KIRA HEBAT LA BOLEH SEWA KAPAL MEWAH BAWA KELUARGA.GAJI BERAPA PULUH RIBU SEBULAN ? Tular dakwaan percutian Pengarah MKN ditaja, ini penjelasan pemilik kapal mewah

 Gempar! Tular dakwaan percutian Pengarah MKN ditaja, ini penjelasan pemilik kapal mewah


Dakwaan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad bercuti di atas kapal mewah dengan tajaan sebuah syarikat adalah tidak berasas.

Tidak menunggu lama, pemilik kapal berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi laman Instagramnya, pemilik kapal yang dikenali sebagai kingshah_captainks menjelaskan Rodzi telah menyewa kapalnya pada 10 Oktober dengan membawa tiga ahli keluarga dan enam kakitangannya.

“Rodzi menempah melalui telefon dan membuat bayaran secara tunai ketika bertemu di jeti,” katanya pada Jumaat.

kingshah_captainks turut mempersoalkan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat tohmahan tersebut.

“Salah ke Datuk (Rodzi) mahu ‘support’ perniagaan kami yang hampir terkubur disebabkan Covid-19?” soalnya.

Ujarnya, rombongan Rodzi mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Datuk hanya buka pelitup muka kerana saya mahu bergambar dengan beliau. Bangga Datuk sudi sewa kapal saya,” katanya.

“Hikmahnya, saya dapatlah publisiti sikit… Harapnya anda yang datang bercuti di Langkawi sudi ‘check out’ kapal kami yang simple ini.

Untuk pengetahuan semua, (nama) kapal saya ini Kamilia sempena nama arwah anak yang meninggal akibat leukemia,” katanya.

Sebelum ini sebuah portal mendakwa Rodzi menikmati percutian dengan kapal mewah yang kononnya ditaja oleh syarikat yang diberi kontrak membangunkan aplikasi MySejahtera.

No comments: