Ng Suee Lim: Kita Kena Jelas, Siapa Musuh Kita Sekarang?

Mat Sabu: Rasuah Dalam Negara Kita Dah Jadi Bahan Ketawa Dunia








Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak



Bukti Ema terus hubungi kumpulan Azharuddin dan sokong 'Forensik' bertindak

Kenyataan Umum

4 Jun 2016

FORENSIK PDRM HARUS BERTINDAK, CUBAAN MENIPU AGONG
  1. che'GuBard dengan ini menyambut baik beberapa laporan polis yang dibuat semalam mendesak campur tangan pihak berkuasa bagi mengenal pasti penipuan / pemalsuan 'tandatangan' sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir.
  2. Antarayang membuat laporan polis semalam (3 Jun 2016) ialah

      - Siti Nor Hafiza Azmi (Naib Ketua, AMK Bayan Baru) dengan diiringi oleh Azrizal Tahir, Timbalan Ketua Cabang PKR Bayan Baru dan Mohd Aidil Fitri Ibrahim, bekas Ketua AMK Bayan Baru.

     - - Ali Azhari Ahmd (aktivis PKR Hulu Terengganu) dengan diiringi Asyraf, AJK AMK Terengganu

    - Muhamad Zulkhaire Dzulcaply dan Megat Khairul Anuar Razali masing - masing merupakan aktivis aktif PKR turut membuat laporan di Seremban dan Kuala Kubu Bharu
  3. che'GuBard bersetuju dengan laporan polis ini mendesak agar PDRM menggunakan kepakaran 'forensik' mereka menyiasat senarai sokongan Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir.
  4. 26 Mei lepas muncul seorang lelaki dengan akuan bersumpahnya menuntut seorang wanita yang bernama Syarul Ema atau dikenali sebagai Ratu Naga menyelesaikan baki pembayaran RM4,000 yang dijanjikan kerana membekalkan senarai nama (pengkalan data) untuk digunakan dalam melengkapkan senarai sokongan Deklarasi yang diketuai Mahathir untuk dipersembahkan ke Istana Negara. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html). Maka ini jelas merupakan cubaan menipu secara sedar DYMM SPB Yg Di Pertuan AgOng. Ini diperjelaskan dalam Akuan Bersumpah yang dibuat Azharuddin Othman yang dikepilkan sekali dengan salinan 'print screen' komunikasi whats app bersama Ratu Naga yang bertindak bagi pihak Seketeriat Deklarasi Mahathir.
  5. Penafian perempuan yang dimaksudkan dengan mengangkat Al Quran bukan sahaja tidak menjawab apa - apa sebaliknya hanya menghina Islam dengan menyalah gunakan kitab suci Al Quran. Jelas Ema menipu kerana selepas akuan bersumpah itu didedahkan, Ema panik dan terus berhubung dengan kumpulan Azharuddin dan dibawah ini disertakan 'print screen' dia bertanya berkenaan Azharuddin. Soalnya bukan dia kenal atau tidak Azharudin tetapi benar atau tidak kejadian 'pembelian' senarai nama (pengkalan data) itu berlaku. Sila klik sinibagi melihat pendedahan penuh lampiran print screen kumpulan Azharruddin bersama Ema. (http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html)



    (dua print screen whats app dari Ema yang mana dari dua nombor berlainan yang sering digunakannya terus menghubungi kumpulan Azharuddin walaupun selepas akuan bersumpah didedahkan)
  6. Penafian Seketeriat Deklarasi Mahathir memang sudah dijangka dan saya sudah jangka. Dalam Perenggan ke 6 Kenyataan balas saya pada 28 Mei saya sudah nyatakan Seketeriat Deklarasi Mahathir sudah tidak ada jalan lain dan akan menafikan Ema terlibat dalam aktiviti mengumpulkan sokongan terhadap deklarasi.
  7. Menurut kenyataan Seketeriat Deklarasi Mahathir sendiri menyatakan tandatangan secara tulis  tangan hanya 200,000 sahaja itulah usaha mereka turun pasar malam dan seumpamanya, itupun angka genap itu meragukan. Manakala sokongan secara atas talian pula 1,071,997 dan hanya 253,205 telah dibuang kerana bertindih dan maklumat tidak lengkap tetapi bagaimana dengan kemasukan maklumat lengkap tidak bertindih tetapi disalin dari pengkalan data lain ?

    Tidak menolak kemungkinan Data secara borang tulis tangan juga dipalsukan tetapi tumpuan sokongan mudah dipalsukan melalui sokongan atas talian di mana hanya memerlukan data seperti Nama Penuh, No.Kad Pengenalan dan eMail. Maknanya sesiapa sahaja boleh memuat naik sokongan jika punya senarai maklumat di atas dan lebih mudah jika punya aplikasi salinan muat naik automatik
    "print screen" dari laman sesawang untuk menyatakan sokongan kepada Deklarasi Mahathir
  8. Pihak PDRM melalui kepakaran 'forensik' mereka perlu segera menyiasat. Panggil Azharuddin dan dapatkan senarai nama yang dibekalkan kepada Seketeriat Deklarasi Mahathir kemudian dapatkan senarai sokongan dari Seketeriat Deklarasi Mahathir. Bezakan keduanya, jika terdapat pertindihan hubungi penama tersebut dan dapatkan adakah mereka sedar nama mereka dalam senarai sokongan Deklarasi tersebut ? Bukanlah isu untuk merahsiakan senarai nama sokongan kerana memorandum kepada Istana akan jadi dokumen awam juga akhirnya maka tiada keperluan tidak mendedahkan senarai nama sokongan. Jika Seketeriat Deklarasi enggan bekerjasama maka sudah tentu mereka juga sedar mengenai penipuan ini dan mahu menutupnya.
  9. Telah saya sebut Apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Dato’ Ambiga, Hj. Mohammad Sabu dan Datuk Kamaruddin Jaafar beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu. Itulah yang saya jelaskan dari awal Mahathir dan kartelnya tidak pernah berubah. Mereka ini ialah penganut politik 'Machiavelli' yang tegar dan akan melakukan apa juga demi matlamat mereka.
  10. Saya tegaskan sekali lagi, belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir. Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri dari Mahathir dan kartelnya mereka ini akan memusnahkan.

che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia

PH LEBIH DINAMIK BERBANDING BN, WAJAR DIBERI UNDI – PENGANALISIS

PENYOKONG DEKLARASI RAKYAT PERLU UNDI CALON AMANAH – KADIR JASIN

APA YANG TAK BETULNNYA DENGAN KENYATAAN HADI AWANG INI?



Antara perkara yang disentuh oleh Hadi Awang dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas kali ini ialah mengenai hasrat untuk meramaikan kawan dan bukan menambah musuh.

Kita perlu mengambil pendekatan strategik untuk meramaikan kawan sebanyak mungkin, bukan menambah musuh. Kemenangan bukan untuk balas dendam, tapi untuk menunjukkan kebaikan, kata Presiden Pas itu lagi.

Benarkah Pas suka ramai kawan?

Betulkah parti Islam itu tidak suka menambah musuh? 

Lupakah Hadi Awang berapa ramai yang dimusuhinya atau lafaz kata-katanya yang sekian banyak lebih menggamit permusuhan berbanding mengundang persahabatan?

Atau semua ini sekadar untuk menghalalkan lebih keintiman bersama dengan UMNO? (SH 04/06/2016)

Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...



Rafizi: Kenapa Saya Sokong AMANAH...


Kuala Kangsar kami datang oleh RAFIZI RAMLI

Jumpa malam ini di Kuala Kangsar. Saya, Saifuddin 
Abdullah, Dr Mohd Hatta Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad 
dan Akmal Nasir adalah alumni Koleh Melayu Kuala 
Kangsar (MCKK) dan Kuala Kangsar adalah kampung 
kedua. Seronok sakan nak jumpa orang Kuale.

Ada yang serang saya kerana sebut nama Allahyaram 
Datuk Fadzil Noor; kononnya mahu menipu rakyat.
 Maksud saya itu jelas dan ditujukan khusus kepada
 ahli PKR dan reformis kerana Allahyarham ada tempat
 istimewa dalam hati kami.


Semasa Anwar Ibrahim dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998 dahulu; sebahagian
 besar ahli Pas dan penyokong Pas tidak suka kepada beliau. Tidak sukar difahami
 kerana beliau Timbalan Presiden Umno yang banyak bertarung di medan politik dengan Pas.

Pemecatan beliau mencetuskan gelombang reformasi. Ramai rakyat biasa yang tidak pernah
 ambil tahu mengenai politik turun ke jalan raya menuntut keadilan dan ketelusan. Saya salah
 seorang aktivis yang dilahirkan gelombang reformasi itu.

Sudah tentu cara yang paling menguntungkan pada ketika itu kepada Pas ialah
 memastikan rakyat yang secara tiba-tiba menentang Umno ini semuanya masuk Pas.

Ini boleh dicapai dengan memastikan reformis dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari
 kalangan bekas Umno tidak membuat parti baru. Secara logiknya lebih mudah masuk sahaja 
Pas dan ia situasi menang-menang kepada Pas dan reformis.

Saya dimaklumkan bahawa itu juga pendapat yang dominan di kalangan penggerak dan pemimpin
 reformasi ketika itu.

Namun Allahyarham Fadzil Noor pandangannya berlainan. Saya diceritakan bagaimana beliau
 berpandangan jauh ke hadapan - hujah Allahyarham begini:

Jika kemarahan dan kebangkitan rakyat ketika itu dicedok oleh Pas semata-mata, bagaimana dengan
 mereka yang marah tetapi tidak selesa dengan Pas?

Ada orang Cina, India, Melayu, professional, liberal dan pelbagai rencam lagi yang sebelum ini tidak
 berminat politik tetapi menjadi aktivis. Jika mereka serasi dengan Pas, sudah tentuk mereka menyertai 
Pas dari awal.

Maka demi kelangsungan sebuah gerakan rakyat anti Barisan Nasional yang lebih luas dan 
terangkum, Allahyarham Fadzil Noor antara yang paling kuat menyokong penubuhan Keadilan
 walaupun ia nampak merugikan Pas pada ketika itu.

Bukan sahaja menyokong, Allahyarham memberi laluan kepada PKR yang baru berumur 6 bulan
 bertanding di 59 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999; setara dengan kerusi ditandingi 
Pas (63 kerusi) dan DAP (46 kerusi). Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan prestasi terbaik Pas
 dalam sejarah Malaysia - menang kerusi terbanyak 27 kerusi parlimen, Allahyarham 
menjadi Ketua Pembangkang dari Pas yang pertama dan Pas menjadi kerajaan negeri Terengganu.

Pada masa yang sama, gelombang reformasi terus subur apabila PKR menang lima kerusi
 parlimen untuk membuka ruang kepada politik pelbagai kaum yang kini ditunjangi PKR. 10 tahun 
selepas itu, sahabat baik beliau Anwar membina kejayaan itu dan menafikan kemenangan dua 
pertiga Barisan Nasional dalam PRU12 2008.

Oleh kerana BN tiada lagi kuasa dua pertiga itu, maka kerusi-kerusi baru tidak boleh 
diwujudkan yang menyebabkan Barisan Nasional terus lemah sehingga hari ini.

Itu kebijaksanaan Allahyarham beliau nampak kemenangan di masa hadapan bukan kemenangan
 singkat di depan. Beliau tahu keterbatasan sesuatu parti dan tidak cuba menunggang gelombang
 reformasi sebaliknya memberi ruang kepada PKR bertapak. Beliau tidak lupa persahabatan dan setiakawan
 dengan Anwar walaupun mereka di dalam parti berbeza.

Ramai dari kalangan pimpinan Amanah sekarang adalah anak didik Allahyarham kerana
 Allahyarham bertungkus lumus membawa masuk dan mendidik golongan profesional agar
 berjuang melalui Pas.

Dalam tahun 2000, saya berpeluang mengaturkan rombongan pembangkang Malaysia diketuai oleh Allahyaram,
 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kedua-duanya Ahli Parlimen) dan Dr Hatta Ramli (ketika itu
 Setiausaha kepada Allahyarham) berjumpa dengan Ahli Parlimen dan menteri kerajaan British.

Saya menyokong Amanah dari awal. Saya tidak pernah menyembunyikan rasa terhutang budi 
saya kepada Allahyarham bagi pihak PKR dan secara peribadi. Saya ingat jasa-jasa sahabat dan
 setiakawan mereka mempertahankan PKR semasa mereka di dalam Pas dahulu.

Saya juga menyokong Amanah kerana saya percaya masyarakat memerlukan persaingan 
sihat dalam pembawaan dakwah Islam melalui jalan politik kepada masyarakat Malaysia yang
 pelbagai rencam. Saya tidak melihat Amanah sebagai musuh PAS atau sebaliknya - 
saya melihat
 Amanah dan Pas saling bersaing dan satu ketika nanti saling melengkapi.

Maka saya tidaklah berniat untuk menyalahgunakan nama Allahyarham untuk meraih undi.
 Saya sayang kepada beliau seperti mana saya sayang kepada Anwar kerana saya tahu 
sumbangan Allahyarham kepada PKR dan pakatan pembangkang yang ada.

Saya hanya berharap sahabat-sahabat saya yang lain di dalam PKR tidak melupakan jasa dan
 setiakawan Allahyarham Fadzil Noor, lalu saya menyeru mereka untuk turun membantu calon 
Amanah kerana kedudukan Amanah itu mengingatkan saya kepada kedudukan PKR semasa
 kami mula-mula wujud dahulu. 

Profile Dr Ahmad Termizi, Calon AMANAH PRK Kuala Kangsar

Mastura jadi 'kambing hitam' BN untuk menangkan Pas, dakwa rebel Umno


Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar
BN mempunyai strategi untuk 'tidak menang' pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar kerana akan memberikan laluan kepada Pas untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru 18 Jun ini.
Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa, strategi itu dilakukan untuk menarik undi orang Melayu  agar diberi kepada Pas ekoran calon BN Datin Mastura Mohd Yazid bukanlah calon popular dalam Umno.
"Umno sengaja meletakkan calon tidak popular dari Umno untuk bertanding walaupun mendapat tentangan ahli Umno dan pemimpin di Kuala Kangsar.
Kamarulazman Habibur RahmanKamarulazman Habibur Rahman"Saya nak tanya Umno adakah ini salah satu daripada cara Umno untuk mengorbankan semangat Umno demi kesepakatan kerjasama Umno dan Pas.
"Adakah ini strategi menunjukkan bahawa perpaduan antara Pas-Umno  dalam politik sedang berlaku apabila Umno sanggup letak calon tidak popular yang menimbulkan kemarahan pemimpin dan ahli parti di negeri ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Kamarul Azman berkata, dengan strategi meletakkan Mastura, membuka ruang kemenangan Pas di Kuala Kangsar dan BN akan menang di Sungai Besar.
"Macam ada satu kesepakatan untuk menentukan bahawa Pas akan menang di Kuala Kangsar dan BN di Sungai besar. Itu yang kami nampak sebenarnya.
"Ahli dan pemimpun  Umno sebenarnya ramai yang kecewa. Mereka tidak puas hati seakan hari ini Umno ketandusan pemimpin sehingga perlu mengenengahkan calon yang masih dalam edah untuk bertanding.
"Ini semata-mata kerjasama Umno-Pas kali ini Umno sanggup mengalah," ujarnya.
Sementara itu bekas Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman  dilapor turut meramalkan BN berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.
Jelas Hamidah, pergerakan dan penglibatan calon BN pasti terbatas sepanjang kempen berlangsung kerana masih dalam tempoh edah ekoran kematian suaminya Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lalu.
Sebelum itu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail turut mengumumkam di media sosial akan bertanding sebagai calon bebas kerana kecewa dengan keputusan BN memilih Mastura sebagai calon.
Mastura, 55, graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn United Kingdom dan pernah bertugas sebagai peguam.
Ibu kepada empat orang anak ini ialah AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga.
Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura ialah penasihat dan teman setia arwah suaminya sebagai wakil rakyat di Bukit Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.
Pada 18 Jun ini Mastura akan berhadapan dengan calon Pas Dr Najihatulsaleha Ahmad dan Dr Ahmad Termizi Ramli calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.

Bukan DAP rampas tanah Melayu Pulau Pinang, tapi sekutu baru Pas


Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.Tanah milik Melayu di Pulau Pinang kian merosot angkara pemimpin Melayu.
DAP menyelar kenyataan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Alias yang cuba menyemarakkan emosi perkauman dengan menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak berlaku adil terhadap penduduk Melayu berhubung isu tanah di negeri tersebut.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Syerleena Rashid, berkata dakwaan oleh ahli Pas itu seolah-olah cuba ‘meniru’ budaya Umno yang sentiasa mengaitkan sebarang isu melibatkan DAP dengan sentimen perkauman.
Kenyataan Hafiz bahawa semua pihak perlu menuntut agar kerajaan negeri mengekalkan ‘tanah milik Melayu’ dengan meminta semua konstituensi di Pulau Pinang menentang dasar-dasar kerajaan negeri bercanggah dengan fakta dan bukti sedia ada.
Syerleena RashidSyerleena RashidMalah, Syerleena menegaskan, Pas ‘buat-buat lupa’ dengan segala perlakuan Umno selama ini yang telah banyak merampas tanah-tanah milik Melayu dengan harga murah melalui syarikat proksi dan kemudian menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi.
"Contohnya seperti apa yang berlaku di Kampung Terang Balik Pulau. 31 pemilik tanah Melayu menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd dengan jumlah kira-kira RM8.56 juta pada Januari 2012. Syarikat itu kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd dengan harga sekitar RM13.45 juta pada Mei tahun yang sama.
"Keuntungan sebanyak RM5 juta, hanya dalam masa 5 bulan. Ini secara terang-terangan merupakan satu eksploitasi terhadap sistem sedia ada dan eksploitasi terhadap penduduk Melayu dengan cara yang sangat jijik.
"Jangan kita lupa bahawa dua anggota Lembaga Pengarah Maison Heights pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengerusi Pilihanraya Barisan Nasional, Datuk Omar Faudzar," lapor Roketkini.com.
Menurut Syerleena yang juga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), kerajaan negeri di bawah pemerintahan DAP telah berusaha sedaya-upaya membantu menyelesaikan masalah penduduk dengan pemaju di negeri itu.
Katanya, perkara itu jelas dibuktikan dengan kerja keras kerajaan negeri menuntut agar hak rakyat dipelihara dan diberi pampasan oleh pemaju seperti dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh di Bukit Mertajam dan Kampung Chetty di Bukit Feringghi sebelum ini.
Oleh itu tegasnya, Pakatan Harapan sentiasa mengambil langkah yang terbaik demi keadilan sosial bagi mempertahankan hak kemanusiaan setiap individu di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
"Percaturan yang dimainkan oleh Pas dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan melalui dakwaan tidak berasas dan tanpa bukti kukuh hanya menunjukkan betapa gelabahnya Pas ketika ini untuk menawan hati sekutu politiknya yang baru," katanya.

(function() { var d = document, w = window; w

Pemimpin muda Pejuang sinis Jakim, tak payah lama sangat semak ‘kehilangan’ fatwa Amanat Haji Hadi

  June 22, 2021  PIHAK berkuasa agama tidak perlu terlalu lama untuk menyemak “kehilangan” fatwa berkaitan amanat Presiden PAS Abdul Hadi Aw...