GAMBAR-GAMBAR JEJAK FAKIR AMK SEMALAM










SEAUATU PERLU DILAKUKAN BAGI MEMBANTU GOLONGAN DAIF INI.PIHAK YANG BERWAJIB TENTU ADA JALAN UNTUK MENYELESAIKANNYA.JIKA DAHULU KITA MENYALAHKAN ORANG LAIN ,KINI KITA HARUS MENYELESAIKANNYA



AMK PP teruskan bantuan jejak fakir 4Isnin, 22 September 2008 •

OLEH:Amiruddin Ahmad

PERMATANG PAUH, 21 SEPTEMBER (SK)- Sekurang-kurangnya 100 keluarga tahun ini menerima bantuan melalui program bantuan kemanusiaan, Jejak Fakir yang dianjurkan kali ke empat oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pulau Pinang.
Kali ini, majlis yang diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Ong Cheng Huat dimana turut disertai hampir 30 orang sukarelawan yang bergerak di seluruh Seberang Perai dan sekitar Pulau Pinang.
Program yang kursus dianjurkan bagi menyampaikan bantuan kepada fakir-fakir miskin ini adalah bagi meringankan beban keluarga untuk menyambut syawal yang bakal menjelma kelak.
Menurut Ong yang juga Wakil Rakyat Dun Bukit Tengah tujuan utama ialah bagi memastikan golongan yang kurang bernasib baik dapat merayakan dan membantu golongan yang kurang berada menyambut dan meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan lebih sempurna.
Diantara sumbangan jejak fakir ialah wang tunai serta keperluan harian seperti beras, gula , tepung, biskut , dan juga duit raya.
Pengarah program Azlizal Tahir, menjelaskan bahawa program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara AMK negeri dan juga masyarakat setempat.


Artikel Terkini
AMK PP teruskan bantuan jejak fakir 4
Sidang Khas Perlu Diadakan, DAP syor 29 September
Dakwa Anwar Agen Amerika, Agenda Politik murahan Umno - AMK
DYMM Yang DiPertuan Agong Boleh Bertindak - Aziz Bari
16 Sept bukan tarikh serta-merta tubuh kerajaan baru

MAJLIS PELANCARAN BLOG DAN PENGISTIHARAN PENANTI SERAMBI MEKAH PULAU PINANG





YB FAIRUS MENERANGKAN TENTANG PERANAN BLOG BELIAU DI ALAMAT













Permatang Pauh - Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada seluruh fakir miskin di Pulau Pinang serta pelancaran blog TKM1 Pulau Pinang telah diadakan di pekarangan masjid jamek Kubang Semang pada 20 hb September baru-baru ini.Majlis yang turut dihadiri bersama YB Hamdan ADUN Permatang Pasir ini juga turut menyampaikan bantuan kepada seramai 297 orang fakir dari seluruh Pulau Pinang yang mana menerima bantuan dari YB Fairus pada hari tersebut dan turut dihadiri masyarakat setempat.YB Hamdan juga memuji sikap YB fairus yang selama ini menjalankan tugas sebagai TKM1 dan dalam masa yang sama juga menjalakan tugas sebagai ADUN N12 Penanti.


Dalam majlis tersebut juga YB Mohd Fairus menjelaskan bahawa tujuan pelancaran blog ini juga adalah untuk mendekat diri dengan masyarakat dan juga memudahkan golongan tertentu yang sering mengkritik beliau untuk melihat semua aktiviti yang telah beliau jalankan.Fairus yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang menjawat ini baru 5 bulan menafikan bahawa beliau gagal menjalankan tugas malah lebih dari 10 projek yang sedang dan telah berjalan yang diluluskan nya .Beliau maafkan semua fitnah terhadap beliau namun kesal dengan sikap masyarakat dan individu yang sering menjaja keburukan sesama sendiri dalam usaha membentuk sebuah pentadbiran yang lain dari pentadbiran yang lepas-lepas.Mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan namun jika dikatakan beliau gagal,bukti pergerakan dan aktiviti yang dijalankan di jelaskan melalui blog beliau.

“Dengan pelancaran blog ini juga adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat semua aktiviti yang telah saya lakukan supaya ada diantara pihak-pihak tertentu yang telah menjalankan kerja-kerja memburuk kan saya supaya sedar bahawa kerja-kerja kotor mereka selama ini dengan menggunakan akhbar-akhbar tertentu memburukkan saya ,boleh melihat sendiri aktiviti dan tugas-tugas yang saya pikul selama ini.malah saya telah mengambil tindakan untuk menyaman akhbar tersebut”, demikian jelas YB Fairus lagi.

Dalam ucapan beliau seterusnya, beliau menjelaskan bahawa akan menjadikan DUN N12 Penanti sebagai pusat serambi Mekah Pulau Pinang kerana di sini terdapat pusat pengajian agama seperti Manabbil Ulum di Kubang Ulu dan antara institusi pengajian pondok tertua di Malaysia dan juga Yayasan An Nahdoh yang menjalankan aktiviti pengajian agama.malah setelah berbincang dengan alim ulamak dan beberapa individu tertentu , beliau telah menghubungi pejabat daerah bagi mencari satu kawasan seluas 30 ekar untuk membina pusat pengajan islam di kawasan Penanti.Melihat akan perkembangan di kawasan DUN N12 memang sewajarnya kawasan tersebut di majukan dari segi pusat-pusat pengajian agama bagi rakyat terutamanya masyarkat Melayu.



“Saya telah mengarahkan pejabat daerah Seberang Perai Tengah untuk mengenal pasti satu kawasan yang difikirkan sesuai bagi membina sekolah agama islam yang berprestej untuk meningkatkan syiar islam dan juga menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau perkembangan dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada peningkatan syiar islam di kawasan Penanti dan juga di peringkat Pulau Pinang khasnya.Ada beberapa individu yag sanggup untuk membantu dari segi kewangan dan pihak saya cuma perlu mengenalpasti kawasan yang sesuai”. Jelas YB Fairus lagi.

YB Fairus juga menjelaskan bahawa tujuan utama beliau menubuhkan jawatankuasa SAR ialah bagi memantau sekolah agama dan memberi penekanan yang lebih kepada sekolah agama dan keduanya jawatankuasa pemantauan pendidikan islam dan didalamnya terdapat golongan cerdik pandai untuk dibawa berbincang ke pimpinan pusat bagi membangunkan Islam di Pulau Pinang.Baru-baru ini Ketua Menteri YB Lim Guan Eng telah meluluskan bantuan hampir RM1 juta lebih kepada sekolah-sekolah agama rakyat di Pulau Pinang setelah bantuan itu ditarik semula pada zaman pemerintahan Mahathir Mohammad.

“Kita harus membincangkan tentang pengurusan dan pentadbiran kewangan islam dan juga melihat pendekatan tarbiah secara menyeluruh di Pulau Pinang bagi memastikan pendidikan islam secara mampan dan kita yakin untuk memajukan dan islah umat ini bermula dengan pendekatan utama ialah melalui pendidikan.jika kita tidak menjalankan sekarang,sampai bila pun kita tidak akan dapat melakukannya , maka saya telah menjemput beberapa pakar tampil untuk memberi pandangan.”

Beliau juga telah menyelesaikan bantuan SAR di Pulau Pinang dan akan dibawa ke pusat bagi membangunkannya.Malah pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk membantu dengan cara “one off”sebanyak RM 1 juta lebih dan akan di berikan untuk sekolah agama rakyat (SAR) dan peruntukan tersebut akan diberikan pada tahun ini juga. Cuma ada 4 buah sekolah sahaja (SAR) di Pulau Pinang , jadi dalam membuat keputusan itu pihak kerajaan negeri akan memberikan juga bantuan kepada sekolah agama yang lain seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , dan guru-guru yang mengajar akan dibantu juga ,selain kelas-kelas KAFA yang akan juga di beri bantuan. Antara sekolah agama persendirian ialah Sekolah Agama Al Maniaah, Manabil Ulum, Al Insaniah ,Andiniah dan 10 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK dan 19 Sekolah Rendah Agama.


Sehubungan dengan itu bagi pihak kerajaan negeri, bantuan seumpama ini dilihat cukup besar dan berharap rakyat Permatang Pauh, terutamanya Pakatan Rakyat dapat bersama-sama membantu meningkatkan kerjasama dan memberhentikan tohmahan yang akan melemahkan kerjasama yang wujud.

“Cuma ada segelitir sahaja individu yang melakukan kerja-kerja meburukkan parti dan juga pentadbiran , dan kita telah mengenalpasti individu terbabit.Saya akan mengarahkan siasatan dilakukan supaya kerjasama yang wujud ini dapat di pereratkan dan kerajaan negeri dapat menjalankan tanggungjawab yang berkesan dan saya memberi jaminan DUN N12 akan diberikan tumpuan dari saya “ demikian jelas YB Mohd Fairus mengakhiri ucapan beliau dan melancarkan blog beliau dalam satu majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada seluruh fakir miskin di Pulau Pinang dan berjanji akan mengurangkan kadar miskin tegar sehingga 2010 ,melalui JKKK, UPEN,PUZ dan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri yang akan mengawasi dan memantau program basmi kemiskinan dan negeri Pulau Pinang bebas dari masalah miskin tegar yang dihadapi.