ANTARA PELABUR EKONOMI DAN PELACUR POLITIK



Reuters memetik Pengurus Bank Dunia untuk Malaysia, Firas Raad sebagai berkata pembaharuan akan menghidupkan semula kepercayaan pelaburan Malaysia dan meningkatkan pertumbuhan. “Sementara negara-negara lain berlari dengan laju ke status negara berpendapatan tinggi dan maju, Malaysia hanya berjogging dengan perlahan sahaja,” kata Firas Raad, seperti dipetik.







Panas! Khairy tempelak Najib

 


Panas! Khairy tempelak Najib

Di sebalik persoalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jumlah vaksinasi yang rendah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, Najib telah membatalkan temu janji vaksinasi yang ditetapkan pada 6 Mac 2021 di Dewan Canselori, Universiti DRB Hicom, Pekan.

“Dalam pada Datuk Seri (Najib) mempersoalkan jumlah yang rendah ini, saya turut difahamkan Datuk Seri telah membatalkan janji temu vaksinasi yang ditetapkan,” katanya menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Najib.

Menurutnya, kerajaan menyasarkan jumlah vaksinasi harian sehingga 160,000 pada pertengahan tahun iaitu Fasa Ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila lebih banyak bekalan diterima.

“Sebelum ini saya telah beberapa kali menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri berkaitan jumlah vaksinasi harian tapi nampaknya, penjelasan saya mungkin tidak berjaya memuaskan hati Datuk Seri,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, satu taklimat berkenaan vaksinasi akan diadakan kepada ahli Dewan Rakyat pada minggu hadapan.

“Surat jemputan telah pun dihantar dan disahkan telah diterima oleh pegawai Datuk Seri.

“Surat jemputan menerusi e-mel serta WhatsApp kepada pegawai Datuk Seri juga telah dihantar.

“Jadi saya berharap Datuk Seri dapat hadir pada hari tersebut dan boleh terus memberi pandangan atau lontarkan persoalan berkenaan PICK ini,” katanya.

Dalam pada itu Khairy turut berterima kasih kepada Najib yang sentiasa memberi teguran dan pandangan bagi memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Pada masa yang sama, saya berharap Datuk Seri juga dapat membantu menggalakkan pendaftaran vaksinasi lebih-lebih lagi kepada rakyat di daerah Pekan memandangkan buat masa ini, hanya 13,020 orang penduduk (bersamaan 14.4 orang per kapita) di daerah Pekan yang telah mendaftar.

“Jangan tulis dan promosi di FB sahaja tapi turun juga di kawasan untuk menggalak dan membantu pendaftaran,” katanya.

Tambahnya, hanya dengan pendaftaran yang tinggi akan memungkinkan PICK berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Najib dalam hantarannya menyifatkan kadar pemberian dos vaksin Covid-19 di negara ini masih rendah.

“Setakat semalam (Selasa), Malaysia telah berjaya memberi 321,331 dos vaksin sejak Program Vaksinasi negara bermula sejak 3 minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, kadar itu bersamaan dengan 22,138 dos sehari ataupun 0.07 orang bagi setiap 100 penduduk Malaysia.






ELEH....PAS DOK KAPIRKAN UMNO BERAPA ABAD, UMNO TAK KISAH PUN

 PAS mengakui kecil hati digelar pelacur

PAS mengakui kecil hati digelar pelacur

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu jika dilayan boleh mencetuskan lebih banyak ketegangan.

Malah katanya, kenyataan itu mungkin satu bentuk provokasi supaya Pas melenting dan bertindak balas, sekali gus merobohkan hubungan baik dengan UMNO.

“Jadi baik kita duduk rileks, orang dalam rumah tangga bila isteri berleter suami diam. Kalau dua-dua berleter dia bertumbuk.

“Biar dululah, kenyataan itu mungkin keluar kerana dia (Tengku Razaleigh) dalam keadaan marah, macam dalam rumah tangga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Menteri Besar merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Pengilangan OTC I Medikel Pharma Holdings Berhad di Seksyen 44, di sini hari ini.


Turut hadir Presiden I Medikel Pharma Holdings Berhad, Yusmat Mamat dan Pengarah Mara negeri, Abdul Wahab Yusoff.

Mengulas PKR bakal bekerjasama dengan UMNO, Mohd. Amar berkata, perkara itu setakat ini hanya khabar angin dan beliau berharap pemimpin UMNO matang serta bijaksana dalam membuat keputusan.

“Setakat yang saya tahu, majoriti pemimpin dan ahli UMN berasakan mereka perlu berada bersama Pas dan Bersatu.

“Jadi kita harap pendirian majoriti ini diambil kira sebelum UMNO membuat sebarang keputusan,” katanya.

Terdahulu Mohd Amar dalam ucapannya berkata, sejajar dengan situasi pandemik yang melanda dunia, kerajaan Kelantan mengalu-alukan kesudian pihak I Medikel Pharma Holdings Berhad membangunkan industri farmaseutikal di negeri ini.

“Dalam konteks ini, dengan terbinanya Kompleks Kilang I Medikel ini kerajaan berharap dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih besar buat anak muda di negeri Kelantan khususnya nanti.

“Dengan peluang besar yang I Medikel sediakan ini, maka selepas ini diharapkan anak muda yang mencari rezeki di perantauan dapat pulang menabur budi di tanah kelahiran,” katanya. – Utusan


MANA HANG TAU..DULU HANG PUN DOK BEDAL UMNO SIANG MALAM....SEKARANG AMACAM

 


PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS yakin UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan kerjasama kedua-dua parti itu akan berlaku.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah membuktikan apa yang dikatakan oleh Anwar sebelum ini banyak yang kurang tepat.

Katanya, dakwaan Anwar itu hanyalah sebagai usaha pecah dan perintah yang sering digunakan oleh pembangkang.

“Boleh percaya ke cakap Ketua Pembangkang. Sejarah membuktikan Ketua Pembangkang bercakap banyak yang kurang tepat. Apa yang dibuat oleh Ketua Pembangkang adalah usaha pecah dan perintah.

“Itu adalah kaedah pembangkang sebab dulu pun saya pembangkang kita buat begitu. Taktik biasa sebenarnya dan PAS tegaskan kita perkasakan Muafakat Nasional (MN) dan kita pertahankan Perikatan Nasional (PN), kita mahu dua parti yang besar iaitu PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama untuk gagasan rakyat Malaysia dan Malaysia Prihatin,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Persatuan Pekilang Panel Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di kementeriannya, di sini, tadi.

Mohd Khairuddin berkata, beliau yakin kerjasama itu tidak akan berlaku kerana UMNO dan PAS sudah muafakat menerusi MN serta sudah menandatangani piagamnya pada 14 September 2019.

“Kita setiap dua minggu sekali adakan mesyuarat perundingan di peringkat induk antara PAS dan UMNO. Minggu depan hari Rabu akan adakan satu lagi mesyuarat.

“Ia akan membabitkan 12 individu masing-masing merangkumi AJK PAS Pusat tertinggi dengan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Timbalan, Naib Presiden, ketua penerangan, ketua pemuda akan bermesyuarat untuk memperkasakan MN,” katanya.

Ketika ditanya pendapatnya sekiranya jalinan kerjasama itu berlaku, Mohd Khairuddin menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

“Takkan berlaku (kerjasama antara PKR dan UMNO), InsyaAllah. Tidak ada sekiranya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR,tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Beliau dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk beliau memperinci inti pati perbincangan bersama pemimpin UMNO.





isu

UMNO Terguris Dengan PAS...

[TERKINI] Pakatan Harapan | Ahli Parlimen pembangkang ke Parlimen pada I...


Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin depan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH, beberapa perkara penting seperti isu vaksin dan semasa akan dibincangkan.




26 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL.....LIHAT GAMBAR GAMBAR ANTARA DUA DARJAT

 


SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL. 


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.


HAMZAH RIE NA


#pdrmmalaysia jika majlis marhaen dibuat mcm ni adakah kami disaman? #kkmmalaysia Apakah negara ini ada 2 undang2 utk yg berdarjat dan yg melarat? Kami rakyat keliru.








MENTERI DAN TIMB. MENTERI "DIBALUN" NETIZEN DI SOCMED.



Menteri dan Timb. Menteri kerajaan Pintu Blkg Jamban yg #incompetent dibelasah netizen di SocMed, mereka yg mengkritik termasuklah di kalangan anak2 muda dan mahasiswa universiti.

Suhu kemarahan rakyat belum redha kerana pengkhianatan dan rampasan kuasa tetiba Allah londehkan ketidakcekapan mereka mentadbir. Bila tak punya ketua yg tegas dan energetic memg akan jd sembab.

Nak tgk ramai atau tidak rakyat yg marah mereka ini adalah di kala krisis. Sehingga walaun-cai pun dah tak bleh tepis. Selama ni rakyat marah bila PH dijatuhkan dgn cara keji tapi tak ramai bersuara di SocMed. Mereka menunggu misi di peti undi.

So...berseronoklah sampai 2023 sebelum tumbang menyembah bumi di PRU15. Skrg dah makin bertambah "modal" PH.

- Zus Din

18 March 2020



May be an image of 1 person


No photo description available.



No photo description available.




No photo description available.


No photo description available.


No photo description available.









ADA JUGA KAH 3 KA....JANGAN MACAM TU LAH KAWAN...

 

PAN itu adalah #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA dalam Amanah. Macam Kartel dalam PKR la. #K3 juga wujud di dalam DAP. Tapi dalam DAP, pro Reform dok lawan #K3 DAP. Di Perak puak penjilat #K3 SAKATua tewas dalam pemilihan parti DAP.

Puak PAN ni minoriti tapi disebbkan yang Majoriti dalam Amanah buat pekak badak sbb taknak gaduh katanya, ikut sahajalah Minoriti yang dikuasai oleh pimpinan kanan Amanah. PAN adalah parti dalam parti macam Kartel dulu. Ini ajaran Semburit dan SAKATua untuk memecah belahkan PH.

Puak PAN ni lah dok control segala kenyataan Amanah ni buat macam haq mak bapak depa, tak perlu mesyuarat dlm Amanah dah. PAN pakai balun je dan Amanah kena ikut. Yang berani sket sanggah PAN ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa dan DHM.

- Zus Din

18 March 2021

May be an image of text



 

ANWAR BARU SEMBANG...PUNYA LA KECOH...

 

MUHD MUFIZ II

 

Madey punggah Kleptokrat MASUK BERSATU puok proksi-proksi Atoksaka di dlm Amanah dan DAP xbising plak....

Mereka yg duduk dlm Majlis Presiden PH dan Kabinet diam membisu cam org bisu !!....sekarang baru bak bising bila DSAI BARU BERBINCANG AWALDGN UMNO JE.....

 

DANIEL ZAIRIN

 

Bila parti mahathir kaut adun umno tubuh kerajaan ph kedah, tiada siap berkata "itu adun parti kleptokrat, kami tidak mahu"

Bila parti mahathir kaut adun umno tubuh kerajaan ph perak, tiada siapa berkata "itu adun parti kleptokrat, kami tidak mahu"

Bila adun pro umno melompat sokong warisan di sabah hingga tertubuh kerajaan sabah warisan ph, tiada siapa yg kata "itu sebahagian dari gang kleptokrat, kami tidak mahu".

Ketika mahathir kaut mp2 dari umno masuk ppbm/ph, tiada siapa yg kata "itu mp parti klepokrat, kami tidak mahu".

Kenapa mereka tak kata "kami tidak mahu"?

Sebab yg untung adalah parti mahathir. Sebab yg untung adalah kuncu2 mahathir. Sebab yg untung adalah MAHATHIR.

Ada dengar salahuddin ayob, liew chin tong, azziz jamman, baru bian atau syed saddiq kata "mahathir kami tak mahu org2 dari parti kleptokrat"? Tak ada.

Sebab apa? Sebab masing2 tengah baham jawatan kabinet dari mahathir. Terikat dgn ehsan dari mahathir. Takut hilang jawatan kabinet kalau lawan mahathir

Tetiba hari ini bila dsai kata "tidak tolak kemungkinan kerjasama dgn umno", maka hero2 pendukung mahathir ni buat kenyataan bersama konon tolak umno sebab umno klpetokrat.

Hahahahaha..lawak betul la.

Jadi kesimpulan dia, bila mahathir yg untung, maka umno bukan kleptokrat, bila bukan mahathir yg untung, maka umno kleptokrat

Harap semua faham ye.

 

NAJIB KOMEN JKOM

 

Najib Razak

 

16 MmltctSarrodncchtcrmp at 1oin4ss:ho3reg8cdh  · 

Sekurang-kurangnya, kita dapat saksikan fake Guan Eng nyanyi lagu UMNO.

Propaganda Jkom semakin kreatif dan rancak.

Teringat pula video-video propaganda canggih sebelum PRU14 untuk lawan GST, Najib jual negara dan janji mansuhkan toll.

Propaganda Jkom pada masa kini adalah amat mudah:

"UMNO dipengaruhi kluster mahkamah seperti Zahid dan Najib semakin terdesak untuk menolak "penyatuan Ummah" dengan PPBM dalam PRU15 untuk bekerjasama dengan PKR/DAP supaya boleh melepaskan diri dari kes-kes rasuah."

Namun, propaganda ini mengarut sebab:

1) Yang tidak menyokong kerjasama dengan PPBM dalam PRU15 bukan sahaja mereka yang ada kes mahkamah tapi termasuk penasihat UMNO Tengku Razaleigh, Timbalan Presiden Mat Hassan, Naib Presiden Khaled Nordin, Ketua Pemuda UMNO dan ramai lagi - termasuk hampir semua bahagian-bahagian UMNO.

2. Untuk melepaskan diri dari kes-kes mahkamah, cara terbaik adalah untuk ampun kerajaan PN - bukan lawan kerajaan PN.

Jika tak percaya, sila tanya ahli parlimen PKR yang lompat ke PN beberapa hari lalu, tanya menteri kanan paling kanan yang kesnya tak HD, tanya Zahid Mat Arip yang sendiri mengaku dalam mahkamah telah terima duit rasuah dan tanya Tok Pa serta Mas Ermieyati yang juga menerima dana dari saya sebelum PRU14.

3) MKT UMNO telah membuat keputusan untuk tidak kerjasama dengan Anwar dan DAP untuk PRU15. Pendirian ini bakal diulangkan oleh perwakilan serta ketua-ketua bahagian UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Jika nak kerjasama dengan PKR atau DAP pun, kita perlu persetujuan bahagian-bahagian UMNO dan akar umbi UMNO.

4) Dari dulu-dulu lagi dari masa kerajaan PH jatuh dan kerajaan PN ditubuhkan, UMNO dan BN telah menyatakan pendirian bahawa kita hanya akan sokong kerajaan PN sehingga PRU15.

UMNO tak pernah bersetuju untuk menyertai PN. Kami hanya bersetuju dengan Muafakat Nasional sahaja.

Sebab itu, kebanyakan dari kami telah tolak tawaran jawatan-jawatan kerajaan yang amat lumayan seperti Ku Li tolak jawatan penasihat PETRONAS, Tok Mat tolak jawatan pengerusi TNB dan Asyraf tolak jawatan pengerusi MAHB.

5) Entah penyatuan ummah apa ini jika parti-parti seperti PAN, PKR (yang ramai Melayu juga), Pejuan dan lain-lain tidak dikira orang Melayu.

Entah penyatuan ummah apa juga jika yang khianat parti dan lompat-lompat untuk sokong PN terdiri daripada orang bukan Melayu. Parti Gerakan, Xavier, Larry, Stephen dan timbalan menteri yang bercuti kat New Zealand itu orang Melayu ke?

Secara peribadi, saya tidak pernah minta untuk kes-kes saya digugurkan begitu sahaja sebab jika digugurkan seperti kes Guan Eng dulu, saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya.

Tapi Jkom terpaksa berulang kali memainkan propaganda-propanda seperti ini melalui media sosial dan media-media dikawal kerajaan sebab amat sukar untuk menjawab 5 perkara di atas itu.

 

ADAKAH SESIAPA YANG SANGGUP BUAT LEBIH BAIK DARIPADA ANWAR?

 

1.Adakah Anwar Ibrahim bergerak sendiri berunding tidak rasmi dengan pemimpin UMNO sekarang?

Anggapan itu tidak benar. Anwar Ibrahim sebenarnya mendapat mandat dari Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk mendapatkan balik mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) seperti yang diperolehinya dalam Pilihanraya Umum ke-14 lalu.

2.Adakah Anwar Ibrahim begitu taksub untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Tohmahan seperti itu tidak betul dan amat menghina. Anwar Ibrahim menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi PH seperti mandat yang diberi oleh pimpinan PH yang lain.

Adakah pemimpin PH yang lain sejuk kaki sekarang ini dan ingin menafikan fakta ini?

3.Adakah Anwar Ibrahim lebih mengutamakan mendekati pemimpin UMNO daripada pemimpin Blok Pembangkang yang lain seperti dari Warisan, Pejuang dan MUDA?

Anggapan seperti ini tidak betul sama sekali. Anwar Ibrahim menurut rekod telah beberapa kali bertemu dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal di rumah Datuk Seri Shafie Afdal, bukan di tempat yang neutral untuk bincang hal negara dan kerjasama PH dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang yang rasmi di Parlimen sanggup mengalah dan merendahkan dirinya ke rumah Datuk Seri Shafie Afdal. Bukan sekali, tetapi dua kali.

Masihkah sesiapa ingin menyatakan Anwar tidak menghiraukan parti-parti pembangkang?

4.Adakah Anwar Ibrahim tak sabar-sabar untuk ambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional? Kenapa tidak tunggu sehingga PRU-15 sampai?

Tidak betul jika menuduh Anwar Ibrahim tak sabar-sabar.Seperti kata Martin Luther King, Jr : “The time is always right to do what is right”. Ada bezanya menghadapi PRU15 jika PH yang jadi kerajaan berbanding jika Muhyiddin dan PN yang jadi kerajaan. Pemimpin-pemimpin di Blok Pembangkang yang mengkritik Anwar Ibrahim tentu tidak naif dalam soal ini.

5.Betulkah anggapan bahawa Anwar Ibrahim tidak berprinsip dalam mengadakan rundingan kerjasama dengan para pemimpin UMNO?

Anggapan dan tohmahan melulu itu tidak betul. Setakat ini, belum ada persetujuan kerjasama dengan UMNO. Perundingan ada, tetapi setakat ini, sekadar perbincangan tidak rasmi. Ini diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim.

Kalau dulu Anwar Ibrahim boleh berunding dengan Dr Mahathir Mohamad yang dituduh diktator, memusnahkan institusi-instutusi demokrasi negara dan menjalankan pemerintahan secara kuku besi dan mengamalkan dasar ekonomi secara kronisme kepada anak-anak sendiri dan kroni-kroni sendiri, tetapi kenapa kini Anwar dipandang serong apabila berbincang dengan pemimpin UMNO?

Dari segi sejarah, Presiden Roseevelt Amerika Syarikat dan Winston Churchill Perdana Menteri Great Britain pernah berunding dan berpakat dengan Joseph Stalin Pemimpin Soviet Union yang kuku besi dan komunis itu untuk melawan Nazi Jerman dibawah pimpinan Aldof Hitler.

6.Adakah Anwar Ibrahim pergi berbincang dan berunding dengan pemimpin UMNO itu secara sembang kosong dan santai-santai?

Kalau ada anggapan sedemikian, tolong perbetulkan. Anwar telah mendapat mandat dari partinya sendiri Parti Keadilan Rakyat supaya mengketengahkan agenda reformasi apabila berunding dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti isu pentadbiran kerajaan yang baik (good governance), kebebasan kehakiman, memulihkan ekonomi dan memacu pertumbuhan; ditekankan lagi tidak ada campur tangan urusan mahkamah khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibicarakan dan banyak lagi reform terhadap agensi penting negara seperti PDRM, SPRM.

Anwar Ibrahim juga sebagai Ketua Pembangkang membawa agenda supaya Parlimen Malaysia diselamatkan dan penggantunggannya sekarang ini ditamatkan.

Adakah Anwar Ibrahim tidak boleh bincaang hal-hal sepenting ini dengan para pemimpin UMNO?

7.Apakah track record Anwar Ibrahim dalam membina kerjasama politik dari pelbagai aliran, pelbagai fahaman dan pelbagai ideologi demi keepentingan rakyat dan negara?

Ini faktanya, ada empat. Pertama, Anwar Ibrahim dari dalam penjara, berjaya membina kerjasama Barisan Alternatif menentang Mahathir Mohamad dan UMNO/BN pada tahun 1999. Beliau berjaya mengwujudkan penyatuan Parti Keadilan Nasional (PKN), PAS, DAP dan PRM.

Kedua, Anwar Ibrahim, ketika itu masih dari dalam penjara, berjaya membawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan PKN menjadi satu entiti politik pelbagai kaum yang baru yang diberi nama Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang logonya menjadi logo bersama dalam PRU14 sehingga Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tumbang.

Ketiga,Pada tahun 2008 Anwar Ibrahim sudah keluar penjara, kali ini beliau berjaya membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Keadilan, PAS dan DAP dan menang besar dalam Pilihanraya Umum. Lima negeri pimpinan Umno/BN tumbang dalam PRU tahun 2008 itu.

Keempat, apabila Anwar Ibrahim merengkok sekali lagi dalam penjara, Pakatan Rakyat pecah. PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Tetapi dari PAS muncul Parti Amanah Negara (Amanah).

Dari dalam penjara, Anwar Ibrahim membina semula gabungan baru tiga parti yang bernama Pakatan Harapan yang terdiri daripada Keadilan, DAP dan Amanah dengan Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PH, gabungan tiga parti itu.

Apabila Mahathir Mohamad memanjat tangga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa kali untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim untuk berjabat tangan tanda Mahathir dan Anwar bekerjsama, maka Anwar Ibrahim sanggup memaafkan hal yang sudah-sudah dan sanggup bergabung dengan Mahathir Mohamad untuk menghadapi Najib dan BN dalam PRU14 pada tahun 2018.

Anwar Ibrahim bersetuju Parti Besatu (PPBM) yang masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan menjadi komponen keempat Pakatan Harapan. Anwar Ibrahim yang masih berada di dalam penjara ketika itu adalah arkitek sebenar kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU-14.

8. Jadi kali ini, apabila Anwar Ibrahim berunding dengan berhati-hati sejak mula, secara tak rasmi, janganlah pihak-pihak lain cepat menuduh Presiden Keadilan itu taksub sangat untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

Tidak perlulah diberitahu bahawa Anwar lakukan itu semua untuk selamatkan negara dan selamatkan rakyat. Inilah tekadnya selama ini dengan pendirian kental dan cekalnya: “membujur lalu; melintang patah”. Kerana pendirian seperti inilah Anwar Ibrahim keluar masuk penjara.

Jika ada sesiapa yang sanggup buat lebih baik daripada Anwar Ibrahim, maka penulis berkata: “Silakanlah…”

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

18 Mac 2021 (Khamis).

Anwar Ibrahim: Membujur Lalu, Melintang Patah

 


POSTED BY AMIR WRLR




Oleh: Hassan Abdul Karim



Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak sendiri berunding secara tidak rasmi dengan pemimpin Umno sekarang?

Anggapan itu tidak benar. Anwar Ibrahim sebenarnya mendapat mandat dari Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk berunding dengan mana-mana pihak untuk mendapatkan balik mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) seperti yang diperolehi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Adakah Anwar begitu taksub untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia?

Tohmahan seperti itu tidak betul dan amat menghina. Anwar menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi PH seperti mandat yang diberi oleh pimpinan PH yang lain. Adakah pemimpin PH yang lain sejuk kaki sekarang ini dan ingin menafikan fakta ini?

Adakah Anwar Ibrahim lebih mengutamakan mendekati pemimpin Umno daripada pemimpin Blok Pembangkang yang lain seperti dari Warisan, Pejuang dan MUDA?

Anggapan seperti ini tidak betul sama sekali. Anwar menurut rekod telah beberapa kali bertemu dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal di rumah Datuk Seri Shafie, bukan di tempat yang neutral untuk berbincang hal negara dan kerjasama PH dengan parti-parti pembangkang yang lain. Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang yang rasmi di Parlimen sanggup mengalah dan merendahkan dirinya ke rumah Datuk Seri Shafie. Bukan sekali, tetapi dua kali. Masihkah sesiapa ingin menyatakan Anwar tidak menghiraukan parti-parti pembangkang?

Anwar tidak sabar ambil alih kerajaan?

Adakah Anwar tidak sabar-sabar untuk ambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional (PN)? Kenapa tidak tunggu sehingga PRU 15 sampai?

Tidak betul jika menuduh Anwar Ibrahim tak sabar-sabar. Seperti kata Martin Luther King, Jr : “The time is always right to do what is right”. Ada bezanya menghadapi PRU 15 jika PH yang jadi kerajaan berbanding jika Muhyiddin dan PN yang jadi kerajaan. Pemimpin-pemimpin di Blok Pembangkang yang mengkritik Anwar tentu tidak naif dalam soal ini.

Betulkah anggapan bahawa Anwar tidak berprinsip dalam mengadakan rundingan kerjasama dengan para pemimpin Umno?

Anggapan dan tohmahan melulu itu tidak betul. Setakat ini, belum ada persetujuan kerjasama dengan Umno. Perundingan ada, tetapi setakat ini, sekadar perbincangan tidak rasmi. Ini diakui sendiri oleh Anwar. Kalau dulu Anwar Ibrahim boleh berunding dengan Dr Mahathir Mohamad yang dituduh diktator, memusnahkan institusi-instutusi demokrasi negara dan menjalankan pemerintahan secara kuku besi serta mengamalkan dasar ekonomi secara kronisme kepada anak-anak sendiri dan kroni-kroni sendiri, kenapa kini Anwar dipandang serong apabila berbincang dengan pemimpin Umno? Dari segi sejarah, Presiden Amerika Syarikat Franklin Delano Roosevelt dan Winston Churchill Perdana Menteri Great Britain pernah berunding dan berpakat dengan Joseph Stalin, pemimpin Soviet Union yang kuku besi dan komunis itu untuk melawan Nazi Jerman di bawah pimpinan Aldof Hitler.

Ideologi Reformasi tidak dikompromi

Adakah Anwar Ibrahim pergi berbincang dan berunding dengan pemimpin Umno itu secara sembang kosong dan santai-santai?

Kalau ada anggapan sedemikian, tolong perbetulkan. Anwar telah mendapat mandat dari partinya sendiri Parti Keadilan Rakyat supaya mengetengahkan agenda reformasi apabila berunding dengan pemimpin-pemimpin Umno seperti isu pentadbiran kerajaan yang baik (good governance), kebebasan kehakiman, memulihkan ekonomi dan memacu pertumbuhan; ditekankan lagi tidak ada campur tangan urusan mahkamah khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibicarakan dan banyak lagi reform terhadap agensi penting negara seperti PDRM, SPRM. Anwar juga sebagai Ketua Pembangkang membawa agenda supaya Parlimen Malaysia diselamatkan dan penggantunggannya sekarang ini ditamatkan. Adakah Anwar Ibrahim tidak boleh bincang hal-hal sepenting ini dengan para pemimpin Umno?

Apakah track record Anwar dalam membina kerjasama politik dari pelbagai aliran, pelbagai fahaman dan pelbagai ideologi demi kepentingan rakyat dan negara?

Ini faktanya, ada empat. Pertama, Anwar Ibrahim dari dalam penjara, berjaya membina kerjasama Barisan Alternatif menentang Mahathir dan Umno-BN pada tahun 1999. Beliau berjaya mewujudkan penyatuan Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Pas, DAP dan PRM.

Kedua, Anwar Ibrahim, ketika itu masih dari dalam penjara, berjaya membawa Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan KeADILan menjadi satu entiti politik pelbagai kaum yang baharu dan diberi nama Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang logonya menjadi logo bersama dalam PRU14 sehingga Kerajaan BN pimpinan Najib Razak tumbang.

Ketiga, pada tahun 2008 Anwar sudah keluar penjara, kali ini beliau berjaya membentuk Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KEADILAN, Pas dan DAP dan menang besar dalam PRU ke 12. Lima negeri pimpinan Umno-BN tumbang dalam PRU tahun 2008 itu.

Keempat, apabila Anwar merengkok sekali lagi dalam penjara, Pakatan Rakyat pecah. Pas keluar dari Pakatan Rakyat tetapi dari Pas muncul Parti Amanah Negara (Amanah). Dari dalam penjara, Anwar membina semula gabungan baru tiga parti yang bernama Pakatan Harapan yang terdiri daripada KEADILAN, DAP dan Amanah dengan Anwar dilantik sebagai Ketua Umum PH, gabungan tiga parti itu. Apabila Mahathir memanjat tangga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa kali untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim untuk berjabat tangan tanda Mahathir dan Anwar bekerjasama, maka Anwar sanggup memaafkan hal yang sudah-sudah dan sanggup bergabung dengan Mahathir untuk menghadapi Najib dan BN dalam PRU14 pada tahun 2018. Anwar bersetuju Parti Bersatu (PPBM) yang masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan menjadi komponen keempat Pakatan Harapan. Anwar Ibrahim yang masih berada di dalam penjara ketika itu adalah arkitek sebenar kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU-14.

Jadi kali ini, apabila Anwar Ibrahim berunding dengan berhati-hati sejak mula, secara tidak rasmi, janganlah pihak-pihak lain cepat menuduh Presiden KEADILAN itu taksub sangat untuk jadi PM Malaysia. Tidak perlulah diberitahu bahawa Anwar lakukan itu semua untuk selamatkan negara dan selamatkan rakyat. Inilah tekadnya selama ini dengan pendirian kental dan cekalnya: “membujur lalu, melintang patah”. Kerana pendirian seperti inilah Anwar Ibrahim keluar masuk penjara.

Jika ada sesiapa yang sanggup berbuat lebih baik daripada Anwar Ibrahim, maka penulis berkata: “Silakanlah...”



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang