NAJIB KOMEN JKOM

 

Najib Razak

 

16 MmltctSarrodncchtcrmp at 1oin4ss:ho3reg8cdh  · 

Sekurang-kurangnya, kita dapat saksikan fake Guan Eng nyanyi lagu UMNO.

Propaganda Jkom semakin kreatif dan rancak.

Teringat pula video-video propaganda canggih sebelum PRU14 untuk lawan GST, Najib jual negara dan janji mansuhkan toll.

Propaganda Jkom pada masa kini adalah amat mudah:

"UMNO dipengaruhi kluster mahkamah seperti Zahid dan Najib semakin terdesak untuk menolak "penyatuan Ummah" dengan PPBM dalam PRU15 untuk bekerjasama dengan PKR/DAP supaya boleh melepaskan diri dari kes-kes rasuah."

Namun, propaganda ini mengarut sebab:

1) Yang tidak menyokong kerjasama dengan PPBM dalam PRU15 bukan sahaja mereka yang ada kes mahkamah tapi termasuk penasihat UMNO Tengku Razaleigh, Timbalan Presiden Mat Hassan, Naib Presiden Khaled Nordin, Ketua Pemuda UMNO dan ramai lagi - termasuk hampir semua bahagian-bahagian UMNO.

2. Untuk melepaskan diri dari kes-kes mahkamah, cara terbaik adalah untuk ampun kerajaan PN - bukan lawan kerajaan PN.

Jika tak percaya, sila tanya ahli parlimen PKR yang lompat ke PN beberapa hari lalu, tanya menteri kanan paling kanan yang kesnya tak HD, tanya Zahid Mat Arip yang sendiri mengaku dalam mahkamah telah terima duit rasuah dan tanya Tok Pa serta Mas Ermieyati yang juga menerima dana dari saya sebelum PRU14.

3) MKT UMNO telah membuat keputusan untuk tidak kerjasama dengan Anwar dan DAP untuk PRU15. Pendirian ini bakal diulangkan oleh perwakilan serta ketua-ketua bahagian UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Jika nak kerjasama dengan PKR atau DAP pun, kita perlu persetujuan bahagian-bahagian UMNO dan akar umbi UMNO.

4) Dari dulu-dulu lagi dari masa kerajaan PH jatuh dan kerajaan PN ditubuhkan, UMNO dan BN telah menyatakan pendirian bahawa kita hanya akan sokong kerajaan PN sehingga PRU15.

UMNO tak pernah bersetuju untuk menyertai PN. Kami hanya bersetuju dengan Muafakat Nasional sahaja.

Sebab itu, kebanyakan dari kami telah tolak tawaran jawatan-jawatan kerajaan yang amat lumayan seperti Ku Li tolak jawatan penasihat PETRONAS, Tok Mat tolak jawatan pengerusi TNB dan Asyraf tolak jawatan pengerusi MAHB.

5) Entah penyatuan ummah apa ini jika parti-parti seperti PAN, PKR (yang ramai Melayu juga), Pejuan dan lain-lain tidak dikira orang Melayu.

Entah penyatuan ummah apa juga jika yang khianat parti dan lompat-lompat untuk sokong PN terdiri daripada orang bukan Melayu. Parti Gerakan, Xavier, Larry, Stephen dan timbalan menteri yang bercuti kat New Zealand itu orang Melayu ke?

Secara peribadi, saya tidak pernah minta untuk kes-kes saya digugurkan begitu sahaja sebab jika digugurkan seperti kes Guan Eng dulu, saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya.

Tapi Jkom terpaksa berulang kali memainkan propaganda-propanda seperti ini melalui media sosial dan media-media dikawal kerajaan sebab amat sukar untuk menjawab 5 perkara di atas itu.

 

No comments: