KERAJAAN GAGAL VAGANZA! PRU15 Nak Jalankan Sekarang? Selfish!



Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN, YB Fahmi Fadzil mengulas kenapa kerajaan sekarang diberi nama jolokan KERAJAAN GAGAL VAGANZA. Beliau juga menyentuh terdapat beberapa pihak yang mahukan PRU15 diadakan sekarang.


HABUAN MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN.

 





57tSc2g2s334r
1ltam
 
HABUAN MELAWAN SENDIKET PERJUDIAN.
Sejak 10 tahun dulu saya dan rakan-rakan NGO berlawan dengan sendiket perjudian. Bermula dengan merempuh masuk premis, memecah mesin judi dan memantau lokasi-lomasi premis judi. Kami akhirnya menubuhkan GBAH - Gerakan Banteras Aktiviti Haram bersama antaranya Ariffin Abu Bakar , Yusuf Azmi , Presiden Perkid dan rakan-rakan lain dibantu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) .
Sejak 2018, sendiket judi makin lemah. Mereka tidak lagi membuka kedai judi mesin komputer tetapi berevolusi mengaburi mata pihak berkuasa dengan membuka kedai sebaneka, kedai telefon dan premis yang sengaja dibuka untuk menjual topup judi. Agen-agen digerakkan dan diberi komisen untuk menarik kaki judi.
Sejak dulu hingga kini kami menjadi mangsa pihak berkuasa. Bila kita serbu kedai judi, kita akan dikenakan tindakan, didakwa menceroboh dan samun. Peliknya kita yang menjalankan kerja pihak berkuasa dijadikan sasaran manakala tauke-tauke judi terus bebas. Sebagai contoh, Dato Sri Jamal Yunos hingga hari ini turun naik mahkamah kerana merempuh kedai judi. Ini semua kerana rasuah.
Apa yang berlaku kepada saya hari ini adalah perkara biasa. Cuma kita mahu ingatkan pihak berkuasa, kami tidak akan diam. Jangan ingat gari di tangan ini akan menakutkan kami.
Saya sudah dihubungi rakan-rakan dari pelbagai NGO dan perseorangan. Mereka mahu kita kembali memgambil alih tugas pihak berkuasa yang gagal melaksa akan tanggungjawab dan amanah masyarakat. Insyaallah kita akan kembali.

RAKYAT SARAWAK REDHO DENGAN KEADAAN. SEKOLAH PUN REPUT ?

 



NCR Sarawak 
Join
Info.
Kejadian baru berlaku Januari 2022 di Sk Lg Bemang Apoh.
Budak sekolah jatuh dari varendah sekolah yang sudah reput dan usang.
Kerajaan harus lebih bertanggungjawab atas keselamatan murid sekolah yg mana bangunan sudah terlalu usang untuk di guna.
Di mana kerajaan yg perihatin????
Inikah kerajaan yg perihatin rakyat???
Di mana duit peruntukan untuk mengganti sekolah yg sudah terlalu usang.

BUKTI GAMBAR DI HARI KEJADIAN BANJIR


ZUNAR


Semalam Ismaili Sabri kata dia ada di ground ketika banjir. Foto ini diambil ketika banjir hari itu





 

LIVES DSAI ISU MOU PH DAN KERAJAAN GAGAL ISMAIL SABRI- WRLR AKAN MENYIARKAN LANGSUNG

 

Saya akan membicarakan terkait fungsi dan kedudukan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan serta beberapa isu penting yang lain. Nantikan jam 8.30 malam ini.


May be an image of 4 people, people standing and text that says "21 JAN 2022 JUMAAT JUMAAT|8.30MALAM 8.30 MALAM MoU MoUKerajaan-Pakatan Pakatan Harapan: KE MANA SELEPAS INI? f @anwaribrahimofficial @anwaribrahimofficial @anwaribrahim panwaribra @anwaribrahim. my Anwar Anwarbrahim Ibrahim Anwoar @arwaribr @anwaribrahimofficial"

RITA RUDANI PERLI TTOK PETI SERBA TAHU



Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini ada memuat beberapa siri hantaran ‘memerli’ Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza berikutan isu dos penggalak vaksin baru-baru ini.

Tulis Rita, Mufti Perlis itu seolah-olah baru ‘sedar daripada tidur’ kerana ahli keluarganya sendiri dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik setelah disuntik vaksin dos penggalak.

Sehubungan itu, Dr Maza menyarankan agar pemberian dos tambahan vaksin COVID-19 itu ditangguhkan seketika dan dikaji secara menyeluruh sebelum diberikan kepada orang awam.

Bila kena kat keluarga sendiri, pandai pulak nak buka mulut hingaq (bising), selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen & jilat tak sangga (bersungguh-sungguh).

Sumber : Instagram Rita Rudaini  

 

Tak semestinya orang yang jahil hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah S.W.T

 

Dalam hantaran Instagram Story yang lain, Rita turut memuat naik tangkap layar laporan berita yang memaparkan Dr Maza meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguhkan pemberian dos penggalak.

Rita dalam pada itu turut menyindir kenyataan KKM yang memaklumkan terdapat kematian akibat pemberian vaksin di Penjara Kajang.

Katanya, pengambilan suntikan vaksin ini seolah-olah menjadi satu iktibar buat masyarakat, dan bukannya ikhtiar bagi menyelamatkan nyawa akibat pandemik itu.

Rita Rudaini
2 MINGGU LALU

Isu Dos Tambahan Vaksin, Rita Rudaini Selar Sikap Rakyat Tak 'Kenang' Jasa Khairy Jamaluddin

Ikuti FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


 

VIDEO RAFIZI SINDIR ZURAIDA RAIH 324K TONTONAN






KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengundang pelbagai kecaman netizen termasuk bekas Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Malah Ahli Parlimen Ampang tersebut turut mengatakan bahawa singa wujud di negara ini juga tidak tepat.

“Awak fikir dengan mudah pergi dan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak dibunuh. Kena ada prosedur untuk hadapi dan letakkannya di dalam zoo.

“Saya rasa kalian boleh tanya Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). Mereka boleh beritahu berapa orang utan dalam negara dan berapa banyak mati dan hidup,” katanya melalui satu rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi satu minit 35 saat itu yang dikongsikan Rafizi kini berjaya ‘trending’ di Twitter beberapa jam lalu hingga berjaya meraih seramai 324 ribu tontonan dalam tempoh sama.

Banyak benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai:

1

Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni 

“Banyak benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai.

“1) di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu 

“2) di Malaysia ada singa

“Selamba cikgu aku dulu tipu kat (dekat) sekolah, tidak ajar benda sebegini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut pengguna Twitter @JoeLabu311, Zuraida seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Buatlah kajian sikit. Awak menteri. Bukan ahli mesyuarat tingkap,” katanya.

 

 

PAS TINGGALKAN BERSATU SELEPAS PRN JOHOR?

 

Kemungkinan PRN Johor diadakan dalam waktu terdekat ini seperti sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Selain UMNO sendiri begitu mahukan PRN tersebut diadakan kerana yakin mandat lebih meyakinkan boleh diperolehi, kenyataan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang menyerahkan kepada kepimpinan kerajaan negeri Johor untuk memutuskannya, seterusnya mengadap Sultan Johor untuk mendapatkan perkenan, adalah gambaran semuanya hanya menunggu detik dan ketika saja untuk dijadikan kenyataan.

Pimpinan UMNO juga difahamkan amat positif terhadap keperluan mengadakan PRN di negeri itu kerana selepas kejayaan cemerlang di Melaka, kejayaan yang sama juga mampu dicipta di Johor.

Sementara banyak pihak daripada pelbagai aliran politik rata-ratanya yakin arus kemenangan ternampak lebih memihak kepada BN, persoalan lain ialah apakah nasib Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin selepas PRN itu nanti?

Johor bukan saja tapak politik Mahiaddin di mana beliau adalah Ahli Parlimen Pagoh dan Adun Gambir sekarang ini, malah bekas Perdana Menteri itu juga ialah Pengerusi Bersatu negeri berkenaan.

Untuk itu, jika PRN diadakan, sama ada Mahiaddin berani mempertahankan kerusinya atau tidak bukan lagi persoalan utama lantaran yang lebih penting ialah sejauh mana Bersatu mampu mempertahankankan 11 kerusi yang sedang dimilikinya sekarang?

Seterusnya, jika gagal mempertahankan kemenangan sedia ada, lebih buruk andai hilang semua 11 kerusi itu, apakah pula nasib politik Mahiaddin dan Bersatu dalam PRU15 akan datang?

Semua itu akan menjadi perhatian utama, malah adalah benar bahawa PRN Johor diadakan, selain untuk mendapatkan mandat rakyat yang lebih jelas, lebih penting lagi matlamatnya ialah untuk membunuh masa depan Bersatu.

Kiranya Bersatu kalah teruk, ditambah jika Mahiaddin sendiri kalau berani bertanding, turut kecundang di DUN Gambir, tentulah ia memberi gambaran yang gelap buat PN dalam PRU15 akan datang.

Makna kata, PRN Johor itu nanti bakal menunjukkan laluan ke kuburan yang lebih awal buat Bersatu, Mahiaddin dan PN.

Dalam konteks berkaitan, tidak mustahil kekalahan PN dalam PRN Johor nanti akan turut membuatkan Pas meninggalkan gabungan tersebut sebelum tibanya tarikh PRU15 diadakan.

Atau setidak-tidaknya Pas akan bertanding sendirian dengan menggunakan logo bulannya dalam PRU15 akan datang dan tidak lagi memakai lambang Perikatan Nasional sebagai suatu perkongsian sedia adanya dengan Bersatu.

Maka itu, daripada satu sudut untuk melihat Bersatu yang di dalamnya penuh dengan watak-watak pengkhianat dapat ditunjukkan jalan mati yang lebih cepat iaitu sebelum PRU15 lagi, kebaikan perlunya PRN Johor diadakan lebih awal tidaklah harus ditolak begitu saja. – ShahbudinHusin 21/01/2022.



(function() { var d = document, w = window; w

Adam Adli dahului saingan ketua Pemuda PKR

  FMT Reporters  - May 29, 2022          A dam Ahli yang baharu menyertai PKR tidak sampai setahun lalu bertanding jawatan ketua pemuda part...