THAILAND NEGARA TERBAIK URUS COVID....

 Rina Hamzah

Thailand merupakan contoh negara yang berjaya menguruskan wabak COVID-19 dengan pendekatan menyeluruh termasuk pemerintah dan masyarakat walaupun tanpa vaksin.


Ketua Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, Thailand adalah negara pertama di luar China yang diancam kes COVID-19, tetapi setakat ini kurang dari 4,000 kes dan hanya 60 kematian, walaupun mempunyai populasi 70 juta rakyat dan Bangkok salah satu bandar terbesar dan paling padat di dunia.


Dalam ucapan penutup kepada Majlis Kesihatan Sedunia, yang berlangsung minggu ini, Tedros berkata, sebagai perbandingan dengan United Kingdom mempunyai populasi sekitar 68 juta penduduk dalam masa yang sama  mempunyai 1.3 juta kes dengan 51,396 kematian, sebagaimana data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University.


PS: tetapi kita terbalik hampir keseluruhan klang valley berada didlm red zone.๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡



Politik Malaysia: Orang muda harus menonjol bukan minta ditonjolkan

 

Oleh Nor Miswary Ramli

(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)

Sejarah lampau telah merakam bahawasanya para pemimpin politik yang ada pada hari ini datang dari perjuangan yang mereka sendiri mulakan atau yang pernah mereka sertai ketika mereka masih muda lagi.

Mereka tidak menuntut untuk mengisi kesemua kedudukan itu pada waktu dulu. Malah tidak pula merengek-rengek diberi peluang dan meminta-minta diperuntukan ruang untuk ‘berjuang’ – mereka malah mencipta peluang dan ruang tersebut dengan tangan mereka sendiri.

Begitupun, tidaklah saya katakan yang golongan muda sekarang ini tidak berbuat apa-apa untuk menonjolkan perjuangan mereka. Telah begitu banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang wujud berpandu kepada kepercayaan atas apa yang mereka perjuangkan.

Namun jika kita perhatikan dengan lebih mendalam terutama sekali ke medan politik, soalan yang kerap timbul dalam kotak akal ialah; apakah yang sedang dilakukan oleh golongan muda ini? Adakah cukup dengan mengeluarkan kenyataan media mengutuk keras tindakan semborono Kerajaan atas sebarang isu sensasi yang mendada di laman media sosial?

Atau apakah golongan muda ini hanya berminat dengan forum ilmiah berat yang hanya ditekuni para jargoan? Atau mereka rasa sudah memadai dengan hanya buat program online sembang santai yang tidak pernah-pernah sudah? Orang muda harus lebih radikal dan punyai taktikal – melawan kebiasaan. Mereka mesti berani dengan idea untuk mengubah, bukan diubah.

Hari ini, blok pembangkang dilihat tidak tersusun sejak kebelakangan ini. Ini mungkin gara-gara kegagalan menolak Belanjawan 2021 tempoh hari yang kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga dan beberapa kegagalan lain sepanjang proses tersebut.

Walaupun ia adalah kemenangan tipis buat Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertikai keabsahannya, namun ia masih lagi sebuah kemenangan yang tentunya seronok untuk mereka melompat bersorak. Bak kata orang, kalah tetap kalah biarpun satu undi.

Maka, saya kira sayap-sayap parti politik yang terdiri daripada golongan muda sudah seharusnya mengambil langkah yang lebih berani dengan menonjolkan diri memainkan peranan mereka sekarang. Bukan besok lusa – tetapi sekarang!

Mereka boleh sahaja memperlihatkan kesatuan dengan semua sayap parti blok pembangkang sebagai usaha segera memperbetulkan apa yang telah berlaku. Inilah masanya untuk golongan muda dalam sayap parti politik pembangkang mempertaruhkan apa sahaja idea baharu dan yang lebih segar bagi menyatukan kita semua. Orang muda jangan hanya menunggu pemimpin-pemimpin senior mereka merangka formula untuk mengikat dan memperbaharui kerjasama. Golongan muda-lah yang perlu ketengahkan idea yang mereka ada dan ianya mesti dibuat secara berpasukan.

Golongan muda yang harus mulakan dulu. Tonjolkan teladan dengan aksi, bukan hipokrasi. Jika demo, demolah sekali. Jika bantah, bantahlah sekali. Jika berpayung, berpayunglah sekali. Bina kesatuan, kumpul semua kudrat dan kekuatan yang tersisa.

Jika golongan muda mahu menuntut peluang dan ruang untuk bersuara, merasakan yang mereka mampu mencetus dan menggerakkan idea yang lebih besar dan segar, berkeupayaan memimpin sekarang dan bukan sekadar di masa depan – maka inilah masanya mereka menonjolkan diri. Ya, inilah masanya!



Grand Coalition: Anwar ada kelebihan peneraju utama


Grand Coalition: Anwar ada kelebihan peneraju utama


RAKYAT SELANGOR DUDUK DIRUMAH....

 

IBRAHIM MAT ISA

Ngeri tengok kes Covid19 di Selangor. Rakyat Selangor ni orang ke kain buruk? Kena keroyok dengan virus eh?





PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan

 

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor (kecuali di daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam) dan dijadual tamat pada 31 Disember 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelanjutan dan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah dan negeri terlibat.
Berikut senarai PKPB dilanjutkan dan ditamatkan:
PKPB DILANJUTKAN:
1. Negeri Selangor
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor (kecuali di daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam) dan dijadual tamat pada 31 Disember 2020.
• Hari ini KKM turut memaklumkan situasi semasa pergerakan kes di Selangor bagi tempoh 14 hari dari 14 Disember sehingga 27 Disember 2020.
• Secara kumulatif, sehingga 27 Disember 2020 sebanyak 29,272 kes positif COVID-19 telah direkodkan di negeri ini.
• Bagi tempoh 14 hari ini, Selangor merekodkan sebanyak 8,194 kes positif COVID-19 baharu dan kesemua 9 daerah di negeri ini telah menjadi zon merah.
• Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021.
2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPB di Kuala Lumpur dan dijadual tamat pada 31 Disember 2020.
• Hari ini KKM turut memaklumkan situasi semasa pergerakan kes di Kuala Lumpur bagi tempoh 14 hari dari 14 Disember sehingga 27 Disember 2020.
• Secara kumulatif sehingga 27 Disember 2020, sebanyak 12,494 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Kuala Lumpur.
• Bagi tempoh 14 hari ini, WP Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 4,379 kes positif COVID-19 baharu.
• KKM turut mengesahkan masih terdapat peningkatan ketara kes positif COVID-19 di WP Kuala Lumpur dan wujud beberapa kluster baharu yang melibatkan wilayah ini.
• Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju agar PKPB di seluruh WP Kuala Lumpur dilanjutkan lagi bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021.
3. Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang.
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang yang dijadual berakhir pada 31 Disember 2020.
• KKM memaklumkan, pergerakan kes dalam tempoh 14 hari sehingga 26 Disember 2020 merekodkan kes-kes baharu yang masih tinggi dan terdapat kluster-kluster yang masih aktif.
• Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan lagi PKPB di Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang sehingga 14 Januari 2021.
4. Seremban
• Bagi Daerah Seremban, sehingga kini, KKM mengesahkan baki kes aktif positif COVID-19 di daerah ini adalah sebanyak 861 kes dan masih terdapat banyak kluster yang aktif.
• Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju agar PKPB di Daerah Seremban dilanjutkan lagi bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021
5. Johor Bahru dan Batu Pahat
• KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes bermula 26 Disember dan dalam tempoh 2 minggu baki kes aktif di daerah ini adalah sebanyak 756 kes.
• Manakala bagi Batu Pahat, sehingga kini sebanyak 151 kes direkodkan dalam masa 14 hari.
• Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Johor Bahru dan Batu Pahat bermula 1 Januari sehingga 14 Januari 2021
6. Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan PKPB di Sabah dan dijadual tamat
pada 31 Disember 2020.
• Hari ini KKM turut memaklumkan situasi semasa pergerakan kes di Sabah bagi tempoh 14 hari dari 14 Disember sehingga 27 Disember 2020.
• Secara kumulatif sehingga 27 Disember 2020, sebanyak 36,074 kes positif COVID-19 telah direkodkan di seluruh negeri Sabah.
• Bagi tempoh 14 hari ini, Sabah merekodkan sebanyak 3,243 kes positif COVID-19 baharu.
• KKM turut mengesahkan masih terdapatan peningkatan jumlah kes harian COVID-19 di seluruh negeri ini.
• Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sabah dilanjutkan lagi bermula 1 hingga 14 Januari 2021.
PKPB DITAMATKAN:
1. Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta
• Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta dan dijadualkan tamat 31 Disember 2020
• Sehingga kini, KKM mengesahkan baki kes aktif di kedua-dua kawasan ini menunjukkan trend penurunan ketara dan terkawal.
• Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta pada 28 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan.
2. Port Dickson
• Di Port Dickson, hanya melaporkan 22 kes dalam tempoh 14 hari.
• Atas nasihat KKM, PKPB Daerah Port Dickson ditamatkan pada 28 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan.
3. Kulai
• KKM mengesahkan baki kes aktif di daerah ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
• Atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPB di Kulai pada 28 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)



JEMPUT RAMAI RAMAI SEKOLAHKAN JKR KUALA LANGAT

 

MOHD SHAH RIM


Image may contain: 1 person, text that says "f AMENOWORLD dise.. narplus_sinarhartan.com.m R. Syahrir Bakar @bobby_... 19h Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya lami kecederaan kecil dan tiada yang serius. 662 3,510 5,519 naut Har.. เถ…เทƒเถบ JkrKualaLangat @JkrKualaLangat notosi Replying to @Khairykj JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakar YB cepat sembuh."Image may contain: one or more people, people walking and outdoor, text that says "Penunggang motosikal elak luban... carigold.com Penunggang motosikal elak luban... carigold.com Penunggang motosikal maut digili... astroawani com motosikal maut Penunggangmotosikalmautdise dise... sinarplus sinarharian.com.my Jatuh langgar lopak terbentuk aki... hmetro.com.my Penunggang motosikal elak luban... carigold.com Penunggang motosikal maut kepa... bharian.com.my Penunggang Motosikal Maut Akib... mstar.com.my Penunggang motosikal maut Har... hmetro.com.my .com Penunggang motosikal berkuasa t... astroawani.com Penunggang, pembonceng motosi... INFO TRAFIK KLUANG Penunggan... sinarharian.com.my n.com.my r-ar.facebook.com"




sekian lama bila rakyat MARHEN kemalangan ramai yg MATI banyak juga yg HILANG UPAYA,JKR tak pernah walau sekali minta maaf.baru MENTERI tebuk atap BN UMNO MP REMBAU jatuh sikit terus minta maaf?ini sudah lebih dan melampaui batas ni.ni betul punye BODEK,JILAT,AMPU,KIPAS. JKR dah tukar name barangkali JILAT KIPAS RAMAI2,haktuihhhhh.oh si LANDO ZAWAWI BROTHERHOOD dah live malam tadi jelaskan punca,care ape semua.korang boleh temberang kate last check haritu takde lubang.kalau takde lubang macam mana dia tu boleh jatuh tergolek langgar lubang?

jalan yg di buat cermat di jage rapi boleh bertahan 15 TAHUN bukan beberapa minggu,bulan ja reti?MALAYSIA waktu SIANG dan MALAM,PANAS dan HUJAN sepatutnya tiada masalah teruk POTHOLES JALAN BERLUBANG dari negara2 yg ade musim PANAS,LURUH,BUNGA,SEJUK.LANDO tu yg berlakon RODA RODA KUALA LUMPUR jadi POLIS TRAFIK bersama ROY AZMAN,ZACK KOOL dulu siap pernah pi AUSTRALIA belajar care2 turapan jalan.korang ade?di negara lain bila rosak lubang sikit terus baiki bukan tunggu dah jadi teruk baru kalut nak turap.sembang gah tak nak kalah kerja hampas memalukan korang ni JKR.

jemput ramai2 sekolahkan JKR KUALA LANGAT

https://www.facebook.com/Jabatan-Kerja-Raya-Daerah-Kuala-Langat-1000834939931105/

 

 




29 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


SEHINGGA KINI 29 POSTING. SILA TEKAN   >  UNTUK 

MEMBACA BERITA AWAL . TERIMA KASIH KERANA 

MELAYARI WRLR.


Image may contain: 4 people, text that says "(MPIC) Pengurusan tertinggi penganut @ Allahuakbar 7 I Hope No Muslim Wishs Or Update Any Status On Christmas Because Celebrating Christmas Is Against Islam Against Allah Against Prophet[saw] so be aware from that very big sin. KRISMAS Dr Zakir Naik For Club On Facebook Ustaz Azhar Idrus vs Khairuddin AI Takiri "Tak payah ucap Selame Gait SolimatMenyarbuthhar KRISMAS Azhar Idrus UstazPAS Ustaz 26 Dis 2016 Faham Ustaz. jadi bagaimana dengan Khairuddin AI Takiri yang ucap Selamat IKAN ULASAN AZHAR IDRUS SELEPAS INI."

MUFTI UTARA GAMBARAN ULAMA ASHABIYAH YANG JAHAT DAN JAHIL.. SEJAK BILA MAT SABU SUJUD ATAS BATU KARBALA.. ?


Nampaknya begitu kesumatnya kebencian didada Mufti Utara satu gambaran Ulama jahat sebagaimana kisah Haji Hadi mentakfirkan sesama Muslim dulu.. Soal dia nak pertahankan Kerajaan yang dikata mendapat Rahmat Tuhan..Pertahankanlah.. Mengapa perlu Fitnah Mat Sabu..

Apa kaitan dengan cerita kunjungan rasmi Mat Sabu dan kes anak dia dengan kes Murtad.. ? Sejak bila Mat Sabu solat atas batu karbala ? Soal Batu Turbah itu menjadi kebiasaan di Masjid Masjid terutama Masjid besar di Iran diletakkan dihadapan sejadah.. siapapun yang datang Solat.. akan ada batu Turbah itu disisi sejadah..

Hatta Ketika kedatangan Perdana Menteri palestine dari Hamas Ismail Haniyeh, Dia Solat ditempat yang sama.. Batu itu tetap ada ditempat yang sama.. Hatta Kalau Mufti Utara bertandang kesana, Batu itu kekal disitu dan kekal berada disisi sejadah.. begitulah suasana di Iran..lainlah gambar itu diambil dari Masjid Kangar yang mana Masjidnya dilarang berqunut..

Mat Sabu hadir ke Iran atas jemputan dan lawatan rasmi sebagai Menteri Pertahanan, Bukan hadir atas kapasiti parti atau menghadiri ritual Keagamaan... sama ketika kehadiran pemimpin Negara kita seperti Najib ke Turki yang mengalungkan upacara hormat di Tugu Kamal Eltartuk dan Pemimpin Hamas yang mengalungkan tanda hormat kepada tugu Ayatullah Khomeini..

Apakah begitu jahil Mufti Utara untuk membezakan Ahlul Qiblah seperti Syiah dan Sikh.. Dalam perkahwinan itu, dari visual itu jelas ianya adalah ritual Agama Sikh.. tidak dapat disangkal lagi..Soal Murtad atau tidak.. Itu urusan Pihak Berkuasa menegakkan Hujjah.. bukan urusan kita..

2- SYIAH BERBEZA DENGAN SIKH WAHAI MUFTI..

Sebagaimana aliran Wahhabi yang dilarang dan difatwa haram dan sesat oleh Fatwa kebangsaan...Begitu juga Syiah.. wujud kelompok Ekstremis dari kedua aliran ini. kerana pada mereka wujud pandangan yang menyesatkan...

Tetapi menyamakan Syiah dan Sikh, Sebenarnya hujjah Mufti Utara itu yang tersesat.. Kalau itu Hujjah Mufti Utara.. sudah pasti penganut Sikh juga akan dibenarkan pergi mengerjakan Haji..

Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengenai golongan Syiah, Begitu juga Sheikh Al Azhar Sheikh Ahmed Tayyeb dan Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti..Syiah Imamiyyah mereka merumuskan..

ุฃู† ุงู„ุดูŠุนุฉ ุงู„ุฅู…ุงู…ูŠุฉ ุฅุฎูˆุงู†ู†ุง ููŠ ุงู„ุฏูŠู† ูˆู‡ู… ู…ู† ุฌู…ู„ุฉ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุฃู‡ู„ ุงู„ู‚ุจู„ุฉ.."

"Bahawasanya Syiah Imamiyyah adalah saudara kita di dalam agama Islam dan mereka dari kalangan (Ahli Qiblah) orang Islam..."

dan Dar al-Ifta' al-Misriyyah menyambung lagi..

ุฅู† ุชุนู…ูŠู… ุงู„ุฃุญูƒุงู… ุนู„ู‰ ุฌู…ูŠุน ุงู„ุดูŠุนุฉ ุฏูˆู† ุชูุฑู‚ุฉ ุฃูˆ ุชู…ูŠูŠุฒ ุจูŠู†ู‡ู… ุจุญุณุจ ุฏุฑุฌุชู‡ู… ููŠ ุงู„ุชุดูŠุน، ูˆุฏูˆู† ุชูุฑูŠู‚ ุจูŠู† ุนู„ู…ุงุฆู‡ู… ูˆุนูˆุงู…ู‡ู…، ู„ูŠุณ ู…ู† ุงู„ุนุฏู„ ูˆุงู„ุฅู†ุตุงู ูˆุงู„ุนู„ู… ููŠ ุดูŠุก..

" menghukum golongan Syiah secara pukal tanpa membezakan diantara mereka dari sudut darjat mereka pada tasyayyu', tanpa membezakan diantara ulama dan orang biasa dalam kalangan mereka bukanlah suatu keadilan, kesaksamaan dan pengetahuan pada sesuatu..."

Ulama Al Azhar menolak Syiah sebahagian dari kalangan ahli Sunnah wal Jamaah, tetapi tidak mengkafirkan mereka.. Begitu juga Sheikh Said Ramadhan Al bhuti yang mengambarkan Syiah dan Sunni ibarat dua sayap..

Nak pertahan amalan yang ritual yang bertentangan dengan Islam, Jangan pula dalam waktu yg sama takfirkan..Kamu bukan orang awam..

Jadi Sebelum mengaitkan isu Syiah dan Turbah.. Kena beza dulu antara ahli Qiblah dan selain Islam seperti Sikh.. Begitu juga Mufti Utara kena bezakan antara perbezaan Feqah dalam isu Turbah dan perkara Aqidah sebagaimana kelompok Mujassimah..Bagaimana seorang Mufti begitu Jahil antara ritual Agama dan Perbezaan dalam tafsiran Fiqh.. ?

2- BATU TURBAH TIDAK BERKAIT DENGAN SOAL AQIDAH, TETAPI FEQAH..SAMA SEPERTI MENGHITAMKAN DAHI SEPERTI KELOMPOK WAHHABI..

Bagaimana seorang Mufti begitu Jahil antara ritual Agama dan Perbezaan dalam tafsiran Fiqh.. ? Hatta kalau ada pun orang Islam yang Solat atas batu turbah.. Itu bukan ditakrif sebagai perbuatan Syirik..tidak.. Perbuatan itu tidak menyangkut dengan hal Aqidah..apa sebenarnya Batu Turbah ni.. ?

Turbah ini berakar kata dari Turab atau Ard(Bumi)

Bagi kelompok Syiah mereka ada kepercayaan yang bila sujud itu adalah simbol dengan makna " al-khudu," iaitu lambang penghinaan seorang hamba,Makhluk kepada Khaliknya(Allah).. ia merujuk pandangan Fiqh Imam Jaafar yang juga menjadi rujukan Ummat Islam...pada mereka sujud itu mesti lah beralaskan tanah dan tumbuhan, ia bersandarkan dalil..

ุฌุนู„ุช ู„ูŠ ุงู„ุฃุฑุถ ู…ุณุฌุฏุงً ูˆุทู‡ูˆุฑุงً..

" Dijadikannya tanah (bumi) bagiku sebagai tempat untuk bersujud dan suci.. "

Panjanglah perbahasannya, ada yang menolaknya sebab tafsiran Al Ard(ุงู„ุฃุฑุถ) dan Turab( ุชุฑّุจ) itu berbeza.. itu takpe lah.. itu pentafsiran Ulama dan Fiqh depa.. walaupun aku cenderung tidak bersetuju dengan nya..

tetapi jangan pula kita menghina..Ia samalah dengan kepercayaan pentafsiran mereka yang berdahi hitam, tanda hitam(Jidat) yang selalu kita nampak dalam Masyarakat kita.. terutama dari kalangan jemaah Tabligh dan kelompok Wahabi..

apa sandaran depa ? ia berdasarkan tafsiran pada firman Allah dalam surat Al Fath ayat 29:

ุชَุฑَุงู‡ُู…ْ ุฑُูƒَّุนًุง ุณُุฌَّุฏًุง ูŠَุจْุชَุบُูˆู†َ ูَุถْู„ًุง ู…ِู†َ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุฑِุถْูˆَุงู†ًุง ุณِูŠู…َุงู‡ُู…ْ ูِูŠ ูˆُุฌُูˆู‡ِู‡ِู…ْ ู…ِู†ْ ุฃَุซَุฑِ ุงู„ุณُّุฌُูˆุฏِ..

" Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud…"

( Al Fath: ayat 29)

sandaran depa, iaitu ayat "Siimaahum fii wujuuhihim min atsaris sujud (tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud).. pada mereka ayat atharis Sujud ia sebagai tanda dan bekas sujud..

Sedangkan Ibnu Abbas menakwil dengan mengatakan maksud tanda-tanda itu adalah tanda baik yang ada pada wajah mereka. Ulama lainnya menjelaskan atharis sujud itu ialah khusyu’ dan tawadhu’..

Kenapa ada pandangan begini sebab pentafsiran mereka kepada Quran dan Hadis secara literal.. sedangkan sahabat Nabi pun tidak berbuat begitu..Aku sendiri menolak tafsiran ini, Bagi aku Islam itu mudah dan Allah tidak menyusahkan hambanya..

malah sebahagian Ulama menolak pandangan dan cara sebegini kerana boleh mengundang rasa dan tanda Riya' dalam Ibadat mereka..dan banyak hadis menolak pentafsiran ini, sebab apa ia boleh berlaku..? ia banyak berlaku bila Quran dan hadis difahami secara literal Ayat..

3- AMALAN HITAMKAN DAHI DIKALANGAN WAHHABI JUGA SALAH TAFSIR SEPERTI TURBAH DAN DISANDARKAN KEPADA KHAWARIJ ?

Ini lah pertembungan Pentafsiran dan Fiqh dalam Solat,Hatta Qiyam kita, cara meletakkan tangan ketika Solat itu pun berbeza diatara Fiqh Mazhab yang empat, malah ada Mazhab yang berpegang beberapa riwayat dan cara.. ia soal pentafsiran Ulama..

Jika dalam kelompok Syiah ada Tafsiran mengapa perlu diletakkan batu Turbah dari tanah.. Begitu jugalah kalangan kelompok Wahabi... Sedangkan Ibnu Abbas dan Imam Baghawi mengatakan tanda pada wajah itu juga sebahagian dari gambaran Khawarij iatu pelampau dalam agama atau ekstrimisme Agama (ุงู„ุบู„ูˆّูู‰ ุงู„ุฏูŠุงู†ุฉ)...

Imam Baghawi mengatakan..

ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุจุบุงูˆู‰:

ูˆ๏ปป ูŠุธู† ู…ู† ุงู„ุณูŠู…ุง ู…ุงูŠุตู†ุนู‡ ุจุนุถ ุงู„ู…ุฑุงุฆูŠู† ู…ู† ุงุซุฑ ู‡ูŠุฆุฉ ุงู„ุณุฌูˆุฏ ูู‰ ุฌุจู‡ุฉ ูุฃู† ุฐุงู„ูƒ ู…ู† ุณูŠู…ุงุงู„ุฎูˆุงุฑุฌ..

“Jangan menyangka sesungguhnya dari tanda2 yg dilakukan sebagian orang2 yg riya’ (muroo’iin) itu termasuk tanda bekas saat sujud di dahi, karena sesungguhnya hal itu adalah tanda2 ciri kelompok khawarij.”

4- ISBAL JUGA GAMBARAN DAN SIFAT KHAWARIJ.. ?

Di dalam Hadis Nabi๏ทบ digambarkan ciri ciri kelompok Khawarij.. antaranya... yang dirujuk kepada fizikal dan cara pelopor Khawarij.. Iaitu Dzul kuwaisirah at-Tamimi. .. antara ciri mereka..lebat Janggut mereka.. (ูƒุซ ุงู„ู„ุญูŠุฉ), dan Singkatnya seluar mereka (ู…ุดู…َุฑ ุงู„ุฅุฒุงุฑِ). dan kemudian Ibnu Abbas menambah adanya tanda sujud di wajah mereka.. (ูˆุฌูˆู‡ู‡ู… ู…ุนู„ู…ุฉ ู…ู† ุงุซุงุฑ ุงู„ุณุฌูˆุฏ)...

Tapi Boleh kah semua amalan ini digambarkan sebagai pengikut Khawarij ? Tidak.. Ia hanya perbezaan dalam tafsiran Hadis dan Quran...sedangkan ramai dari kalangan Ulama mengatakan larangan melabuhkan pakaian itu atas sifat (ุฎูŠู„ุงุก) yakni menyombong..

ูَู‚َุงู„َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ: ุฅِู†َّูƒَ ู„َุณْุชَ ุชَุตْู†َุนُ ุฐَู„ِูƒَ ุฎُูŠَู„ุงَุกَ..

" Sesungguhnya engkau tidak melakukan demikian itu dengan kesombongan...”

Itu belum dikira dari amalan mengangkangkan kaki ketika Solat dari kalangan kelompok Wahhabi... mereka menafsirkan Hadis Nabi ๏ทบ pada maksud merapatkan kaki dan bahu itu satu kewajipan dan Sunnah berdasarkan hadis ini..

ูˆَูƒَุงู†َ ุฃَุญَุฏُู†َุง ูŠُู„ْุฒِู‚ُ ู…َู†ْูƒِุจَู‡ُ ุจِู…َู†ْูƒِุจِ ุตَุงุญِุจِู‡ِ ูˆَู‚َุฏَู…َู‡ُ ุจِู‚َุฏَู…ِู‡ِ..

"Ada di antara kami orang yang merapatkan bahunya dengan bahu temannya dan merapatkan telapak kakinya dengan telapak kaki temannya..’”

Sedangkan sebahagian Ulama Menafsirkan dari teks Hadis tersebut.. lafaz ูˆَูƒَุงู†َ ุฃَุญَุฏُู†َุง “Ada di antara kami” (Wa kana ahaduna ) adalah perlakuan hanya sebahagian sahabat.. perlakuan hanya sebahagian sahabat bukan boleh dibuat Hukum, Kata Ulama'...

ู„ุงู† ูุนู„ ุงู„ุจุนุถ ู„ุง ูŠูƒูˆู† ุญุฌุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ุจุนุถ ุงู„ุขุฎุฑ، ูˆู„ุง ุนู„ู‰ ุบูŠุฑู‡ู… ..

.

“Sebab perbuatan sebagian sahabat tidak dapat dijadikan sebagai hujjah atas sebagian sahabat yang lain dan juga tidak menjadi hujjah bagi selain sahabat,”

( Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam )

ูˆุฒุงุฏ ู…ุนู…ุฑ ููŠ ุฑูˆุงูŠุชู‡ ูˆู„ูˆ ูุนู„ุช ุฐู„ูƒ ุจุฃุญุฏู‡ู… ุงู„ูŠูˆู… ู„ู†ูุฑ ูƒุฃู†ู‡ ุจุบู„ ุดู…ูˆุต..

“Ma’mar menambahkan dalam riwayatnya ‘Jika aku melakukan hal tersebut dengan salah satu dari mereka saat ini, maka mereka akan lari sebagaimana keldai yang terlepas...’”

Nampak Tak ? Biarpun ada Tafsiran berbeza dari Hadis Nabi๏ทบ, Biarpun ada yang menyamakan Isbal ala seluar Mr bean tidak lah kita mudah menghukum.. Begitu juga dengan amalan menghitamkan dahi dan mengangkang kaki ketika Solat yang kadang2 menyusahkan jamaah lain.... ia hanya perbezaan tafsiran dan feqah.. Bukan perkara Aqidah.. takkan tu pun Mufti Utara tak dapat Beza...

Samalah macam kes bertabarruk dengan replika Capal Nabi.. Mungkin ramai yang tidak setuju.. tetapi itulah satu bentuk salah tafsir Ulama' tentang Tabarruk.. Ini orang panggil ุบู„ูˆ Berlebih lebihan atau melampau..bukan Kafir..

5- KEJAHATAN MUFTI UTARA GAMBARAN ULAMA JAHAT YANG MENGHANCURKAN SYRIA..

Gambaran Mufti Utara..Begitulah apa yang berlaku di Syria.. ada Ulama yang menfatwakan fatwa fatwa Politik dan akhirnya Syria berlakunya huru hara..hancur dari mulu mulut Ulama'..Ketika itu Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti pun ditakfirkan..

Bertapa ruginya duit Ummat Islam dari badan Zakat dan Cukai menanggung seorang Mufti dan Ulama Jahat ratusan ribu setahun dengan kerja kerja Politik Ashabiyah dan menghasut....sebagaimana kata Nabi ๏ทบ akan sifat Ulama Jahat..

ุฃَุญْู„َู‰ ู…ِู†ْ ุงู„ุณُّูƒَّุฑِ ูˆَู‚ُู„ُูˆุจُู‡ُู…ْ ู‚ُู„ُูˆุจُ ุงู„ุฐِّุฆَุงุจِ...

" dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”

Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (ุญَุงู„ِู‚َุฉُ), iaitu Pemangkas Agama... sabda Nabi ๏ทบ..

، ูˆَุงู„ْุจَุบْุถَุงุกُ ู‡ِูŠَ ุงู„ْุญَุงู„ِู‚َุฉُ ، ุญَุงู„ِู‚َุฉُ ุงู„ุฏِّูŠْู†ِ ู„ุงَ ุญَุงู„ِู‚َุฉُ ุงู„ุดَّุนْุฑِ...

"Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut..."

dan Menepati darjat ketiga pada pandangan Imam Ghazalie antara ciri Ulama jahat yang dah tak mampu bertaubat dah biarpun jelas kebenaran didepan mata....sebagaimana ada sifat (Al Kibr) kepada kelompok Iblis..

Berkata lagi Imam Ghazalie..

.. ูู‡ุฐุง ู…ู† ุงู„ู‡ุงู„ูƒูŠู†، ูˆู…ู† ุงู„ุญู…ู‚ู‰ ุงู„ู…ุบุฑูˆุฑูŠู†؛ ุฅุฐ ุงู„ุฑุฌุงุก ู…ู†ู‚ุทุน ุนู† ุชูˆุจุชู‡ ู„ุธู†ู‡ ุฃู†ู‡ ู…ู† ุงู„ู…ุญุณู†ูŠู†، ูˆู‡ูˆ ุบุงูู„ ุนู† ู‚ูˆู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ (ูŠَุฃูŠُู‡ุง ุงู„َّุฐูŠู† ุขู…ู†ูˆุง ู„ِู…َ ุชَู‚ูˆู„ูˆู†َ ู…ุงู„ุง ุชَูุนَู„ูˆู†)

.

" Mereka dari kelompok ketiga itu disebutkan diatas termasuk golongan yang binasa, Bodoh, dan tertipu. Orang seperti ini dia takkan Bertaubat kerana merasakan Dirinya dikalangan orang yang baik disisi Allah.."

ูˆู‡ูˆ ู…ู…ู† ู‚ุงู„ ููŠู‡ู… ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡: (ุฃู†ุง ู…ู† ุบูŠุฑ ุงู„ุฏุฌุงู„ ุฃุฎูˆู ุนู„ูŠูƒู… ู…ู† ุงู„ุฏุฌุงู„)

Dan inilah kata Nabi ๏ทบ, Kelompok yang aku takutkan melebihi Dajjal..

Ipohmali

23 Disember 2020

 

KENA FAHAM MAKSUD INI

 

MAN TOBA

PESANAN DARI PEMUDA AMANAH NIH AKU SOKONG.

AMBIK 50 KERUSI TU BERMAKSUD AMBIL KERUSI2 YG BERSATU TANDING DULU.

MAKNANYA PEJUANG TARGET KERUSI2 NIH DAH DIAMBIL AMANAH.

KESIMPULANNYA, PEJUANG TAK ADA DALAM GROP PH. NO GRANT COALITION LAH MAKSUDNYA.

ADA PAHAM?



Image may contain: Syam Ghaz, text that says "Pertegaskan Risalah Perjuangan 5 NASIONAL2020 NASIONAL KONVENSYEN Amanah PART AMANA EGARA KENATILMELAKA BAYOWLAGOO.COM AMANAH perlu berbincang tentang agihan kerusi sekurang- -kurangnya menetapkan 50 kerusi diperuntukkar kepada parti berbanding 27 kerusi pada pilihanraya lalu. Kepimpinan AMANAH perlu memastikar jumlah kerusi berkenaan dipersetujui oleh semua komponen parti di dalam PH Plus sebelum satu kolisi raksasa dilaksanakan. HISYAMUDDIN GHAZALI Perwakilan Pemuda MEDIA OREN MEMPERKUKUH KEMAKMURAN SOSIAL"



Kartel daging: Tubuh Suruhanjaya Siasatan, bukan alih isu ucapan Hari Natal

 

Isu daging import tidak halal yang dibungkus semula dan dilabel halal akibat korupsi selama puluhan tahun tidak diutamakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya pimpinan dan penyokong sesetengah ahli politik PN lebih senang membersar-besarkan isu hukum mengucap 'Selamat Hari Natal' sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, keutamaan yang salah itu menyebabkan korupsi menjadi lebih buruk dan industri makanan halal Malaysia mendapat imej buruk di peringkat antarabangsa.

"Baru-baru ini isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu telah membangkitkan persoalan bagaimana ini boleh berlaku di sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, bahkan Islam itu sendiri sebagai agama rasmi negara.

"Rakyat sudah menerima hakikat bahawa ramai pemimpin yang keluar masuk mahkamah untuk tuduhan rasuah adalah dari kalangan bekas-bekas menteri. Jadi tidak hairanlah sekiranya penjawat awam bawahan dari agensi-agensi kerajaan juga telah 'menteladani' mereka.

"Amehnya, mengapa isu seperti orang Islam mengucapkan perayaan Hari Natal diperbesar-besarkan tetapi apabila isu kartel daging import yang melibatkan agensi utama di pintu masuk negara, dalam menyelia sebarang aktiviti pengimportan dan pengeksportan komoditi dianggap bagaikan isu remeh?" katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Farhash menyeru agar kerajaan PN segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas untuk membongkar skandal kartel daging sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan.

"Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan pembukaan kertas putih seperti saranan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) harus disegerakan.

"Sejajar dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "skandal ini ternyata telah merobek reputasi dan imej institusi itu yang diamanahkan memulia dan meningkatkan darjat Islam."

"Hakikatnya reformasi bagi institusi dan agensi kerajaan di negara kita sudah melepasi tempoh luput," katanya lagi.

Isu kartel daging menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan netizen sejak seminggu ini berasaskan dua perkara; tempoh skandal sejak berpuluh tahun dan syarikat penjual tidak didedahkan identitinya dengan segera.

 

Menteri kemalangan: JKR tidak perlu 'double standard'

 


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terlibat dengan kemalangan kecil semalam ketika bersenam menaiki basikal tidak wajar mendapat reaksi 'berlebihan' Jabatan Kerja Raya (JKR) sekiranya mereka tidak berminat melakukannya ke atas ribuan pengguna jalan raya lain yang terlibat dalam kemalangan akibat permukaan yang rosak.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kuala Langat, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, reaksi JKR meminta maaf atas kecuaian tersebut boleh dianggap oleh orang awam sebagai double standard dan melebih-lebihkan individu berpengaruh.

"Saya beranggapan kemalangan tersebut berlaku dalam kawasan Kuala Langat kerana Jabatan Kerja Raya Kuala Langat (JKR) tampil membuat permohononan maaf kerana insiden tersebut.

"Namun menjadi tanda tanya mengapa harus berlaku double standard ke atas kemalangan kecil yang melibatkan menteri ini?

"JKR Kuala Langat juga seharusnya bersikap adil dan sama meminta maaf kepada pengguna jalan raya lain yang juga pernah terlibat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

"Masih banyak 'spot' kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?" katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shah Rezza lagi, rakyat biasa lebih wajar diberikan perhatian khusus kerana menggunakan jalan raya dengan kenderaan kecil seperti motorsikal berulang alik ke tempat kerja.

Malah, katanya, rakyat biasa juga membayar Cukai Jalan yang seharusnya dianggap 'pemilik bersama' kepada jalan-jalan berkenaan.

"Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada double standard kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian Cukai Jalan, sebaliknya rakyat marhaen adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka.

"Janganlah bersikap seperti pahat dan penukul, diketuk baru hendak jalan kerja. Lebih malang lagi diketuk berkali-kali masih tak jalan kerja," katanya.




(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...