OWH..PECAT TANPA SEBAB LA NI YA....WALAUN RAMAI KELIRU..

 




YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram cahayanya.

Apabila Datuk Seri Setiausaha Agung PAS dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada Jawatan Kuasa PAS Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan PN, maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti.

Buah gugur bila sudah cukup masak atau ditiup angin kuat. Buah juga boleh gugur kerana dipotong atau dibedal dengan galah oleh budak-budak. Gugur mesti bersebab.

Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan kepada publik (jangan baca publika) secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja. YB Dato' Dr Mohd Khairuddin At-Takiri adalah antara figura utama pemimpin PAS. Beliau seorang bekas Menteri daripada parti PAS. Beliau juga adalah setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.

Maka menjadi hak publik, bukan hanya ahli PAS untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut. Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjamaah. Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan pencalaran tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak PAS juga. Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

Justeru, saya kira penjelasan rasmi harus diberikan segera. Ia boleh membina persepsi yang baik kepada parti PAS. PAS sekarang memerintah negara. Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus.

Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk. Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk 'bekeng'. Logiknya Dato Khairuddinlah yang patut mencabar sebab beliaulah yang patut rasa tercabar atau marah kerana telah digugurkan dengan alasan disiplin jamaah yang masih belum diketahuinya secara rasmi sebagaimana telah dijelaskan dalam mesyuarat PAS Pusat.

Biasanya tindakan disiplin parti didahului oleh kebisingan di luar. Lalu orang ramai terutama orang surat khabar akan menunggu-nunggu apakah tindakan parti terhadap ahli parti yang buat bising-bising.

Contohnya UMNO. Dalam UMNO ada beberapa pemimpinnya yang acap mencabar Presiden partinya. Ia menjadi bising di luar. Macam besar sangat krisis bakal meletus. Lalu rakyat dan orang surat khabar menunggu-nunggu tindakan parti. Rumours atau desas desus berlaku dan viral. Tetapi UMNO nampak tenang dan buat 'donno' saja. Orang surat khabar jadi kecewa kerana tak boleh buat berita.

Cara PAS dan UMNO berbeza. Masing-masing ada cara.

Saya adalah sahabat rapat YB Dato Dr Mohd Khairuddin At-Takiri.

Nik Mohamad Abduh

 

No comments: