NAMPAKNYA MAIL SABRI KAKI KELENTONG JUGA YA DEMI NAK DAPAT SOKONGAN. INGAT MACAM DI BERA KAH ?






Fuiyoh! Dia punya tahap tak malu dah sama taraf dengan Najib dah ni.

Macamlah rakyat tak nampak. Dah berapa hari banjir baru nampak muka. Itu pun melambai dalam kereta je. Bila banjir dah surut baru turun dari kereta untuk ceduk lumpur satu skop.

Itu baru PM. Belum cerita menteri. Noh Omar pun menjelma setakat nak umumkan yang dia masih lagi pengerusi bencana negeri. Lepas umum terus hilang. Dah surut baru keluar lagi.

Azmin cuma tunjuk rajin sekejap. Lepas tu terbang ke luar negara. Ismail dah siap keluarkan arahan suruh batal cuti. Yang ada di luar negara, suruh balik segera. Tapi Azmin buat selamba je.

Yang turun padang pun Rina. Siap pakai kasut tumit tinggi la. Tapi takpe la. Janji datang. Lagipun itu sebab dia sempat tukar pakaian je. Dia tukar pakaian tanpa buka kasut.

Hebat

orangnya.

Tapi bagusnya Rina, ada juga cuci simen sekolah. Iyalah, walaupun simen tak berlumpur, setidaknya ada tahi cicak. Ada juga dia kemas meja. Kalau tak, tak, tak dapat murid di situ bersekolah.

Peja pun ada bantu. Dia buat majlis untuk umum bantuan banjir. Kali terakhir dilihat dia siap berbaju Melayu lengkap bersampin. Lepas tu dia pergi mana tak tahu. Jangan dia buat perangai Abang Jamil sudah la.

(Tambahan) Tak lupa Zafrul. Dia pun ada turun padang. Datang dengan bot penyelamat. Tapi bot penuh dengan jurukamera. Kalau nak selamatkan orang, tak tahu nak letak mana.

Menteri lain aku tak pasti. Zuraida, Radzi Jidin, Halimah Sadique, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim, Idris Ahmad dan ramai lagi. Aku tak kata tak bantu. Tapi mangsa banjir pun tak ada yang sebut nama-nama ni. Bantu ke tak, entahlah.

Di peringkat PH aku selalu follow post DS Anwar, YB Nurul Izzah, Yeong Safura, Dr. Maszlee, Steven Sim dan ramai lagi. Mereka jauh lebih awal daripada menteri dan YB kerajaan datang membantu mangsa banjir.

Sampai aku buat posting appreciation DS Anwar sebab tengok bersungguh benar beliau pusing satu negara sampaikan bantuan. Naik motor je. Bukan naik kereta dan block jalan orang sampai ambulans pun kena tunggu.

Ismail jangan nak mengarut sangat. YB PN/BN tak turun bantu rakyat aku tak adalah marah sangat sebab aku tahu mereka memang bukan jenis hirau kesusahan rakyat.

Tapi agensi kerajaan pun lambat bertindak. Sampai Angkatan Tentera pergi bantu mangsa tanpa arahan daripada NADMA. Dah tak sanggup nak tunggu. Lembab sangat.

Sudahlah gagal gerakkan jentera kerajaan untuk bantu mangsa banjir, YB kerajaan tak hiraukan mangsa banjir, boleh pula dia nak angkat diri. Lepas tu kritik orang tak tengok tempat.

Ismail tak tahu ke kewujudan media sosial? Ini bukan zaman dia masuk UM ikut merit dulu. Ini zaman ICT. Rakyat boleh scroll socmed dan nampak semuanya.

Rakyat nampak YB PH yang gigih membantu. Bahkan nampak juga bagaimana mereka dilarang membantu kerana kerajaan nak jual nama. Mana agaknya pergi maruah kamu wahai Ismail?

Paling pertama sampai adalah NGO dan diikuti YB PH. Bahkan Abang Viva yang bergerak solo jauh lebih awal daripada Nadma dan PM sendiri. Tak malu ke dia nak cakap begini?

Kalau ikut hati memang berbakul aku nak maki makhluk ini. Tapi tak payahlah. Biar Allah saja yang balas segala kejahatan, kezaliman dan penipuan yang dia buat.

Raja Gelap

 

No comments: