SAIFUL IZHAM RAMLI
Impian KXP mau pun Aerotropolis hanyalah sekadar suatu impian (kalau pun bukan sekadar ilusi), pembangunan prasarana atau infrastruktur fizikal mega, dan bukannya penjana sebenar ekonomi.
Dengan Bajet tahunan yg hampir statik sejak bbrpa tahun ke belakang an ini, iaitu sekitar kurang lebih RM1billion, dengan kadar purata Kemiskinan penduduk yg antara tertinggi dalam negara, dan antara pendapatan purata penduduk yg terendah di dalam negara, serta antara nisbah jurang pendapatan antara glgn pendapatan rendah & tinggi yg terlebar di Malaysia, Kedah sewajarnya lebih menumpukan kpd penambahan dan Pemantapan sektor2 Penjana Ekonomi, dan bukannya pembinaan lebih byk prasarana Mega, yg akhirnya akan sekadar tinggal sebagai Struktur Mega yg sepi, tanpa penjana ekonomi yg betul.
Keutamaan yg sepatutnya diberikan tumpuan oleh mana2 pemerintah dalam mana2 negeri, pasca pandemik Covid-19 ini ialah, PEMULIHAN, PEMANTAPAN & MERANCAKKAN kembali sektor ekonomi sesebuah negeri tersebut, melalui pelan tindakan pemulihan yg REAL & PRAKTIKAL, di ke semua sektor2 Penjana Ekonomi tempatan sedia ada, serta pencetusan sektor2 penjana ekonomi baru, dan bukannya terus berilusi dengan kerangka pemikiran MEGALOMANIA!!!
Fikir2kanlah
Wallahualam..
###########################
Dari FB page YAB Menteri Besar Kedah.
Bahasa mudah untuk menjelaskan kekaburan DAP dan MCA di Parlimen.
Kami sedang membangunkan Kedah Aerotropolis yang pertama di Asean, sebuah perbandaran moden berasaskan penerbangan di atas sebidang tanah lapang seluas mata memandang (green field) yang kami boleh petakan tataletak, komponen dan sempadannya di mana saja kami mahukan.
Kulim Airport (KXP) hanyalah salah satu komponen daripada ratusan komponen lain dalam Aerotropolis yang akan menjadi 'game changer' pembangunan ekonomi negeri kami Kedah Darul Aman.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”