Guan Eng, Saifuddin kritik kelemahan Putrajaya tangani Covid-19

 

Lim Guan Eng dan Saifuddin Nasution Ismail menyuarakan kebimbangan berhubung kawalan wabak Covid-19 di Pulau Pinang. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP dan PKR menyelar cara Putrajaya menangani Covid-19 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Sambil membangkitkan perkara yang dilihat sebagai kegagalan itu, mereka turut memberikan cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan persekutuan dalam menangani krisis berkenaan.

Lim Guan Eng (PH-Air Putih) dan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Pantai Jerejak) menyentuh pelbagai isu daripada kadar kematian yang semakin meningkat di negeri itu, usaha vaksinasi dan perkhidmatan sokongan bagi mereka yang dikenakan sekatan pergerakan.

Pulau Pinang mempunyai bilangan kes Covid-19 tertinggi di negara ini berdasarkan jumlah penduduk dengan 94.5 kejadian bagi setiap 100,000 orang (dalam purata tujuh hari), lebih tinggi daripada Lembah Klang.

Lim dalam sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri berkata, kajian mendalam perlu dilakukan untuk melihat kenapa kawasan tertentu mencatatkan bilangan kematian tinggi.

Beliau memberi sebagai contoh Air Itam yang merekodkan 21 kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Katanya, perkara itu merisaukan, namun tiada jawapan kenapa trend itu wujud di situ.

Lim berkata, keseluruhan jumlah kematian Covid-19 di Pulau Pinang adalah 469 kes setakat 26 Ogos lalu yang juga membimbangkan kerana kebanyakannya melibatkan individu berusia 50 tahun ke atas.

“Kita perlu melihat kenapa ini berlaku, kita perlu menyiasat lebih mendalam,” katanya.

Lim berkata, warga Pulau Pinang mula menganggap wabak itu “hukuman mati” yang “lebih teruk daripada penjara”, dengan panggilan kecemasan 999 tidak dilayan dengan pantas, kadar vaksinasi rendah, serta denda yang tinggi untuk pelanggaran SOP Covid-19.

Tahun lalu, beliau berkata, denda berjumlah RM2.08 juta dibayar 2,085 orang ketika kompaun RM1,000 ditetapkan.

Tahun ini, katanya, RM4.3 juta dikutip daripada 2,115 orang, dengan 3,762 notis kompaun dikeluarkan.

Menurutnya, berdasarkan “kelemahan kerajaan persekutuan” dalam menangani wabak itu, kerajaan Pulau Pinang mesti meningkatkan usaha mitigasi.

“Jika kerajaan persekutuan tidak boleh melakukannya, kita boleh lakukan di Pulau Pinang. Saya benar-benar berharap menteri kesihatan baharu boleh membuat perubahan segera untuk memperbaiki keadaan.”

Sementara itu, Saifuddin berkata, beberapa kegagalan berlaku sejak awal wabak yang perlu diambil maklum kerajaan sedia ada.

Katanya, kesilapan pertama adalah kelewatan menempah vaksin atas alasan menunggu ujian klinikal dilakukan sedangkan banyak negara lain telah membuat tempahan awal sebelum ujian klinikal dimulakan.

“Bak kata kami di utara, sepatutnya kita ‘chup dulu’. Kita hanya membuat tempahan selepas permintaan untuk vaksin sudah tinggi.”

Saifuddin berkata, ketika vaksin tiba, Sarawak menjadi negeri pertama menerima sejumlah besarnya, iaitu taktik politik sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri yang sepatutnya diadakan Jun lalu sebelum ditangguhkan selepas darurat diisytiharkan di negeri itu.

Katanya, isunya bukan mengenai keupayaan negeri membeli vaksin sendiri, sebaliknya kerana ia diberi awal oleh pembuat dasar di Putrajaya.

“Negeri jirannya Sabah juga ‘corot’ dalam penerimaan vaksin. Jadi, nampaknya kehidupan orang Sarawak lebih penting berbanding negeri lain.”

Saifuddin kemudian memetik kisah wartawan kelahiran Malaysia, Rahmah Ghazali, yang disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya di United Kingdom.

Katanya, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu menghubungi mereka setiap hari untuk memantau keadaan keluarga itu, manakala Majlis Perbandaran turut melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan mereka mempunyai bekalan makanan mencukupi.

“Itu yang dinamakan sistem sokongan. Kita sebagai kerajaan mesti menawarkan sokongan kepada mereka yang mengasingkan diri di rumah.”

‘Tiada majoriti 2/3 pinda Perlembagaan negeri’

Sementara itu, Lim membangkitkan isu undian tidak dikira secara rasmi untuk pindaan Perlembagaan negeri, semalam.

Katanya, langkah sedemikian memerlukan sokongan majoriti 2/3 serta undian rasmi oleh semua 40 ADUN.

Speaker Law Choo Kiang berkata, kiraan rasmi tidak diperlukan apabila melibatkan penyelarasan undang-undang negeri dan persekutuan.

Semalam, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan undang-undang untuk menurunkan had usia calon bagi kerusi negeri daripada 21 kepada 18 tahun.

Anwar dedah rundingan PH dengan PM

 


Panas! Anwar dedah rundingan PH dengan PM


Tiada sesuatu yang besar diputuskan berhubung rundingan Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara bersama CNBC, Anwar yang juga presiden PKR berkata, Ismail terpaksa mempelawa pembangkang ke meja rundingan susulan sokongan majoriti terhadapnya akan diuji dalam sidang Parlimen akan datang.

“Itulah sebabnya beliau melakukan beberapa bentuk perundingan dengan pembangkang, sehingga kini belum ada yang konkrit,” katanya memberitahu stesen berita berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Walaupun turut memuji Ismail sebagai perdana menteri pertama yang sanggup bekerjasama bersama blok pembangkang dan memulakan beberapa bentuk perundingan, Anwar berkata, pembangkang bagaimanapun kecewa dengan barisan Jemaah Menteri.

“Bagi saya, ini adalah malapetaka.

“Mereka sudah diberikan 500 hari dan anda dapat melihat sendiri penurunan dalam menguruskan Covid-19 dan isu ekonomi, dan sekarang anda mahu memberikan 100 hari lagi?

“Namun, walau apapun, perundingan masih berjalan…Kami perlu melihat sama ada mereka benar-benar komited melaksanakan pembaharuan yang mereka sudah janjikan untuk menyokong,” kata ketua pembangkang itu.

Anwar turut bertegas untuk negara ini berganjak daripada politik berasaskan kaum kepada berasaskan dasar keperluan, sambil berkata, jajaran semasa tidak membawa manfaat kepada kebanyakan Melayu, sebaliknya hanya menguntungkan “Melayu elit”.

“Tetapi ini adalah hala tuju naratif baharu di Malaysia, ia memerlukan banyak usaha ke arah itu. Kita bukan sahaja perlu berhubung dengan rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar, kami juga perlu menembusi rakyat kebanyakan di kawasan luar bandar,” katanya.

Selepas Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, beliau dan tiga kepemimpinan tertinggi PH dalam kenyataan sulung bersama, menyatakan mereka sebulat suara bersetuju memperkukuhkan fungsi Parlimen sebagai badan semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Ismail, Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, sumber memberitahu FMT, pembaharuan institusi, terutama membabitkan undang-undang antilompat parti, menjadi konsensus yang dipersetujui bersama untuk menjadikan Malaysia lebih stabil.

Menggusarkan! Kematian kanak-kanak akibat Covid19 semakin meningkat

 


Menggusarkan! Kematian kanak-kanak akibat Covid19 semakin meningkat


Kematian bayi, kanak-kanak dan remaja akibat Covid-19, tahun ini meningkat seiring pertambahan kes jangkitan ke atas golongan itu.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 41 kematian direkodkan sejak Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding hanya enam kematian pada 2020.

Data itu juga mencatat sejumlah 322,694 orang menjadi pesakit cilik Covid-19 sejak pandemik bermula hingga 30 Ogos 2021.

Tahun lalu, terdapat 12,620 jangkitan membabitkan usia kosong hingga 17 tahun, manakala 310,074 jangkitan dilaporkan dalam kalangan golongan itu pada tahun ini.

Mengikut pecahan, terdapat 3,180 kes jangkitan ke atas mereka berusia kosong hingga empat tahun pada 2020, dengan jumlah itu meningkat kepada 81,168 tahun ini.

Kadar kematian golongan itu tahun lalu pula adalah 0.09 atau tiga kematian, berbanding 15 kematian (0.02) tahun ini.

Bagi usia lima hingga enam tahun, sebanyak 1,227 kes jangkitan tahun lalu dan tiada kematian direkodkan, namun tahun ini ada 32,996 kes jangkitan termasuk satu kematian.

Selain itu, golongan kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun mencatat peningkatan drastik dalam jumlah jangkitan tahun ini iaitu 106,828 kes, berbanding 4,071 kes tahun lalu.

Dalam tempoh itu juga, sembilan kematian direkodkan berbanding hanya satu tahun lalu.

Kategori usia 13 hingga 17 tahun pula menyaksikan peningkatan ketara tahun ini dengan 89,087 kes dan 16 kematian berbanding, 4,142 kes serta dua kematian pada 2020.

WAJIB DENGAR!! RBA ULAS UCAPAN MENTERI AGAMA.APA BEZA DENGAN PH ,APA BEZA DENGAN UMNO ?POOOODAH.

UNDI PERCAYA! - UNMO YANG "TAKDAK TELOQ" | Derhaka Istana

Bohong dan fitnah!, Hadi kekal duta khas, Digantung keahlian 6 tahun | S...

PANAS! SETELAH DISIASAT POLIS, ZURAIDA BUAT HAL LAGI!

ADAKAH 100 HARI PAK LONG MAIL CUKUP UNTUK BUKTIKAN KEJAYAAN?



ZUWAIRI MOHD YUSOF

ISMAIL minta 100 hari tapi dia buang masa semua pihak bila dia kene kuarantin 14 hari dan sidang parlimen 6 september di tunda sebab die merayap sane sini kumpul SD bentuk kabinet bawa rombongan pi Yan,Kedah.Sidang parlimen patut di teruskan macam biasa sebab banyak perkara lebih penting mesti di bincangkan termasuk undian percaya yg YDPA titahkan awal2 lagi.Apekah ISMAIL memang jenis anak derhaka di lahirkan sebagai penderhaka yg berani langgar undang2,sop berulangkali tanpa segan silu.Orang macam MP BERA,PAHANG nak di harapkan buat lebih baik dari MAHIADDIN engkau rasa?18 bulan lalu kepala lokomotifnya si sembab sekarang pula si lembap lulusan undang2 Universiti Malaya yg tak tahu ade undang2 telur penyu,tak tahu KASINO GENTING di buka time PKPD,16 pesawat tentera CHINA ceroboh pun dia tak tahu.

Kau ade majoriti ka tidak?Kalau takde berundur jangan buat2 ade macam MAHIADDIN 18 bulan menipu dan memanipulasi undang2.Setiap hari 200-300 rakyat terkorban.Apekah nyawa rakyat takde nilai di mata UMNO,PAS,PPBM,GPS kecuali bila nak mengundi tagih simpati?3.3 juta ahli UMNO,1 juta ahli PAS bolehlah ko kelentong zaman berzaman tapi bukan 4.3 juta tu yg menentukan kalian jadi kerajaan semula nanti.Harap keahlian je berjuta juta tapi pimpinan sendiri bacul,penakut,pondan takde telo nak buat undi percaya sendiri di parlimen oleh MP UMNO.UMNO yg lahir di istana tu dah lama mampus di haramkan mahkamah 1987 dulu yg ade sekarang bukan UMNO yg lahir di istana so hentikan auta anda punya certot tu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Karim,tuhan sekalian alam.Campaklah ISMAIL dan 69 anggota kabinet dari puncak kuasa ke lembah kehinaan dengan segera mungkin sebelum puluhan ribu rakyat lagi meninggal di bawah kegagalan mereka.Derita 32.7 juta rakyat cukup tersiksa 18 bulan lamanya dan masih berterusan selepas kayangan mengangkat mereka lagi ke tampuk kuasa.Hukumlah kayangan itu juga jika itu boleh menghentikan kegilaan dan kerakusan UMNO,PAS,PPBM,GPS yg tamak haloba tak sedar diri semuanya.Kepadamu kami memohon pertolonganmu Ya Allah.Kepadamu kami mohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan yg ade di bumi Malaysia,amin ya rabbal alamin,amin.........

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

Pendirian Shahidan ini tak dikira melanggar ketetapan MT ke? Tak boleh dipecat ke?

 

KAH..KAH...SAMPAI SEBULAN BARU NAK BUAT LAWATAN....BAIK TUNGGU SETAHUN...

 


Selepas hampir sebulan krisis air di Terengganu, menteri umum buat lawatan


TOLONG BACA INI PADA CYBERTROOPER YANG TAK BERADAP

 

NORMAN RADUZUAN


Cybertroop.dan Netizen.Msia yang tak beradab..

Tolong baca tulisan di bawah . Yang benar

Asyik menyalahkan orang lain, namun.untuk mengaku kesilapan pegawai pengiring Msia ke sana tidak sekali.

Terima Kasih saudara Norman Radzuan kerana menulis" the True picture" apa yang berlaku..

Kaki membawang saja yg tak pandai menilai berita benar atau berita sedap telinga


May be an image of 1 person and text that says "#VIRAL Fizikal dihina, akaun digodam, atlet OKU Ukraine mohon maaf, rayu simpati Malaysia nezukochann_ Anak anjing cacat fiqxh. 6g mampos awal arfhanafiey shameless countrya award goes UKRAINE ATHLETICS MAKSYM KOVAL SHOT PUT F20 a_pokerman Bodo cacat"May be an image of 1 person and text that says "#VIRAL Fizikal dihina, akaun digodam, atlet OKU Ukraine mohon maaf, rayu simpati Malaysia nezukochann_ Anak anjing cacat fiqxh. 6g mampos awal arfhanafiey shameless countrya award goes UKRAINE ATHLETICS MAKSYM KOVAL SHOT PUT F20 a_pokerman Bodo cacat"


Memalukan sdgkan kita pun ada salahnya juga

KECAMAN RAKYAT TIDAK PADA SASARAN

Bijak kah kita? Kita boleh mengecam Peg Pra Olimpik/Penganjur kerana membenarkan Ziyad bertanding walaupun lewat ke call room tetapi menarik kemenangan kerana kelewatan. Kita juga boleh mengkritik Peg pengiring atlet Ukraine kerana tiada semangat kesukanan. Tetapi menyerang atlet OKU Ukraine itu adalah tindakan kebudak budakan, tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Bukan atlet itu yg mengadu. Malah dia hanya seorang OKU. Menghina kekurangannya atau fizikal, memaki hamun dirinya adalah tindakan yg memalukan negara dan memalukan diri sendiri. Nampak mcm netizen kita pula yg OKU bila menyerang org OKU.

Jgn asyik menyalahkan org lain. Lihat juga di mana salah kita. Kita patut berasa malu juga dgn pegawai2 Malaysia yg ditugaskan mengiringi atlet2 negara ke sana tidak bertanggungjawab. Alasan hujan dan traffic tidak boleh diterima sama sekali kerana Peg2 negara lain boleh berdisiplin membawa atlet lebih awal ke tapak pertandingan.

Pegawai2 pengiring inilah yg patut dipertanggungjawabkan atas kelewatan Ziyad. Cukup2 lah kita menyerang atlet tersebut.Sudah2 la kita menjadi juara rasuah dan juara siber. Cuba kita cari kejuaraan yg membangggakan negara, agama dan bangsa pula.

Atlet Ukraine dan Ziyad tidak bersalah kerana keduanya atlet OKU yg perlu dibimbing tetapi penganjur dan Pegawai kita adalah mereka yg patut menjadi kecaman di medsos jika mahu.

 

 

SEMPENA TAYANG SOLAT SATU PENCAPAIAN

 

NORMAN RADZUAN


KakWan sentiasa seimbangkan antara dunia dan akhirat.

'Iqmal lidun yaaka ka annaka taii'syu abadan, wa'mal liaa khiratika ka annaka tamuu tughadan (berusahalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beramallah kamu untuk akhirat seolah2 kamu akan mati esoknya).

Staf KakWan sentiasa diperingatkan supaya berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat jangan cari kepentingan peribadi barulah selamat dunia dan akhirat.

Tetapi sayang. Pengkhianat sentiasa cari peluang nak menjatuhkan orang yang jujur. Hanya kepada Allah kita berserah mudah2an Allah berikan pembalasan yang sewajarnya kepada yang khianat supaya dapat membuka mata rakyat bahawa Allah murka kepada makhluknya yang melakukan pengkhianatan...


 


AHMAD FIRDAUS MOHAMAD


Sempena beribadah di pejabat dikira satu pencapaian

hebat

. Aku pun nak campak belakang satu. TPM DS Dr Wan Azizah dulu hampir setiap bulan beribadah di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Semua staf dikerah sekali. Waktu ni kediaman rasmi tpm belum fully utilise dgn pelbagai majlis ilmu

Dok bising bangor pun.

Pejabat ni lah yang Azmin banyak kali guna secara haram. Berangan nak jadi Tpm, sampai sekarang tak dapat. PRU15 bakal kena tendang, kesian.

 

BANYAK DUIT KETUA UMNO NI...MENIAGA APA LA HAI...DARI AKHBAR SINGAPURA-Umno youth leader's garage looks like a supercar showroom

 

Umno youth leader's garage looks like a supercar showroom


An avid supercar fan

Here is a photo of him standing at the porch of the property, similar to the video.

From his social media page, it seems that Nazir is a supercar fan, with a recording of himself driving one of his supercars.

Nazir also shared his collection of supercars that look similar to the ones in the video.

In December 2020, The Vibes reported that he was the owner of the world's most expensive motorcycle, the Ducati Superleggera V4.

The superbike was believed to fetch at least RM888,000 (S$287,000), and it was the only unit in Malaysia.

Netizens questioned his source of income

Given the number of luxury vehicles he own, several netizens wondered about his source of income.

A quick search online showed that other than being a politician, Nazir is also the chairman of Bank Rakyat Foundation.

A Twitter user by the username @qielalaa, claimed that she worked for Nazir and his brother previously, and praised him for being a good boss.

Krisis air Terengganu: AMANAH tawarkan khidmat guaman untuk penduduk terjejas

 


RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI-CURI JUTA JUTA BILLION BILLION TAK KENA GARI CURI RM 40 KENA GARI...

 


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri tabung di Masjid Padang Pauh, Padang Besar, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tabung di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci dan mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun mengaku tidak bersalah kerana dia mendakwa hanya mengambil wang bernilai RM28 sahaja dan bukannya RM40.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Dalam rayuan yang dibuat, Nur Iman memberitahu, anak guamnya yang tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan ditahan di lokap penjara Pokok Sena.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober ini untuk sebutan semula.

Semalam, akhbar ini melaporkan, mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit antara alasan diberikan seorang wanita yang bertindak mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, Padang Besar pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid itu kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid tersebut telah tiada.

Ekoran itu. wanita berkenaan t ditangkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.



KENA HENTAM KAW KAW PASAL BODO TAK TAHU BUAT KERJA...TUNJUK SOLAT PULAK DALAM PEJABAT

 

Terkini! Menantu Hadi pun nak tunjuk solat di pejabat


Terkini! Menantu Hadi pun nak tunjuk solat di pejabat


JAWATAN PAK PANDIR DISAMBUNG


 

APABILA AMANAH DISERAH KEPADA PENEBUK ATAP

 


Panas! Netizen berang menteri langgar SOP di hari pertama mula bertugas

Panas! Netizen berang menteri langgar SOP di hari pertama mula bertugas

Zuraida Kamaruddin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Putrajaya.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial kementerian tengah hari ini, dia dilihat tidak memakai pelitup muka dalam sesi itu.

Namun, dalam keadaan lain, dia dilihat memakai pelitup muka.




Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Zuraida berkaitan tindakannya hari ini.

Sementara itu, Facebook kementerian menjelaskan, Zuraida tiba di kementerian pada 8.27 pagi, disambut pentadbiran tertinggi kementerian.

Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli.

INI PUN SATU HAL...YANG P LANTIK TUKANG BACA DOA PASAI PA ? TAK ADA DAH KA YANG CERDIK DALAM PARTI LEBAI NIH

 


Panas! Khairol Najib gesa MB rombak Exco Perak yang gagal tunjuk prestasi baik


Panas! Khairol Najib gesa MB rombak Exco Perak yang gagal tunjuk prestasi baik


Pemuda Amanah Perak menyarankan kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad untuk melakukan rombakan terhadap anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco kerajaan negeri) yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, cadangan itu melibatkan rombakan portfolio Exco serta menggugurkan mereka.

“Pemuda Amanah menzahirkan perasaan tidak senang dengan kegagalan beberapa Exco yang tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu..

“Kegagalan beberapa Exco ini memperlihatkan mereka tidak dapat memahami tugas yang dipikul seraya memahami masalah pokok yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam suasana pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendesak Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat susulan kegagalan Exco kerajaan negeri itu menjawab persoalan mengenai pengurusan Covid-19 di Perak.

Pada masa sama, Mohd Akmal menafikan dakwaan bahawa beliau cuba mensabotaj Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam usaha menangani Covid-19.

Beliau mendakwa hubungannya bersama Saarani sangat akrab sebagai satu pasukan pentadbiran kerajaan negeri.

WOIII APA JELING JELING


May be an image of 1 person and text that says "Jeling kamera...haha kamera.."



W.FAUDZIN

Bertanding praya kalah. Tapi dapat jawatan melalui cara haram, haram dari segi demokrasi lebih lagi cara Islam. Maka dia pun sujud syukur kononnya, solat siap ambil gambar kat opis.

Andainya di zaman Nabi dulu ada kamera, sudah pasti bapak munafik Abdullah bin Ubai akan ambil gambar dia solat belakang Nabi.

 

 

Janji Khairy kongsi data Covid-19 bukti dakwaan Selangor benar