵 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱






𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧:

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗥𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗧𝗜𝗠𝗜𝗗𝗔𝗦𝗜


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 yang baru berlaku mengundang pelbagai pandangan dan reaksi dari banyak pihak, termasuklah dari kalangan anggota dan bukan anggota. Perkara ini sudah dijangka, memandangkan KEADILAN adalah parti utama di dalam Kerajaan Persekutuan.


Jika pun perbezaan pendapat mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025 dilihat tidak sealiran dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, ia adalah satu cabaran yang wajar ditangani dengan berhemah. Sebarang bentuk tekanan atau intimidasi akan menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa pentadbiran sekarang cepat menggunakan kuasa dan tidak mempertahankan hak rakyat untuk berbeza pandangan.


Sejak seminggu lepas, saya telah menerima aduan-aduan dari orang biasa yang telah diambil tindakan yang berbeza-beza. Tindakan-tindakan ini termasuklah:


i. Aduan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada platform X bahawa kandungan telah melanggar undang-undang Malaysia;


ii. Pegawai SKMM dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengunjungi Orang Kena Adu (OKA) dengan alasan ingin berjumpa, tanpa sebarang dokumen rasmi;


iii. Pegawai SKMM mengeluarkan notis kepada OKA untuk siasatan; dan/atau


iv. Telefon pintar dan kad SIM OKA dirampas untuk siasatan. 


Kandungan di platform X yang disiasat selalunya adalah pandangan peribadi seorang rakyat biasa mengenai perjalanan atau keputusan pemilihan KEADILAN 2025 yang tidak melanggar apa-apa undang-undang. 


Sebab itu, setelah saya meneliti aduan-aduan ini, saya berpendapat kaedah ini hanyalah satu bentuk intimidasi untuk menekan orang awam dari tidak lagi buat kandungan mengenai perjalanan dan keputusan pemilihan KEADILAN 2025. 


Seorang dari mereka yang telah dipanggil SKMM dikenali di platform X dengan akaun 𝗔𝗺𝗲𝗿 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 @𝗮𝗺𝗲𝗿𝟳𝟮𝟭𝟭


Saya kemukakan dokumen laporan polis oleh isteri beliau setelah diganggu pegawai SKMM dan polis, serta notis siasatan SKMM dan senarai rampasan oleh pihak polis berhubung satu kandungan (rujuk lampiran):


i. Lampiran A – kandungan yang diadu. Kandungan hanyalah pandangan peribadi beliau mengenai pemilihan KEADILAN 2025


ii. Lampiran B – laporan polis oleh isteri mengenai intimidasi 


iii. Lampiran C – notis siasatan oleh SKMM


iv. Lampiran D – senarai rampasan oleh PDRM


Perkara ini turut berlaku kepada orang awam lain yang banyak mengulas mengenai pemilihan KEADILAN 2025. Saya dimaklumkan bahawa antara akaun-akaun di platform X yang diadu termasuklah 𝗽𝗮𝗵𝗯𝗲𝗱𝗮𝗵𝟰𝟭, 𝗺𝘀𝗶𝗮𝗻𝗮𝗳𝗳𝗮𝗶𝗿𝘀, 𝗺𝗮𝗿𝗶𝗼𝘀𝗸𝘆𝗷𝘂𝗶𝗰𝗲, 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿, 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗣𝗛, 𝗼𝗿𝗲𝗼_𝗸𝗼𝘀𝗵𝗸𝗮𝟯𝟯𝟬, 𝗳𝗲𝗺𝘁𝗼𝟱𝟱𝟱, 𝗔𝗾𝗶𝗺𝗡𝗶𝘇𝗮𝗿, 𝗿𝗼𝘄𝗮𝗻𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗼, 𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺𝟭𝟮𝗸, 𝗔𝗳𝗿𝗮𝗹𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗺𝘄𝗱𝗵𝗵𝗻𝗶, 𝗠𝗮𝘁_𝗝𝗮𝗸𝗲𝘁, 𝘀𝗶𝗿𝘀𝗮𝘇𝗹𝘆, 𝗟𝗲𝗵𝗺𝗮𝗻𝗜𝘀𝗛𝗲𝗿𝗲, 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗹𝗿𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴, 𝘁𝗿𝗶𝗰𝗸𝘆𝘄𝗶𝗹𝗹𝘆𝟭, 𝘀𝗿𝘂𝗹𝗶𝗮𝗺 dan 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗸𝘂𝗱𝘂_𝗺𝘆.


Saya percaya YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan YB Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi tidak memberikan arahan agar orang awam seperti ini dikenakan tindakan. 


Kemungkinannya, ada watak-watak tertentu yang berselindung di belakang nama-nama menteri mereka, yang memberi arahan kepada SKMM atau PDRM untuk menekan orang awam, hanya kerana pandangan mereka mengenai pemilihan KEADILAN 2025 tidak sealiran dengan pandangan watak-watak ini.


Oleh itu, saya menasihatkan supaya perkara ini dihentikan serta-merta. 


Saya telah pun berbincang dengan peguam-peguam sukarela yang akan mewakili orang awam yang dikenakan intimidasi seperti ini. Jika ada pelanggaran peraturan atau undang-undang, orang awam yang menjadi mangsa intimidasi seperti ini akan dinasihati untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.


Saya menasihati pimpinan politik yang diberi amanah untuk mentadbir kementerian masing-masing supaya tidak mencampur aduk pandangan politik dengan urusan rasmi kerajaan.


Saya juga menasihati penjawat-penjawat awam supaya tidak terheret dan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang mencampur aduk tanggungjawab harian sebagai penjawat awam, dengan tindakan politik seperti ini.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

9 Jun 2025



WPS Office: Complete office suite with PDF editor



Here's the link to the file:

https://sg.docworkspace.com/d/sIDj9seeKAvTTmsIG


Get WPS Office for Free:

https://go.wps.com/a8GGuD1vfLDu

𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔

https://drive.google.com/file/d/1wmJHUkEz8NZL5PI448DJkG1m-pQrRSE5/view?usp=sharing

𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗕

https://drive.google.com/file/d/1LQPXYkX8BQ2RjUtQKs8Ajn8yQKqsYdyp/view?usp=sharing

𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗖

https://drive.google.com/file/d/11Tgkx_o-JzS0RID3UvuLFLVKlbBkNg0-/view?usp=sharing

𝗟𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗

https://drive.google.com/file/d/1LIGA3fJ0rw3TqB6tbPRMDTbyyQjgaepX/view?usp=sharing



TELUIH LAK ....OK LA.



 

KEMASKINI KEMALANGAN MAUT

 

Kemaskini terkini nahas kemalangan bas melibatkan warga 

Universiti Pendidikan Sultan Idris


• 15 orang telah disahkan meninggal dunia. 

• 13 jenazah dibawa ke Hospital Ipoh untuk urusan post mortem. 

• 2 jenazah sedang urusan post mortem di Hospital Gerik. 

• Baki mangsa yang cedera sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik. (akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

• UPSI telah tubuhkan bilik gerakan berserta hotline.

• Urusan bantuan penginapan untuk keluarga mangsa sedang dikoordinasi bersama Politeknik Ungku Omar & Kolej Komuniti Gerik. 


Saya dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan keluarga mangsa. Saya mohon sama-sama kita doakan segala urusan mangsa dipermudahkan dan kepada semua keluarga yang terlibat, semoga diberi kekuatan dan ketabahan. 


Insya-Allah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UPSI sendiri telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat.


YB DATO’ DR. ZAMBRY ABD. KADIR

Menteri Pengajian Tinggi.



15 MAUT MELIBATKAN OELAJAR UPSI





 Sekurang-kurangnya 15 maut dalam melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi tadi.


Keseluruhan 48 mangsa yang terlibat, termasuk 13 orang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua orang di hospital, manakala empat lagi mangsa tercedera.


Berita penuh: https://alhijrahnews.com/15-maut-bas-membawa-pelajar-upsi-terlibat-kemalangan/


Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara



INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU ADALAH PAYUNG BESAR IRANG MELAYU DSN RAKYAT MALAYSIA.

 

Dr Maslee Malek



Daulat Tuanku 🙏


Institusi Raja-Raja dan YDPA adalah “Payung Besar” sebenar untuk orang Melayu bernaung di negara ini berdasarkan perlembagaan persekutuan.


Malah ia merupakan “Payung Besar” untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, etnik dan asal geografi. 


Malangnya ada pihak yang ingin mengambil peranan “Payung Besar” ini dengan menakutkan rakyat Malaysia bahawa ada pihak yang terancam oleh pihak lain.


Ampun Tuanku, rakyat tidak akan termakan hasutan pihak yang hanya ingin mempertahankan kepentingan peribadi dan politik mereka dengan meniupkan api perkauman.


Rakyat Malaysia akan teguh mempertahankan “Payung Besar” sebenar yang akan terus menaungi orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.


Daulat Tuanku 🙏


@officialsultanibrahim 

@anwaribrahim_my 

@suarakeadilan.official 

@madani.my



PADAN MUKA!! - DULU DOK BANGGA ATOK YANG BEBAS ANWAR | Sampai Rafizi dil...

APA JADI DENGAN FORMULA RAFIZI? - SIAPA YANG GANTI MENTERI EKONOMI?

[Faizal Rahman] 6 JUN 2025 Laporan ke ROS, Langkah Rafizi seterusnya

PMX KRITIKAL!! - ROMBAKAN KABINET YANG MEMENINGKAN KEPALA | CUBA LA BUANG RAFIZI. KITA NAK LIHAT SIAPA AKAN BERADA DIBARISAN HADAPAN SERANG PEMBANGKANG

PAYUNG BESAR : PAS/BERSATU KENA 'KELENTONG' DENGAN MAHATHIR LAGI

Nasihat saya buat PN - Nak dengar atau tidak terpulanglah

TENAGA LAIN GANTI MINYAK

 



Ini empat sebab utama Petronas berhentikan 10 peratus tenaga kerjanya


Pembangkang dilihat mengambil kesempatan menyerang kerajaan MADANI susulan keputusan Petronas memberhentikan kira-kira 5,000 orang atau 10 peratus daripada tenaga kerjanya.

Namun, penyusunan semula tenaga kerja oleh syarikat minyak dan gas negara itu bukan berlaku tanpa sebab.

Petronas sedang menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam landskap industri tenaga dunia.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, Petronas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM55.1 bilion iaitu turun 31.7 peratus daripada RM80.7 bilion setahun sebelumnya.

Banyak syarikat antarabangsa lain sudah pun melaksanakan pengurangan tenaga kerja yang jauh lebih besar selepas krisis harga minyak pada 2020.

Mereka juga mulai melabur secara agresif dalam sumber tenaga alternatif seperti tenaga angin dan suria.

Berikut 4 sebab utama mengapa Petronas melakukan penyusunan semula tenaga kerjanya:

1) Kejatuhan harga minyak mentah global

Seperti banyak syarikat minyak lain di dunia, Petronas sangat bergantung kepada harga minyak global.

Syarikat minyak nasional itu berdepan cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.

Penurunan harga minyak (contohnya pada 2015–2016, dan juga turun naik selepas pandemik dan konflik geopolitik) menjejaskan keuntungan syarikat secara ketara.

2) Penyusunan semula korporat

Petronas beberapa kali menjalani transformasi organisasi bagi menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran tenaga.

Ini termasuk penggabungan jabatan, automasi kerja, dan rasionalisasi operasi yang menyebabkan lebihan pekerja.

Anggaran peruntukan perbelanjaan Petronas adalah berdasarkan minyak Brent pada sekitar AS$75 (RM318.41) hingga AS$80 (RM338.20) setong.

Minyak penanda aras global itu kini didagangkan hampir AS$65 (RM274.79) turun kira-kira 13 peratus tahun ini.

Penyusutan itu ekoran ketegangan perdagangan yang menjejaskan pertumbuhan global serta usaha OPEC+ untuk memulihkan pengeluaran.

 

3) Tekanan kepada kecekapan kos dan produktiviti

Dalam usaha menjadi lebih lestari dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, Petronas perlu mengurangkan kos operasi.

Hal ini turut merangkumi langkah pengurangan tenaga kerja terutamanya dalam bidang yang boleh diautomasi atau diswastakan.

Petronas menyasarkan operasi yang lebih kecil dan tangkas walaupun harga minyak mencecah paras tertinggi AS$100 setong (AS$1 = RM4.23).

4) Peralihan kepada tenaga baharu

Wujud tekanan global untuk beralih kepada sumber tenaga yang lebih lestari. Petronas sedang menyesuaikan model perniagaannya kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Dalam peralihan ini, keperluan kepada tenaga kerja tradisional dalam sektor minyak dan gas berkurang.

 

 





PATUT KAUM CINA LARI- KETUA MCA PIKIR MACAM WALAUN.

 


‘Saya rujuk A, beliau jawab Z’ – Armizan balas sinis Ka Siong silap rujuk undang-undang

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menegur Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kerana didakwa membuat rujukan undang-undang yang salah berhubung isu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan.

Armizan menjelaskan beliau dalam sidang media pada 5 Jun lalu telah merujuk dengan tepat kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 atau PPKB (Pindaan) 2021, dan bukannya Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022 (Akta A1652) seperti yang dihujahkan oleh Presiden MCA.

“Saya harap Presiden MCA tidak cepat koyak bila saya petik nama DAP hingga tersilap rujuk undang-undang,” katanya sinis.

Armizan menambah, kenyataan media yang diedarkan pada sidang media itu juga menyatakan secara jelas rujukan kepada PPKB (Pindaan) 2021.

“Memang tidak jumpa peruntukan undang-undang yang saya maksudkan sebab saya sebut A, beliau rujuk Z,” katanya lagi.

Walaupun begitu, Armizan turut mengucapkan tahniah kepada Ka Siong kerana kini dilihat lebih cakna terhadap isu rakyat dalam kedudukannya sebagai pembangkang berbanding ketika beliau memegang jawatan dalam Kabinet sebelum ini.

\

Jelas Armizan, PPKB (Pindaan) 2021 telah digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika itu, dikuatkuasakan pada 15 Oktober 2021, dan telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses orang ramai.

“Saya fikir kiranya aura ‘jurucakap rakyat’ itu muncul lebih awal ketika beliau menjadi Menteri, beliau dan partinya pasti akan membuat bantahan lebih awal pada tahun 2021 dan bukannya tahun 2025,” ujarnya.

Mengulas dakwaan bahawa beliau memetik punca kuasa perundangan yang tidak wujud, Armizan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas.

“Saya tidak kisah Presiden MCA tuduh saya bohong. Orang politik jangan cepat koyak. Cuma saya merayu janganlah kelirukan rakyat dengan rujukan kepada undang-undang yang saya tidak sebut.

“Ya benar saya Ahli Parlimen penggal pertama, dan Presiden MCA sudah berpenggal-penggal di Dewan Rakyat dan lama sebagai Anggota Pentadbiran. Memang lebih jauh berpengalaman.”

Namun, beliau menegaskan bahawa walaupun masih baharu dalam politik, beliau tetap berpegang kepada punca kuasa yang sah dan tidak akan mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Menuduh saya memetik punca kuasa perundangan yang tidak wujud bukan cerminan kepada saratnya pengalaman dan kebijaksanaan Presiden MCA yang sempat saya kenali dahulu,” katanya.

 


TU BUKAN KERJA JKOM- KERJA JKOM LAWAN FITNAH PADA ANWAR- IMUNITI ANWAR: JKOM CUBA TEGAKKAN BENANG BASAH



KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan, institusi perdana menteri perlu dipertahankan kerana kejatuhannya bukan sahaja menjejaskan jawatan tersebut malah menggugat kestabilan negara.




Apa kata PAS singkirkan Sanusi kerana mulut dan akhlak tak selari Ularma...

RAFIZI RAMLI DAN NIK NAZMI TAK JADI LETAK JAWATAN KE? - Pandangan J

HASIL PAYUNG..