99.9% akar umbi puas hati gugur Khairuddin, kata Hadi?? BETOI KA HADI ? ATAU GELEMBONG KUAT

 

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan Khairuddin sebelum memutuskan untuk menggugurkannya.

PETALING JAYA: Hampir 99.9% akar umbi PAS berpuas hati dengan keputusan parti itu menggugurkan Khairuddin Aman Razali daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden parti itu menegaskan, meskipun terdapat segelintir pemimpin parti mendesak, tiada keperluan untuk partinya membuat penjelasan lanjut atau rasmi berhubung isu berkenaan.

“Tak perlu (penjelasan rasmi), itu pandangan terpencil dan sehingga ini saya mendapat maklumat daripada akar umbi, 99.9% berpuas hati,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu Hadi berkata, beberapa tindakan awal sudah diambil termasuk menasihatkan pemimpin itu sebelum memutuskan untuk menggugurkannya.

“Dia belum dipecat, cuma digugurkan sahaja daripada AJK dan sebelum daripada itu pun ada isu disiplin, kita sudah nasihat dan membuat tindakan awal.

“Soal pengganti kita akan lihat jika ada keperluan sebab setakat ini parti berjalan macam biasa,” katanya lagi.

Khairuddin dilantik ke AJK Kerja PAS Pusat selepas pemilihan parti tahun lepas yang menyaksikan beliau tewas.

Beliau digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengesahkan bahawa pemecatan Khairuddin daripada Jawatankuasa PAS Pusat bukan kerana perbezaan pendapat dan bukan juga kerana pendiriannya berhubung Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

No comments: