SEMBANG LEBIH..MELUCAH KAT MASSENGER JA TAU

 

Chris Nur



Sembang je lebih... Menghasut itu dah kerja dia kalau tak ada kerja tu tunjuk kote kat massanger... Ini dah kira ingin mencetuskan pergaduhan antara kaum di Malaysia... Yang puak ni cuma tahu RACIS... Kalau Malaysia ni sama dengan luar Negara lama dah ๐Ÿ’jaan PNipu lingkup, sebab rakyat Malaysia tak bodoh macam Lobai PAS kedaung lah Malaysia masih aman... Kerana puak Lobai PAS kedaung ni lah ramai yang mati kes Mamali dulu..

ADA SAJA ALASAN NAK SALAHKAN ORANG LAIN BILA DAH TERKANTOI.LAHANAT.

 

Selepas kantoi suka laman lucah, Pas Selangor dakwa Twitter Roslan Sms digodam


MALAYSIADATELINE


Selepas kantoi dengan dakwaan suka melayani laman gay, Pas Selangor mendakwa, akaun Twitter Setiausaha Perhubungannya, Roslan Shahir Mohd Shahir digodam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas negeri, mereka berkata Twitter peribadi Roslan Sms itu telah di’hack’ melayari laman porno yang menunjukkan rakaman video lucah.


“Pas Selangor kesal dengan tindakan-tindakan pemain politik dengan menggunakan serangan peribadi yang mengaibkan bukan hanya pada individu yang menjadi sasaran serangan akan tetapi memalukan pada generasi masyarakat.


“Terkini apabila Tuan Haji Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir selaku Setiausaha Perhubungan Pas Negeri Selangor yang akaun Twitter peribadi beliau di“hack” melayari laman prono yang menunjukkan rakaman video lucah. 


“Tindakan sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang,” tegas Lajnah Penerangan dan Media Baru Pas negeri.


Sebelum ini, seorang pengguna Twitter, Zack Rockstar membuat rakaman video terhadap laman yang disukai oleh Roslan menerusi Twitternya.


Video itu kemudiannya disiarkan dalam Twitter beliau menyebabkan akaun Twitter yang dikendalikan Roslan sudah hilang.


Roslan adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Beliau juga adalah penulis tetap Harakah dan Harakahdaily, lidah rasmi Pas.


Sasaran utama tulisan beliau sejak dahulu adalah DAP.



CARI DAN SAMAN WALAUNCAI INI

 

Hannah Yeah


Tolong jangan percaya fitnah seperti ini. Kenyataan palsu & kali ini mereka libatkan nama gereja juga. Mereka sebarkan dalam internet untuk takutkan warga Islam supaya tidak mengundi Pakatan Harapan. Saya telah membuat laporan polis. 


Woke up today to more lies created by these paid cybertroopers & shared by UMNO & PAS followers. Fake quotes. I have never uttered such statements in any of these churches. Systemic lies to frighten the Muslims so they will not vote for Pakatan Harapan. I have lodged a police report.



APA NAK DIKATO.....


Jamzuri Ardani


Ini adalah parti komponen PN yang di dalamnya ada PAS dan Bersatu, yang juga disokong oleh Umno dalam kerajaan.


Lebai nak cakap apa lagi sekarang?






 

ADAKAH KINI RAKYAT TELAH MELAKUKAN PENENTANGAN SECARA TERBUKA TERHADAP #KERAJAAN GAGAL.

 

Beberapa simptom telah kelihatan. Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini. Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda, lelaki dan perempuan.

Simptom pertama, jelas kelihatan apabila anak-anak muda melakukan protes di jalan menuju ke Parlimen. Mereka menuntut perlaksanaan Undi 18 tahun.Ini berlaku di ibukota, di hadapan mercu tanda demokrasi di Malaysia, iaitu bangunan Parlimen yang tersergam berdiri .

Kemudian berlaku simptom yang kedua. Kita mendengar jauh di Besut, Trengganu di Pantai Timur. Sekatan polis yang terdiri dari dawai berduri dan penghadang jalan dimusnahkan oleh rakyat kampung yang tidak puas hati dengan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diPerketatkan(PKPD).

Bukan di Semenanjung sahaja. Simptom Ketiga, berlaku di seberang laut Cina Selatan di Sabah sana. Berlaku protes “civil diobedience” apabila penduduk-penduduk menunjuk perasaan dalam skala kecil terhadap perintah PKP.

Simptom keempat berlaku pada bulan Mac di Johor Bahru, sekumpulan anak-anak muda mengadakan “flashmob” di Bandaraya Johor Bahru. Mereka menuntut supaya Parlimen Malaysia dibuka dan Undi 18 tahun segera dilaksanakan.


Simptom yang terkini berlaku di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, pada malam hariraya Aidilfitri yang pertama. Lebih 20 orang anak muda berumur dari 16 tahun hingga 28 tahun memprotest di jalanraya sambil menaikkan kain sepanduk yang membawa tulisan dengan kata-kata “KERAJAAN GAGAL”. Suar api menyala di lebuhraya penting di Palimen Sri Gading. Aksi bantahan di Parit Raja itu bersifat amat political dengan merumuskan protest rakyat dengan cogan kata Kerajaan Gagal.

Mengapa ini semua berlaku?

Banyak sebabnya, faktor yang menolak dan yang menarik sehingga membawa anak-anak muda Malaysia mula turun ke jalanraya untuk bersuara.


Pertama, kerana anak-anak muda Malaysia ini adalah genarasi yang berpelajaran yang kenal internet dengan segala peranti komunikasi yang terkini. Anak-anak muda ini telah lahir dalam negara yang menjunjung amalan demokasrsi di mana wujudkan kebebasan bersuara dan menyatakan fikiran.

Anak-anak muda ini bukan taksub dan percaya sangat tentang demokrasi berparlimen. Tetapi apabila Parlimen digantung, maka anak-anak muda tersentak dan mereka mula berasa ini tidak patut. Seburuk-buruk parlimen, pada fikiran mereka, jika dibenarkan bersidang, maka akan berlaku perbahasan dan semak serta imbang. Proses perbahasan itu boleh dilihat secara langsung oleh rakyat melalui kaca tv dan youtube mereka. Tetapi apabila parlimen digantung, maka satu saluran meluahkan perasaan telah tertutup.

Kedua, kerana berlaku Periystiharaan Darurat. Pada mulanya anak-anak muda ini memberi “benefit of the doubt” terhadap Kerajaan tentang langkah mengisytiharkan Darurat itu atas alasan kononnya untuk membendung penularan Covid-19. Tetapi apabila pendemik covid ini semakin hari semakin menjadi serius walaupun Darurat diumumkan dan Parlimen digantung, maka anak-anak muda mula berasa sangsi dengan Kerajaan yang berkuasa sekarang.

Ketiga, anak-anak muda ini bukan buta politik atau tidak kritikal daya fikir mereka. Apabila Kerajaan sesuka hati menggubal Ordinan Darurat untuk membolehkan dana-dana awam seperti Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) digunakan wangnya untuk membeli vaksin dan program vaksinasi, maka anak-anak muda yang berpelajaran itu mula bertanya: Ke mana pergi RM3 bilion dana belanjawan 2021 untuk membeli vaksin yang telah diluluskan oleh Parlimen?

Faktor keempat berkait dengan tindakan ahli-ahli politik yang melompat dari satu pati ke parti lain yang dengan tanpa malu mengkhianati mandat rakyat dalam PRU 14 dulu. Anak-anak muda berasa jijik melihat perangai sesetengah ahli politik secara tidak beretika, tidak bermoral dan rakus menjual diri dan amanah rakyat untuk mengejar kedudukan politik, jawatan atau menyelamatkan diri dari pendakwaan pihak berkuasa lalu menyokong Kerajaan Pintu Belakang yang ada sekarang.

Ini semua menjadikan anak-anak muda mula tidak hormat pada orang-orang politik termasuk Perdana Menteri, menteri-menteri dan “Establishment” serta elit berkuasa dan berpengaruh dalam negara sekarang.

Kelima, anak-anak muda telah muak dan bosan. Ini berpunca dari dasar-dasar yang tidak menghormati nilai-nilai demokrasi yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang yang angkuh dan sombong, dijelmakan melalui perlaksanan undang-undang secara “double standard” dan dua darjat dalam isu SOP dan Hukumannya. Satu set undang-undang untuk rakyat biasa dan satu set lagi untuk para VIP, selebriti dan para menteri. Hal ini telah menjadikan anak-anak muda berasa benci.

Faktor Keenam, anak-anak muda bukan tidak tahu bahawa kerajaan sekarang yang berlindung dibawah Proklamasi Darurat dan penggatungan Parlimen adalah sebuah Kerajaan yang tidak ada legitimasi atau keabsahan. Mereka menyaksikan secara terang dan nyata bahawa kerajaan yang ada sekarang takut dengan Usul Undi Kepercayaan dilakukan di Parlimen.

Jadi isu keabsahan atau legitimasi ini menjadikan Kerajaan yang ada sekarang pada pandangan mata anak muda adalah sebuah kerajaan yang tidak sah taraf. Kerajaan tidak sah taraf ini tentu sekali tidak dapat mengundang penghormatan daripada anak-anak muda yang berpelajaran.

Dalam keadaan serba tidak stabil, tidak ada kepimpinan, tidak ada arah tuju,ibarat Malaysia kini sebagai sebuah kapal yang tiada kompas dan nakhoda yang berwibawa, terhumban ambing dipikul ribut dan badai, menjadikan anak-anak muda hilang harapan dan hilang keyakinan masa hadapan mereka. Ini faktor yang ketujuh.

Ratusan ribu sekarang anak-anak muda Malaysia yang berpelajaran tinggi, yang bergelar graduan tetapi tidak ada pekerjaan. Tidak semua yang sanggup membawa motorsikal sebagai penghantar makanan atau pekerja gig membawa Grab. Anak-anak muda itu berhutang dengan PTPTN beribu-ribu ringgit untuk ke universiti tetapi apabila tamat belajar tidak ada pekerjaan.

Apabila dalam satu tahun lebih sejak Mac 2020, tiga kali “lockdown” di bawah PKP dilaksanakan di negara ini, maka anak-anak muda berasa tertekan, tiada harapan, tiada masa depan. Ini faktor kelapan.

Jadi siapa yang boleh meyuarakan masalah dan kebimbangan mereka? Saluran bersuara ditutup. Akhirnya anak-anak muda ini melihat kepada diri mereka sendiri. Silap “posting” di facebook atau twitter maka Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia akan dikenakan ke atas mereka. Hukumannya termasuk penjara. Jika anak-anak muda ini tersilap “posting” video di internet, maka Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan akan menghambat mereka. Hukuman penjara akan menjanjikan ke atas mereka.

Parlimen tempat wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara telahpun digantung. Anak-anak muda melihat semua ruang bersuara telah tertutup. Akhirnya anak-anak muda menyedari satu hakikat. Mereka tidak boleh mengharapkan sesiapa lagi. Justeru itu maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku termasuk peristiwa terbaru kebangkitan anak-anak muda di Parit Raja, Batu Pahat dua hari yang lalu.Anak-anak muda yang kesemuanya Melayu Islam bangun memprotes terhadap Kerajaan Melayu Islam yang gagal.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 Mei 2021 (Sabtu)






Ketika Malaysia tenggelam, saatnya Parlimen semakin diperlukan


By

 Henry Loh



Hari Ibu baru sahaja disambut beberapa hari yang lalu, dengan itu, Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua. Kami sesungguhnya sangat menghormati kepada para ibu tunggal yang berkorban semuanya untuk anak mereka walaupun berdepan tekanan. Kasih ibu yang sebegitu perlu kita hargai.

Seterusnya: sambutan Hari Raya. Muslim di seluruh dunia meraikannya selepas berakhirnya Ramadan selepas sebulan berpuasa. Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua ahli, teman serta pembaca kami.

Dalam keadaan biasa, perayaan sebeginilah waktunya untuk bersuka-ria. Namun dek kerana pandemik Covid yang berlanjutan, yang mengepung dunia sejak awal tahun lalu, cukup menggemparkan, di mana nyawa diancam serta menghancurkan kehidupan ramai orang.

Keadaan yang luar biasa sekaligus memerlukan tindakan yang luar biasa. Kes Covid yang mencanak naik sekaligus mengakibatkan sekatan pergerakan sepenuhnya di Malaysia bermula 12 Mei. Ketua pengarah kesihatan juga merayu kepada seluruh warga Malaysia, terutamanya yang meraikan hari Raya, untuk mengelak dari berhimpun secara beramai-ramai, yang boleh mengakibatkan ‘penularan besar-besaran’. Nasihat yang baik – namun adakah ianya akan dituruti?

Pengenalan program imunisasi Covid peringkat kebangsaan bermula dengan baik, namun sumber tetap menjadi isu. Khairy Jamaluddin, menteri yang bertanggungjawab, kesal bagaimana syarikat farmaseutikal mengutamakan negara yang lebih kaya bagi pengagihan vaksin.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menyatakan bahawa sehingga kini 7.6 juta warga Malaysia sudah pun berdaftar bagi mendapatkan vaksinasi, namun hanya 670,000 orang yang divaksinasi sepenuhnya sehingga akhir April.

Risiko dijangkita masih tinggi, jadi ayuh bersama-sama mengingatkan antara satu sama lain untuk berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta membasuh tangan dengan kerap.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Segelintir netizen mula mengkritik cara pihak berkuasa menguruskan pandemik sejak kebelakangan ini. Kes pilih kasih sungguh tidak membantu, saatnya para pegawai nampaknya bebas melanggar peraturan manakala rakyat biasa dikenakan denda yang tinggi.

Kehidupan perlu diteruskan, sekaligus kita memahami mengapa keputusan dicapai bagi membenarkan bazar Ramadan untuk dibuka. Namun, pihak berkuasa sepatutnya memikirkan lebih lanjut kaedah bagi mengawal orang ramai dalam memastikan penjarakan sosial. Sebaliknya, kerajaan tampaknya lebih fokus berpolitik berbanding mengurangkan ancaman Covid kepada kehidupan komuniti yang bersusah payah.

Ramai percaya yang pengisytiharan darurat hanyalah bertujuan untuk mengelakkan Parlimen dari bersidang kerana kerajaan Perikatan Nasional sekarang hanya mempunyai majoriti yang goyah. Secara rasminya, darurat dikenakan untuk melawan pandemik, namun kes Covid yang mencanak naik mengakibatkan tujuan itu dapat dipersoalkan secara serius.

Untuk ‘menakut-nakutkan’ mereka yang mengkritik darurat ini, presiden Pas Hadi Awang, yang merupakan pendukung regim sekarang, menggunakan logik yang pelik serta memeningkan bagi merujuk kepada mereka yang menolak darurat sebagai lebih teruk dari pengebom berani mati.

Berbanding memberikan alasan yang buruk bagi menjustifikasi darurat, lebih baik kerajaan membantu mereka yang dari kelompok pendapatan rendah ini yang berhadapan dengan masalah kewangan akibat pandemik ini.

Seperti yang dinyatakan oleh pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) baru-baru ini, semua orang cuba untuk hidup melangkaui gelora Covid, namun kita perlu ingat bahawa kita semua ‘belayar’ di dalam kapal yang berlainan. Mereka yang di dalam kapal yang lebih kukuh seperti kapal layar besar atau kapal pesiaran barangkali tidak terkesan dengan gelora ini. Namun ianya kisah yang berlainan bagi mereka yang berada di dalam sampan yang goyah bergantung pada pendayung mereka untuk mara ke hadapan.

Langkah kerajaan bagi membantu pelbagai kelompok warga nampaknya hanya bertujuan bagi memastikan sokongan pada masa hadapan berbanding kepada keperluan penerima bantuan. Misalnnya, pegawai kerajaan, di mana gaji mereka tidak terkesan dengan pandemic, juga mendapat bantuan kerajaan.

READ MORE:  Yang di-Pertua wajib jadualkan undi percaya bagi sidang Parlimen ini

 

Namun bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan mereka terkesan akibat pandemik, mereka yang kehilangan kerja, mereka yang mendapat gaji harian, peneroka bandar, Orang Asli serta penghuni estet? Mereka mungkin tidak mendapat (atau mendapat secukupnya) bagi memastikan mereka untuk terus hidup.

Walaubagaimanapun, untuk menjangkakan kerajaan ini untuk kisah kepada komuniti rentan ini seakan-akan sebuah khalayan. Kita melihat bagaimana mereka yang di puncak kuasa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan ‘bank undi’ dapat dilindungi, dengan harapan agar mereka dapat terus berkuasa selepas pilihan raya seterusnya.

Pemerintahan ini tampaknya benar-benar kurang cekap dalam soal pentadbiran yang baik. Kementerian dalam negeri di dalam sebuah perbualan telefon pula sedang mengulas pilihan ketua polis negara yang baru serta ketua polis di beberapa negeri yang lain. Menteri itu kemudiannya memperakui bahawa perbualan itu asli dan mengatakan bahawa ianya sesuatu yang sah untuk diperkatakan serta di dalam bidang kuasanya. Beliau mempercayai bahawa, sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, pilihan itu perlu sepenuhnya mengikut kehendaknya.

Di Aliran, kami mempunyai pandangan yang berbeza: patut tidak wujud campur tangan politik di dalam hal ehwal anggota polis.

Mereka yang berada di tampuk kuasa sepatutnya patuh kepada prinsip pengasingan kuasa. Mereka perlu memperakui peranan mandiri ketiga-tiga cabang kerajaan: eksekutif, legislatif serta badan kehakiman.

Namun, dengan pengisytiharan darurat, cabang legislatif terus disenyapkan. Wakil yang dilantik tidak berupaya untuk bercakap bagi kawasan mereka secara efektif. Walaupun semua wakil ini terus menerima gaji, namun mereka tidak dapat menjalankan tugas legislatif secara efektif. Akibat penggantungan Parlimen serta dewan undang negeri, anggotanya hanya dapat melakukan hanya sedikit reformasi politik serta undang-undang.

Keadaan ini mengakibatkan tumpuan kuasa yang terlalu banyak oleh cabang eksekutif kerajaan, sekaligus berisiko tinggi bagi salah guna kuasa.

READ MORE:  Vaksin Covid: Biar cermat asal selamat!

 

Dalam perkara lain, warga yang sensitif terhadap isu gender meraikan keberanian pelajar, Ain Husniza, yang tegas menegur seorang guru pendidikan jasmani yang membuat gurauan di dalam kelas berkenaan isu rogol.

Malangnya, mereka yang berada di puncak kuasa tidak melakukan apa pun terhadap apa yang dibimbangkan Ain. Sebaliknya, ada laporan berita yang menyatakan bahawa wujud rancangan dari sekolah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Ain kerana tidak hadir ke sekolah beberapa hari. Ain tidak ke sekolah kerana beliau risau akan keselamatannya di sana.

Gerakan Akademik Malaysia (Gerak) pula mendesak agar pihak penguasa untuk tidak memangsakan Ain kerana berani menyuarakan fikirannya. Sebenarnya, Ain sudah pun mempunyai jasa yang besar atas keberaniannya mendedahkan budaya rogol yang menyelubungi masyarakat kita. Sokong Ain, dan jangan jadikan beliau mangsa.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malek sudah mencabar Menteri Pendidikan Radzi Jidin agar bersuara di dalam hal ini atau letak jawatan. Maszlee bahkan mengutarakan memorandum yang ditulisnya ketika menjadi menteri di mana beliau “memperincikan niatnya untuk memperkukuhkan undang-undang bagi melindungi kanak-kanak”.

Ada beberapa pihak pula bimbang jika pemerintahan sekarang cuba untuk melanjutkan keadaan darurat hingga selepas Ogos, dengan menggunakan pandemik yang memburuk sebagai alasan. Terdapat banyak usul serta contoh yang sudah pun dinyatakan dari pelbagai negara yang menunjukkan bahawa persidangan Parlimen dapat diteruskan di dalam keadaan pandemik sekarang.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu secepat mungkin memanggil sidang Parlimen. Ia patut menggunakan kuasanya bagi menjunjung nilai tadbir yang baik bertunjangkan integriti, ketelusan serta kebertanggungjawapan.

Henry Loh
Editor bersama, Surat berita Aliran
10 Mei 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Solidariti bersama Ain Husniza (Malay/English)

 

Solidariti bersama Ain Husniza (Malay/English)

By

 Aliran admin




Kami (seperti di bawah) amat terganggu dan terkejut dengan komen-komen yang membahayakan dan ugutan yang dibuat oleh orang awam terhadap Ain Husniza Saiful Nizam.

Beliau, seorang pelajar 17 tahun, baru-baru ini telah melaporkan bahawa guru lelaki Pendidikan Jasmani Kesihatan di sekolahnya telah membuat ‘jenaka’ mengenai rogol dan menyiratkan bahawa pelajar lelaki boleh merogol perempuan dewasa dan bukan perempuan bawah umur. Ain telah berkongsi pengalamannya di TikTok, sebuah aplikasi perkongsian video.

Disebabkan video TikTok tersebut, Ain telah menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar yang juga menuduhnya merosakkan imej sekolah. Ain juga dikritik menjadi “terlalu emosional” dan diberitahu bahawa kejadian tersebut harus diatasi secara dalaman di sekolah.

Jenaka mengenai rogol, komen lucah dan memalukan tubuh badan seseorang (body shaming) di media sosial

Walaupun video TikTok Ain menerima sokongan orang awam, ia juga telah menerima kutukan dan kritikan dalam bentuk komen seksual dan ugutan di media sosial. Gangguan dalam talian tersebut telah menyebabkan Ain menjadi subjek “victim blaming” (menyalahkan mangsa) dan objek seksual. Ain juga telah dikutuk kerana tidak memakai tudung.

Apa yang menakutkan, majoriti komen-komen tersebut telah dibuat oleh orang dewasa lelaki termasuklah yang dikatakan guru-guru lelaki. Ini adalah sesuatu yang amat menggelikan dan membawa malu terhadap profesion perguruan kerana guru sepatutnya menjadi contoh kepada para pelajar. Jika benarlah komen-komen tersebut dibuat oleh guru-guru, kami menuntut mereka disiasat dan tindakan keras diambil terhadap mereka. Kita mesti memastikan sekolah merupakan tempat yang selamat untuk semua pelajar.

Selain itu, komen Timbalan Ketua Polis Negara [pada masa itu] Acryl Sani Abdullah Sani juga membiasakan budaya rogol dengan mengatakan bahawa polis telah menerima laporan daripada seorang pelajar. Komen beliau, “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya yang tidak dapat dia terima” adalah komen yang tidak sesuai dan tidak boleh diterima. Kenyataan seperti ini amatlah tidak sensitif dan mengejutkan kerana rogol dan jenaka rogol harus diambil kira sebagai ugutan kepada keselamatan. Oleh itu, kami mendesak [beliau] meminta maaf secara rasmi untuk kenyataannya yang tidak profesional dan tidak sensitif yang memandang rendah terhadap ugutan rogol dan memandang rendah terhadap kegusaran dan keresahan yang disebabkan gangguan seksual.

Kami ingin kejadian ini menjadi suatu pengajaran kepada semua untuk menolak budaya seksisme dan menolak semua bentuk gangguan seksual dalam kehidupan dan perbualan harian. Kami menuntut kebertanggungjawapan daripada para guru, sekolah, penguatkuasa undang-undang dan sesiapa sahaja yang telah menyebabkan gangguan terhadap Ain. Kami juga tidak menyokong apa-apa bentuk hukuman balas (retributive punishment) atau serangan secara beramai-ramai (mob attack) terhadap mereka yang telah menyerang Ain.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Solidariti bersama Ain Husniza

Kami dengan sebulat suara menyokong Ain Husniza dan gerakannya #MakeSchoolASaferPlace. Ain telah menunjukkan keberanian dan kecekalan dengan mengkritik budaya misoginis yang toksik yang membiasakan jenaka rogol, antun seksual (sexual grooming), maskuliniti toksik (toxic masculinity) dan pedofilia.

Tindakan berani Ain dapat mewujudkan kesan positif dan menggalakkan lebih ramai pelajar dan orang muda untuk bangkit dan melawan gangguan seksual dan segala bentuk layanan yang mendiskriminasikan dan merendahkan pelajar perempuan di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

 


AKIBAT MASUK LAM MEDIA SOSIAL .....ADOIIII

 May be an image of 7 people, people sitting and text that says "parking depan rumah... 6 buah... menunjukkan ada tetamu... Pasokan Peronda BP Sec 6 Shah Alam yg menyelia dan memantau pematuhan S.O.P telah menjengok rumah kami utk buat pemeriksaan.... Mereka dapati anak2 yg tinggal di dlm daerah ini juga... balik dari semlm lagi... Terlanjur dah sampai... saya pelawa untuk makan lemang dan ketupat.... terima kasih kerana sudi menyantuni pelawaan saya.... Pegawai dan anggota polis pun manusia biasa juga yg ada perasaan....yg ada pertimbangan..."


IBRAHIM MAT ISA

Selepas viral di segala social media, En Kamaruddin ini telah memadamkan pos berkaitan di akaun FB beliau. Mudah meriah sungguh beliau mempengaruhi polis untuk ziarah hari raya sedangkan tugas mereka memantau pelanggaran SOP ketika raya PKP.

Dia padam pun, ramai netizens yang simpan resit Description: ๐Ÿ˜

Aku dah kata dah.. SOP ni dah ke laut dalam.


KES KENA PETIR NI KITA MINTA MANA MANA JEMAAH YANG JADI SAKSI TAMPIL MENGESAHKAN...BETUL KE TIDAK NIH....

 

Solat tarawikh kat padang ke? Kalau solat tarawikh dlm masjid atau surau, bagaimana petir boleh tuju kat dia tanpa memusnahkan dinding masjid? Mungkin petir tu masuk ikut pintu masjid, lalu celah2 makmum untuk tuju kat Ostat Dusuki yg sedang jadi imam. Kita bersangka baik....

Dulu, kita dihiburkan kisah Si Bala yg kulup tu bermimpi jumpa nabi berkali2. Walaun takbir. Terbaru, kita terus dihiburkan dgn kisah seorg ustaz yg minat baca buku siri bercakap dengan jin (Tamar Jalis) menceritakan beliau pernah kena petir, pecah mikropon kat dadanya, ketika dia jadi imam solat tarawikh kat kg dia, dia terpelanting ke saf kedua, kemudian meneruskan solatnya. Walaun bertakbir lagi. Haha... 

Org yang kena petir kat dada, pecah mikropon, tapi dia ok je...orang mcm ni elok kita hantar kat

 Gaza....biar dia buat live kat sana.

Perghh...pecah mic kena petir, terpelanting masuk sof kedua...

hebat

woo...Rugi masa tu tak buat Live mcm dia selalu buat live solat tahajud tu. Err..tapi kalau buat live, tak boleh plak nak goreng kan? Haha...

Description: JOM LAYAN CERITA DONGENG DUSUKI...PETIR TEMBAK DIA, PECAH MIC...SAYANG TAKDE LIVE!!

 

YOUTUBE.COM

JOM LAYAN CERITA DONGENG DUSUKI...PETIR TEMBAK DIA, PECAH MIC...SAYANG TAKDE LIVE!!

Rugi masa tu ustaz tak buat Live solat tu kan? Ustaz kan rajin live solat..Ohh ye..kalau live, tak dapat plak nak goreng kan? hahaha...

 

 

Mana suara tegas Hadi dalam isu Palestin, soal Mujahid

 


Mujahid Yusof Rawa menggesa Putrajaya bertindak proaktif dalam menekan Israel dan negara lain untuk menghormati perjanjian antarabangsa demi membela hak dan nasib rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan kehilangan suara tegas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang dalam isu serangan Israel ke atas Palestin.

Sebagai duta khas, katanya, Hadi perlu membawa suara Malaysia.

“Semasa Pakatan Harapan dahulu, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad memimpin usaha membawa suara umat Islam dari tiga negara besar Islam, Turki, Pakistan dan Malaysia.

“Kini lesu sebab Perikatan Nasional (PN) tidak ada mandat dan kerajaannya lesu. Kami akan terus bersuara,” katanya kepada FMT.

Naib presiden Amanah itu menggesa Putrajaya bertindak proaktif dalam menekan Israel dan negara lain untuk menghormati perjanjian antarabangsa demi membela hak dan nasib rakyat Palestin daripada kekejaman rejim Zionis.

Beliau turut menggesa Israel berhenti melakukan pengusiran sistematik di Syeikh Jarrah dan memasukkan penempatan Yahudi secara haram.

“Hentikan sekatan perkara asas seperti air, elektrik dan bekalan makanan ke atas Gaza dan Tebing Barat. Ini soal kemanusian dan perkara asas kehidupan. Malaysia perlu bertindak.”

Sejak Isnin lalu, pertempuran antara Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza semakin memuncak sehingga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran peperangan besar-besaran bakal berlaku.

AFP melaporkan 126 orang terkorban, termasuk 31 kanak-kanak dan beberapa pemimpin Hamas, manakala 950 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.

Di Tebing Barat, 11 orang terbunuh pada Jumaat akibat serangan Israel.

Siri keganasan itu meningkat berikutan tindakan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin.


TAK PAYAH LA GUAN ENG BAGI CADANGAN. SEBAB KERAJAAN INI DAH SANGGUP HABISKAN 600 BILLION PUN....KESANNYA TIADA...

 

Pakej rangsangan RM45 bilion boleh reda kemarahan rakyat, kata Guan Eng



Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri perlu sedar rakyat bukan marah dengan pelaksanaan PKP, tetapi kerana kerajaan PN gagal mengawal lonjakan jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA: Pakej rangsangan ekonomi RM45 bilion amat diperlukan bagi menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sebuah pakej yang menyeluruh akan meredakan kemarahan rakyat, yang dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, termasuk ketidakpatuhan secara terbuka oleh golongan belia.

Dalam kenyataan hari ini, bekas menteri kewangan itu berkata, tanpa pakej rangsangan tersebut, unjuran kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.5% pada tahun ini sukar dicapai.

Kata beliau, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu sedar rakyat bukan marah dengan pelaksanaan PKP, tetapi kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal lonjakan jangkitan Covid-19.

Lim berkata, pakej rangsangan baharu ini mesti memberi manfaat secara langsung kepada pekerja dan perniagaan, merangkumi kenaikan bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk untuk penganggur, yang menelan belanja RM12 bilion setahun.

“(Juga) lanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk bagi T20, sehingga akhir Program Imunisasi Kebangsaan pada akhir tahun, yang akan membantu lapan juta individu dan syarikat Malaysia, dan harus ditanggung oleh bank.”

Katanya, insentif pengambilan pekerja perlu dipanjangkan sehingga dua tahun, melibatkan pembayaran RM500 dan RM300 sebulan, masing-masing kepada pekerja dan majikan di bawah inisiatif MalaysiaKerja bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan.

“(Ini) akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia selama satu tahun, yang menelan belanja RM6.5 bilion.”

Kata Lim, pendidikan perlu didigitalkan, termasuk membeli komputer riba yang menelan belanja RM3.5 bilion bagi menyediakan pembelajaran dalam talian untuk semua pelajar, memandangkan sekolah hanya dibuka selama empat bulan tahun lalu dan mungkin sama bagi tahun ini.

Beliau berkata, RM23 bilion perlu diberikan kepada semua perniagaan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dan PKP, dalam bentuk geran kewangan, subsidi sewa dan utiliti, jaminan pinjaman serta lanjutan kredit untuk perusahaan kecil dan sederhana, sektor runcit dan industri pelancongan yang lumpuh.

“Industri pelancongan kerugian RM100 bilion pendapatan tahun lalu dan tanpa ‘talian hayat’ daripada kerajaan, akan menghadapi masa depan suram.


PKPD di dua lokaliti Pahang, satu di Sabah mulai Isnin

 

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua lokaliti di Pahang, dan satu di Sabah, mulai Isnin.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, PKPD di Kampung Paya Teh, Jerantut, dan Seri Kemunting, Kuantan, Pahang, serta Kampung Sungai Langgas di Kunak, Sabah akan berlangsung hingga 30 Mei.

Ini susulan peningkatan kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan, kata beliau.

NAK AMBIL VAKSIN PUN TAK TERKAWAL...YANG LAIN KE LAUT LAH GAMAKNYA...

 

Kekeliruan berlaku di luar pusat vaksinasi utama KL



Komunikasi lemah menyebabkan penerima vaksin yang berkumpul di luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur keliru bila dan mana perlu dituju serta sama ada mereka perlu beratur.

KUALA LUMPUR: Pengurusan, penyelarasan dan komunikasi lemah menyebabkan proses vaksinasi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini bercelaru.

Dengan 16,200 orang dijadualkan divaksin di sini pada hujung minggu ini, kelihatan hanya sedikit persediaan dilakukan untuk menerima kehadiran orang ramai.

Tiada tanda di lantai untuk menunjukkan di mana penerima vaksin sepatutnya berdiri, dengan ramai yang tidak jelas sama ada mereka perlu beratur untuk memasuki satu-satunya pintu yang dibuka atau berjalan terus ke hadapan.

“Berapa hari mereka gunakan untuk membuat persediaan? Ia sangat kucar-kacir,” kata seorang lelaki yang enggan dinamakan ketika melihat sekeliling kerana keliru di mana beliau patut menunggu untuk janji temunya.


Sebahagian penerima beratur dalam barisan tidak teratur, tetapi ada kumpulan tertentu yang diarah mendahului mereka.

Anggota polis, tentera dan penganjur kelihatan tidak seiring, dengan ada yang menjerit kumpulan tertentu untuk tampil ke depan, manakala yang lain memberitahu orang ramai menunggu dalam barisan tidak teratur.

Sukar untuk menentukan kumpulan mana yang bertanggungjawab, dengan ada yang kadangkala memanggil slot waktu berbeza ke depan, menyebabkan penerima bertambah keliru.

Penjarakan fizikal sukar diamalkan akibat kurang kejelasan.

Julie, yang dijadualkan menerima vaksin pada 11.30 pagi, berkata beliau dipanggil ke dalam bangunan sekitar tengah hari.

Semakin dekat penerima dengan dewan vaksinasi, keadaan lebih baik dengan papan tanda semakin jelas.

“Nampaknya tiada penyelarasan. Di luar, mereka hanya panggil kumpulan 11.30 pagi. Tetapi apabila anda masuk, mereka beritahu anda lewat. Ia satu kesilapan untuk memilih hujung minggu bagi melakukan vaksinasi.”

Penjarakan fizikal lebih baik di dalam bangunan, tetapi masih tidak jelas di mana penerima perlu tuju selepas beliau masuk.

Walaupun ada pelekat di lantai dan papan tanda menunjukkan seseorang patut beratur di “stesen” berbeza, ia selalunya tidak diperhatikan petugas, yang meminta orang ramai dengan tempahan slot waktu tertentu untuk melangkaunya.

Berbanding keadaan di dewan utama, ia lebih baik dan teratur, dengan kerusi dijarakkan mengikut SOP kerajaan dan arahan adalah jelas.

Di dalam dewan, arahan lebih jelas dan proses lebih teratur.

Penerima diarahkan duduk mengikut kumpulan mereka dan dipanggil melalui sistem tiket.

Bagaimanapun, mereka perlu menunggu lama.

Isnin lalu, Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kira-kira 2,800 orang yang sepatutnya divaksin hujung minggu ini akan dijadualkan semula untuk mengelakkan kesesakan.

Bagaimanapun, masalah lebih besar bukannya jumlah orang yang hadir untuk vaksinasi, tetapi kurangnya persediaan.

WTC hanya sebuah daripada beberapa pusat vaksinasi di Lembah Klang untuk mereka yang mendaftar bagi vaksin AstraZeneca.



(function() { var d = document, w = window; w

RAKYAT AKAN TERUS TERKURUNG DALAM KEHIDUPAN SELAGI MAHIADDIN TIDAK SEGERA DIBUANG

  Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan ...