VIDEO ADA DALAM POSTING DIBAWAH BAB TAKIYUDDIN BENGONG NI CAKAP.


 Video ni panjang. Lebih 20 minit. Siapa ada masa bolehlah tonton. Yang tak ada masa, aku akan cuba rangkumkan kesimpulannya di bawah.


Ceritanya mudah. Hanya tentang RUU yang hendak dibentangkan. Takiyuddin yang mula-mula sekali timbulkan isu bahasa. Tiada versi Bahasa Melayu. Siap suruh menteri tarik balik atau batalkan dan usulkan di peringkat lain.


Aku rasa, sesiapa yang tengok video ni tentu sakit hati dengan perangai Jasin. Mungkin dia rasa dia mantan hakim jadi dia boleh tunjuk pandai. Sibuk konon nak bagi orang lain faham. Termasuklah Speaker yang dia kata tak faham. Tapi dia sendiri yang tak faham.




Besut banyak kali menyampuk sebenarnya. Dua kali Speaker arahkan duduk. Mula-mula dia duduk juga. Kali kedua tu yang rasanya Speaker pun dah naik menyampah, terus kena gantung tiga hari.


Begitulah PN. Bila nak bincang usul, isu yang dia bawa lebih kepada teknikal. kalau dalam bolasepak ni, dia tak cerita bola offside atau ada foul, tapi dia cerita pemain sepak pakai kaki kanan, guna boot hijau. Cap ayam betul.


Tapi aku suka jawapan dari Timbalan Speaker dan Timbalan Menteri.


Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor menjelaskan, walaupun bahasa rasmi dalam dewan adalah Bahasa Melayu, namun dalam undang-undang, Bahasa Inggeris masih digunakan.


Selagi rektifikasi tidak dibuat, pindaan di mana hanya Bahasa Melayu yang digunapakai, maka selagi itu tidak menjadi kesalahan jika RUU yang diusulkan dalam Bahasa Inggeris. Jadi Menteri tak perlu tarik balik.


Paling menarik jawapan dari Timb. Menteri Undang Undang, Ramkarpal Singh. Menurutnya, sebelum ini Mas Ermieyati yang jawat jawatan itu sebelumnya juga ada membawa RUU yang sama, dalam Bahasa Inggeris.


Waktu itu Taki tak pula timbulkan bahasa sebagai isu. Tak ada pula nak sindir-sindir kerajaan lebih utamakan Bahasa Inggeris. Sekarang lain pula.


Ramkarpal siap suruh Mas Ermieyati bangun dan berikan pengesahan yang perkara itu pernah terjadi sebelum ini. Adoi la. Terciduk nampaknya.


Begitulah PAS dan PN. Kalau orang buat, cepat dia nampak salah. Tapi tak reti nak tengok cermin dulu. Padahal dia sendiri pernah buat tapi masa dia buat tak pula jadi kesalahan.


Orang lain buat, salah. Kalau dia buat, tak ada apa. Halaluna waharamukum. Halal bagi aku dan haram bagi kamu semua. Itulah PAS/PN. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

DULU DIA JADI MENTERI DIA TAK BUAT PUN..




PENDANG DAN BESUT SEBAR BERITA YANG TIDAK BERLAKU


 

Mmmm..NAK BUAT GENA NUSI...DAH NAK JADI CICAK...JANGAN DOK ATAIH SANGAT ORANG TEQEBEY HANG JATUH KOT

 



Mmm...ATOK BOLEH KALAH DENGAN DENGAN DIA NI



BERBANDING AB RAUF KENAPA TIDAK DITONJOLKAN KETUA PEMUDA UMNO DR AKMAL SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA BERBANDING AB RAUF

 

Isnin lalu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, struktur kerajaan negeri Melaka akan berubah dalam waktu terdekat ini menjadi sebuah kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, perubahan itu untuk menyesuaikan dengan kerajaan perpaduan yang telah wujud di peringkat pusat.

Semalam pula, di sebalik riuh rendah dengan spekulasi berlakunya pertukaran jawatan Ketua Menteri, tiba-tiba Sulaiman Md Ali pula disahkan telah meletakkan jawatan.

Dengan perletakan jawatan beliau itu, hampir pasti Pengerusi UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Dilaporkan beliau akan mengangkat sumpah Jumaat ini.

Makna kata, merubah struktur kerajaan negeri menjadi kerajaan perpaduan bukan saja dengan membawa masuk wakil PH dalam barisan Exco, malah menukar sekali penyandang Ketua Menteri.

Dengan terlantiknya Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru, hasrat beliau yang diperkatakan ramai inginkan jawatan tersebut sejak PRN Melaka pada November 2021 lalu lagi tercapai jua akhirnya.

Sebaik kemenangan dua pertiga BN pada PRN Melaka, nama Ab Rauf sudah disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri Melaka, meskipun Sulaiman diletakkan sebagai “poster boy” dalam pilihan raya itu.


Di negeri-negeri lain, biasanya Ketua Menteri atau Menteri Besar akan juga diberi peranan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan.

Gugurnya Sulaiman daripada jawatannya, sedangkan beliau adalah “poster boy” PRN negeri dengan pencapaian kemenangan dua pertiga adalah menyusuli nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad sebelum ini.

Jika Hasni tidak dilantik semula lebih mudah diketahui dan difahami sebabnya, Sulaiman pula semacam diarah untuk meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepada Ab Rauf mengambil alihnya.

Kenapa perlu Sulaiman ditukar sekarang?

Mengapa tidak daripada dulu lagi iaitu sebaik BN menang pada PRN Melaka, Ab Rauf terus dilantik sebagai Ketua Menteri?

Apakah Sulaiman digantikan dengan Ab Rauf kerana beliau enggan membentuk kerajaan perpaduan?

Kecuali jika benar pertukaran Sulaiman kerana beliau enggan membentuk kerajaan perpaduan dan sudah tentu boleh diterima sebagai tindakan yang munasabah, tetapi menjadikan Ab Rauf sebagai pengganti belum tentu merupakan pertukaran yang benar-benar bermanfaat.

Ini kerana berbanding Ab Rauf yang diselubungi pelbagai isu, Sulaiman sebaliknya adalah pemimpin yang tidak kontroversi yang selama ini telah berjaya meletakkan Melaka kelihatan aman tenteram sejak di bawah pentadbirannya.

Kenapa bukan pemimpin lain yang ditonjolkan sebagai Ketua Menteri yang baru, misalnya DrAkmal Saleh, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang baru-baru ini menang cemerlang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? – ShahbudinHusin 30/03/2023.






BAGUIH LA BILA TEPAT

 

Ahmad Shahril Shahril


Bagus la YB pandai bagi masa tak macam Larut, Pagoh dan tuan presideng YB sendiri al marangi tu yang terus tak nampak muka dan ponteng parlimen.




PILOT PUN MENJENGUK



 

AKU RASA HANGPA KENAI DIA NI..SELANGKAH KE IGP- NI RASUAH RASUAH DIA TAK MAKAN ..JANGAN DOK BUAT MAIN..AKU RASA PM10 TUNGGU MASA NAK LANTIK DIA NI.


 

GERAKKAN ZAHID HAMIDI LANTIK ABDUL RAUF


 

KALAU AKU LA..SEBUT SANUSI..MAKAN KENDURI PUN AKU TAK BAWAK...SEMAK.,,IDEA TAK DAK..KUTUK PANDAI...TAK BUAT APA PUN.

 


RUPANYA SARAWAK REPORT NAK BAWA VIDEO DAN JUGA BUKTI DUIT TUNAI YANG DITERIMA..PATUT HADI TAKUT


 

MENGAKU ISLAM..PI MAKKAH TIAP TAHUN..TAPI RASUAH TETAP BELASAH.

 


NAK TUNJUK KATA HANGPA JA BAGI BANTUAN. MB N9 BAGI BERJUTA TAK PAYAH PI SEKOLAH PUN...SAJA DOK BUAT QAMAI.....


 

AWASSS…WALAU ADA AKTA LOMPAT PARTI, KERAJAAN RUPANYA MASIH BOLEH DIJATUHKAN

 

APA YANG MENARIK NASIHAT SHAHBUDIN SUPAYA JANGAN SOMBONG DAN LUPA PENYOKONG.....HARAP TAK LUPA PENYOKONG....AKU...TETAP PROBONO...SHAHBUDIN LAGU MANA ? PROBONO JUGA...TAK APA LAH DIN...PROBONO PUN PROBONO LAH..JANGAN MARAH KALAU KENA HENTAM....




AWASSS…WALAU ADA AKTA LOMPAT PARTI, KERAJAAN RUPANYA MASIH BOLEH DIJATUHKAN 


Semalam, sehari selepas mengajak orang Melayu menolak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melangkah setapak lagi dalam gerakannya dengan menekankan perlunya pertukaran pentadbiran dilakukan.


Kata beliau, sekiranya kerajaan didapati tidak mentadbir dengan baik, adalah menjadi hak Ahli-Ahli Parlimen kerajaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri seperti yang pernah berlaku kepada Mahiaddin Md Yasin sebelum ini.


“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, kerajaan itu sepatutnya dijatuhkan dan pilih yang lain.


“(Ini)  seperti mana yang berlaku di waktu Mahiaddin Md Yasin jadi Perdana Menteri dahulu.


“Pada masa itu, UMNO tidak puas hati. UMNO tarik sokongan dan Mahiaddin jatuh, digantikan dengan orang UMNO sebagai Perdana Menteri.


“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya lagi dalam sidang media di Putrajaya.


Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang sudah dua kali mengeluarkan kenyataan tentang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar.


Mirip seperti kenyataan Tun Mahathir, Hadi juga berkata menukar atau menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dalam amalan politik demokrasi.


Malah, Ahli Parlimen Marang itu meramalkan pertukaran kerajaan – Insha Allah katanya – akan berlaku dalam waktu yang terdekat ini.


Isunya, bolehkah kerajaan ditukar sesuka hati dalam keadaan sudah ada akta lompat parti?


Saya sendiri sebelum ini beberapa kali menulis bahawa menukar kerajaan adalah teramat sukar, bahkan hampir mustahil kerana berkuatkuasanya akta lompat parti sekarang ini.


Dengan adanya akta lompat parti, sokongan Ahli Parlimen secara individu dan melalui akuan bersumpah atau SD sudah tidak lagi laku, sebaliknya sokongan mesti diputuskan oleh parti.


Jika parti memutuskan menyokong A sebagai Perdana Menteri, semua Ahli Parlimen parti tersebut terikat untuk turut memberi sokongan dan inilah yang berlaku selepas PRU15 lalu bila mana UMNO memutuskan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, walaupun sebelum itu ada 10 Ahli Parlimen BN sudah menandatangani SD menyokong Mahiaddin.


Jika tiada akta lompat parti, hari ini Mahiaddin sudah pun mampu menyamai rekod Tun Mahathir dengan berjaya dua kali menjadi Perdana Menteri.


Anwar sendiri, tentunya disebabkan adanya akta lompat parti, dengan senyum meremehkan kenyataan Hadi itu dengan berkata – biarkan mereka merancang dan mengigau.


Apa lagi disebabkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengaku hubungannya dengan Anwar adalah seumpama “murid dengan cikgu”, ditambah pula diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri, sokongan UMNO dan BN secara umumnya boleh dikata tidak akan goyah lagi.


Namun demikian, oleh kerana percakapan untuk menjatuhkan kerajaan ini tidak pernah padam, ia seperti api yang sentiasa hidup membakar sekam, saya cuba membuat sedikit penyelidikan untuk mendapat kepastian.


Setelah berjumpa beberapa orang yang berkenaan, termasuk dua tiga peguam, rupa-rupanya menjatuhkan kerajaan masih boleh berlaku dalam keadaan sekarang ini.


Ia boleh berlaku tanpa perlu berdepan pilihan raya kecil bila mana sejumlah Ahli Parlimen bertindak menukar sokongan mereka.


Ia juga boleh berlaku dalam Zahid Hamidi kekal memberi sokongan kepada Anwar.


Wahhh….bahaya ini??


Saya tidak pasti sama ada perkara yang sama juga ada dalam perkiraan Hadi Awang dan Tun Mahathir bila mana kedua-duanya ternampak konfiden bila bercakap mengenai usaha menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.


Bahkan daripada maklumat yang diterima, Tun Mahathir dikatalan akan terus mengasak, mendesak dan bercakap mengenai perlunya kerajaan sedia ada ini dijatuhkan secara berterusan selepas ini.


Begitu pun, saya tidak pasti sejauh mana PH, khususnya Anwar sedar mengenai kemungkinan kejatuhan kerajaan ini boleh berlaku.


Cuma, satu pesanan kepada kerajaan dan mereka yang ada kuasa – jangan lalai, jangan sombong, jangan lupa penyokong dan jangan lupa asal usul kerana jika jatuh kali ini, kemungkinan untuk mampu bangkit semula adalah adalah terlalu sukar sekali.


Bagaimanakah caranya kerajaan boleh dijatuhkan itu?


Ini adalah RAHSIA BESAR yang mungkin ramai tak terfikir setakat ini – jangan ada sesiapa cuba bertanya atau menghubungi saya untuk bertanya mengenainya?


Hari-hari mendatang, terutama jika PH yang kini bersama BN kalah teruk dalam PRN nanti, termasuk gagal mempertahankan Selangor dan Negeri Sembilan, adalah episod yang pasti menarik untuk kita sama-sama disaksikan. – ShahbudinHusin 29/03/2023.


ANNUAR MUSA DAH TAK NAMPAK JALAN DALAM UMNO...DIA CARI JALAN LEBAI...MUDAH SAJA...PAKAI SERBAN ATAU KOPIAH

 

Macam aku pernah tulis sebelum ini, Annuar Musa tak berparti selepas dipecat oleh UMNO kerana dia menyangka masih ada ruang kepimpinan UMNO di hijack dan dia boleh kembali ke UMNO.


Tetapi selepas apa yang berlaku, selepas usaha nak haramkan UMNO gagal, usaha jatuhkan Zahid tak berjaya dan kumpulan Zahid menang besar dalam pemilihan baru-baru ini, Annuar tahu peluang untuk dia kembali kepada UMNO sangat tipis.


Menyertai PAS mungkin jalan terbaik untuk Annuar kekal relevan dalam politik Malaysia. Malah tidak mustahil juga kalau Annuar dicalonkan sebagai MB Kelantan jika PAS terus memerintah negeri itu lepas PRN nanti. Tentu menarik. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


TERKINI...KM MELAKA BERTUKAR GANTI


 

SAPA KATA PM HINA ORANG MISKIN...SEMALAM PM UMUM LAGI BANTUAN BUAT PETANI...TAK MACAM INI...NAMPAK ....SEDEKAHHHHH.


 

SUDIN COPONG...HEBAT SANGAT LA SEMBANG...PETIR PANAH KANG BARU MU TAU...


 

BUDAK BUDAK KENA PI MAIN JAUH JAUH SANUSI...KALAU HANG TAK BOLEH PI LIMA...APA KATA HANG BUAT ENAM....BAWA HANG PUN TAK GUNA..HANG BUKAN BOLEH BAWA PEMBAHRUAN MELAINKAN HANG SUKA MEROYAN


 

KALAU MACAM NI PUNYA MP LANGKAWI MAHATHIR BOLEH KALAH...NAMPAK SANGAT ORANG MELUAT

 




Serius aku mengekek tengok video ni. Macamana pakcik ni boleh terfikir tentang keselamatan dewan, takut ada orang mengendap? (Video ihsan Jason Yew / Jason Update).


Sidang dewan ada siaran langsung. Rakyat tengok kelakuan MP secara live. Pakcik mengarut macam ni pun live kami dapat tengok.


Bila orang cakap ada live, dia kata dia tahu. Kalau dah tahu, kenapa soal lagi? Mana la Bersatu dapat orang macam ni jadi calon agaknya.


Tapi lagi kelakar, Mahathir kalah kepadanya dalam PRU15 tempohari. Bayangkan. Kalau aku la jadi Mahathir, rasa terhina sangat.


Setakat sesi kali ini, aku belum nampak lagi mana mana ahli parlimen PN yang cerdik. Hujah semua ke laut. Hancurrr! Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KENALI MAT JARGON YANG SUKA BERUBAH MACAM CENGKADAK


 

KISAH MAHATHIR DAN BAGAIMANA BELIAU BAZIRKAN DUIT.


 

MAT JARGON KENA HENTAM..LAIN KALI CERDIK.


 

TERKAIT RASUAH MESTI KENA.


 

MENTERI UNDANG UNDANG SEBELUM INI PUN TAK BUAT PUN .,



KASIH SAYANG WAN AZIZAH TAK BERBELAH BAGI


 

HABIS...NAK SOH CIKGU DOK SAJA ...LAGI BAGUS....TAHNIAH MENTERI...TUA PUN BODOH


 

BIAT LAH MAHAZALIM KEPANASAN...PM DAH SAMPAI CHINA...


 

NGA KO MENG JAWAB TENANG .,KO JADI PEMBANGKANG TAPI TAK TAHU..


 

BILA PM TAK ADA ....MULA LA...WALAUN TAHU...CAM LEMBU