KEH..KEH...SERAMMMM- HABIS SIAPA YANG CAKAP...TAK KAN LA HANTU...MANUSIA LA CAKAP..ORANG PAS LA TUUUU

 


Buktikan dulu kesahihan rakaman audio tular pertikai Hadi, kata Takiyuddin




Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata rakaman audio mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan Presiden Abdul Hadi Awang perlu disahihkan terlebih dahulu.

PETALING JAYA: Sebelum sebarang tindakan diambil, kesahihan rakaman audio yang mengandungi suara mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan presiden parti, Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan terlebih dahulu, kata Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, parti juga terbuka sekiranya polis mahu melakukan siasatan selepas menerima laporan.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat,” katanya di Kota Bharu, menurut laporan Bernama.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut di media sosial sejak semalam.