JIKA DIA INI DIBEBASKAN DIZAMAN PH....


Hamdan Taha

 

Apa akan jadi jika dia ni bebas masa Ph jadi kerajaan...kita akan kata apa.....ayat saya ialah kita dan kebanyakan orang melayu.




KENAPA PAS LEBIH MUDHARAT Dari UMNO! - Khalid Samad

KECOH DIDEWAN! - INILAH PRESTASI MENTERI PAS DI PARLIMEN. KEH..KEH..LUPA BAWA KUNCI LORI GAMAKNYA...KES ADIB PEE MANA ?


Situasi tegang berlaku pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hannah Yeoh (PH-Segambut) dilihat bangkit mempersoalkan tindakan timbalan menteri yang tidak menjawab soalan yang dibangkitkan oleh wakil pembangkang. Begitu juga pertikaman lidah berlaku antara MP batu Kawan P Kashturi, yang tidak berpuas hati dengan jawapan menteri





KEH..KEH...SERAMMMM- HABIS SIAPA YANG CAKAP...TAK KAN LA HANTU...MANUSIA LA CAKAP..ORANG PAS LA TUUUU

 


Buktikan dulu kesahihan rakaman audio tular pertikai Hadi, kata Takiyuddin




Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rakaman audio mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan Presiden Abdul Hadi Awang perlu disahihkan terlebih dahulu.

PETALING JAYA: Sebelum sebarang tindakan diambil, kesahihan rakaman audio yang mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan presiden parti, Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan terlebih dahulu, kata Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, parti juga terbuka sekiranya polis mahu melakukan siasatan selepas menerima laporan.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat,” katanya di Kota Bharu, menurut laporan Bernama.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut di media sosial sejak semalam.

DIA HANYA MAHU MEMBAWA KAMU KEPADA SUATU KEHIDUPAN SELAMAT, TAPI KAMU SUDAH BERLEPAS TANGAN DAN BERPUTUS ASA

 

May be an image of 1 person and text that says "Allah is my witness. will not be silent. I will never surrender."



KAK IDA ABDULLAH

Selama lebih 5 dekad beliau mengorbankan dirinya kerana cintanya kepada tanah tumpah darahnya.
Sangat teringin dia melihat bumi bertuah ini dipayungi barakah dan rahmah. Hidup berkasih sayang dalam harmoni, hormat menghormati.
Lebih 5 dekad dari usianya diinfak kepada perjuangan menegak keadilan di bumi bertuah ini. Tidak ada pemimpin sepertinya selama 5 dekad berkorban, merela diri dipisah dari keluarga, melalui penjara, difitnah, dicerca.
Tiada yang mencintai negara sepertinya. Jika ada, muncul dan tunjukkan diri mu. Berdiri bersamanya memberi sokongan bukan menjauhi darinya. Tidak terbayang seorang yang telah menganiaya, memenjara dan mengejinya, diterimanya dengan lapang dada demi Malaysia.
Demi menyelamatkan Malaysia, beliau rela dinafi haknya, dikhianati, dihalang walau banyak yang beliau dapat menyumbang diusia berbaki.
Mereka yang sebayanya sibuk mengumpul kekayaan walau dari sumber haram, tapi dirinya masih berusaha mengangkat maruah negara walau usahanya dipersenda, dengan pelbagai tuduhan yang hina.
Sekiranya rakyat negara ini mempersiakan peluang-peluang mengangkat mutiara negara ini dan meletak ke tempat sepatutnya, maka tiadalah lagi harapan negara akan peroleh kesejahteraan dan kemakmuran, untuk jangka masa yang lama.
Jiwa kentalnya, namun beradab dan berakhlak tidak semborono dalam usahanya, tidak terlihat pada sosok lain, jika ada siapa? Beliau masih bertenaga, masih mahu berkorban segala tetapi tidak disambut sebulat suara kerana masih ada yang redha, petualang bangsa, agama, negara memberi kesenangan kepada kumpulan mereka.
Suara rakyat tidak cukup hingar dan menggegar. Malah dapat didiamkan saat dedak ditabur supaya kenyang sementara. Malang sungguh nasib mu wahai Malaysia.
Begini saya melihat DS Anwar Ibrahim dalam usaha menyelamat Malaysia sedangkan rakyat enggan berusaha bersungguh malah redha tenggelam dan lebih mudah menyalah takdir sahaja.

SEMBANG TAK MAU JATUH: SELAMA NI JANJI PEMBOHONG SAJA. MUNGKIN PAS BERTANDING SEMUA KERUSI DUN MELAKA..??

 

MUNGKIN PAS BERTANDING SEMUA KERUSI DUN MELAKA..??

Jentera PAS tidak dinafikan, memang mampu berhimpun untuk menggertak. Tetapi jentera tersebut tidak mampu menarik majoriti rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti tunjang. PAS seolah berada dalam dilema. Samada mahu bersama UMNO (presiden mahu ke Jerman) atau dengan BERSATU (kekal menentang YB Mahkamah). Dengan dakyah berterusan mendalam terhadap DAP, PAS semestinya malu tersipu jika mahu bersama PH. Tambah lagi dengan adanya Amanah.
YB PAS sendiri pada harini dilihat lebih kepada mengikut telunjuk dan segala suara lantang mereka semasa pembangkang sudah dijahit rapi. Malah, reputasi terburuk YB Takiyuddin semasa menjadi menteri undang-undang sudah memberi impak negatif terhadap kemampuan YB PAS dalam memimpin kerajaan.
Sekiranya PAS juga memilih bertanding semua kerusi DUN Melaka, maka pertaruhan 4 penjuru besar menjadi sejarah pertama. Bersatu, BN, PAS & PH. Kami melihat PH akan mendominasikan majoriti undian. Sekiranya PAS memilih bersama PN dan pertaruhan 3 penjuru berlaku, kami melihat PH & PN mungkin akan mendominasi. BN dengan isu terbaru royalti pasir, kepimpinan diketuai kluster mahkamah, itu semua akan membuatkan rakyat lebih selesa memilih PN atau PH berbanding BN.
Kami melihat sekiranya pertembungan PH, PN & BN. PN kemungkinan akan mendapat tambahan sokongan dan BN secara perlahan akan beransur hilang dari sokongan rakyat berikutan kluster mahkamah yang kekal bermaharajalela dalam UMNO. Tidak mustahil sokongan melayu akan beralih kepada BERSATU dan UMNO akan tinggal kenangan.
Malaysiakini | PAS masih belum menetapkan kedudukan sebenar mereka jika parti itu berdepan dengan pilihan di antara Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka kalau ia berlangsung tidak lama lagi.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana perbincangan mengenainya masih berjalan.
"Kami nak lihat pendirian Muafakat Ummah yang PAS bawa (sama ada) diterima atau sebaliknya," katanya.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu memberi respon ringkas ketika ditanya adakah PAS bersedia menggunakan formula menyokong calon parti penyandang di mana-mana kerusi yang dipertandingkan di Melaka.
Ia menjadi perhatian kerana kedudukan PAS sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menandatangani piagam secara rasmi dengan Umno untuk membentuk Muafakat Nasional.
Keadaan boleh menjadi rumit kerana boleh dikatakan semua kerusi yang ditandingi Umno pada PRU ke-14 lalu juga mempunyai calon dari Bersatu.
Hubungan Umno dan Bersatu pula buat masa ini adalah tegang.
Bagaimanapun untuk rekod tidak dapat dipastikan sama ada "Muafakat Ummah" yang dimaksudkan Tuan Ibrahim itu merujuk kepada konsep penyatuan ummah yang dibawa PAS bagi mempertautkan Umno dan Bersatu.
Permintaan lanjut Malaysiakini untuk mendapatkan penjelasan "Muafakat Ummah" itu tidak mendapat reaksi daripada Tuan Ibrahim setakat ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara mengejut pada 4 Okt lalu selepas ketua menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti untuk meneruskan pentadbiran.
Ia berlaku apabila empat Adun yang sebelum ini berada dalam kerajaan menarik sokongan daripada Sulaiman.
Sebagai rekod setakat ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar berkata, buat masa ini PAS memberi tumpuan untuk memperkukuh jentera parti.


Lelaki ini dedah ketakutan Dr T itu benar, bukan sebab pendirian Hadi tapi sebab Pas pasti kalah dengan Umno di Terengganu

 


Lelaki ini dedah ketakutan Dr T itu benar, bukan sebab pendirian Hadi tapi sebab Pas pasti kalah dengan Umno di Terengganu

Jika benar audio yang tersebar itu suara Dr T.. Bagi aku ia adalah gambaran keresahan yang benar.. Bukan sebab Pendirian Hj Hadi berubah ubah.. Memang sejak dulu pendirian Hj Hadi itu berubah ubah..Mana pernah ada prinsip..

Apa Yang di Bimbangi Dr T itu hanya gambaran PAS akan kalah teruk di Terengganu sebagaimana PRU 2004 Zaman Paklah Badawi jika tidak bersama Muafakat Nasional.. mudah fahamnya bersama UMNO.. Hampir pasti UMNO akan berkuasa kembali pada PRU 15.. Ketakutan Dr T hanya melibatkan kerusinya sendiri..

Konflik PAS hari ini sebenarnya besar.. PAS akan terima kesan besarnya samada bersama PN atau BN.. Keduanya PAS hampir pasti Kalah besar terutama di Terengganu.. Dan kalau bersama UMNO mungkin boleh dapat kerusi luar bandar..Itupun kalau UMNO bagi laluan..

PH sukar menang di Terengganu.. Sebab takda Tokoh seperti Husam di Kelantan..Tapi pandangan peribadi aku, PH akan ada peluang besar di Kelantan jika strategi mereka tepat.. aku dah sebut sebelum ini..Amanah perlu buat persediaan dan tumpuan di Kelantan..

Tak hairan kebelakangan ini berlaku konflik kepimpinan Amanah di Kelantan..sebab seakan ternampak cahaya di Hujung terowong..Itu sebab nya, Sebelum ni aku dah kata..Amanah ada Peluang, Tapi ada Pemimpin yg sepatut terajui Kelantan pandai pandai buat Move nak bertanding di Gombak..Hari ni nak kembali ke Kelantan.. dan pandangan aku, pemimpin ini sesuai memimpin Kelantan..

Tu sebab jangan terikut Move move Politik ni.. balik lah ke pangkal jalan, jangan jadi sorang Adun kaki Bitcoin di Selangor.. Apapun PH jangan seronok sangat.. UMNO tak bodoh mcm PAS dan PN.. Kut mana pun esok..PRU 15 depa akan kuasai Kerajaan.. ðŸ™‚

Ipohmali

BERNAS DARI MP PAS!! - JUAL TANAH UNIVERSITI MALAYA - KURANGKAN CABUTAN ...KEH..KEH...PAK LEBAI LOYAR BURUK...SOQANG SOH TURUN GAJI MINIMA...YANG NI LAGI DAHSYAT..SOH JUAL TAPAK UM...AKU INGAT KALAU DEPA NI BERKUASA...TELAGA MINYAK PUN DEPA SOH JUAI...KAH...KAH...WOIIII


Cadangan Bernas dari MP PAS, Jual aje tanah Universiti Malaya tu. Ganti kurangkan jumlah cabutan judi yang dok bising bising tu!. Apa response agaknya dari alumuni Universiti Malaya nanti!


May be an image of 1 person and text that says "Sန Akmar Hisham Mokhles 14 m Ahli Parlimen Pas cadangkan supaya pindahkan Universiti Malaya keluar dari Kuala Lumpur sebagai langkah untuk tambah pendapatan negara menggantikan pendapatan dari hasil judi. Dan tanah UM yang sedia ada dijual untuk tujuan pembangunan. Agaknya apa pandangan siswa, graduan dan alumni UM. IVERSITI MALAYA i 20 19 PAS CADANG JUAL TANAH UNIVERSITY MALAYA YOUTUBE.COM BERNAS DARI MP PAS!! JUAL TANAH UNIVERSITI MALAYA KURANGKAN caB..."



PANDAI RATIB TAPI BERTINDAK TIDAK TAHU-HANYA KELUARKAN SARANAN TAPI TIDAK MEMAINKAN PERANAN

 

MOHD MUKHLIS


Dah mai dah "kebenaran" palsu dia, demikianlah Mopti Serba Tahu, tikam fatwa berkhianat tapi pandai baca doa satu pun tak kena, alih-alih satu negara merana.

Ni nak salah DAP juga ka atau ada ratib terbaharu?


May be an image of 2 people and text that says "Dr MAZA official @realDrMAZA Semoga kebenaran akan singkap dan ketidaktelusan' akan ditangkap. Kebenaran bakal terbongkar Translate Tweet sinarharian.com.my Kebenaran bakal terbongkar 12:34 PM 10 Oct 21 Twitter Web App 17 Retweets 7 Quote Tweets 53 Likes"

AMBIK AZMIN ZURAIDA MASUK...DEPA PAKAR MELOMPAT...CUBA TANYA AZMIN....

 

Parti Kuasa Rakyat mesra kerajaan, tapi tiada kaitan PM, kata Kamarazaman




Kamarazaman Yaakob berkata, penubuhan Parti Kuasa Rakyat dirancang sejak beliau menuntut di Universiti Malaya lagi dan ia tidak pernah dibincangkan dengan adiknya, Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Parti Kuasa Rakyat yang dilancarkan hari ini adalah mesra kerajaan, tetapi Presiden Penajanya, Kamarazaman Yaakob berkata, penubuhannya tiada kaitan dengan adiknya yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, penubuhan parti itu juga tiada kaitan dengan bekas pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“Azmin, Zuraida bersama Bersatu sekarang dan dipimpin Muhyiddin Yassin, mereka tak bersama kami,” katanya pada sidang media selepas pelancaran parti itu.

Beliau berkata, penubuhan parti baharu itu dirancang sekian lama, sejak beliau menuntut di Universiti Malaya lagi dan ia tidak pernah dibincangkan dengan Ismail.

“Tidak ada kaitan (dengan Ismail), tak timbul soal restu tak restu, ia adalah perjuangan saya sejak dari kampus lagi.

“Keputusan saya, tindakan saya tidak pernah mengikut jalur pemikiran Perdana Menteri, tapi kami ada kesamaan kerana kami datang daripada anak seorang penoreh getah, sebab itu fokus parti kami (parti baharu) kepada nasib orang susah.”

Katanya, penubuhan parti itu bertujuan memudahkan agendanya bagi memperjuangkan kepentingan golongan B40, M40, rakyat marhaen, alam sekitar, keadilan sosial dan hak asasi manusia.

“Sebab untuk dapatkan rumah percuma bagi rakyat miskin atau pendidikan percuma tidak mungkin terhasil kalau tak mesra kepimpinan kerajaan hari ini.”

Beliau berkata, partinya belum menyasarkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya mereka mahu melihat penerimaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu.

Katanya, pihaknya juga belum memutuskan sama ada akan bersama Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau gabungan lain untuk menghadapi PRU15.

“Di peringkat awal, kita dekati rakyat dahulu, perkenalkan parti, soal PRU kita akan masuk atau tidak bergantung kepada sokongan dan penerimaan dan kajian pengundi adakah mereka terima kami.”

Beliau tidak menolak kemungkinan menerima wakil rakyat yang melompat parti, dengan syarat ia perlu seiring dasar perjuangan mereka.

Langgar lari penghantar makanan, pemandu serah diri bantu siasatan

 

Video kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang pemandu kenderaan dan penghantar makanan tular di media sosial semalam.

IPOH: Seorang pemandu kenderaan yang melanggar penghantar makanan sehingga kes itu tular di media sosial, telah menyerah diri kepada polis semalam.

Ketua Polis Perak Mior Faridalatrash Wahid berkata pemandu berusia 48 tahun itu, tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh beberapa jam selepas insiden itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kenderaan itu telah mengubah haluan secara tiba-tiba ketika berada di Jalan Ampang-Tambun, kira-kira 9 pagi semalam.

“Tindakan itu telah menyebabkan penghantar makanan yang berusia 34 tahun terjatuh ketika menunggang motosikalnya di jalan tersebut, sekali gus cedera ringan di bahagian siku serta lututnya. Pemandu kenderaan terbabit telah dibebaskan selepas keterangannya selesai diambil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai dan orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan raya dengan berhati-hati semasa memandu terutamanya dengan peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

Semalam tular di media sosial video kemalangan langgar lari yang melibatkan seorang pemandu kenderaan dan penghantar makanan, yang mengundang pelbagai kecaman dan reaksi warganet.

KISAH NAK MASUK SYURGA TANPA HISAP

 

MOHD MUKHLIS

Sekarang Tuan-Tuan sudah faham kedudukan kita di negara ini kan? Sekarang Tuan-tuan hendak buat apa?

Ini level ketua lebai teknorat di Selangor, padan la walaun di bawah lebih teruk. Tapi ada hati nak masuk syurga tanpa hisab.


May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎Mohd Mukhlis Mohd Sharif teknokratda Agama. BERNAMA ruwa bidhah kematian lapan remaja berbasikal mt Selangor negeri memang wanit bekas Exco siap Magistrate Court upholdsde sion ۔o sedthe death hteenage .o dengan menang nemerintah Maaysa Iskandar Abdul Samad 3hrs chage Tuan2, faham kedudukan kita negara ini. Skrg Tuan2 nak buat apa? From This To This HMETRO COM Tragedi basikal lajak: Pemandu bebas tuduhan [.EROTV] MAHKAMAH Majistret hari ini, dan membebaskan.. BERNAMA‎"‎‎


KIRA HEBAT LA BOLEH SEWA KAPAL MEWAH BAWA KELUARGA.GAJI BERAPA PULUH RIBU SEBULAN ? Tular dakwaan percutian Pengarah MKN ditaja, ini penjelasan pemilik kapal mewah

 Gempar! Tular dakwaan percutian Pengarah MKN ditaja, ini penjelasan pemilik kapal mewah


Dakwaan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad bercuti di atas kapal mewah dengan tajaan sebuah syarikat adalah tidak berasas.

Tidak menunggu lama, pemilik kapal berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi laman Instagramnya, pemilik kapal yang dikenali sebagai kingshah_captainks menjelaskan Rodzi telah menyewa kapalnya pada 10 Oktober dengan membawa tiga ahli keluarga dan enam kakitangannya.

“Rodzi menempah melalui telefon dan membuat bayaran secara tunai ketika bertemu di jeti,” katanya pada Jumaat.

kingshah_captainks turut mempersoalkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat tohmahan tersebut.

“Salah ke Datuk (Rodzi) mahu ‘support’ perniagaan kami yang hampir terkubur disebabkan Covid-19?” soalnya.

Ujarnya, rombongan Rodzi mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Datuk hanya buka pelitup muka kerana saya mahu bergambar dengan beliau. Bangga Datuk sudi sewa kapal saya,” katanya.

“Hikmahnya, saya dapatlah publisiti sikit… Harapnya anda yang datang bercuti di Langkawi sudi ‘check out’ kapal kami yang simple ini.

Untuk pengetahuan semua, (nama) kapal saya ini Kamilia sempena nama arwah anak yang meninggal akibat leukemia,” katanya.

Sebelum ini sebuah portal mendakwa Rodzi menikmati percutian dengan kapal mewah yang kononnya ditaja oleh syarikat yang diberi kontrak membangunkan aplikasi MySejahtera.

KAH..KAH...WOIII MENTERI...HANG INGAT ZAMAN TOK NADOQ KA...MAIN ACAH ACAH SOH ORANG CALL..INI KEE EELLL LA...

 

Shahidan mengadu telefon ‘jammed’ ramai sangat yang call


Shahidan mengadu telefon ‘jammed’ ramai sangat yang call



Selepas berkongsi nombor telefon peribadinya, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bukan sahaja menerima panggilan mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur sebaliknya juga berkaitan permasalahan lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata masalah lain yang banyak diterima adalah seperti permohonan mendapatkan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan bantuan kewangan.

“Saya terima lebih 1,000 panggilan telefon sehari, bukan aduan jalan berlubang sahaja tetapi bermacam-macam sampai telefon saya ‘jammed’ (tidak dapat berfungsi). Ada juga yang sengaja call (hubungi) tanpa sebab.

Saya berusaha untuk melayani setiap panggilan namun saya juga minta maaf kerana tak dapat menjawabnya. Jadi, saya minta mereka untuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) peringkat Wilayah Persekutuan dan kementeriannya yang turut dihadiri timbalannya Datuk Seri Jalaluddin Alias di Putrajaya, hari ini.

Pada Khamis, Shahidan dalam sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya, menyebut nombor telefon peribadinya untuk dihubungi bagi membuat aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi nombor telefon timbalannya Jalaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Sementara itu, Shahidan berkata terdapat 100 program dan aktiviti sukan yang berlangsung sepanjang HSN 2021 di peringkat Wilayah Persekutuan dan kementerian antaranya adalah “Keluarga Malaysia: Fit and Active Family HSN 2021”, pertandingan Kursus Asas Ikatan, pertandingan e-Sukan FIFA 2021 dan “Let’s Get Fit During Pandemik”.

Beliau turut tidak melepaskan peluang menyertai acara jalan laju sejauh tiga kilometer dari Menara Seri Wilayah ke kawasan sekitar Tasik Putrajaya dan Taman Wawasan.

“Aktiviti sukan ini akan dijalankan secara berterusan bagi memberi peluang kepada warga Wilayah Persekutuan untuk bergiat aktif sekali gus membudayakan gaya hidup sihat,” katanya.

UMNO MAHU RCI .TIMAHU PASUKAN PETUGAS KHAS KERANA TIDAK ADA KUASA PERUNDANGAN.

 

Dalam pertemuan dengan UMNO Johor dua minggu lalu Perdana Menteri sebut untuk tubuh RCI Tommy Thomas.

Tetapi semalam, Kabinet hanya setuju tubuh pasukan petugas khas menyiasat dakwaan Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Oleh kerana isu Tommy Thomas adalah isu besar yang libatkan kepentingan negara dan integriti maka sepatutnya penubuhan RCI (Suruhanjaya Di Raja) lebih mendesak.

RCI ada asas perundangan. Penubuhannya berdasarkan statut. Pasukan Petugas Khas pula tidak ada kuasa perundangan utk panggil saksi, rakam percakapan atau untuk dapatkan dokumen yang berkaitan.

Walau bagaimanapun Perdana Menteri sebut, pasukan petugas khas ini hanya untuk buat kajian awal sebelum tindakan seterusnya diambil.

Justeru dicadangkan, penubuhan Pasukan Petugas Khas ini mestilah matlamatnya ke arah penubuhan Suruhanjaya Di Raja (RCI) Tommy Thomas.

Kedua beri tempoh hanya satu bulan kepada Pasukan Petugas Khas ini membuat kajian awal. Tempoh 6 bulan adalah terlalu lama. Sedangkan ramai pihak terkesan dengan isu ini.

Apatah lagi Tommy Thomas mendakwa wujud salah guna kuasa dalam perlantikan hakim, campur tangan eksekutif, pendakwaan terpilih serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.

Ketiga, Pasukan Petugas Khas ini mestilah bebas total dan tidak ada pengaruh pejabat Peguam Negara. Tidak sesuai bekas AG disiasat oleh AGC.

DR. PUAD ZARKASHI

Ahli MT UMNO.


KESIAN ADIB -MSO

 KESIAN ADIB

Kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk menyiasat secara menyeluruh kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kasim tiga tahun lepas. Adib terbunuh dalam satu kejadian kekecohan di sebuah kuil Hindu pada 27 November 2018.
Kematian Adib sewaktu menjalankan tugas untuk memadam kebakaran dan kekecohan di Kuil Hindu itu menggemparkan dan telah dijadikan isu perkauman.
Apa menyebabkan isu Adib ini menarik perhatian umum kerana beliau dimasukkan ke dalam wad selama 21 hari dan meninggal dunia di wad IJN.
Siasatan telah dibuat dan menjadi kontroversi. Hasil siasatan menunjukkan Adib dipukul, dan ada juga mengatakan ia dilanggar kenderaan Bomba.
Dalam inkues dibuat, didapati ada kekejaman terhadap Adib. Setelah tiga tahun kematian dan telah dua perdana menteri bertukar, kes Adib masih belum diselesaikan lagi. Kenapa? Apakah perlu Malaysia bertukar sampai lima PM baru kasus ini selesai.
Sebuah parti politik yang kini jadi suku daripada kerajaan beriya-iya menuntut kematian Adib dibela dan mereka bertanggungjawab menyebabkan kematian dihukum. Sampai terik urat semereh wakil parti itu bertempik di Parlimen bela Adib. Alih-alih selepas parti itu jadi kerajaan tuntutan itu ghaib ke dalam laut Cina Selatan.
Lupa dan tidak tahu pula saya apakah wakil parti itu masih ada atau sudah tiada.
Hendaknya jawatankuasa khas ditubuh itu tidak bersifat politik dan melepas batuk di tangga, tetapi hendaklah dapat menuntaskan kes yang sudah berlarutan ini. Tidak baik jadikan isu kematian sesiapa jua sebagai isu politik. Trims.
27 November 2018.

ISU LTTE JATUHKAN KERAJAAN MELAKA BAWAH PH


ABIM : SEKOLAH SWASTA CINA DAPAT BANTUAN SEKOLAH SWASTA AGAMA BAGAIMANA?


Eropah kata Malaysia negara kelabu akibat Pandora Papers

 EROPAH KATA MALAYSIA NEGARA KELABU AKIBAT PANDORA PAPERS

MSO : ABDUL HADI TELAH DIRASAI BERMASALAH


Menafsir laporan video berkaitan dengan kerisauan seorang pemimpin tertinggi Pas terhadap sikap presidennya Abdul Hadi Awang, seperti ada kebenarannya. Sebenarnya kerisauan seperti dimaksudkan itu sudah lama berlaku dalam Pas. Sesetengah ahli Pas termasuk pemimpin tidak senang dengan Hadi berpolitik yang lebih bersikap veto daripada bermesyuarat dan tidak istiqamah dengan satu keputusan.
Cuma ahli dan pemimpin lain tidak berani sanggah kerana punyai kehormatan dan sanjungan tinggi kepada Hadi. Title Hadi sebagai ulama digeruni oleh mereka walaupun pendirian politik Hadi bersalahan dengan ajaran agama dipercayainya. Apa lagi dalam Pas ada yang melihat Hadi pokok keramat yang tidak boleh disentuh, kalau sentuh sakit perut.
Satu perkara lagi, ada sikap "malas basa", atau malas untuk bertengkar dengan Hadi.. dikatakan kerana cara itu dianggap sebagai tidak sopan. Namun mungkin kerana pemimpin tertinggi Pas itu melihat pendirian Hadi salah maka diberanikan juga diri untuk bersikap bertentangan dengan Hadi demi Pas.
Puncanya kerana Umno dan Bersatu. Ada yang berpendapat Pas patut berkolaborasi dengan Umno berbanding dengan Bersatu. Ada yang lain pula mahukan dengan Bersatu berbanding dengan Umno.
Kedua-dua ada hujah dan alasan masing-masing. Dan kedua-duanya bersetuju Pas bergabung dengan salah satunya demi masa depan Pas. Pas terpaksa memilih satu daripada dua, kerana tidak mungkin Pas dapat makan ekor dan kepala sekaligus. Trims.

Polis siasat pengguna Twitter dakwa 41 guru meninggal dunia akibat divaksin

 

Abd Jalil Hassan berkata, ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1,168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet. (Gambar Rawpixel)

PETALING JAYA: Polis sedang melakukan siasatan ke atas seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas laporan polis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan kenyataan tidak benar dibuat individu terbabit kononnya 41 guru meninggal disebabkan vaksin.

“Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh KKM berhubung ciapan pemilik akaun Twitter Khalid@Khalids mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai 41 kematian guru disebabkan oleh vaksin (Covid-19).

“Ciapan yang dimuat naik pada 8 Oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1,168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet,” katanya dalam kenyataan.

Jalil berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dengan tidak menyebar berita tidak benar.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah meminta laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Twitter yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai vaksinasi Covid-19.

Beliau turut mengarahkan laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

PEEGEDAH- TAK PAYAH JADI DR PHD PUN ORANG KAMPUNG DAPAT FIKIR-PAS NAK JADI PENENTU MACAMANA KALAU SATU KERUSI PUN TAK MENANG ?

 

MGF11042017_IKSIM02-1


Dr Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Pas boleh menjadi penentu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pandangan itu dilontarkan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof selepas meneliti keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Katanya, Pas mampu menjadi penentu dan boleh mengubah situasi.

“Sukar untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus Pas dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.

“Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU14, PH (Pakatan Harapan) hanya menang 15 kerusi manakala BN (Barisan Nasional) pula menang 13 kerusi di DUN Melaka.

“Tetapi tahukah anda jika BN dan Pas bekerjasama dalam PRU14 lalu, PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja di DUN Melaka?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kamarul Zaman berkata, enam daripada 15 kerusi yang dimenangi PH dalam PRU-14 lalu sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan Pas.

Kerusi-kerusi tersebut katanya adalah DUN Gadek, Durian Tunggal, Kelebang, Duyong, Telok Mas dan Bemban.

“Memang benar situasi dalam PRU14 mungkin agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari kisah silam yang memeritkan?

“Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya perpaduan? ujarnya. – MalaysiaGazette


(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...