Manusia yang baik tidak harus bersama manusia jahat. Tidak akan berjaya ' mencuci najis dengan berada dalam tong najis'.
Jelas kumpulan Muhyiddin dan Azmin itu telah khianat kepada parti masing-masing dan dosa paling besar kedua2 makhluk itu adalah khianat kepada mandat dan kepercayaan rakyat pada PRU14 yang lalu. Perancangan pengkhianat ini bersama Mahathir adalah satu perancangan yang jelas bertentangan dengan adab dan akhlak demokrasi.
Sewajarnya pengkhianatan mereka ditegur oleh parti yang mengaku parti Islam ini. Bukankah parti Islam ini pernah merasai dan menjadi mangsa perbuatan khianat? Lupakah lebai Hadi dan Lebai Berahim kepada kisah kerajaan negeri Perak di bawah YB Nizar telah dikhianati sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat? Apa Pas sebut waktu itu? Khianat itu haram, gaji haram, kerajaan kudeta dan macam2 lagi yang keluar dari mulut lebai waktu itu.
Mengapa sokong pengkhianat mandat rakyat sekarang? Kerana Dap? Bukankah sewaktu YB Nizar jadi MB Perak dulu Dap paling ramai dalam Dun Perak? Waktu itu mengapa pertahankan kerajaan YB Nizar sehingga sanggup berbaring dan berguling2 atas jalan raya depan istana Perak? Pertahankan Dap?
Usah jual hukum wahai lebai. Mengaku sahaja lah bahawa kamu gagal di dalam menahan hawa nafsu apabila diuji dengan kesenangan dan kuasa. Apabila nampak ada jalan untuk jadi mewah dan senang, maka kamu lupa prinsip dan sanggup jadi 'pelacur politik'. Bahkan, hari ini kamu sanggup tinggalkan Umno kawan waktu kamu susah dulu hanya kerana Muhyiddin beri kamu jawatan duta khas yang hanya makan gaji buta?
Saya simpati dengan penyokong2 Pas yang selama ini yakin pemimpin mereka akan bawa agenda Islam ke mana sahaja. Malangnya, apabila berada di dalam 'tong najis', habis kesemua serban dan jubah dipenuhi najis.
WFAUZDIN NS